Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Sabtu, 7 Mei 2011

Baju Melayu Hijau Serindit - Syud

Sebenarnya lepas habis baca Rooftop Rant kelmarin (Rina, aku dah baca Rooftop! Best sangat!!), aku ingat tak mahu manjakan diri aku dengan melekat pada novel lagi.
Nanti satu kerja tak siap. Siapa yang susah? Ahkakkkk jugak, nokkk...
Tapi entah macam mana novel ini seperti melambai-lambai kepada aku dan berkata "peganglah aku, beleklah aku & bacalah aku kerana demikian kau tidak akan menyesal" << cehhh ayat macam ayat Wardah (heroin novel ni) nampakkkk... hahaha.

Kalau korang nak tahu sebenarnya list novel yang paling aku nak beli ialah novel Baju Melayu Hijau Serindit, novel Langsir Biji Remia, Contengan Jalanan dan Jet Jonah. Tapi sayang Jet Jonah dah berganti dengan novel Sweet Sour. Sob3... ini semua promoter tu punya pasal... Tapi takpe, sebab novel Sweet Sour yang orang ramai cakap best tu aku belum sempat lagi nak baca. 
Nanti kita tengok sama ada promoter tu harus disalahkan atau tidak... hehehe
Tapi novel Syud ini kira novel yang memang aku letak tag WAJIB BELI lah..

Sebelum ni aku tak pernah baca novel-novel Syud. Serius tak pernah. Jadi nak tahu alasan kukuh kenapa aku beli Baju Melayu Hijau Serindit ni?

Sebab...


Sebab...


Sebab...



... aku mudah jatuh chenta dengan lelaki yang lengkap berbaju melayu.... awwuuu... hak hak hak... Aip! aip! Aku serius ok!
Ye, saya mengaku (muka sudah merah-merah serindit ;P) yang saya memang mudah jatuh chenta dengan lelaki berbaju melayu lengkap.. Ngeee... Tapi don't worry, setakat ni kalau pergi mana-mana majlis kahwin belum pernah lagi aku terjatuh chenta dengan pengantin lelaki mahupun pengapit... ekeke.

Aku tak pernah baca karya Syud, aku tak kenal pun dia tapi korang harus percaya yang aku pernah jumpa dia sebelum aku kenal karya dia... Do you believe it?? 
Don't u? Don't u?? Deyy percayalah.
Kalau tak percaya, korang rujuk sini la. Patutlah masa tu aku terdetik rasa macam nak bergambar juga dengan Syud kot suatu hari nanti aku akan jatuh chenta dengan novel dia, tapi tak jadi... Segan wehhh~ Dahlah tak baca novel dia, pastu nak menyendeng tangkap gambar.. Eee tak malunyeeee~

Sebelum aku merapu meraban tah kebenda alah kejadah bagai, moh kita ke topik sebetulnya.

Sinopsis:


Kisah terjadi apabila Wardah terpaksa menggantikan novel Laily (adik dia) yang telah dia rosakkan dulu. Novel apa? Of course novel sedih karya Noor Suraya; Nyanyian Tanjung Sepi itu.
Dahlah novel tu dah tidak diulang cetak. Maka menggagaulah Wardah ke hulu ke hilir mencari novel tu.
Akhirnya dia jumpa, tapi sayangnya novel tu dah dibeli oleh lelaki yang memakai baju melayu hijau serindit (hijau striking). Dahlah beli sekali dua! Bengang gila dia masa tu. Terus dia gelar mamat tu dengan nama Shrek. Part ni memang kelakar ok! Kelakar dan kesian sikit.. Hehe...
Si mamat tu pulak gelar dia Dorothy pasal dia pakai kasut merah. Memang sweet kan?





Shrek
Dorothy dengan RED SHOESnyaa




Jadi kerana cerita Syud semua ber-motif-kan "kalau dah jodoh tak ke mana" makanya cerita ini pun harus begitu.
Asyik terserempak aje Wardah dan Firas Adam @ Pacai ni.
Adalah adegan-adegan kelakar dalam ni yang buatkan aku gelak je manjang. Dah macam orang gila pun ada jugak... Ekeke..

Dulu Wardah pernah sukakan Ilham tapi Ilham tu not available dah, jadi dia terpaksa serapkan dalam hati yang Ilham tu harus dilayan sebagai abang sahaja, tak lebih daripada tu...
Ok, part ni aku dah paham perasaan Wardah yang mana bila kita suka seseorang tu tapi kita tahu juga yang dia sememangnya bukan untuk kita jadi kita harus anggap dia seperti admire di zaman sekolah yang memberi kita dorongan untuk terus ke sekolah walaupun ada matapelajaran yang cikgunya kita memang tak suka, tapi semuanya harus diabaikan sebab ada dorongan kan.. *wink!* (merepek!!)

Tiba-tiba bila si ibu mula masuk campur soal jodoh, dia terus menggelabah.
Harus mencari seseorang yang dapat dijadikan pretend-boyfriend. Sayangnya dia tak ramai kawan lelaki dan dia harus cari lelaki yang tidak dikenali.
Dan dipilih juga Firas. "Tengok muka pun tahu yang lelaki tu tak berapa budiman" Hahah.. serius ayat ni lawak. Boleh eh tengok muka pun dah tahu orang tu budiman ke tak? Ekekeke...
Tapi tak budiman-tak budiman pun, lelaki itu juga yang sanggup nak jadi pretend-boyfriend dia.

Wardah: "I didn't like you. You know" 

Firas: "Heh" 

Wardah: "Jangan buat gaya angkuh you tu, Firas"

Firas: "Hahahahaha comelnya angkuh... dah lama I tak dengar orang
sebut perkataan tu. Seriously, pemilihan
perkataan you ni comel la"


Seperti biasa aku tak suka nak review novel panjang lebar (walaupun hakikatnya memang dah nampak panjang sebab banyak intro merapu ;P).
Nak tahu kisah sebenar, sila lah beli sendiri.
Baik beli sendiri, kalau pinjam orang punya tak best sebab tak boleh baca banyak-banyak kali. Hehe...

Dan pertama kalinya aku isytihar yang aku menyesal sebab tak bergambar dengan Syud yang comel itu dulu! 
Aku baca buku ni memang aku bayangkan Wardah ni Syud ;P
Dan Firas Adam @ Pacai tu... watak dia... sebijik macam lelaki idamanku... awwuuu lagi.
Betullah, bukan pasal dia pakai baju melayu striking gila tuh masa pertama kali jumpa Wardah tapi aku suka dengan watak dia.
Tak terlalu alim dan tak terlalu jahat. Lebih-lebih kurang je evil dia dengan aku.. Hahaha..
Hadoiii... Wardah dah dapat dulu kan? Kalau tak, takdelah istilah all good guy are taken, kan? Melepasss!

Aku baca novel ni pun tak lama macam novel-novel sebelum ni.
Yang ni aku start baca dalam 12 tengah malam ++ sampai pukul 4pagi semalm, then tidur, alih-alih Pacai masuk dalam mimpi yang aku rasa tak boleh blah.
4.35 pagi aku bangun balik (tapi sebenarnya aku rasa aku dah lama tidur) dan sebabkan tak mengantuk aku sambung baca novel ni sampai subuh. Then, habis!
Rasa diawang-awangan gitu baca novel ni.
Betul-betul fantasi yang macam realiti. Sangat seronok! Heheh...
Seronok walaupun terfikir, macam mana Wardah boleh berani offer job boyfriend tu pada Pacai yang dia tak kenal langsung? Ngeri ok! Tapi kalau dah namanya jodoh,
ciptalah cerita dongeng macam mana sekalipun, kalau nak jumpa tu jumpa jugak kan.. ;)




12 bicara tanpa suara:

syud berkata...

salam,

terima kasih ya, atas review yang manis. kalau ada umur, kita boleh jumpa, insya-Allah :)

-syud

Fira hilwa berkata...

@Syud thx syud sbb sudi bc review yg hmpir2 tsasar dr jln lurus ni.. hehe..

insyaallah.. hrp kte blh jmp lg & masa tu makesure saya akan tegur & bgambar dgn Syud ;)

tufah. berkata...

suka suka suka :)
sebenarnya, pertama sekali suka sebab nama hero tu Firas. suka dgn nama Firas. haha.

tapi betul, tak bosan baca banyak banyak kali.

airina berkata...

ngee~
Again! Kau dah selangkah lebih dariku hahaha5
Aku baru start baca this novel

Ps: Rooftop cerita yang manis kan? :D

Fira hilwa berkata...

@perempuan kan? kan? ni pun rasa nk baca lg. mmg xpuas baca sekali je sbb cte sgt2 sweet~ btl2 rs dh terbang ke langit dh ms bc novel ni... haha.. oo sk nm Firas ke? Nama sy Fira, suka gak x? hehehe

@airina haha.. selangkah pn aku msh xleh lwn ko. ko siap msk contest cabaran 50 novel 2, aku xmampu nak join contest 2.

ps: yup. manis sbb bkn Trisy je yg berubah, Jade pn brubah jugak... :')

alia.hamid berkata...

hye salam perkenalan..
Suke review awak yg bersahaja..
best kan novel ni??asik terbayang2 character mereka nih..wpon berada dimana2..sweetnye..
sy pon x amik pix ngn syud ritu..shy shy cat!! hahahah
Hopefully awk dpt laa Mr Shrek awk one fine day nanti.. ;P

tufah. berkata...

haha mesti lah suka. sebab nama saya sendiri pun ada 'Fira' :)

Fira hilwa berkata...

@MrsWhiteberry a'ah best. buatkn rs nk bc byk kali...
ameen mtk2 akn jmpla Mr Shrek ni... hehe *mcm leh dpt jek ;p*

@perempuan oww yeke? klu cmtu Fira nk say hi pd Fira la... heee

nusaibah berkata...

buku syud mmg semua best!
bace la semua :)

Fira hilwa berkata...

@nusaibah thx komen (nk view blog awk tp xjumpa plak. 2la, insyaallah pasni nk collect novel syud plak mcm collect novel hlovate ;)

hana habibi berkata...

sy sgt suka nvl ni.. ms pegi bookfair, borong novel.. ingtkan nk bc novel2 tu weekend.. tp ada 1mlm 2, ingat nk review je b4 tido.. sekali bc sampai abis.. pukul 3 lbh gk la tido.. esoknye tahan je la ngantuk waktu keje.. huhu.. mmg best la..

Fira hilwa berkata...

@hana habibi mmg best! ni pn mlm td start bc lg.. hihi.. siang bt kje, mlm dlm kol1pg cmtu br bc novel.. hik3.. brla blh msk dlm mpi :P

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB