Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Sabtu, 12 November 2011

Sikap LELAKI Yang Menjengkelkan... ewww

Tarikh 11.11.11. Ramai sangat yang macam terkenan dengan tarikh tu.
Kalau ditanya tentang keistimewaan tarikh tu pada aku? Takde apa-apa.
Jika ditanya juga apa yang membuatkan semalam nampak lebih menarik? Owhh.. abang kepada kawan adik aku meninggal dunia pada tarikh ini. Alhamdulillah~ Moga Allah mencucuri rahmat pada rohnya kerana meninggal pada hari yang merupakan penghulu segala hari dan juga merupakan hari kelahiran aku *aku lahir hari Jumaat, tahu!*


Berbalik pada tajuk. Sebenarnya tengah bosan, tiba-tiba terfikir nak buat tajuk ni.


Dan ciri-cirinya adalah seperti berikut.
Ni antara pengalaman aku & orang-orang keliling aku la. Kalau bab penipu, tak jujur dalam cinta & so on tak termasuk list lah yer. Tu hal pasangan masing-masing.




1. Egois terlampau
Lelaki yang ego terlampau ni memang aku jaki betul! Bila buat salah, orang tegur pun masih juga nak back up diri sendiri. Bajet bagus sangatlah pun. Selalu orang ego terlebih-lebih ni, dia lebih banyak buat salah daripada buat betul.
Tak caya, korang survey sendiri. Muka bajet serius je manjang. Pffttt. Konon nak jaga maruah. Tak nak maruah tu diperkotak-katikkan sesuka hati. Ek eleh.. boleh jalan daa dengan maruah kau tu.


2. Pelawak
Aku sebenarnya tak paham bila seseorang perempuan tu (terutama di kalangan artis) yang suka bercakap;
"Kalau boleh nak lelaki yang ada sense of humor
huh??!
Jawapan tu buatkan aku jadi blur. Sense of humor daripada lelaki? Sebab kebanyakan lelaki yang aku kenal, hampir kesemuanya suka berlawak secara LUCAH (melainkan ustaz-ustaz kat tv tu). Jadi, ianya harus digelar pelawak atau pelucah? Aku pun tak tahulah. Mungkin aku ni orang yang kesian sebab jumpa lelaki macam tu. Dahlah tak berapa rapat, lepas tu cakap benda-benda macam tu.
Tapi lagi tak boleh blah, bila buat lawak, pastu gelak sendiri. Orang lain tengok pun pelik. Better diam lah!


3. Pemutar-belit/Manipulator
Yang ni pun aku tak suka gak. Serius tak suka! Tak suka! Tak suka! Tak suka!
Eh, over plak kau. Lempang nak?
Kenapa aku tak suka? Tiba-tiba teringat salah satu perbualan di YM pada zaman dahulu kala (sekarang aku dah tak on YM. buat rosak pemikiran suci aku je bila YM dengan orang yang kita tak kenal sangat).
Lelaki: Kau sebenarnya nak ciri lelaki yang macam mana?
Aku: Perlu ke senaraikan?
Lelaki: mana tahu aku boleh tolong carikan untuk kawan-kawan aku... Tapi aku tahu kau mesti nak Pak Arab, kan? Kau kan Arabian! Ha ha ha.
Aku: tak naklah. Arab kasar-kasar.
Lelaki: Perghhh! Gila bapak kau boleh tahu! Bahaya kau ni... *icon senyum sambil kenyit mata*

Aku macam terbangang-bangang seketika. Aku salah taip ke?
Salah cakap? Lepas beberapa ketika terbangang-bangang, akhirnya aku dapat tangkap maksud ayat dia. Lagi-lagi bila dia terus menggiat-giat aku dengan ayat yang pape entah. Terus dan-dan tu aku tukar topik. Dan lepas tu langsung aku invisible kat dia. 
Gila! Ingat aku fikir pasal apa? 
Ni bukan hal pertama yang jadi, ada beberapa kali, yang last pun pertengahan tahun ni. Jadi aku sebenarnya tak faham apa yang ada dalam fikiran lelaki. Diorang ni memang suka fikir benda blue, otak kuning ke? 
Harap-harap bakal laki aku otak dia tak camni r...


4. Taksub
Yang ni, cemana nak komen eh? Tapi memang aku tak berapa berkenan dengan lelaki yang taksub dengan sesuatu perkara/pertubuhan/parti politik. Kau lek-lek je dahlah. Ni cakap macam nak cari gaduh. Semua hujah kau nak keluarkan. Kalau niat nak bagi orang terdiam dengan hujah kau, baik tak payah. Padahal kau tak nampak ke orang yang kau bahaskan tu tengah gelak dalam hati? Ha ha ha ha.. haa kan dah aku gelakkan kau.
Guna cara bijaklah. Orang bagi pendapat, kau pun bagi pendapat. Tapi jangan bila orang bagi pendapat, kau sibuk nak bangkang. Orang tu salah, orang ni salah. Tak baguslah camtu, kan... << teringat Kak Wani bila sebut ayat ni :')


5. Alim-alim najis ayam
Semua orang tahu, ciri-ciri utama seorang lelaki untuk seorang perempuan jadikan sebagai suami, mestilah seorang yang beragama/alim. Tapi aku lagi prefer pilih yang beragama daripada alim. Sebab bila dia ada agama, automatik dia alim. Alim semulajadi lagi bagus daripada alim dibuat-buat. Ah, tak alim pun takpelah, yang penting agama ada dalam jiwa dia. Setakat ni adalah dalam 2,3 orang lelaki alim yang aku jumpa tapi perangai pelik kemain. Pelik yang menjelikkan. 
Nak doakan supaya Tuhan turunkan hidayah pada diorang, macam tak layak pulak aku nak doa macam tu sebabnya diorang lagi alim daripada aku tapi aku tertanya-tanya apa motif tunjuk alim kat orang sedangkan hati dan jiwa mereka takde pun ciri-ciri alim tu?
Saja nak tarik perhatian? Atau berkenan dengan tagline "Pilihlah aku jadi suami mu"?
What the sangatlah pun kan...

Lepas tu sibuk cari kesalahan perempuan. Perempuan ni berdosa, perempuan tu ahli neraka. Marah perempuan sana sini pakai baju terdedah. Dalam pada sebarkan hadith, dok kutuk-kutuk perempuan yang tak tutup aurat. Helloooo~ Aku nak tanya, macam mana kau boleh nampak perempuan macam tu kalau kau TAK PANDANG, kalau kau TAK TENGOK dia, ha?
Dalam Quran kan ada sebut, wahai orang-orang beriman lelaki dan perempuan, jagalah pandangan kamu.

Jangan pula kau bajet ayat tu untuk perempuan je, lelaki tak. Nak perbaiki orang, perbaikilah diri tu dulu. Tegur berpada-pada. Dengan cara berhemah. Bukan dengan cara yang menyakitkan hati orang.
Ni tak, semedang status facebook tu penuh dengan ayat-ayat Quran, hadith-hadith nabi, tapi entah paham entah tak, entah amal entah tak, lu pikirlah sendiri!

6. Kuat perasan
Ni lagi satu sifat lelaki yang sangat annoying. Pantang orang perempuan layan chat sikit, mesej sikit, terus perasan perempuan tu syok kat dia, suka kat dia. 
Tak semestinyalah oiii. 
Lepas tu bila nampak perempuan dukung baby, layan baby seperti anak sendiri, terus sangka yang perempuan tu dah kahwin, tengoklah dulu ada tanda seperti cincin belah rotan ke tak kat jari perempuan tu, kalau takde maknanya belum la. Masalah betullah. *eh, nape tiba-tiba aku rasa macam sengaja lari topik ni? Haha* 

Tapi memang lelaki kuat perasanlah. Ni bukan aku je yang cakap, tapi diperakui sendiri oleh lelaki.

"Actually, lelaki ni adalah makhluk ego yang kuat perasan. Asal perempuan buat baik sikit, terus dia perasan yang kononnya perempuan tu suka kat dia. So please, kalau korang tak sukakan lelaki tu, sila jangan bagi false hope. Tak pun, sila jangan bagi harapan. Biar la dia nak kata kau sombong ke apa. It doesnt matter." Blog TheOtherKhairul 

Haa... see? See? Lelaki memang kuat perasan. Dan aku jumpa sorang macam tu (dan aku selalu berdoa moga lepas ni aku tak jumpa dah yang macam tu, biarlah dia sorang je yang macam tu. Boleh jadi gila layan orang macam tu)
Dahlah tak pernah jumpa, lepas tu entah macam mana dia boleh tuduh aku ni syok kat dia, jeles dia dengan perempuan bla.. bla... Ya Allah, sikit pun tak weh! Dulu aku layan dia atas dasar kawan je, tak lebih, tak kurang. Aku rasa dengan semua kawan lelaki aku layan macam tu, malah lebih mesra daripada tu pun ada juga. Tapi yang lebih mesra tu of course lah orang yang memang aku kenal betul-betul, dah kenal LAMA. No hal kan.. 
Tapi dengan yang ni, entahlah... terlalu kuat perasan. Bagi ayat macam mana pun tetap dia cakap aku buat macam tu sebab cemburu tanda sayang kat dia... ewww.. muntah weih! Udah-udahlah tu... Elok-elok aku respect kat kau dulu, terus menjunam hingga ke tapak kaki rasa hormat tu.
Sampai aku cerita kat sorang ni pasal kes aku, dia cakap mungkin aku ada sex appeal yang tinggi. Hahaha... Ish, apa sex-sex ni? Keh3. 

7. Posing Syok Sendiri
Hah part ni yang paling best ni! Korang ada tak pernah jumpa atau memang dalam friendlist facebook korang dah tersedia kawan lelaki yang macam ni?
Tangkap gambar sendiri sambil buat muka cute + kembungkan pipi + muncungkan mulut. Dan gambar tu diorang buat DP. Perghhh! Aku kalau tengok, memang pakat berbulu je mata yang memang dah sedia ada bulu mata gajah ni.
Apehal Yeop kau bergambar macam tu? Perempuan mana pulak yang berkenan tengok kau macam tu? Tula macam orang cakap, muka tu kalau hensem kacak bergaya macam mana sekalipun, buatlah muka biasa je, tetap orang nak pandang, tapi kalau muka tu tak berapa nak hensem, buatlah macam mana pose cute sekalipun tetap juga terserlah ketidakhensemannya malah bertambah berganda-ganda tak hensem tu.
Aduhai. Perempuan gedik bergambar macam tu, kau pun sibuk nak tiru, pehal?
Takde motifla... Geli je. Aku kalau nampak lelaki letak DP camtu, memang aku hide kan aje dia.


Setakat ni, tu ajelah ciri-ciri lelaki paling annoying yang pernah aku/kawan-kawan perempuan aku jumpa.
Dan semua ciri-ciri di atas bukan terjadi disebabkan sifat semulajadi mereka begitu. Sebenarnya sifat-sifat ni boleh diubah menjadi lebih baik, dan lebih sempurna (ah, tak payahlah nak guna ayat MANUSIA TAK SEMPURNA tu sangatlah kan...) daripada kau jadi manusia yang menjengkelkan, lebih baik kau jadikan diri kau tu manusia yang menjadi idola ke arah kebaikan. Aku pun ada juga sifat yang menjengkelkan tapi sedaya upaya sorokkan daripada penglihatan orang ramai, buat apa bangga dengan kebangangan kita sendiri kan?


psst.. kalau ada yang terasa tu, bawa-bawalah ubah diri tu. Ya, aku memang cakap pasal, kau, kau dan kau. So lepas ni kalau ada yang nak buat tentang perempuan yang annoying pun dipersilakanlah ye. Aku takkan kutuk kaum aku sendiri.


Chiaww!


p/s: sebenarnya entri ni update pagi semalam (11.11.11) tapi bila tarikh tu ramai sangat yang post entri, tiba-tiba aku jadi malas nak post. huhu

8 bicara tanpa suara:

erleena berkata...

ohok2 bace je mmpu

blog xley buke , so gane mawu kamu lawat xpela, huhu

y dkata itu benar, pelawak mg suke tp pelawak lucah sugguh harammm~~

A.I berkata...

erkk.
aku pon jenis suka laki full sense of humor, tapi bukan lawak lucah laa. ada je kot yang tak melucah.


kah kah, part tgkap gambaa tu... betol laa.


aku alo org add kat fb laki muka munucng2 aku dah tau ni mesti dak2 bawah umur.
gelissss!

Unknown berkata...

hmm aku suka melawak, sbb taknak bosan kan

CikEtel berkata...

BEnci laki yg snap pict depan cermin!.. wat pipi kembung mte bulat!.. xsuke laki bajet korea! pdahal hitam legam!> hehheh
=)

Fira hilwa berkata...

@erleena yup, sgt haram cam haremmmm x(

@A.I ada je yg xlucah.. mcm pakcik aku pn suka gak melawak tp xde lucah pun, sume org gelak je. tu yg xphm nape kebanyakan lelaki suka gn bnd lucah utk melawak? utk tarikan kot... aigo. haha... org nk msk umo 30 pn msh ada lg bgmbr cmtu :P

@Saiazuan melawak tu xslh, yg slhnya bila melawak ssuatu yg lucah. tu yg slh tu. teruskan melawak tnpa kelucahan k ;)

@Cik Etel tu lelaki yg nak cari awekz byk2 tu, tu yg sgup bkelakuan spt itu =))

thx all 4 comment ;)
yg baik jadikan tauladan, yg buruk sila tinggalkan :x

ShahzCudin berkata...

melawak tak pe kot..tp kena ada batasnya..xkn nk serius je.. ^_^

ruby sarip berkata...

hahaha.
ade betul juga entry ni.

tapi tak pernah jumpa lagi orang yang macam nie.. ego terlampau, manipulator,taksub, alim2 ayam.. mintak2 dijauhka selamanya.. hoho

Unknown berkata...

Saya tak suke perasan :p haha

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB