Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Ahad, 29 Mei 2011

Minggu Suai-Kenal


Entri ni sambungan entri semalam
Siapa yang belum baca yang semalam, silalah berbuat demikian.

Sebabkan semalam ter-update entri masa nak maghrib dan tiba-tiba ternampak kartun kegemaranku; atashinchi muncul di kaca tv terpaksa aku sambungkan cerita.
Oklah kan... sekurang-kurangnya takdelah orang baca entri yang panjang berjela-jela + merapu tu lama-lama. hehe


Imbasan Julai 2004

... Selesai aje angkut barang, kena berkumpul balik.
Biasalah, sesi taklimat dan minggu orientasi pun bermula.

Paling aku ingat, malam hari pertama tu orang pertama yang aku call ialah June. June mana lagi, June yang itulah, bestfriend aku masa kat sekolah dulu.
Kawan yang ramai orang sangka dia dan aku ada hubungan terlarang. Miahaha. Buduhhh!
Mungkin sebab kitorang ada rupa (wekkk!) lepas tu selalu berkepit macam belangkas. Kalau jalan tu tak pernah tak pegang tangan, mesti nak pegang, mesti nak peluk lengan masing-masing.
Manja giller ah senang cakap! Lepas tu, kalau ada lelaki kacau-kacau je mesti June naik angin. Aku pun terikut cara June treat lelaki. Kasar wehhh...
Manalah lelaki tak takut.
Manalah diorang tak fikir bukan-bukan pasal kitorang.

Memang dah jenis berbulu je mata kalau tengok budak perempuan sekolah tu tergedik-gedik dengan lelaki. Bajet hape? Dahlah dua-dua tak semenggah.
Budak sekolah aku kalau couple je memang bajet pegang tangan punyalah.
Majoriti macam tu, sebab aku belum pernah nampak lagi budak lelaki dan perempuan yang ber-couple tak pernah pegang-pegang, mesti nak pegang. Nafsu bergelora betul masing-masing -__-"

Selain June, sebenarnya masa kat sekolah kitorang rapat berlima. Aku, June, Dewi Sara, Dianah dan Nazira.
Kena denda pun sama-sama, rehat pun sama-sama. Bergaduh pun sama-sama. Heee


Aku dan June. comey tak? hehe

"Aku dah sampai JB!"

"A'ah aku tahu. Tadi aku call henfon ummi kau, walid kau jawab. Dia cakap, alhamdulillah Yaya dah selamat sampai JB. Hahaha. Family kau kan alim... hik hik," June tergelak-gelak. Mungkin sebab ayat alhamdulillah itu kot. Tak pun dia sebenarnya happy aku masih sudi nak telefon dia guna public phone asrama ni. Aku pun tak pasti.

Sebenarnya June pun dapat tawaran yang sama dengan aku. Aku ingat dia nak pergi, rupanya dia tak nak sebab jauh sangat. Dia kan anak bongsu. Excited giller masa aku tahu kitorang dapat tempat sama tapi sedih bila dia tolak tawaran tu.
Aku pula sebab minat sangat dengan bidang jahitan dan rekaan (aku kan suka lukis-lukis. Dululah... sekarang dah malas! Nak lukis figura manusia pun dah tak reti sebenarnya), jadi memang aku nak jugaklah pergi sana.
Biarlah terpaksa menjadi anak perantau di negeri orang, aku tak kisah.
Yakin ada jodoh yang menanti di sana. Ya, jodoh!
Bukan jodoh antara lelaki dan perempuan tapi jodoh dengan orang-orang yang masih aku rapat sampai sekarang *senyum*

Masa minggu orientasi macam-macam manusia aku kenal.
Pelik-pelik je perangai. Ada yang tak reti nak mandi, ada yang pemalas gosok gigi sampai terpaksa aku tegur, "mulut kau berbau," dan-dan tu jugak minta aku teman balik asrama dan gosok gigi. Hadoiii.
Muka dah lawa tapi pengotor tak hengat. Haa kan dah sengaja mengutuk.
Kira macam-macamlah manusia yang aku jumpa.

Lagi syukur bila dapat roommate yang masuk kepala walaupun Kak Yah tu agak moody orangnya. Suka ikut angin. Kalau angin dia ok, dia ok lah.
Kalau angin dia tak ok, membebellah kau sorang-sorang, takde dia layannya melainkan dia akan cakap,
"boleh diam tak?" ngaaa...
Tapi most of the time dengan aku dia akan ok.
Pernah sekali je kena marah. Kena membebel tu dah selalu sangat tapi aku suka sebab rasa walaupun jauh dengan famili tapi ada lagi 'famili' kat sini yang taking care kita.
Lebih-lebih lagi dia pangkat kakak dan dia betul-betul treat aku macam adik dia sendiri.

"Hai..." tiba-tiba Su menegur seseorang. Masa tu kitorang masih rapat berempat. Ke mana-mana pun berempat. Sekali masa beratur nak ke dewan makan dan bila Su tegur orang lain dengan ramah, tiba-tiba jadi macam pelik. Terus sama-sama menoleh belakang, ke arah yang sama dengan Su.

Seorang budak perempuan yang nampak alim giller.
Tudung labuh, baju jubah seluar, seluar slack besar (korang bayangkan je watak girls dalam novel Hlovate, macam tulah dress up dia).
Lagi seorang nampak muka sangat comel. Cantik macam bidadari.
Perghh! Naif je muka dia.

" Ini nama dia Amni..." Su memperkenalkan budak alim tu.
" Am," Amni balas sambil salam aku. Bila dia sebut macam tu nampaklah ke-brutal-an dalam kealiman dia.
" Ini pula B.B..." Su kenalkan budak yang cun tu.
" B.B Atika."
" Ee.. macam barbie lah muka dia!" Puji Kak Ida tanpa tapisan. Tersipu-sipu muka si B.B tu aku tengok. Segan kot dipuji macam tu.
Bila dengar diorang borak baru tahu, dua-dua tu orang Sabah, bah...

Orientasi 5 hari. Sabtu dan ahad tu, mana yang tinggal sekitar Johor semua pakat balik.
Rindu kampung halamanlah tu.
Pagi sabtu tu bertungkus lumus basuh baju yang menimbun. Masa orientasi mana nak sempat basuh baju oiii... Kalau ada yang sempat tu, nampak beno la nipunya kan...

" Su! Su!" Masa nak menuju ke bilik lepas sidai baju dekat ampaian, tiba-tiba ada hamba Allah yang aku tak kenal ni terjerit-jerit panggil nama Su dari aras atas. Aku pun automatik pandanglah belakang sebab rasanya Su takde, balik rumah dia dekat Yong Peng, kotlah tiba-tiba ada kat belakang aku.
Memang sah masa tu aku sorang-sorang je. Kemudian aku pandang atas, pandang ke arah budak yang menjerit tu.

" Eh, sorry... salah orang. Aku ingatkan Su tadi."

Budak tu tersengih-sengih pandang aku. Nampak macam boyish je. Aku pun pelik gaklah masa tu apesal dia ingatkan aku ni Su padahal aku rasa Su keluar dari bilik tak pakai tudung tapi aku pakai. Ish ish ish... macam-macam...

Yup, masuk budak perempuan tu, dah dua orang dah tersilap aku dan Su.

Yang pertama dengan abang fasi.
Jumaat tu hari last orientasi dan kitorang ditugaskan untuk bersihkan kawasan Jabatan masing-masing (kalau dekat Universiti orang sebut Fakulti).
Jadi, aku, Su, Kak Ida dan Kak Yah satu kumpulan. B.B dan Amni kumpulan lain, kena bersihkan bengkel.
Ketua kitorang abang fasi. Abang Wan nama dia. Kak Ida suka tengok dia sebab dia cakap muka abang Wan tu cam baik je. Macam jela kan...
Tapi memang kot sebab dia takdelah nampak macam nak market ke hape (tak macam abang-abang fasi yang lain.. pfftt).
Dia layan kitorang macam adik-adik je. Yang aku perasan dia asyik pandang aku. Kenapa entah.
Yelah, muka aku ni kan familiar (ramai yang cakap macam tu).

Masa aku dan Su tengah kutip daun kering tu, tiba-tiba dia tegur,
" kembar ke?" Serentak kitorang yang tengah dok gelak-gelak ni pandang dia.
Huh?!
" Siapa?" Aku pandang Su, Su pandang aku. Jari dia tunjuk aku dengan Su. Su tergelak, aku sengih.
" A'ah. Kembar lain bapa, lain mak... kih kih kih." Su balas. Aku ikut tergelak tapi aku sempat pandang abang Wan. Serius giller muka dia.
" Eh Su, aku rasa abang tu memang betul-betul ingat kita ni kembarlah. Cuba kau tengok muka dia." Aku bisik dekat Su, Su pun pandang.
" Kitorang bukan kembarlah. Main-main je tadi."
" Ohhh ingat kembar betul tadi." Lerr... bendul gak abang tu ek. Dia tak paham kot maksud Su kembar lain bapa, lain mak tu. Hahaha. Hatoii.. Dan terjawablah kenapa dia asyik pandang aku je. Agaknya tengah bandingkan muka aku dengan Su.
Cowie abang Wan, terkutuk lak dalam blog ni. Keh keh keh.

Tiba-tiba pula pagi sabtu ni, minah mana entah yang ingat aku ni Su.

Tengah aku syiokkkk lena baik punyaaa terbongkang << bahasa hape tah. Belasah jek, tiba-tiba aku terdengar macam ramai giller orang dalam bilik 45 ni.
Kak Yah kejut aku tapi aku buat dek. Warghhh! Malu kot orang yang aku tak kenal tengok muka baru bangun tidur aku.
Aku dengar suara Su. Ohh dia dah balik dari kampung lah tu. Mesti bawa makanan sebab ada bau sedap je. Aku celik mata sikit.
Nampak ada Su, Kak Ida, B.B dan Amni. Alahaiii apa pulak diorang dua tu buat kat bilik aku petang-petang ni?
Oww mestilah Su yang ajak ni.

Lama jugaklah aku mengeraskan diri dengar ayam dan itik bercakap (loghat semenanjung + loghat Sabah). Tapi bila nampak diorang macam lambat je nak blah, aku pun bangunlah.
Pura-pura baru bangun tidur padahal dah lama bangun cuma tak duduk je.
Kemudian diorang tegur-tegur aku. Amende diorang cakap aku tak paham. Pekat giller Sabah diorang neh. Aku pun tak tunggu lama, terus pergi toilet untuk cuci muka.

Tak lama duduk tu, budak boyish yang tersilap sangka aku Su tu masuk bilik aku dengan selambanya. Terpinga-pinga sekejap aku dengan Kak Yah.
" Su..." dia panggil Su. Kemudian baru dia beralih pandang pada orang sekeliling. " Eh, kau yang aku tersilap hari tu kan?" Dia tunjuk aku.
" Haa yelah. Kaulah yang kecik-kecik cili padi tu kan.." Maksud kecik-kecik cili padi tu sebab badan dia kecik je tapi suara dia... mak aih.. satu asrama boleh dengar kot.
" Ceh kau..." itu je yang dia balas.
Lepas tu buat sesi suai kenal.
" Panggil aku Zack," dia kenalkan diri. Nama bukan main! Tapi tak hairanlah, sesuai dengan diri dia.
Su tergelak-gelak. " Zack konon..."
Rupanya diorang satu sekolah dulu. Sekolah Teknik (ERT) Azizah. Patutlah macam rapat je dengan Su.
" Eh, baru aku perasan muka kau sama dengan budak sekolah kitorang lah. Miza nama dia. Dia pun ada dekat poli ni."
" Dahlah kau. Dahlah ingat aku ni Su, tiba-tiba tukar Miza pulak. Miza mana entah."
" Ala kau dengan Su tang bulat tu je sama, rupa tak pun tapi kalau dengan Miza memang sebijik la. Cara gelak pun sama," dah pulak~ Sampai gelak aku pun diorang perhati. Su pun mengiyakan. Dan i wish, suatu hari nanti aku akan kenal juga dengan Miza tu.

Borak punya borak dah nak masuk maghrib. Biasalah kalau orang perempuan berborak, takde cerita pasal bola ke hape, mesti cerita pasal famili, asal keturunan semualah.
Betul-betul mengenali sejarah hidup, salasilah keluarga aku dan kamu...

" Ok lah... err.. apa nama tadi?" B.B dah bangun nak minta diri. Zack dah lama chow.
Amni pun follow B.B. Aku hairan dengan diorang ni, bukannya sebilik pun tapi macam belangkas pula. Aku tak kenal pun dengan roommate B.B dan Amni. Entah siapa.
" Arafi," balas Su selamba.
" Oh Arafi. Sorrylah ganggu je tadi." Lembut B.B bertutur dengan Sabah yang cuba di-semenanjung-kan tu.
" Hei! Bukan Arafi la..." Tegur aku. Tiba-tiba terbayang muka salah seorang pensyarah yang sempat kitorang kenal masa minggu orientasi tu. En. Rafi nama dia. Hahaha. Siottnya, Su.
Tiba-tiba Su macam terkejut. Seolah-olah macam baru pulih daripada hilang ingatan sebentar tadi.
" Eh, bukan aku sebut nama betul kau ke tadi?"
" Mana ada. Kau sebut Arafi la!"
Kah kah kah... satu bilik tu ketawa tak hengat. Kesilapan sebutan nama adalah kesilapan yang paling melampau! Betul-betul tak boleh blah.
" Susahlah nak sebut nama kau. Berbelit lidah." Pertama kali aku dengar pengakuan orang susah nak sebut nama aku. Yelah, nama satu dalam sejuta kan... Kalau dekat Indonesia ramailah guna nama aku ni. Kat Malaysia payah nak jumpa. Kalau nama Zafirah ye ramai...
Dan dari situ aku dapat nama Fira. Masa kat sekolah dulu punya konsisten aku paksa orang panggil nama penuh aku, tiba dekat poli orang cakap nama tu pelik dan susah nak sebut.
Nak tak nak, terima ajelah nama Fira tu, daripada silap sebut nama En. Rafi lagi, kan niaya tu. Teehee.

Dan bilik 45 tu sering jadi kunjungan ramai. Kalau ada apa-apa 'makan besar' ke, mesti bilik tu jadi sasaran. Sampai aku tertanya-tanya apa bestnya bilik aku dengan Kak Yah tu?
Dahlah guna tikar kubur tu je. Kalau bilik Kak Ida dengan Su lawalah sikit dah memang tersedia tikar getah. Lawa lagi. Kemas teratur je.
Mungkin sebab tuan bilik dia muka comel, murah senyuman dan berhati suci kott sebab tu ramai orang suka. Ngaa... (Wekkk)


Zack, Kak Ida, Aku & Tika
Zack, Aku dan Tika (2010)
~Uhibbukumfillah~

Sekarang ni yang aku rapat dan still keep in touch ialah Kak Ida, Tika, Zack dan Wawa (ex roommate Zack tapi tak selalu gak borak-borak dengan dia).
Kak Yah, Su dan Amni dah lost contact. Last cerita Kak Yah yang aku dengar dia dah kahwin bulan dua tahun lepas. Aku sempat bersama Kak Yah masa sem satu je sebab lepas tu dia dapat tawaran SPA.

Dan akhirnya Miza si kembar aku tu pun aku dapat jumpa jugak.
Ramai rupanya cakap muka dia dan aku sama.
Tak sangka boleh jadi kawan tidur sebilik, mandi 1 bilik air (bukan mandi sama-sama tapi guna bilik air yang sama), sekelas lagi...




Miza dan Aku; The Last Mimzy (2007)

Yang pasal aku pakai tudung dalam asrama tu, ekceli sebelah bilik aku budak Sabah, Kadazan-Dusun. Diorang Kristian. Non-Muslim. Kan semua belajar agama, dah tahu yang rambut kita ni, aurat kita ni dengan perempuan non-muslim sama dengan aurat dengan lelaki ajnabi. Sebab tulah aku memang jaga tak bagi diorang tengok dengan sengaja.
Jujur aku cakap, budak non-muslim dari Sabah lebih faham tentang ni berbanding budak Cina-India. Kalau dengan Cina-India, macam-macam diorang tanya. Tapi kalau budak Kadazan-Dusun diorang dah faham. Diorang sendiri yang cakap benda tu aurat.
Terharu kottt bila ada yang faham tentang agama kita.

Dan di sanalah aku belajar macam-macam.
Banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat yang aku belajar.
Cuma pesanan untuk adik-adik yang bakal masuk IPTA/IPTS, pandai-pandailah pilih kawan sebab dari kawanlah kita boleh jadi seseorang diluar jangkaan. Sama ada jadi manusia ataupun jadi syaitan.
Aku bersyukur sebab Tuhan pertemukan aku dengan mereka yang baik.
Aku beruntung sebab Allah makbulkan doaku untuk dipertemukan dengan mereka yang baik. Alhamdulillah...

Tapi untuk kita belajar, tak semua yang Tuhan bagi itu baik untuk kita terima.
Ada yang nampak baik tapi sebenarnya dialah api dalam sekam yang membakar hati.
Dulu selalu je dengar cerita orang kena fitnah, sekali bila diri sendiri kena fitnah, baru tahu macam mana rasanya. Sedap, kan? Sedap tengok orang meratah-ratah daging kita.
Tapi yang terseksa mestilah kita yang kena fitnah.
Syukurlah kau tak kena fitnah sorang-sorang macam ummi tu haa. Sebab Allah tahu kau tak kuat macam ummi. Kena sikit pun dah melenting sedunia.
Sekurang-kurangnya kau ada Kak Ida, ada Tika @ B.B, dan ada Zack, sama-sama kena fitnah.
Dan dari situ aku betul-betul belajar, don't judge a book by it's cover.
Jangan menilai manusia dengan pakaian yang dipakai...
Jangan nilai manusia yang bermulut manis itu, hati dia semanis mulutnya.
Tak. Jangan mudah tertipu.

Semua tu aku belajar. Dan pesan seseorang yang aku pegang sekarang ni, "kalau kita dah tahu perangai hodoh seseorang tu, jangan sesekali berani bergaul dengan dia sebab dia akan tikam kita dari belakang tanpa kita sedar." Mula-mula dulu aku tak percaya sebab setiap orang boleh berubah kan.. tapi bila dah terkena... Padan muka kau!!!


p/s: kalau ingat-ingat kes kena fitnah tu, sakit hati masih ada lagi walaupun pemfitnah tu dah tak tahu khabarnya entah hidup lagi ke tak.

p.p/s: tadi hantar Nisa' pergi UIA, PJ. Muka dah nak nangis, nasib baik dia tak nangis kalau tak konfem lah kena kutuk. Setakat duduk kat Nilai tu takdelah jauh mana kalau dibandingkan Perak (Ipah), Rembau (Awwab) dan Johor (aku). Tapi minah tu memang jenis manja dengan ummi. Mesti punyalah malam ni dia nangis teringat ummi. Hahaha *gelak jahat*.


12 bicara tanpa suara:

alhariesz berkata...

minggu ta'aruf...hoho...

pengalaman masam-masam manis...tapi banyak masam dpd manis...

Fira hilwa berkata...

@alhariesz bgantung pd org kot.. stiap org pngalamn lain2. mcm adk aku yg br hntr kelmarin 2 dia ckp xbest. dh ngs2 kt uia tu ha nk blk tp ms aku dlu best! best sgt sbb jmp abg fasi yg ohsem ;;) ahaks! gatai jap. tp yg jujurnya sbb dpt kwn br yg ohsem.. ngee :D

madihah berkata...

pasni boleh tempah baju raye kat akak je :D

Fira hilwa berkata...

@madihah blh je... :D

Tanpa Nama berkata...

1.weh,,sp yg xgosok gg tu???huahua
2.ok..kisah amni..heheh..err...ha,ko msti nk ckp muke cm bddri tu c tika kan??kan??haiiissshh...xleh trime!*jelez! huahua..sudah ku agk...hihi
ok,smbung bc jap..
3.haha..k ida kan mmg suke puji org dpn2 kan..heheh...err..tringt crite anuar zain vs shhruddin tamby versi abg murad..kehkeh..(gelak setan jap..)haha
4.hamba Allah trjerit2??weh,ko nk ckp aku kan tu???cehh!!hahaha
5.hahaha...boyishh...heheh...aku ler tu kan..weh,ko tau x,rupe bentuk ko tu sm ngn su..sbb tu ler slh org..hii
*bl nk msuk part ko knl ku tah..lmbtnyer ku join korg ni..haiishh..T_T
6.abg wan tu yg mn ah?xingt..huu
7..huaaa..ko pggil aku boyish???ceh!haha...
eh,yeke ku jwb cm tu?haha..'ceh kau'.
8.haha..kes fitnah pakej jemaah..harem jadah tol ,minah tu...huu..err..dah trmaki plak..huu
mmg btul2 TLDM..ms ni kt kenal siapa KAWAN siapa LAWAN kan...^_~
9.tp siyes r..ms ni r korg ajar ku erti syg seorang sahabat..tp ku bkn dpt sorang..rmai ku dpt..hii...mmg btul2 bkak sml hati ku yg trtutup tok orang skliling ku..btw,thanks SAHABAT! ^_~ hoyeeaayy!!

Fira hilwa berkata...

1. adalah.. hamba Allah tu...

2. amni... hahaha... baikkan aku masukkan nm dia? aku ni kan kwn yg prihatin.. ngaaaa

3. :)).. ok, serius yg ni lawak. ttbe lak msuk part anwar zain + shaharuddin thamby kan... hahaha =)) kak ida... kak ida...

4. ye, ko la tu... jgn nk ckp mula2 aku knl ko, ko ni bdk ayu lak kan... mmg xla... ;))

5. hehe... klu ko nk tau, ko la antara org2 yg plg lmbt aku jmp tau. tp ni cte psl orientasi je, part2 sterusnya mls nk msk dh. kang smpi ke thn dpn xde spe nk bc smpi hbs.. huhu

6. abg wan tu geng2 bengkok, harry porter sume 2la. ckpla ko xigt. dia yg hitam manis 2.

7. yela ko ckp 'ceh ko' dgn muka kerek lg... ops! haha

8. itulah.. xpela, z... skurg2nya dia ajar kte cra nk knl org. mcm tika selalu ckp, klu kte xkne ms tu msti ms akn dtg kte akn kena sbb kte xtau sbnanya org mcm 2 sememangnya wujud

9. samalah... aku pun. thx korg sbb hadir dlm id0p aku... \:D/

10. inilah komen paaaaaling pjg yg aku pnh bc & yg aku bls... arghhh... pntnyaaaa mnaip... :P

Tanpa Nama berkata...

yelar..ku mmg xayu lgsung pun ms tu..xde sape brkenan..haha..err..tp skang dah ayu!muahaha..

ok ingt dah a.wan tu..geng2 sopang tu kan?yg gelap2 tu..sp yg c tika minat dl tu?lupe r..haha..

mmg pun...rp ku dah pnah jpe ms sklah dl..TLDM..huu

ha..bru ko tau ku melalut pnjg2..sbb smbil bc smbil komen..haha

Fira hilwa berkata...

@misshahn 2yg tsyasyul post 2, smbil bc smbil komen, pdn muka... hahaha

bengkok yg tika minat. hidung mancung la kunun... aritu ada skali aku cte kt dia psl ni. tgelak2 kitorang. nmpk beno umo 18/19 tu tlalu kebudak2an. x matured lgsg!

Tanpa Nama berkata...

err slh post bkn sbb smbil bc smbil komen..tp sbb ku xklik kt tjuk entri..heheh..
muahaha..tau xpe...siap bg bookmark lg..kahkah..sumer org nk minat..ko lak???huahuahua..ku je r yg tukang wat crite n wat gaye how diorang melepas xdpt korg..heheh..

Fira hilwa berkata...

eh, aku de eh minat org.. spe eh? tettt.. haha... last2 aku tau org yg aku minat 2 gatal nk mamposss.. seb bek tau awl. klu x, hancorr hid0p.. keh3. aiyakk :P

Tanpa Nama berkata...

hahaha..yeke?gatal giler??heheh...nape ku xtau ah?ke ku lupe?huahaha..yekot gatal,klu x,xkn smpi melawat KAWAN kt yg sakit tu kt hi-tech dl kan?hahaha..2 2 xleh pakai.disatukan pun molek sangat tuh...err...thii~

Fira hilwa berkata...

@misshahn xdela gataaaallll gilleeerrr tp bajet la. konon hensem, sume org pndg pstu nk lyn awek cun2 je, xcun mcm aku ni dia xpndgla konon. setakat~
hah, mlm td aku ngn c tika xtdo bgosip psl kte kt poli. kol7 pg td br tdo, bgn kol 12, ank dara yg sweet kn? ngee.. kebetulan la 2 ktorg pn ckp yg kronik ngn dia tu mmg scocok. klu kawen mmg psgn paaaling ideal la. ideal sbb pndi reka cerita. hahah. tp psl dia jmp kronik xtau la sahih ke x. dorg je yg tahu. aku pn mls nk tahu, lantak ko ctu :P

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB