Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Jumaat, 29 Januari 2010

Demi Tuhan, aku telah jatuh cinta padanya~


Fira, ko nak x ikut akak gi masjid besi, putrajaya jadi urusetia untuk majlis khatam quran.
Rusdi yang incharge  - Kak Ida.

Bila tahu Tika & Zack pun ikut serta, sungguh, aku teruja! Ada pulak yang sudi hantar. Lagilah aku suka. Lepas kak Ida kahwin, xjumpa dia dah. Susah nak jumpa org yang dah kahwin ni, banyak sangat pantang larang, syarat & terma yang harus diikut & diturut..hoho

Dalam perjalan ke UPM (untuk jemput Tika & Puteri. Zack xjadi ikut serta sbb ada hal family), telinga aku tengadah dengan leteran-leteran. Leteran last minit. Kalau xboleh, cakap aje xboleh awal-awal. Senang cerita! Ini tak, membebel itu ini. 
Iya, semuanya salah aku. Salah kerana keterujaanku. Aku diam seribu bahasa. Tapi yang pasti, hatiku tetap teruja. Membebel lah kau! Kerana aku masih dengan teruja ku! Teruja untuk berjumpa kawan-kawan susah senang. Teruja untuk jadi urusetia. Teruja untuk masuk masjid yang aku xpernah pergi.

Sampai sana, kitorang terlambat dengar taklimat. Sebabnya? Tersesat cari tempat solat wanita. Rupanya, masjid xsiap penuh lagi. Tempat solat wanita belum boleh digunakan. Jadinya bercampur lah tempat solat lelaki/wanita.

Lepas selesai Rusdi bermesyuarat dgn orang kuat yg lain, dia memanggil kitorang yang lain pulak.

Dan bermulalah sesi ta'aruf (suaikenal) antara kitorang. Tau-tau je semua mamat-mamat di atas adalah kanak2 bawah umur. Adeh, terlepas peluang nk bkenalan dengan lebih rapat..wahahah..Ada hati~ cait! Tugasan diagih-agihkan. Dan taklimat berhenti di situ. Solat isyak harus ditunaikan.


Memang gila, nk solat pun siap pose..ish3

Lepas solat, kitorang diarahkan untuk terus stay kat situ sementara tunggu sang pria menyudahkan kerja menggantung banner diluar masjid. Jadi kitorang yang girl ni pun join jugak. Nak kena hafal laluan. Dan pertama kalinya aku melihat masjid yang indah!~

kak Ida, Tika & aku

Haha gambar ni kelakar. Masa ni diorang yang lelaki tu sibuk buat kerja, bertungkus lumus lagi tapi kitorang yg perempuan semua berp0sing dengan keindahan Putrajaya. Dahlah hujan gerimis masa ni. Habis kebasahan semuanya. Tapi tetap seronok. Aku tak tahu nak gambarkan keseronokan yang macam mana. Mungkin seronok kerana bersama dengan teman-teman rapat. Lama sangat tak berhujan dengan mereka, lama sangat tak keluar malam-malam macam ni. Sungguh, aku rindu pada kenangan lalu~

Ustaz muda yang hensem/cute


Langkahku terhenti ketika Rusdi menahan aku masa kitorang sampai kt ruang solat. Kak Ida, Tika & Puteri teruskan perjalanan. Aku tertinggal.
" Tadi datang sini dengan siapa?"
" Aidz"
" Dengan siapa?" Dia bertanya semula & aku menjawab yang serupa. " Dia hantar terus balik ke?" 
" Ya" Aku angguk, kemudian geleng. Kepala aku tertoleh-toleh mencari mereka bertiga.
" Tak, dia solat asar dulu, baru balik."
" Eee kurang ajarnya... sampai hati x jumpa abang dulu"
" Dia kirim salam je. Dia nampak abg Rusdi tgh taklimat tadi. Takut ganggu.." Ceh, bajet menangkan abang sendiri la ni kan~ Tapi memang betul Aidz tak nk ganggu Rusdi pun.

Kemudian aku terus pergi mencari mereka. Oh, xjauh rupanya. Terlindung dibalik tiang je. Masing-masing menikmati keindahan kolam di tepi masjid. Benar-benar cantik. Aku xjadi melangkah bila aku dengar dari sebelah kiri ada dua orang lelaki yang tengah berborak sedang menghala ke arahku. 
 Membiarkan mereka berdua melepasi aku, sempat aku mencuri pandang. Si tua seolah-olah bercakap dengan aku.
" Yang buat program esok bukan orang masjid ni kan?" Diam. Soalan tanpa jawapan. Aku memandang. Agak terkejut. Si lelaki tua berjubah putih memandang ke arahku. Lelaki muda berpakaian sama & berkopiah putih pun pandang aku. Aku buat muka selamba. Aku tak rasa soalan tu untuk aku, tapi kenapa mesti dua-duanya pandang aku? 

Mereka bertiga yang sedang menikmati keindahan mula mahu menuju ke arahku dan ternampak dua orang lelaki tadi melepasi aku dan meneruskan perjalanan dengan gerak perlahan sambil berborak. Mata Puteri bersinar, Tika & Kak Ida tersenyum meleret, aku angkat kening. Terus ada di antara mereka buat thumbs up
"Hensem..." Sebutan dari gerak bibir Puteri. Tapi agaknya terlalu teruja, terkeluar jugak suara dia. Bergema. Tika mencubit si adik. Aku tersengih melihat aksi itu. Oppss..si lelaki muda menoleh. Terus memandang ke arah aku yang tengah tersengih kerana diorang bertiga membelakangi si lelaki berdua. Aduh..Jangan dia sangka tu suara aku sudahlah.

" Hensem la..Cute!~" terus-terusan Puteri memuji. Tika juga menyampuk, mengiyakan. Aku pandang sekilas je tadi jadi tiada komen sama ada nak mengiyakan mahupun tidak. Rasanya biasa-biasa je. Entah. Dan baru aku tahu yang imamkan kitorang tadi adalah si lelaki muda. Diorang bertiga yang perasan. Aku? Apa pun xnampak...huu
" Sedapkan suara dia baca surah?" 
" A'ah. Beralun..sedap.." Aku dan kak Ida memandang antara satu sama lain apabila dua beradik tu terus aja memuji, memuja si imam muda. Kemudian kak Ida menggelengkan kepala. Aku tersenyum. Kelakar. Aku teringat kenangan lalu. Zaman-zaman admire kat senior..Hahahaha..Betul-betul kelakar. Bila Puteri macam tu, sama je macam aku dulu. Cuma sekarang ni, perasaan tu dah berkurang. Berkurang banyak. Sehingga rasa-rasanya tiada lagi lelaki yang harus aku kagumi.
" Macam mana korang boleh hayati suara imam tu ye? Kenapa aku tak rasa apa-apa yang sedap pun td?" Atau aku yang terlalu khusyu' dalam solatku? Almaklum, berangan bersolat di Masjidil Haram lah katakan...hihi.
" A'ah, akak pun tak hayati suara imam tu sedap ke, tak ke." Sokong kak Ida. 
Kemudian, owh...suara puji memuji tu berkumandang lagi. Kadang-kadang aku sambut dengan gelak ketawa. Kelakar tengok gelagat dua beradik tu (Tika & Puteri). Mungkin kagum yang bercampur. Kagum dengan kehenseman si imam (hensem ke?~), kagum dengan suara yang sedap & kagum dengan hafalan surah panjang yang dibacanya.

Lepas selesai semuanya. Kitorang naik tingkat atas. Tempat tidur untuk malam tu. Tidur di dalam masjid terbuka. Angin malam masuk menderu-deru. Sejuk. Nyaman.
" Ni ye tikar untuk buat alas." Tiba-tiba ada suara lelaki. Masing - masing menoleh. Terdiam. Ustaz cute! (pinjam ayt Puteri..haha)
" Okey, terima kasih," Kak Ida secepat kilat membalas. Tika berbisik di telinga Kak Ida, mintak tanyakan tentang seterika. Terbayang semua berpakaian kedut esok hari sebab takde seterika. Xsanggupnya aku... 
Ustaz tu melangkah beberapa tapak. Kak Ida jadi wakil memanggil. Bila si ustaz menoleh,
" Hah, kau cakaplah sendiri," Kak Ida memandang ke arah Tika. Nak tak nak Tika bersuara jugak. Bertanya tentang seterika.
" Esok subuh jelah saya bagi, boleh?" 
" Bolehlah.." dengar sangat nada suara yang nak xnak. Memang kalau boleh nak settle kan semua mlm ni supaya esok x kelam kabut. Si ustaz berlalu pergi. 
" Habis tu macam mana ni? Sempat ke esok subuh?" Suara kak Ida & Tika bertingkah bertanya, tapi nada suara diperlahankan seminimum mungkin. Semua menggeleng.
" Ke...nak iron tu malam ni jugak?" Semua berpandangan. Secepat kilat memandang ke arah suara yang bertanya. Eh, dia ni bukan dah pergi ke tadi? Macam chipsmore la.
" Malam ni lagi ok."
" Kalau mcm tu, ikut saya pergi ofis," ustaz tu mula melangkah ke arah tangga menuju tingkat bawah. Aku perasan Tika dan Puteri x bergerak. Melangkah setapak pn tidak.
" Eh, ustaz tu suruh ikut dia lah," aku bersuara. Puteri ajak Tika, Tika pulak menolak. Si ustaz menunggu di tangga. Dah pulak~ Last-last aku volunteer jadi wakil. Macam kelakar kan? Patutnya orang yang minta tu yang kena ikut. Aku pun memang nak guna jugak iron tu tapi aku xbersuara pun td. Jadi rasa mcm lain je bila offer kan diri. 
Bila aku mula bergerak, Puteri nak follow. Ustaz tu pulak mula mendahului. Sampai ke bawah, ustaz tu dh agak jauh berjalan, tiba-tiba kitorang ditahan oleh dua orang student fotografi, tak pun student binaan. Tak tahulah, agak je sebab diorang buat fotografi kat situ. Diorang tanya apa yang kitorang buat dalam pukul 11 lebih tu pun still ada dalam masjid? Aku berjalan terus mengikut langkah ustaz tu. Meninggalkan Puteri yang menjadi kaunter pertanyaan xrasmi sendirian. Haha.
Kejap-kejap ustaz tu toleh ke belakang tengok ada orang tak yang follow dia. Sambil berjalan aku lihat sekeliling. Besarnya masjid ni! Cantiknya~~~~~~ 
Kerana terlalu asyik, sedar-sedar je aku dah jauh berjalan. Ustaz tu dah hilang! Aku toleh belakang. Eh, semua ke ikut dari belakang? Ingatkan aku dan Puteri je. Dari jauh aku nampak diorang bertiga berlari-lari anak menuju ke arah aku. Sampai selekoh aku x tahu nk menuju ke mana. Nasib baik ada mamat guard (gelaran ni utk guard muda je..huhu) kat situ, jadi aku tanya lah mana ofisnya. Dan akhirnya, Tika dan Puteri jugak yang ambil iron tu daripada si ustaz. Aku masuk ofis tu sekejap masa ustaz tu kat dalam tp aku keluar balik sebab diorang bertiga dh ada, xkanlah satu iron sampai empat orang sekali nk pegang kn? Tak logik...tak logik..hihi.


Hari yang dinanti


Malam tu tidur sampai mengigil-gigil. Masjid tu takde penghawa dingin, semua guna sumber semula jadi. Dan kesejukan tu muncul dari dinding-dinding yang ternganga (takde dindinglah maksudnya). Aku tidur di tepi, menghala ke pintu. Tika dan Puteri tidur diapit aku dan Kak Ida. Aku tidur sebelah Puteri. Aku kesejukan. Beberapa kali terjaga. Aku lihat Puteri, nyenyak gila dia tidur. Tak menggigil langsung. Memang betul-betul kulit buaya. Oh ya, baru teringat, dua tahun lepas pernah tidur sebilik dengan dia kat Adamson Hotel dan penghawa dingin yang dia pasang 22 darjah! Memang berlapis-lapis selimut aku dan Angah pakai time tu tapi dia relaks je, siap boleh bergolek ke sana ke sini lagi. Betul-betul kulit buaya. Hahaha.

Esoknya, kitorang memulakan tugas. Aku rasa, akulah orang yang paling sibuk. Aku dan Naim. Naim dah macam ketua dah aku tengok. Mungkin sebab Fiqy bertugas di tingkat atas bersama kak Ida, Wan dekat dengan Puteri, Anor sorang-sorang. Dan Naim diapit aku dan Tika. Jadi mana-mana aku nak pergi, mesti nak bagi report. Naim, akak nak gi sarap. Naim, akak gi kat Kak Tika. Naim, tolong tengokkan sini ye. Naim itu, Naim ini.. Semua Naim. Dia hanya jawab OK, No Probs & buat thumbs up. Tengok gelagat dia, bajet macho je...haha. (memang macho kot..hehe)

Walaupun majlis xberjalan seperti yang dirancang tapi aku tetap seronok. Seronoklah, sebab tugas kitorang xkan bagi efek yang besar pun untuk event ni, kerana kami berlapan (kecuali Rusdi) adalah watak kecil dalam event ni. Dan xterkilan pun xdapat bergambar dengan Sharifah Khasif cuma baru perasan sekeping gambar dia pun xde dalam kamera henfon aku. Itulah, Naim & Wan offer nak gigibiru (bluetooth) gambar juara qariah tilawah al quran 2009 tu, xnak, kalau tak boleh selit dalam blog ni..huhu

Untuk korang yang baca blog ni, kalau nak tengok sendiri keindahan masjid ni silalah ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin kat Presint 3, Putrajaya. Dirasmikan pada awal raya haji hari tu xsilap aku. Masjid dia memang cantik. Cantik sangat! Nah, ni untuk kongsi dengan korang. Gambar yang sempat aku snap guna henfon TANPA cybershot ku..


  
 gambar ni yang paling aku suka! utk muhasabah

 
kAmI~
 
Dan demi Tuhan, aku benar-benar jatuh cinta padanya~ Pada masjid ni. Indah~ Sungguh-sungguh indah. Tak pernah pergi masjid seindah ini. Masjid Putrajaya pun tak boleh kalah dengan masjid ni. Masjid Shah Alam pun kalah. Masjid Kristal? Xtaulah pulak, xpernah pergi... Dan kenangan secebis ni akan ku pahat dalam hati sampai bila-bila. Moga suatu hari nanti aku akan berkesempatan singgah di sini lg~ Untuk melihat kenangan-kenangan yang tertinggal...


0 bicara tanpa suara:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB