Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Rabu, 23 Mei 2012

Perpisahan ini.


Minggu ni saya cuti! Hooray!
Tapi tak payah nak hooray sangatlah, sedangkan dah tahu ada kesedihan yang menanti. Huhu.



Esok, my bestfriend forever nak berangkat dah... Lusa pula, terbang ke Sarawak.. kembali jumpa entah bila. sob sob sob
Sedih pulak. Tapi takdelah sedih sangat, mungkin sebab dah biasa terpisah.
Dulu pun masa belajar dulu, berpisah kali pertama, sedih kemain. Kemudian Allah pertemukan lagi, dan kemudian berpisah lagi dan dipertemukan lagi. Tapi setiap kali berpisah, bohonglah kalau takde rasa sedih, rasa kegembiraan tiba-tiba direntap. Semua tu ada, tapi nak tak nak, kena terima, kena redha.

Dan mungkin kerana jodoh tu kuat (mungkin kerana Allah tu Maha Mengetahui ) maka Dia pertemukan kami lagi dalam tempoh yang tidak disangka-sangka. 

Cuma aku sedikit risau pasal kursus ni, kalau sebelum-sebelum ni ada Tika, banyak yang aku tanya kat dia tanpa rujuk Kak Sal sebab dia dah terlantik secara tak rasmi menjadi pembantu Kak Sal (cuma tiada gaji sebab tak rasmi kan... hihi). Tapi lepas ni, pandai-pandai sendirilah aku nak hidup. Kena belajar buat semua sendiri, kena tanya direct pada Kak Sal. Kadang-kadang tu bukan saja je tak nak tanya dia, tapi kesian tengok Kak Sal tu sibuk melayan kerenah budak-budak baru yang takde basic tu, so kitorang yang dah sedia ada basic ni kena pandai-pandailah nak hidup kan, takkan makan nak bersuap je manjang. Apa pun, Kak Sal tu tak pernahlah lupakan kitorang, tanya aje apa, tanya aje banyak mana tetap juga dia mahu menerangkan, tapi kadang-kadang risau pula dia tension Hihihi... 

Maka lepas ni tiada lagilah suara Tika menerangkan itu ini pada aku, tiada juga kerja yang kitorang akan buat sama-sama. Tengok, Tika nak ke Sarawak ni pun, folio aku dah siap sama-sama dengan dia, padahal kata Kak Sal boleh je aku siapkan folio tu nanti-nanti sebab aku lama lagi kat sana tapi sebab nak sama-sama dengan Tika, ku pulun juga siapkan kerja tu. O yeah! Hehe. Lega kot! Dan mungkin sebab folio dah siap juga Kak Sal izinkan aku cuti untuk SEMINGGU ni! Yeayyyyyyy! Takpelah, bagi peluang untuk Nur sama level dengan aku. Kehkeh. Sekali minggu depan aku yang kena kejar dia.

Kelmarin (Isnin) pun kitorang singgah sana sekejap untuk buat kerja, nak balik tu ramai pulak yang nangis. Alahai... Hari tu sorang, yang ni berempat pulak menangisnya. Perasaan aku? Biasa je mungkin sebab diorang menangis bukan sebab aku tapi Tika, kan Tika yang paling havoc kat situ. Suara dia je semedang buat bising dengan imaginasi overdose dia tu, tu yang asyik gelak terkekeh-kekeh, dengan Ija lagi suka buat muka toyer bila orang bertanya/bercakap masa dia tengah bermasalah tu, lagilah kelakar! Hahaha. Haihh kalau ada Zack, makin menjadi-jadi diorang ni. Yang tukang ketawa? Akulah & Syam!

Oklah, nanti-nanti update cerita lagi, ni pun Ija cakap aku menaip macam kerani @ setiausaha je sebab laju. Kehkeh.

Semoga berjaya untuk sahabat-sahabatku. Moga menjadi guru yang berbakti kepada bangsa, negara & AGAMA!

Selasa, 15 Mei 2012

Rindunya Kian Membara


Aku membeli novel ini secara TIDAK sengaja. 
Kononnya, untuk mendapat beg percuma daripada JS harus membeli 4 buah novel tapi masa tu aku hanya sempat cilok 3 buah sahaja. Jadi, novel mana lagi yang patut aku cekau untuk mendapatkan beg itu? Dan promoter itu pun seperti tahu-tahu sahaja yang aku memang meminati penulisan Noor Suraya @ Kaksu, maka dihasutnya aku agar membeli novel ini. Aku pun membeli tanpa berkira. Apadehal kan... Novelis peberet! Hihu.
Dan novel pertama yang aku baca bila sampai di rumah ialah novel ini!


Kisah Farhana yang menyayat hati. Tak suka aku cerita begini. Tapi nak buat lagu mana, memang inilah realiti kehidupan (novel Kaksu semua 'real' tahu, takde yang dongeng fantasi, sebab itu wataknya harus dihayati). 
Menjadi ibu tunggal dan membesarkan sepasang anak kembar bukanlah perkara mudah untuk mana-mana ibu pun. Seorang anak mesti inginkan seorang ayah/ibu.
Dan kehidupan Farhana bermula apabila dia mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia setelah bertahun-tahun menjadi perantauan, membawa rajuk dihati. Rajuk yang sangat panjang...


Apabila pulang, dia terjumpa Ilham suami kepada sahabat baiknya; Dalilah. Terkejut apabila mengetahui Dalilah telah pergi buat selamanya meninggalkan 3 orang anak yang masih kecil. Maka Farhana pun dengan rela hati mengagihkan kasih sayangnya kepada 3 orang anak yatim itu. Sweet~ Dan dalam diam Ilham menaruh hati pada kebaikan Farhana.


Tak lupa juga pada Imran yang pernah ditolak lamarannya suatu ketika dahulu, datang kembali menagih kasih. Kasihan aku pada lelaki itu. Menunggu terlalu lama.


"Imran itu anak sulung makcik, dia dah nak masuk empat puluh, Anah.. makcik berharap sungguh." - Puan Darawisah.


"Tapi saya dah ada anak-anak. Saya ni janda, makcik. Imran tu orang bujang, belum pun pernah berkahwin. Kenapa tak pilih yang masih muda.. yang masih anak dara, makcik." - Farhana.


"Itulah Anah.. dia tu tak pernah nak berkenan pada yang lain. Dari dulu pun Anah juga pilihannya, makcik nak kata apa. Makcik ni sekadar sampaikan hajat orang." - Puan Darawisah.


"Makcik, saya ni dah serik, saya lebih senang duduk sendiri." - Farhana.


"Kahwin ni sunnah Rasul, Anah. Tak baik menolak kalau dah ada pilihan yang betul. Insyaallah, Imran tu lain orangnya. Makcik kenal sifat tanggungjawabnya. Sejak ayahnya lumpuh dan kemudian meninggal dunia, dialah yang menjaga keluarga makcik." - Puan Darawisah.


Aku suka bahagian ini! Ketika ibu Imran masuk melamar Farhana. Mula-mula baca rasa seperti..'biasalah, ibu mana tak mahu berkata manis tentang anak dia didepan gadis idaman si anak, ye dak?' Ya, watak Farhana itu pun tersenyum sendiri melihat Puan Darawisah sedang mempromote anak terunanya itu. Hihi.
Tapi tiba-tiba rasa macam manis pula sifat Puan Darawisah. Sanggup menerima Farhana yang serba kekurangan itu. Indah kot kalau dapat ibu mertua yang memahami gini! Hehe.


Seperti biasa, aku tak suka nak cerita lebih-lebih, nak lebih, sendiri beli, sendiri baca lorr...
Tapi awas! Sediakan tisu ketika membacanya, jika anda mempunyai naluri keibuan, insyaallah anda akan tangisi kisah novel ini...


Dan selepas baca novel ini serta beberapa kes rumahtangga yang aku lihat berlaku disekeliling aku membuatkan aku mahu memutuskan untuk membuat cerai taklik ketika nikah nanti. Ngeh! Lagipun hampir semua ustazah kat Malaysia ini mengamalkan kaedah ini supaya hati sendiri tak sakit dan diri sendiri tidak merana di kemudian hari. Weewit! Ok, dah boleh kahwin dah ni :)) Hoho



Ikut via FB