Hari ni nak update blog!
Cerita yang aku memang tak sabar nak tulis...
Excited nih! ha ha ha
Semalam bangun je tidur, pergi dapur aku perasan selipar yang selalu kakak pakai untuk buat jalan dalam rumah ni tersadai kat bendul pintu antara dapur dengan ruang makan.
Automatik aku agak kakak dalam bilik air. Sekali tengok tak ada.
Tak lama tu baru ummi tanya sama ada aku tahu ke tidak yang kakak dah ke Pusrawi.
Okeh, jantung aku dah mula berdebar-debar.
Berharap semuanya selamat.
Dan mula update status di bukuwajah.
Klik (open new tab) untuk nampak lebih jelas, kalau tak jelas gak, sila guna kanta |
Risau masa ni. Almaklum, pertama kali nak dapat anak buah.
Akak aku pun pertama kali mengandung, pertama kali melahirkan mestilah kerisauan berganda.
Insyaallah kalau masuk anak kedua nanti dah tak serisau ni dah kot...
Alhamdulillah, akhirnya pada tarikh 7 April 2011, seorang bayi lelaki seberat 3.05 kilogram berjaya dilahirkan pada jam 1.58 petang (waktu Malaysia).
Lepas zohor terus pergi ziarah kakak.
Masa mula-mula jumpa kakak, abang Ameer (suami dia) cakap dia baru je keluar bilik bedah.
Sebab tu tangan dia tergigil-gigil... Tiba-tiba rasa nak nangis.
Sedih woo... Masa abang Ameer cerita pengalaman dia tengok kakak bersalin terus aku cakap kat Nisa'
"Tak mahulah beranak... Sakit!"
Kemudian ummi balas, "tak beranak, takdelah anak.." Huhu
On the way pergi Pusrawi *Padan muka, dak mokk.. org sruh senyum btl2 xnk, hbs sume org tgk muka burokk ko.. hua3* |
Bila nurse bawa masuk anak diorang,
semua mata tertacap pada bayi tu.
Ndukkk... comelnyaaaa..
Putih!
Nangis nak susu.. padahal nurse cakap dia baru lepas menyusu botol. kuat minum betoiii |
kita dah pandai pandang kamera!! |
Baby & me! |
Ok, dah... itu je gambar yang boleh tunjuk.
Nak tengok lebih-lebih sila datang rumah.. Eceh...
Tapi budak ini memang sangat menggeramkan. Umur baru sehari tapi aktifnya macam dah umur berminggu-minggu. Toleh ke sana, toleh ke sini. Menangis.
Keluarkan tangan daripada bedung.
Semalam dengan perasaan yang kejam masa dia tengah kelaparan aku main-mainkan dia. Letak jari kat pipi dan dia terus ke arah jari tu, agaknya dia ingatkan orang nak bagi susu.
Dua kali aku buat, terus dia menangis.
Kuatnya dia nangis! Satu aras tu boleh dengar!
Itu menangis geram sakit hati kerana dipermainkan namanya... ihihi
Bagi dia susu botol, dia hisap, ya ampunn.. bersungguh-sungguh.
Pipi dia siap kembang kuncup lagi.
Haihh tak sabar nak tunggu dia balik.
Sebabkan kakak bersalin melalui pembedahan, maka dia ditahan wad lagi beberapa hari.
Mungkin besok atau lusa dia boleh balik. Tapi paling cepat besoklah..
Tak sabar nak jumpa lagi baby yang diberi nama Aidid Uzair Anor Bin Khairul Ameer Anor itu..
*standard orang sekarang bagi nama anak panjang-panjang*
7 bicara tanpa suara:
comelnya !!!
emmm..byknye name..:p
@nelly terima kasihhh <- wakilkn bby.. hehe
@Uchi kay-f @hmad itulah.. tp nm dia 1 je - uzair. yg ujong 2 nm family baba dia, yg awal 2 klu dia dpt adk laki lg nk ltk aidid jgak... wallahualam :)
emm uzair..oh itu name pena gelaran pakar permasalahan ttg ilmu ekonomi ...awk mesti kenal..ustaz zaharuddin..
tahniah atas kehadiran orang baru. ada berkatnya.... tumpang rasa seronok..alhamdulillah..
@abunyer cik abu, terima ksih! xlama lg pn cik abu bkal jd atuk gak... :D
wah dah jadi makcik! Congrats dear~~
so cute itu baby :))
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)