Salam sejahtera ku ucapkan padamu kerana masih sudi membuka blog yang tidak terjaga kerana sudah sebulan lebih tak ber-update ini. Last update masa tu umurku masih 26 tapi ketika menaip entri ini usiaku sudah mencecah 27 tahun! Waaa dah setahunlah aku tinggalkan blog ni. Bukan sebulan!
Macam mana boleh tetiba terdetik nak update blog pada tarikh
Sebab aku teringat kisah April Bodoh yang menyedihkan suatu waktu dahulu...
Cuma TERingat... bukan saja-saja nak ingat pun...
Ketika itu aku di tingkatan 5. Nak SPM dah... Zaman-zaman tu, selain Jepun aku sangat menggemari drama & filem dari negara China, terutama Hong Kong. Siapa je yang tak kenal dengan nama-nama besar seperti Jackie Chan, Jet Li, Louis Khoo, Stephen Chow, Andy Lau, Tony Leung Kah Fai, Leon Lai, Daniel Wu (perghh asal semua nama lelaki je nih?? Nampak tak permainannya kat situ? Wakakaka)..
Diorang ni semua asal sana. Glemer kat sana. Dan antara yang aku minat juga Leslie Cheung.. Sobs!
1 April 2003, aku sangat pelik bila buka tv berita Mandarin semua pakat tunjuk gambar Leslie. Apakah yang sedang berlaku? Dahlah scene dalam berita tu semua macam sedih... So aku pun think positif jela kot diorang ni pakat-pakat nak buat April Bodoh lah ni. Takde koje sangat! Yela, April Fool ni kan apa diorang kisah sehingga sanggup libatkan kematian... (lagipun aku bukan paham bahasa Cina).
Esoknya dalam berita Mandarin pun ada lagi pasal Leslie. Tak puas hati, dekat sekolah aku tanya puas-puas kat kawan Cina aku (nasib baik ada kawan Cina :') Terima kasih, Chong Lee Chin!). Dan dia pun jadi pemberita tak bertauliah aku beritahu Leslie Cheung memang betul-betul meninggal...
" Bukan April Fool tau! Ini betul-betul. Bukan wayang jugak."(minah ni suka panggil drama/lakonan tu wayang)
Maka aku pun bersedih hati... Meninggal pada April yang Bodoh atas sebab yang bodoh juga.
Dia meninggal sebab couple dia (dia bercinta sejenis; atau bak kata Mat Luthfi dalam video terbaru dia, "kalau tak straight maknanya GAY") cari orang lain, tinggalkan dia. Itu menurut yang Lee Chin bagitahu aku la.
Dan itulah dia Leslie Cheung. Pemergian dia ramai peminat yang tangisi. Aku? Takdela menangis pun cuma sedih jela... Sayangkan mati terjun bangunan sebab 'putus cinta' gitu...
Hari ni genap 10 tahun pemergian Leslie. Tapi nak juga ucap R.I.P kat dia (sebab pernah minat dia kan..)
Akhir sekali, nah lagu Leslie Cheung. Jangan nangis hoh.
:( :( :(
p/s: jom, countdown Ramadhan lagi 100 hari. Yeayy... Moga Allah panjangkan umur untukku tebus Ramadhan yang lepas... Aameen..
2 bicara tanpa suara:
kita pun minat dekat dia. :)
oh, happy belated bufday :)
terima kasih ;)
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)