Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Jumaat, 29 April 2011

Langsir Biji Remia - Noor Suraya


27 haribulan hari itu baru je aku cakap kat group Sahabat Blogger yang aku dah lama tak menangis bila baca novel.
Tapi tak sangka, novel ni mampu buat aku menangis. 
Aku tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku benar-benar menghayati.
Aku betul-betul rasa jika aku di tempat Duha Hafa, begitulah perasaanku. Terlalu merendah diri.

Sinopsis:



"Nama awak pelik!" 
jerit Umair apabila melihatnya muncul
di tepi langsir biji remia suatu pagi.
"Apa pula pelik? Saya lahir waktu duha 
dan ketika itu hujan renyai"
"Apa kaitan hujan renyai dengan nama awak?"
"Yalah... Hafa tu maknanya hujan renyai!"

Umair dan Duha Hafa merupakan teman bicara di jendela berlangsir biji remia.
Dari kecil Umair menyerahkan hati dia pada Duha Hafa.
Ketika itu umur Duha Hafa baru 10 tahun dan Umair 13 tahun. Umair terpaksa mengikut keluarga berpindah ke Singapura. Tapi ketika itu dia sudah mula menyukai budak comel kacukan Melayu - Gujerati itu.

Setelah 10 tahun, mereka bertemu lagi di jendela yang sama. 
Jendela yang masih mempunyai langsir biji remia dan peranggu angin.
Tapi Duha Hafa yang sekarang tidak sama dengan Duha Hafa yang dulu.
Duha yang sekarang sudah bertutup semua. Berpurdah siap!
Maka penasaranlah Umair kerana mahu menatap wajah si pujaan hati.

Kerana cintakan Duha Hafa, hati Umair tak pernah terusik dengan mana-mana gadis.
Hanya Duha Hafa yang bermata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir itu yang menjadi kegilaannya, tiada yang lain!

Sebenarnya ada sesuatu yang merubah Duha Hafa.
Perubahan yang benar-benar membuatnya berasa terlalu rendah diri.
Ya, kalau aku ditempat dia pun aku akan rasa begitu. Mungkin lebih teruk lagi...

Apabila Umair dapat tahu Duha Hafa bekerja part time di kedai buku Ceritalah Lagi kepunyaan Kak Hada & Kak Ain (Ain Najwa; Keranamu Ain), maka Umair yang cerewet dan sukakan kesempurnaan ini pun mula mengambil peluang untuk bekerja di tempat yang sama.
Konon ingin dekat dengan Duha Hafa-nya.

Sampailah suatu saat, apabila Umair mengetahui apa yang pernah terjadi pada Duha Hafa, Umair mula menjauhkan diri.
Memandang jijik pada Duha. Dan Duha menangis sepi...
Kasihan Duha Hafa... Bila sampai bahagian itu, aku sungguh benci dengan watak Umair!
Ya, lelaki semuanya begitu! Selalu mementingkan kesempurnaan sedangkan diri mereka sendiri pun penuh dengan kekurangan! Grrr!

"Duha, Duha selalu melihat kekurangan diri tanpa melihat
orang lain pun ada kekurangan juga.
Yang Maha Sempurna itu hanya Allah!"
- Ahmad Muhsin -

Ok, dah! Aku tak mahu bercerita panjang tentang novel ni.
Takut nanti takde siapa yang mahu beli... Hehe...
Cerita selanjutnya sila dapatkan di Jemari Seni.
Mula-mula dulu beli ingatkan novel untuk remaja 17 tahun (kerana ianya dalam kategori Si Manis 17) tapi seperti kata Kaksu ianya bukan untuk remaja semata-mata. 
Ya, ianya terbukti kerana aku bukan lagi remaja... heee.
Dan bahasa Kaksu dalam novel ini seperti novel yang dulu-dulu juga.
Sangat indah dan sangat menyentuh hati.


"Apa yang saya hendak kata ni, tak perlu tulis.
Sudah ada dalam hati saya, lama sudah"

Ok, korang percaya tak ayat ni yang buatkan aku menangis?? Hahaha...
Tapi betulll... kalau aku jadi Duha Hafa, mesti aku tersentuh... weee

Dan satu doa yang sangat-sangat menarik untuk aku share~

Doa Duha

Ya Allah,
Sesungguhnya waktu duha ini, waktu duha-Mu,
Cahayanya, cahaya-Mu,
Kecantikan itu ialah kecantikan-Mu,
Keindahan itu keindahan-Mu,
Kekuatan itu kekuatan-Mu,
Kekuasaan itu kekuasaan-Mu
dan perlindungan itu perlindungan-Mu

Ya Allah,
Sekiranya rezekiku ada di langit, maka turunkannya
Jika ada di bumi, maka keluarkannya
Jika ada jauh, maka dekatkannya
Jika haram, sucikanlah
dan jika ianya hampir mudahkannya dengan kebenaran
Duha-Mu, cahaya-Mu, kekuatan-Mu dan kesucian-Mu
Berikanlah kepada aku sebagaimana Engkau berikan kepada hamba-hambaMu
yang soleh.

Dan Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami
Nabi Muhammad Salallahu 'alaihi wasallam
dan ke atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan
Dan segala puji bagi Allah,
Tuhan pentadbir sekelian alam





8 bicara tanpa suara:

airina berkata...

Dasyat! Nice review!
Aku belum baca lagi hahaha5
BTW, seperti biasa aku rasa Kak Su memang punya aura kan? Mesti melekat je dengan novelnya :D

fairuspeng berkata...

salam perkenalan...

saya tak baca habis entry ni.. hehe.. sebab nanti takut menangis.. baca skit pun dah berderau...

hari tu x beli pun buku ni sebab beli buku laih..

adus... menyesalnye.. huhuhu

Fira hilwa berkata...

@airina btl3.. klu bc novel kaksu, msti igt pya plot cte.. hehe.. ko bli jgak ke? mmg best! xrugi pn bli.. plg tharu, kaksu siap promot review ni kt wall dia.. tharunyaaa.. ;)

@fairuspeng hehe.. ni review jela bkn sy cerita smpi habis pn.. nk yang betul, kne bli sdri novel dia. br blh sdih btl.. hee

fairuspeng berkata...

WxY: x berani... sebab baru saja menangis di sisi saja semasa ustaz Din hilang... uh..

nusaibah berkata...

mcm best je!
tp tak perasan pn buku ni masa bookfair hr tu :(
kne cr ni..
thanx utk review yg best ni ;)

Fira hilwa berkata...

@nusaibah wajib cri ni.. novel ni nipis je dlm 200++ muka surat je. tp isi n mesej dia mmg padat dan mantoppp :)

AdH berkata...

Saya tak baca habis reviu ini. Huhu..sekilas ternampak doa duha.. ada timbul satu rasa...mungkin sebab dah lama tak istiqamah solat duha..huhu..lari tajuk pula.

Saya nak dapatkan buku ni! :)

Salam kenal tuan blog

Fira hilwa berkata...

takpe, masih ada ms utk kejar blk apa yg dh ditinggalkan tu...

salam kenal juga ;)

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB