Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Khamis, 29 Jun 2017

╮(─▽─)╭


5 Syawal 1438

"Don't compare your life to others. There's no comparison between the sun and the moon. They shine when it's their time." 

Selalu aku nampak kata² ni lalu kat home FB tu. Dikongsikan oleh orang itu dan orang ini.
Kau tahu apa yang menyedihkan dengan kata² ini? Aku tak pernah pun bandingkan hidup aku dengan orang itu dan orang ini tapi entah kenapa orang² itu dan ini sering membandingkan hidup aku dengan mereka. Aku tak faham! Kalau kau rasa hidup kau lebih bahagia, labih bagus, kenapa perlu ada perbandingan begini? Sebab hidup aku tak sebagus hidup kau? Taklah! Atas apa yang Allah kurniakan dalam hidup aku ni aku dah bersyukur banyak dah, dengan rasa syukur yang Allah kurniakan pada aku ini pun dah menyebabkan aku berasa syukur juga sebab tak semua manusia ada rasa syukur dalam hidup mereka melainkan kufur nikmat. Allah bagi kau nikmat sikit je pun kau dah bandingkan hidup orang yang bawah sikit dari kau. Apa orang² macam aku ni hina sangat ke pada pandangan mata kau? Haih entahlah.. Aku cuma berdoa moga cukuplah orang² ni je yang Allah temukan dalam hidup aku, akan datang aku mahu jumpa orang yang baik² je, yang mampu memandang aku seperti seseorang yang istimewa, yang takde kekurangan, yang akan terima aku seadanya. Mudah²an.. Amiin..

0 bicara tanpa suara:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB