Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Jumaat, 15 April 2011

Your Life, Your Choice

Tengah malam tadi saja godek youtube, konon nak cari lagu tapi lagunya tak jumpa.
Setakat dengar lagu Anak Soleh - Rabbani. Lagu sedih sesuai untuk didengar pada malam Jumaat. *erk*

Jari jemari terus menari-nari di atas papan kekunci.
Akhirnya aku teringat iklan tentang solat yang aku pernah post dekat bukuwajah tahun lalu.
Sangat terkesan iklan tu. Insaf wooo...
Saja nak share dengan korang.


p/s: sebelum 'play' mana-mana video dalam blog ni, sila klik 'pause' pada MP4 disebelah kanan supaya ianya tidak mengganggu penghayatan anda.
 


Pandangan pertama masa tengok video ni aku terfikir, kalau lah aku di tempat Sara, Nawaaf, macam mana la kan? Mesti roh aku pun sedih macam roh mereka tu...
Nauzubillah~ Aku rasa kat Malaysia ni patut ada iklan yang macam ni, biar orang insaf.
Selalu kita ingatkan manusia tentang aurat, tentang halal haram sampai kita lupa perkara pertama yang akan diHISAB di padang Mahsyar nanti ialah solat lima waktu...

Memang superb iklan ni. Real giller scene kemalangan tuh.

Video kedua ni pula pasal hijab.
Tak tahu hijab tu apa? Hijab tu tudung.
Jadi video tentang persoalan-persoalan kenapa perlu bertudung sedangkan orang tak pakai tudung tu lebih baik daripada yang bertudung & etc.
Kalau nak tahu jawapannya, video ni bagi aku dapat membantu walaupun tak banyak.
Tapi ok la....

Juz cekidot~




Video ketiga ni pula aku suka sebab budak ni comel sangat~
Pandai giller!
Ummi aku pun suka. Dulu pantang aku buka bukuwajah mesti cakap, "bukalah Hassan Menhem.." haha.. Sebab dia comel dan bijak jadi cambest je tengok gelagat, kepandaian dan otak yang cepat hafal tuh...
Maka sesiapa yang mempunyai anak, anda juga mempunyai pilihan bagaimana untuk mendidik si anak.




Aku post video ni bukan semata-mata untuk korang berhibur tapi ambillah iktibar daripada apa yang cuba disampaikan dalam setiap video tersebut...
Wallahualam~

                      

1 bicara tanpa suara:

KinosKoko berkata...

best2

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB