Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]
Memaparkan catatan dengan label Kisah repekan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah repekan. Papar semua catatan

Isnin, 28 April 2014

Pencarian Ini...


Assalamualaikum...
Haihh makin lama, makin tak berapa gemar pula buka blog ni. Hahah
Lagi-lagi bila ada stalker. Pfftt... am not an artist/celebrity laaaa.. grr!

K. Abaikan.

Ni kira bahagian kedua la ek kisah aku pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 26 April lepas. Yang 1st yang kat gambar tu la. Nak tulis pepanjang takut instagram tak mesra alam dengan aku pula nanti. Heheh. 

Kali ni agak seronoklah pergi! Tapi tak seronok sebab balik tu terus aku diisytiharkan pokai! Hahah. Pergi kali ni aku jadi leader kepada adik-adik (adik aku dua orang + kawan-kawan adik aku dua orang) maka aku telah menjadi kakak kepada 4 orang adik pada hari tersebut! Mih mih mih. 

Ok. Ni bukan nak ceghita pasai kakak ka apa..
Ni nak ceghita pasai ceq punya pencarian sebuah kitab.
Ni kisah yang best tau. Rugila kalau hangpa tak baca. Muahaha. Bajet~ padahal tah pape je kisahnya tapi nak jugak ceghita << nape cakap utara ni? Adehh.

Mula-mula masuk ruang legar PWTC tu mata aku tertancap kepada seorang mamat kacak! Tapi.. yang tak best dia sedang menuju ke pintu keluar! Alahaiii... tengah nak menghayati kekacakannya tetiba ada orang call aku. Spoil~ Huhu.. Dahlah aku ni jenis kalau nampak orang yang jenis-jenis camtu aku tak reti pun nak usha lelama. Tengok asal boleh je. Maknanya, kalau orang tu dah berlalu ke belakang melepasi aku idok ler aku gatai sangat sampai kepala pun terpusing 180' ke belakang, selagi ada kat depan selagi tu aku tengok sebab aku tak suka orang lelaki buat camtu juga kat aku sebenarnya. Err.. jahat tak? Harap-harap benda ni normal je. Aku pun ada perasaan. Hahaha. Tetiba. Orang tak tanya pun :p

Maka jejaka kacak itu telah terlepas daripada pandangan sebegitu sahaja.
Dan selepas daripada itu tidaklah lagi aku menjumpai lelaki seperti itu... sobs!

Booth pertama yang aku singgah, booth jual Al-Quran sebab memang niat nak beli Quran pun... Bila tengah belek-belek tu maka kena pandanglah si penjual sebab nak tanya harga. Alahai.. hensem jugak! Aku rasa aku mengalami proses penuaan yang agak teruk. Kot mata aku dah k-ro. Mungkinlah. Haha.

Kemudian aku whatsapp kakak ipar gua; Tika, tanya tajuk kitab yang dia pesan tu, bila dah dapat tajuk maka mulalah kes pencarian ini... Tadaaa!

Sebelum-sebelum ni gi pesta buku takde pun rajin keluar masuk booth-booth yang jual kitab, hadith, Quran ni banyak kali. Selalu singgah pun dok tengok-tengok gitu je. Tapi kali ni lain kisahnya. Nak mencari kitab yang aku, yang kakak ipar aku pun tak pernah nampak rupa sebenar kitab tu. Jadi klu pertama kitab tu ialah tajuk je dan tebal macam tafsir Quran yang tebal tu. Tu je hint yang aku ada ketika itu.

Cari kat satu booth, ada lagi jejaka kacak. Penjaga booth tu. Sama je paten-paten hensem dia dengan mamat yang aku terlepas pandang tadi, dan pakai kopiah semestinya ;)
Aku try tanya dengan menayangkan mesej whatsapp yang Tika bagi tu sebab nak sebutnya aku tak reti yang reti sebut pun ayat kedua dan akhir; Fadhail Amal je. Habeh semua dok nampak wallpaper whatsapp aku tu haih. Haha. Dia cakap takde.

" Tabligh punya ni. Dekat Sri Petaling banyak." Kata dia. Sobs!
" Haa memang pun yang nak ni tabligh," belasah je cakap. Balik tu bila aku cerita part ni kat Tika, dia cakap, "kenapa kau tak cakap kau yang nak, mesti kisahnya lain.." bhahaha. Pecah ketawa memasing. Kemainn ekkk mak buyung tu punya idea..

Dah takde kat booth tu, melilau lagi cari kat booth lain. Mana yang ada jual buku agama semuanya aku redah masuk, termasuklah booth Telaga Biru. Hihi.
Tapi setiap booth buku-buku agama yang aku pergi mesti ada saja jejaka kacak gila hensem, muka suci penuh kesopanan dan kealiman serta cerah bercahaya, tawadhu', amanah, fatonah, siddiq, tabligh. Haa ambek semua sekali aku bagi! Hahaha.

Tapi betullah, sebelum-sebelum ni aku pergi pesta buku memang SUSAH sangat nak jumpa lelaki kacak suci ni kat sini, tahun ni macam pelik. Macam... dari planet mana diorang turun ni? Macam boleh masuk pertandingan Jejaka Maskulin pula jika dorang berkumpul tapi Jejaka Maskulin versi Muslim lah. Haa gitu.

Pergi satu booth tu pakcik ala-ala Ramli Sarip tu cakap dah habis.
Aku blur. Gila laku kitab tu!
" Warna biru kan kaler dia?" Tanya si pakcik Ramli Sarip tu. 
" Saya tak tahu. Tak pernah tengok."
" Iya, kaler dia warna biru. Tebal."

Okeh, dapat klu ke... 3!
Tajuk, ketebalan dan warna!

Tika cakap kalau tak jumpa takyah cari tapi aku nak juga cari sebab boleh cuci mata.. eh? Bhahaha. Taklah, sebab dah alang-alang cari biar sampai jumpa kan..
Nak turun ke bawah dari tingkat 4 tu ada satu booth jual buku agama juga dan kacak lagi penjaga dia. Alahaiii dik non. Dah macam orang gatal pula aku ni aku rasa. Habis, dah kacak takkan aku tak nak bagitahu satu dunia kot. Eh! Hahah. Lepas tu yang ok nya diorang ok je nak layan pertanyaan aku, takde pun macam malu-malu kucing ke, segan-segan alah ke, ok je siap ramah sangat pula. Aku peliklah! Serius pelik! Dunia nak kiamat sungguh ka ni?

Turun kat tingkat bawah sekali, kat booth MySyabab. Haa my syabab tu maknanya "Pemuda ku" tahu. Memang lagi ramailah pemuda yang kacak sampai aku rasa booth tu memang dia cari jejaka kacak untuk jadikan pelaris jualan agaknya. Hahah. Harap-harap takde staf dia yang terbaca blog aku ni. Buat naya je. Huhu. Mula-mula tak nak tanya dah. Agaknya memang dekat Sri Petaling aje kot yang ada kitab tu, sekali nampak pula jejaka kacak pakai kopiah kat booth tu, teruslah TERtanya kat dia.

" Tak tahulah, tapi kitab-kitab ni cuba tanya dekat belah sana," kata dia sambil menunjuk ke arah yang dia maksudkan. Aku pun berlalulah ke arah yang dia tunjukkan. Bila tanya pada sorang lagi jejaka, dia suruh tanya jejaka yang di kaunter pula. Bila tanya kat situ dia cakap takde. Tapi kawan yang duduk sebelah dia kata ada.
" Eh takdelah."
" Adalah. Fadhilat Amal." Kata mamat yang muka macam adik Ustaz Don tu (tetiba).
" Dia nak Fadhail lah, bukan Fadhilat."
" Iyalah, samalah tu."
Aku yang berdiri depan diorang ni jadi pemerhati jelah.
" Kaler biru kan, kak?" Tanya si adik palsu Ustaz Don tu.
" Haa ya, kaler biru."
" Ada kot."
Jadi aku konfius sikit di situ, sebenarnya ada ke takde? Adik Ustaz Don tu pun macam was-was je aku tengok.

" Rasanya ada," kata dia sambil bangun dari tempat duduk, aku pun mengekorlah syabab yang kata "ada" tu ke tempat susunan buku-buku di atas meja. 
Tapi kemudian syabab lagi sorang yang kata "takde" tu pun menyusul juga. Dua-dua mencari kitab yang dimaksudkan tu.

" Haa eloklah tu sorang customer dilayan dua orang," kata salah seorang lagi syabab si penjaga booth tu. Entah perli, entah apa. Nak tergelak pun ada.

Akhirnya, jumpaaa!
Terima kasih adik palsu Ustaz Don! Hahah. Kenapa gelar dia camtu? Sebab muka dia iras-iras Ustaz Don dan dia kacak lagi sikit sebab dia muda so kalau dia berdiri sebelah Ustaz Don nampak macam adik beradiklah gamaknya. Gitulah. Kihkih. Tapi nampaklah afford dia tu nak tolong aku. Kalau tak, boleh je dia ikut cakap kawan dia tu kata takde. Dahlah dengan aku pun tak pernah tengok kitabnya. Tak pasal-pasal diorang dua sama-sama carikan untuk aku. 


Inilah kitab yang membuatkan aku bertemu
dengan ramai jejaka kacak. Bhahaha.
Ihsan dari google & website yang tertera :D
Sekali masa nak bayar baru aku perasan, selama-lama aku kat booth tu rupanya aku bersendirian! Adik-adik aku semua entah mana hilang. Stress datang tetiba sebab duit ada kat salah sorang adik aku.

" Jadi tau nak beli tapi duit ada kat banker. Nak cari dia jap," selamba aku cakap camtu. Entah diorang faham ke tak. Haha. Maka melilaulah aku mencari adik aku. Call tak angkat. Lama baru angkat, tu pun suara pecah-pecah. Dah penat berjalan cari tak jumpa aku patah balik kat booth tadi.

Sementara tunggu diorang sampai, aku berdiri dekat dengan kaunter jejaka kacak berkopiah yang mula-mula aku tegur tu. Tetiba ditegur jejaka seberang booth. Aihh dahla takde mood ni. Dia jemput masuk booth dia, entah jual apa. Ramahlah juga. Aku geleng je tapi elok je pastu adik-adik aku datang. Grr! Rasa macam nak telan je dorang. 

Konon nak bayar dekat kaunter adik Ustaz Don tu tapi entah bila masanya dua-dua kaunter kat situ penuh, padahal sebelum tu macam takde orang pun kat booth tu.
" Bayar kat sana pun boleh," tegur seorang syabab. Oklah tu, sebab nama booth pun 'my syabab' maka macam best pula bahasakan diri diorang syabab sebab memang syabab pun kan. Hew hew hew.

Oh, dia tunjuk kaunter jejaka kacak berkopiah gila hensem, muka suci penuh kesopanan dan kealiman serta cerah bercahaya, tawadhu', amanah, fatonah, siddiq, tabligh tu lah. Ku sangka booth-nya lain-lain sekali sama je. Hatoii.. Bila aku tunjuk kitab tu ayat pertama yang keluar dari mulut dia,
" Ooo.. yang ni ke..." serius nampak ramah. Nak je tegur tanya umur dia semua, muka nampak matured tapi bila dia bersuara nampak macam bawah umur pula. Oho pandai nilai orang ek.. tapi tak jadi tanya pun. Malas nak beramah mesra terlebih, cukuplah mamat yang aku jumpa kat tingkat atas tu ramah kemain dengan aku sampai tempat tinggal aku, status aku pun semua dia korek. Tak selesa sungguh. Jadi benda yang aku tak suka orang buat kat aku, tak kuasalah aku nak buat yang sama kat orang. 

Maka itulah pengakhiran pencarianku. Lega semua yang dihajati dapat dimiliki.
Cuma sampai ke sudah aku macam terfikir-fikir kenapa semua tu terjadi.
Kenapa ramai jejaka kacak yang nampak alim muncul..
Kenapa diorang ramah..
Kenapa ada orang tegur aku dengan cara selamba badak gilak..
Kenapa itu.. kenapa ini.. padahal benda-benda camni masa umur aku awal 20-an dulu tu memang aku selalu berangan terjadi tapi ni umur dah nak ke 30 pula benda-benda camni baru nak terjadi. Rasa macam nenek-nenek gatal ngan cucu pulak. Kah kah kah. Sengal kutuk diri sendiri! Maksudnya, dah takdela teruja mana sangat pun. Dah tua kan.. lagipun yang aku nampak tu macam semuanya baya-baya adik-adik lelaki aku. Alahaii.. ahkak tak layan adik-adik la. Akak nak abang-abang je. Hahah giteww..

Yela, nak kata sebab aku amalkan apa yang Ina Ratu Salju ajar tu aku tak sure sangat. Cuma pagi tu sebelum masuk dalam tren ada sorang Ah So tu dia nak keluar dan minta tolong aku angkatkan raga roda dia yang berat sebab penuh dengan barang runcit tu, maka aku terniat sesuatu masa tu. Sesuatu yang Ina ajar tu. Tapi aku tak tahulah tu ke salah satu sebabnya, atau sebab aku minta ummi doakan aku jumpa jodoh kat sana. Kahkahkah. Aku dengan ummi memang camtu suka cakap merepek =))

Oh by the way, apabila aku katakan 'jejaka kacak berkopiah gila hensem, muka suci penuh kesopanan dan kealiman serta cerah bercahaya, tawadhu', amanah, fatonah, siddiq, tabligh' itu. wajah mereka semuanya paten-paten gini. Aku terpaksa tunjukkan contoh supaya orang tak salah faham. Eh perlu ke? Hahah. Bagi aku rupa begini agak kacak (tapi terlalu guava), bagi orang lain tak tahu pula kerana kecantikan itukan subjektif. Yelah, mungkin juga mata aku yang k-ro. huhu



Maaf ye, dik. Akak guna gambar awak. Harap awak takde FB dan tak rajin baca blog,
malah takde istilah internet pun dalam hidup awak supaya awak tak nampak gambar awak di sini.
Wakaka. Harap-harap family members awak pun takde yang perasan. Kekeke
K, chows!

p/s: jangan tanya aku tu gambar siapa. Yang aku tahu umur dia baru 20 tahun. Pelajar pondok. Jadi mengikut perbezaan perkiraan umur itu sangatlah tidak layak untuk dikatakan dia bakal suami aku. Harharhar. Nak tahu siapa dia? Nantikan dokumentari Bicara Pondok yang akan disiarkan di Astro Oasis nanti. Atau boleh like page mereka di FB [klik sini]. Daaa... 

Khamis, 23 Januari 2014

Rindu


Assalamualaikum...

Lama rasanya tak buka blog ni. Eh, buka blog kerap, update je tak rajin macam dulu..

Entah, mungkin sebab setakat ni takde apa yang baik untuk aku share kan dalam ni. Kan ke niat aku berblog ni dulu selain daripada sebab aku minat menulis, aku juga nak jadikan blog ni 1 tempat untuk dikenang-kenang maka sesuatu yang baik harus ditulis bukan yang menyakitkan hati sesiapa yg membacanya walaupun ada je 2,3 entri aku tujukan untuk orang-orang yang sengaja sangat cari pasal dengan aku. Tapi nantilah entri itu akan dimasukkan balik dalam draft, tak perlu publish lagi. Takut penat pula nanti nak bersoal jawab dengan malaikat dalam kubur. Hoho..

Allahyarham Ammar dulu pun pernah cakap dia teringin nak buat blog & menulis kat dalam tu supaya ada manfaat yang dapat dia kongsi dengan orang lain tapi sebabkan dia takde masa, maka buku catatan itulah jadi tempat untuk dia menulis & yes, kalau dia ada blog pun aku rasa aku salah seorang yang paling kerap buka & baca blog dia tu kot. hee... macam yang aku buat sekarang ni bila jam 1, 2 pagi, menyelongkar blog Allahyarham Kang Aden. Sungguhla dia memang umphh dalam bab menulis. Bahasa dia indah je walaupun tak berbunga-bunga tapi ayat dia manis tersusun. Mampu buatkan orang yang baca bisa menangis & ketawa.

Dan aku harap penulisan-penulisan aku ni pun akan memberi manfaat kepada orang lain bila aku dah takde suatu hari nanti :) walaupun banyak je benda merepek yang aku kongsi tapi harap orang ambil dari sudut positif macam yang aku buat bila baca blog Kang Aden. hehe..

Hmm... Bila dah lama tak menulis memang akan jadi rindu pun. Jadi bila rindu mulalah masuk dalam fb orang gi tulis panjang-panjang kat komen. Haha. Gila betul. Selalu bila dah tulis baru rasa, "eh merepek hape aku neh?" tapi nak delete serius malas. Biarkan je. Buat muka tembok. Ekeke.

Baca hampir kesemua entri dalam blog Kang Aden terjumpa kata-kata ini,

"Menulis itu kan bisa jadi terapi psikis"

Oh, patutlah bila dah lama tak menulis, tak bercerita dengan manusia aku rasa macam hampir gila. Agagaga. Nak buat camne 'bestfriendforever' semua dah busy dengan pasangan memasing. Sibuk menjalani & menangani hal-hal rumahtangga maka tiada masa untuk menegur si bujang ini lagi. Kikiki. Lagipun macam takde apa sangat nak borak sementelah selama setahun berapa bulan ni aku lebih senang menyimpan segala apa yang ku rasa didalam hatiku sendiri. Itu lebih selamat... kut. Tapi tipulah kalau takde rasa rindu dengan memori dulu. Rindu... rindu sampai nangis bengkak-bengkak mata mata baq hang tapi ingatkan diri balik yang dulu tu tak pernah akan kembali mungkin sebab sikap aku juga yang azalinya memang macam ni; suka menyendiri.

Ini gambar wallpaper hp ku.. sekeping gambar beribu erti

Jadi memang betullah yang Ustaz Pahrol pernah katakan,

"Kita teruji dengan kerenah manusia
sedangkan manusia pun teruji dengan kerenah kita".

Pang! Rasa macam kena penampar sedas dua kat pipi. Sibuk sangat cari silap orang sampai terlupa sikap sendiri yang buatkan orang jauhkan diri dari kita. Huhu. Insaf... insaf...

Rabu, 10 Oktober 2012

Wordless Wednesday #16 - Sore Eyes 5 Days MC


Dah malam. Aku tahu. Sepatutnya dah tidur ni sebab besok banyak kerja menunggu tapi entah macam mana boleh pulak terlayan video-video ni.
Serius lawak.

Sore Eyes Nora Danish

Sore Eyes Wawa Zainal

Sore Eyes Lisa Surihani

Anggaplah hiburan je semua ini. Aku tak tengok pun yang ori punya. Tak sanggup! Hahaha. Tengok Lisa punya parody pun dah rasa macam nak lempang, apatah lagi yang ori. Ops! Haha



Ahad, 17 Jun 2012

Beritahu dunia... aku akan pulang!

Balik rumah hari minggu macam ni selalunya aku jadikan tempat untuk aku berehat walaupun sebenarnya aku tak layak pun untuk berehat sedangkan banyak amanah yang aku kena pikul. Kadang-kadang online pun aku rasa serba salah (tapi orang tak nampakkan perasaan tu? Sebab aku berjaya kawal. Orang je yang tak tahu).

Kalau kat tempat belajar hari Isnin hingga Khamis tu, ini yang menjadi rutin harian aku. Yang mana bila sampai rumah takde pun aku sanggup nak buat macam ni. Huuu

Meh sini aku share aktiviti aku kat sana. Aku dulik hape korang nak tahu ke tak. Kikikikiki

5.30 pagi: 
Bangun tidur. Awalkan aku bangun? Kalau bangun lambat, kena berebut bilik air. Tapi pernah je terbangun lambat. Jam 6:30, tu pun Syam bagitahu dah pukul 6 lebih, aku pula ingat baru pukul 5 lebih. Atoyaiii... rupanya salah kunci jam. Aku kunci 5.30 pm. Amek kau!

5:50 - 6.30 pagi:
Selesai mandi, terus solat subuh. Kemudian baca *Al-Ma'thurat (benda ni duduk sana baru aku jadikan amalan, kat rumah jarang sangat aku baca. Bad me!). 
Dan kemudian gosok baju untuk pakai ke kelas. And then... and then... sambung tidur!!! Wahhh! Aku pernah terbaca, yang dimaksudkan tidur selepas subuh dan bakal mewarisi kepapaan tu kalau kita tidur betul-betul lepas solat subuh tanpa melakukan sebarang aktiviti selepasnya. Err.. wallahua'lam. Tapi betullah, masa ada diorang bertiga tu aku tahan je tak tidur lepas subuh tapi bila sorang-sorang ni, rasa macam bodoh pulak melangut sensorang sementara nak tunggu jam 8.30 pagi tu.


8:00 - 8:30 pagi:
Alarm berbunyi menandakan aku perlu bangun dengan segera untuk sarapan dan bersiap! Hari khamis aku akan bangun 7:45 untuk bertugas. Tapi... selalunya akan ada senaman-senaman yang menandakan aku mahu sambung tidur semula. Mengantuknya!! 



8.30 - 10:30 pagi:
Masuk kelas, beratur, baca doa dan dengar tazkirah. Best kan? Rasa macam back to school!. Belajar perkara-perkara yang ohsem! Yang hebat & daebak! (wah dah pandai guna perkataan daebak! Penangan Running Man sungguhlaa :D)


10:30 - 11:00 pagi:
Keluar mencari sarapan pagi bersama Wan, Din dan Aiman (dan Nur, kalau dia tak puasa) tapi selalunya bertiga je kitorang sebab Aiman tu kadang-kadang dia order je. Bila diapit dua orang lelaki camtu, terasalah seperti " I'm the Queen!" (sangat~) Dan selalunya aku akan beli makanan untuk makan tengah hari sekali. Senang, nanti rehat pukul 1 tak perlulah aku menonong sensorang menuju kedai makan. Haihh bila tiba part-part macam ni mulalah teringat Tika, Syam & Ija. Dulu ke mana-mana dengan diorang je. Ni pun untung juga ada Wan dan Din, kalau tak, ada gak airmata meleleh masa nak beli makan tu (over~) sedih! Sob sob sob.

Rindu saat ni.. :(
11:00 - 1:00 tengah hari:
Sambung belajar lagi. Kalau ada yang buat lawak, aku jadi tukang gelaklah. Tapi mestinya akan gelak dalam masa sehari tu. Ada je diorang ni buat lawak luar sedar.


1:00 - 2:30 petang:
Rehat time! Sementara nak tunggu waktu zohor tu aku akan tidur dan Nur tumpang tidur kat ex katil Syam (sebelah aku). Kemudian bangun, solat dan makan tengah hari. Ohsem ok tidur dulu sebelum makan sebab bila bangun tidur tu mesti perut akan rasa lapar.

2:30 - 5:00 petang:
Sambung belajar lagi. Buat silap, buat balik semula dan ulanglah sampai kau bosan! Tapi sumpah gua tak pernah bosan. Belajar sesuatu yang kita minat, mana mungkin rasa bosan tu akan datang kan? Kalau penat tu mungkinlah...

5:00 - 6:00 petang:
Naik bilik, mandi, solat dan baca *Al-Ma'thurat untuk sebelah petang pula. 
Kemudian??
Kebosanan melanda tiba-tiba. Maka harus baring-baringan di katil sambil membaca novel. Selalunya novel ilmiah (walaupun novel cinta. ngee). Tapi minggu ni entah salah bawa novel kot. Gila kau belum kahwin lagi boleh salam cium tangan bakal laki! Kau tak gila?! Tapi cakap laki tu ada ciri-ciri laki beriman sebab solat 5 waktu tak tinggal. What the?! Aigoo.. buat rosak pemikiran budak jela. Nasib aku dah dewasa.
Jadi, bila tengah baca sambil baring-baring macam tu, kau ingat mata kau makin segar ke? Memang taklah! Makin layu, layu dan layu... Selalunya jam 7 petang gak aku bangun. Bosan dok takde kawan nak ajak borak T__T

7:00 - 8:00 malam:
Solat maghrib dan baca Al-Quran. Wajib!

8:00 - 11:00 malam:
Tengok berita. Sekarang ni paling gila tengok berita sukan. Lagi-lagi kalau tahu semalamnya ada perlawanan yang melibatkan Jerman. Pe lagi? Melangutlah depan tv tu tengok Mario Gomez je yang asyik golkan bola. 
Yelah, nama pun dok asrama yang mana majoritinya budak lepasan SPM, mana boleh tengok tv tengah-tengah malam. Makanya tak bolehlah nak tengok bola tapi kalau boleh pun aku tak sanggup kot. Kat kelas nanti bukan buat kerja, berdengkur je lebih.

11:00 malam:
Masa untuk tidur. Tapi selalunya aku tak tidur. Dengar radio sampai rasa mengantuk tu datang. Tapi sejak ada bola ni, kedai mamak dekat tempat aku tu sangat bising dengan sorakan "Golllll!!!" Adehlaaa... Mengganggu mimpi indah orang jek. Disebabkan aku minat bola dan faham passion orang yang minat bola, maka aku maafkanlah jeritan mereka tu. Kadang-kadang rasa nak join tonton sekali je kan. Hahaha.

Itu jelah aktiviti aku dari Isnin - Khamis. Bosan kan? Tapi kena tempuh untuk masa 1 BULAN lagi. Dan lepas tu akan rindu pula saat-saat ini....

Info: * Baca Al-Ma'thurat sebelah pagi akan dilindungi oleh Allah daripada segala kejahatan hingga ke petang. Dan bila baca sebelah petang pula, akan dilindungi hingga keesokan paginya. Itulah faedah jika membaca Al-Ma'thurat.

Tajuk tu aku pilih daripada lirik lagu. Tell the world i'm coming home~ hahaha

Oh, hari ni sempena cuti aku tidak juga berehat. Penat menyapu dan mengemop rumah serta membasuh pinggan. Oklah, aku memang tak pandai memasak, tapi kalau pandai buat kerja rumah (walaupun tak cekap) masih belum layak untuk berkahwin ke? Tett!

Ahad, 10 Jun 2012

Mimpi #1


Minggu ni, setelah Tika, Ija dan Syam (orang terakhir) pergi meninggalkan aku, seringkali deja vu datang 'menyerang' diriku. Pelik, kan?
Definisi Deja Vu (ikut pemahaman aku) ialah apabila sesuatu kejadian yang kita rasa pernah alaminya sebelum ini (selalunya aku alami dalam mimpi) dan kemudian terjadi dalam alam realiti. Jadi, bila perkara tu terjadi, aku akan cakap sendiri dalam hati apa akan jadi seterusnya dan perkara seterusnya yang terjadi tu betul-betul mengikut telahan aku tu. Haaa... bangga jap bila jadi ahli ramal nasib secara tiba-tiba. Keh keh keh.

Deja Vu dalam bahasa Perancis yang membawa maksud "telah melihat". Yang mana perkara yang terjadi ialah benda yang kita pernah alami tapi tak pasti bila dan macam mana ia belaku cuma bila benda tu terjadi secara realiti, kita akan rasa; "eh, aku pernah alamilah benda ni!" Maka, itulah dia DEJA VU!

Macam minggu ni beberapa kali aku ber-deja vu.
Macam malam yang untuk pertama kalinya aku sendirian (tanpa Tika, Syam dan Ija), aku join As & Lily menjahit di bengkel. Dari jam 9 hingga 11.30 malam kitorang kat bengkel. Masa tengah borak-borak dengan mereka itulah aku merasai yang aku pernah mimpi situasi ini!

Dan deja vu seterusnya ialah masa tengah iron baju projek. 
Masa aku mimpi situasi itu dulu (dulu tu bermaksud beberapa tahun lalu), dalam mimpi tu ada seorang lelaki yang tidak dikenali berdiri berdekatan denganku. Rasa macam pelik mimpi tu, dahlah iron baju di tempat yang sangat-sangat tidak familiar (bukan di rumah sendiri atau di rumah sedara-mara; mungkin di rumah mertua, agakku masa mimpi dulu tu) dan akhirnya minggu lepas mimpi itu terungkai, lelaki yang berdiri sebelah aku ialah Wan sebab dia masa tu tengah cari sesuatu dalam deretan laci yang berada di sebelah tempat iron tu. huhu...

Ok, dah. Tamat tentang deja vu. 
Yang aku mahu cerita mimpi aku malam tadi, dan beberapa malam yang lalu.
Mimpi yang aku rasakan pelik, barangkali.



Mimpi 1
Aku dan seorang kawan perempuan (yang aku tak pasti identitinya) beriringan menuju ke arah lif (tempatnya aku tak tahu di mana, seperti perumahan). Kitorang ingin menuju ke tingkat 4. Ada dua pintu lif. Bila bunyi 'ting!' yang menandakan pintu lif sebelah sini akan terbuka, dia terus menuju ke pintu lif sebelah sana. Aku macam tak faham.
" Sini ajelah," aku mengajak dia sebab malas mahu menunggu lagi. Dia tetap mengelak dan berkeras mahu menunggu pintu lif lagi satu terbuka.
Apabila pintu lif depan aku terbuka, aku mula mahu melangkah masuk dan masih mengajak si sahabat.
" Kalau kau nak, kau naik ajelah dulu. Aku nak tunggu lif yang ini." Dia berkeras. Aku pun malas mahu layan. Mungkin dia ada sebab tersendiri kenapa dia buat begitu.
Masuk aje dalam lif dan pintu lif tertutup, baru aku perasan yang aku hanya berdua dengan seorang lelaki (yang tidak aku kenali juga). Cuma lelaki tu membelakangkan aku. Terus jantung dah lari rentak. Macam mana pula boleh berdua je ni? Aigoo... Rasa menyesal tak ikut kawan tu pun mula melanda. Adeiii.
Masa aku melihat si lelaki, elok aje dia pusing ke depan menghadap pintu lif. Dan dia juga seperti terkejut tengok aku (untuk pengetahuan korang, aku memang tak kenal lelaki tu & tak cam pun muka dia cuma yang aku ingat dia tinggi, kulit cerah, pakai spek, t-shirt putih dan berseluar tracksuit). Itu ajelah yang aku ingat, tapi kalau jumpa depan-depan sekarang ni memang idok ler teman nak cam raut wajah dia...

Kemudian dia mulakan teguran. Ok ajelah cara dia, takdela macam orang nak menggatal ke apa. Tapi yang aku ingat, masa turun lif tu dia bertanya pada aku;
" Kak, saya nak tanya boleh? Apa sebab akak takut nak tinggalkan solat?" Tanya dia. Dalam mimpi ni aku tak tahu umur dia berapa, tapi di awal perbualan memang dia memanggil aku kakak (mungkin sebagai tanda hormat. Wallahua'lam). 
Aku terdiam dengan soalan dia. Terpinga-pinga.
" Saya selalu terbayang azab-azab yang Allah janjikan. Tu je yang buatkan saya takut nak tinggalkan solat." Itu jawapan aku. Jawapan yang aku tak tahu dari mana aku dapat. 
Kemudian dia tersenyum dan berkata, "doakan saya berfikiran seperti akak." 
Dan mimpi itu tamat di situ, bersambung dengan mimpi yang lain. Mimpi seterusnya aku tak ingat lagi. 

Mimpi 2
Mimpi ni baru berlaku malam tadi.
Aku mahu solat. Dah bentangkan sejadah. Tapi sejadah tu asyik bergerak-gerak (tak melekap pada lantai). Beberapa kali aku cuba betulkan ke arah kiblat, sejadah tu tetap juga mahu menyimpang daripada kiblat. Dan akhirnya aku teruskan juga solat tanpa menghiraukan sejadah yang bergerak tak tetap tu. Dan masih juga solat menghadap kiblat yang betul walaupun sejadah dah menyenget.

Dah, itu ajelah mimpi yang aku boleh kongsi setakat ni. Ada lagi satu mimpi yang aku rasakan agak ngeri tapi tak mahu aku ceritakan dalam ni takut aku akan dihadapkan ke mahkamah dunia semata-mata kerana mimpi yang dikira tidak munasabah. Biarlah mimpi tu aku simpan sahaja di dalam hati ;)

Dan harus diingati lagi ini hanyalah MIMPI! Ada maksud tersirat ataupun tidak, hanya Allah je yang tahu.


Jumaat, 27 April 2012

Kelu


Rasa macam lama sangat tak update blog. Bizi dengan duniawi (ayat cop SIRIM). Ni pun terbangang-bangang seketika tengok blog pun dah nak sedarah sedaging dengan bukuwajah, habis diubah semua. Terkulat-kulat gak tadi ni nak cari butang 'pos baru'.

Minggu ni, macam-macam perkara yang terjadi. Banyak sangat! Sampai kelu untuk diceritakan dalam ni.
Ada gembira, sedih, takut, terkejut, berdebar, ketawa berdekah-dekah, sakit hati, tak percaya, senyum sokmo, dan macam-macam lagilah! Complete! Semua perasaan tu datang dalam tempoh 7 hari ni. Sweet kan? Kau hado?

Tapi pengajaran paaaling berharga yang dapat aku kongsi hari ni; kalau kita rasa hidup kita susah, cubalah buka mata, buka hati, cari kawan baru, insyaallah kita akan dapati ada manusia lebih susah daripada kita :'( dan 'curi'lah sedikit ketabahan dia... 
Kisah yang Ija ceritakan tengah hari tadi buat aku hampir menitiskan airmata... 


gambar tiada motif
Kepada yang sudah selamat & bakal mendirikan rumah tangga, bakallahu lakuma, wa baroka 'alaikuma, wa jama'a baina kuma fil khair aku ucapkan. Moga Allah pelihara rumah tangga yang dibina itu dengan mawaddah wa rahmah.

Stress buat cheongsam dalam tempoh 4 hari ni masih belum hilang... nampak simple je tapi tak sangka complicated kemain -__-" tapi nasib baik mampu melakukan perkara yang tak pernah dilakukan dengan jayanya (jayalah sangat~) 

p/s: yang penting, biar apa pun perasaan yang melanda, harus tenangkan diri dengan berpesta bersama buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012! Yeayyyyy! 

Isnin, 9 April 2012

Pengembaraan Bermula!


Kerja gila! Itu je yang dapat aku ungkapkan untuk perkara yang aku lakukan dua hari berturut-turut ni.
Rasanya macam tak pernah kot aku buat macam tu, tiba-tiba je pe'el nak merendek datang tu yang penat sendiri tanggung tu. Kih kih.

Pengembaraan 1: April Fool! Arghhh!

Khamis (5 April)
Baru je lepas tidurkan Uzair, tiba-tiba nampak Aidz dan Am bersiap. Sebenarnya sebelum tu lagi dengar diorang kecoh-kecoh suruh cepat sebab nak keluar jumpa Awwab.
"Nak pergi mana?" tanyaku. Bosan gila asyik dok terperap dalam rumah je.
" Tengok Awwab berpantun," balas ummi.
" Jom ikut!" Laju aku ajak Tika join sekali. Tika mula buat mimik muka. Perlahan-lahan dia berbisik.
" Tadi Aidz ada ajak tapi aku tak nak, dahlah aku belum mandi lagi ni. Mahu ngamuk mamat tu nanti."
" Alaaa... aku nak tengok Awwab lawan pantunlah. Jomlah! Gamble je!" Terus aku masuk bilik bersiap. Tika cepat-cepat mandi.

Dari rumah ke KL jam 3 petang, kemudian terus ke Pudu Plaza. On the way nak sampai ke Pudu Plaza, tiba-tiba kereta sebelah menahan kereta yang kitorang naiki tu. Bayangkanlah kat tengah jalan yang tengah jam gila tu boleh pula dia minta berhenti. Maka, jadilah komunikasi dua hala antara Am dan orang yang berada di dalam kereta sebelah. Chinese. Rupanya diorang dah sesat jalan. Nak ke Jalan Kuching tapi dah tersesat jauh dah. Jadi, Am pun terangkanlah cara nak ke Jalan Kuching. Kereta belakang membunyikan hon. Agak bingit tapi faham jugalah situasi. Tapi bila fikir balik rasa macam tak logik, dia nak hon kenapa? Jalan pun tengah jam kottt! Grr!
Lepas habis bagi direction, kitorang pun meneruskan perjalanan seperti biasa. Tapi kereta belakang masih lagi membunyikan hon. Banyak kali. Lebih daripada 3x aku rasa. Kitorang berhenti dekat traffic light pun dia bunyikan hon. Aidz dan Am dah bengang. Apa masalah amoi belakang ni? Buta ke? Tak nampak lampu isyarat merah tu? Masa kereta dah jalan pun masih juga diorang bunyikan hon. Bunyi yang saaangat menyakitkan hati. 
" Eii, amoi ni kang kena juga dengan aku ni.." Am mula hilang sabar. Aku pun sama tapi aku tengok Aidz yang tengah drive tu macam relax je. Hoho.

Elok je aku nak toleh ke belakang (nak pandanglah juga muka-muka manusia tak tahu adab + tak belajar sivik tu), tiba-tiba Aidz bunyikan hon kuat-kuat dan buat brek mengejut 2,3 kali. Masa aku toleh ke belakang tu, nampaklah yang amoi dua orang duduk seat depan tu macam dah menggelabah. Lagi sikit kereta diorang nak sondol kereta yang kitorang naik tu. Ngaaa... Tika dah cuak, dia sangka kitorang eksiden, kot terlanggar apa-apa. Aku pula buat muka relax sebab kalau ikut panas hati pun aku akan buat macam tu (eceh, cakap macam pandai drive.. bluerk! haha). Muka jela relax tapi tangan dan kaki dah seram sejuk dah. Terkejut! Dan tak sangka Aidz yang nampak selamba tu ada idea keji gitu. Kah kah kah.

Amoi dalam kereta belakang tu semua dah tutup muka dengan baju, siap pakai spec hitam, elak daripada dicam. Tahu pula takut. Tadi macam berani sangat dok hon-hon banyak kali. 1x, 2x boleh terimalah tapi kalau sampai lebih daripada 3x, sangat melampau! Sempat jugalah salin no plat WHN 1253 tak silap. Kereta kancil (sebab dia lain bangsa dan agama so no hallah bagitahu kat sini. Kuikui). 

Dan dari situlah baru aku boleh iktiraf yang sikap tak boleh orang cari pasal dengan aku ni bukan aku je yang rasa, rupa-rupanya adik-beradik aku yang lain pun memiliki sifat yang sama. Sifat yang bukan diajar/diterapkan sebab kalau tengok, ummi tu jenis pasrah je manjang. Walid pun jenis tak kisah je. Tapi mungkin sebab bila tengok situasi 'buat tak endah' parents aku tu dan nampak juga lagi kita buat dek, lagi orang suka nak sakitkan hati kita, lagi orang suka nak pijak-pijak kepala kita, maka perasaan tu wujud dalam diam. Tahu-tahu je, asal ada orang cari pasal dengan aku je, memang aku langsung tak boleh terima.

Cari pasal yang aku cakap tu bukan bermaksud benda yang orang pandang remeh atau kategori masih boleh dimaafkan pun masih nak diperbesar-besarkan, tetapi maksudnya apabila ianya dah babitkan family, fitnah, kena tipu kaw kaw hao liau, dan yang sama waktu dengannya, dan perkara tu dilakukan lebih daripada 10x! Yang tu baru dipanggil cari pasal dan harus diajar dengan apa cara sekalipun. Get it?! Bagitahu aku siapa yang boleh bersabar bila berhadapan dengan manusia berperangai macam tu? Kalau ada yang berani mengaku (tapi dia belum pernah pun berhadapan dengan orang macam tu), aku doakan semoga dia akan dipertemukan dengan manusia macam tu. Baru dia tahu langit kesabaran tu tinggi/rendah. Aamiin..
Haa lepas ni mesti ada yang takut nak kawan dengan aku... Nak kawan, kawan jelah. Tapi jangan cari pasal.. tu je. Selagi orang ok dengan aku, aku akan ok dengan orang. Betul, tak tipu! Tapi bila dah 'baling najis', sorry to say. Aku takkan bagi rasa hormat aku pada orang tu walau sekelumit. Biarlah semuanya kerana Allah. Itu lagi mudah & menyenangkan. 

Banyak perkara yang orang nampak aku aje yang suka perbesar-besarkan padahal orang yang cari pasal tu tak nampak pun macam dia sedang cari pasal dengan aku/family. Ya, memang korang tak nampak sebab orang tu lakukan secara sembunyi-sembunyi. Baling batu sorok tangan! Dan aku pun bukan jenis suka nak bercerita apa yang berlaku secara detail. Tak suka juga nak announce nama orang tu sesuka hatiku. Itu bukan jenis akulah. Siapa yang tahu, dia tahu. Siapa yang tak tahu, tak payah tanya, tak payah buat apa-apa spekulasi, korang tetap juga tak tahu apa sebenarnya yang telah/sedang/akan berlaku.

Ok, lupakan dengan manusia yang suka cari pasal tu (tiba-tiba hati jadi panas pula. bhahaha).
Sampai Pudu Plaza, 1st time aku jejakkan kaki kat tempat tu, selama ni tak tahu pun.. Kat situlah aku belikan hadiah untuk birthday Uzair yang pertama (7 April). Tapi peristiwa pasal amoi mental tu tetap juga tidakku lupakan.

Keluar daripada Pudu Plaza dengan perasaan hampa, barang yang Aidz & Am cari (tripod) tidak ditemui. Kemudian terpaksa menyewa, terus memandu menuju ke Ampang.
Dari Ampang terus ke UKM, Bangi. Di tol menghala ke UKM, aku mula bertanya kemusykilan yang muncul.
" Eh, nanti Awwab tumpang kita ke?" tanya aku.
" Taklah, dia buat kat tasik UKM." Balas Am selamba.
" Dia pantun kat tasik ke?"
" Amende kau ni, Ya? Ni nak buat assignment dia lah."
" Yelah, pantun kan?" aku masih tak berpuas hati.
" Pantun kat UM lah. Ini nak buat video assignment dia, iklan produk." 
Jawapan Am tu kedengaran saaangat tak menarik! Aku pandang Tika.
" Jom balik. Rasa macam kena April fool je.." sob sob sob. Dari rumah aku dok perasan yang kitorang ni sedang menuju ke UM, alih-alih... huwaaaaaa...

Bila nampak kelibat aku, Awwab dah gelak-gelak. Bila dia tahu aku rasa macam kena tipu, lagi kaw kaw dia perli aku. Hampeh betul! Kalau tahu datang UKM semata-mata nak tengok Awwab shooting dengan budak-budak group dia, sumpah gua tak hingin nak datang!

" Nanti kalau pantun aku dapat masuk suku akhir ke, separuh akhir ke, aku bagitahu tau! Nanti datanglah.. sian dia..." Awwab usap-usap kepala aku. Rasa macam hampagas sungguhlah~

Shoot sampai ke maghrib, lepas maghrib dengan perut lapar tak hingat sebab dalam perut ketika itu hanya ada nasi goreng pagi tadi dan roti gardenia 70sen tu je, kitorang ke Hentian Kajang, pelagi, pekena pecel lele dan ayam penyet lah! Perghh! Memang itulah buat pertama kalinya aku makan tak pandang kiri kanan, yang aku perasan makcik yang duduk arah barat daya aku tu je yang pandang aku tak berkelip. Entah macam mana agaknya rupa aku masa tu ye? Ish, malu pula bila ingat-ingat balik kot dia ada anak teruna ke, tak jadi dah dia nak kenenkan dengan aku. Hahaha. Tapi memang puaslah dapat makan nasi.

Jadi, perjalanan kitorang hari tu dari jam 3 petang hingga 10.30 malam.
Balik tu bising dekat ummi, pasal ummi lah aku kena April fool tak pasal-pasal. huk huk.

Inilah video assignment Awwab yang aku maksudkan tu. 

Kalau suka dengan video ni, [klik sini] untuk LIKE :)
Berguna jugalah kitorang ikut tu, boleh jadi director tak rasmi.. Haha.

p/s: pantun UKM dah tewas di peringkat suku akhir.



Pengembaraan 2: Selamat berjuang, Aidz dan Walid!

Sampai rumah, rehat jap, solat isyak siap-siap, jam 11 malam kitorang bergerak ke KLIA pula. Masih lagi berempat. Hantar Aidz. Flight dia ke Kuwait jam 3 pagi. Check-in pula dalam pukul 1 macam tu.
Rasanya penat bahana April fool tu tak hilang lagi, tapi memang dah janji nak teman hantarkan pun.

Sampai sana, ingatkan Walid dah ada kat sana, rupanya belum nampak lagi kelibat beliau. 
Pandang tempat duduk sebelah kanan dari arah eskalator tu nampak mat-mat dari India atau Sri Lanka atau entah mana entah, bangsa-bangsa diorang je yang memenuhi tempat duduk tu. Turun eskalator, tiba-tiba dari arah tu terdengar namaku dipanggil, nampaklah Maksu dan anak-anak serta Munibah ada dekat situ.
" Eh, bila masa jadi sebahagian daripada mereka-mereka ni juga?" usik aku.

with the twins yang periang!

brothas & sistah

kalau nampak aku berjalan dengan this guy, his my brotha a.k.a abg long ok! not BF, no no no! hik3

wanna slap my muka??

please dont! *gedikkkk!*

+ Hadif, look at the camera!
- No, i want IBU!

Ok, nah pergilah kau. Pergilah dak nyomell pada ibumu. grr!

Tak lama tu nampak kelibat Walid pun sampai.
Bila nampak walid macam 'free' je baru aku salam, tu pun Walid macam terkejut, mungkin tak sangka aku akan datang juga. Dan terdengar juga soseh-soseh orang dok bertanya siapa aku. Dahlah bertanya pada orang yang tak sepatutnya. Appadaaaa... Nak je jawab, "saya anak walid & ummi saya lah!" Tapi lumrah orang Melayu, suka cakap belakang-belakang, berbisik-bisik. Cuba tanya depan-depan, kan senang. Terang dan jelas nanti jawapan yang aku boleh bagi, bukan aku makan orang pun, malah aku ni pemalu blushing-blushing lagi tau. Dalam ni je suka taip panjang berjela tapi bila kat luar, orang yang menaip ni jugalah yang paling berat mulut. Hihi. Siapa segan macam aku, rugilah tak dapat dengar suaraku yang merdu dan lembut ala-ala Fatin Liyana ni. Hik hik hik.

Balik tu kitorang konvoi dengan Maksu sebab Paksu pun join Walid & Aidz gak.
Jam 3 pagi kitorang sampai rumah. Itupun Am salah ikut jalan. Orang suruh ikut jalan dekat, bantai ikut jalan jauh. Serius sangat penat. Penat duduk dalam kereta.


Pengembaraan 3: Hai, Asim!

Jumaat (6 April)
Dalam 12 tengah hari, kitorang bergerak ke sekolah Asim di Sabak Bernam. Asim dah sangat teruja nak balik rumah. Kesian pula dengan dia, betul-betul tak boleh masuk belajar dekat tempat macam tu. Dengan warden yang garang tak hengat! padahal kat sekolah sini takde pun cikgu-cikgu dia yang guna cara kasar untuk didik anak murid, sebab tu dia tak kental untuk duduk sana lama-lama. Hampir setiap hari asyik call ummi. Rindu rumah, rindu masakan ummi dan macam-macam lagi rindu yang dia sebut. Asim... Asim...

Sampai tempat Asim dalam jam 2:30 petang. Singgah solat jamak qasar dan cari makan!
Yumm! Asal menuju ke sana je, mesti singgah makan cendol dekat gerai Cendol Durian Borhan. Sedap weh cendol dia. Kalau korang ada masa lalu sana, singgahlah. Ada macam-macam perasa cendol yang dijual, ada durian, labu, keladi, jagung dan yang best boleh dicampur-campur, contoh cendol durian + jagung. Harga 1 cawan rm2. Yang biasa harga rm1.50. Aku lagi suka cendol biasalah sebab tak muak sangat, ikut tekak masing-masinglah. Kalau adik-beradik aku yang lain lagi suka campur-campur tu. Kat situ pun ada jual mee kari dan laksa. Jadi hari tu aku makan laksa. Adik aku cakap laksa dia sedap tapi bagi aku yang hantu laksa ni, laksa dia tak menepati citarasa akulah. Huhu.

Sampai rumah dalam jam 6 petang. Tika dah lembik. Letih katanya. Sakit kepala pun melanda. Balik tu dia tidur sampai nak maghrib. Lepas maghrib aku suruh dia makan nasi sebab dia cakap sakit kepala sangat. Tu tak lain, memang pesen aku tu, sehari kalau tak makan nasi angin naik sampai kepala, sakit gila!
Alhamdulillah lah lepas makan, kepala dia dah tak sakit dah. Penyakit aku juga yang kau hidap, cik Tika oiii... hehe.

Asim pun mungkin nak tukar sekolah ke sini, doakan ajelah urusan perpindahan dia dipermudahkan, ummi pun dah call pengetua dia kat sekolah sini & pengetua dia siap cakap, " kecil tapak tangan, gunung saya tadahkan.."
Perghh! Student kesayangan hokeh! Cuma boleh tukar sekolah atau tidak, kena tunggu keputusan daripada sekolah baru ni pula. Macam-macam prosedur diorang tu. Doakan je k! ^^ Doakan juga dia mampu bertahan duduk kat sekolah tu dalam tempoh dua minggu lagi.

Dalam pukul 9 malam, keluar lagi. Tika nak ambil buku dekat sekolah bekas dia mengajar tempoh hari. Dia terhantar buku teks kepunyaan adik Ija yang dia pinjam. Alang-alang tu, jemput sekali Adib yang ada dekat UIA Gombak sebab sekali lalu. Lepas ambil Adib, hantar tripod ke Ampang. Lepas tu makan lagi. Makan yong tau fu dekat area Ampang. Gerai tu dia buka belakang rumah je. Unik sikitlah yong tau fu dia sebab makan dengan sup dan sambal yang sedap (style Johor). Yummy! 5 orang makan, sekali dengan air hanya rm21.90, murah kan
Jam 12.30 tengah malam sampai rumah.



Pengembaraan 4: Keberanian Tika tercabar


Ahad (8 April)
Setiap hari ahad Tika buat kerja part time sebagai guru tuisyen di Rawang. Baru start minggu lepas, sebelum ni Aidz yang hantar. Bila Aidz dah takde ni, terpaksalah hari ni dia memberanikan diri memandu ke Rawang. Dari rumah aku ke Rawang mengambil masa selama 40-45 minit, itu pun bergantung pada keadaan jalanraya. Minah tu dah ada lesen, tahun lepas dia dapat tapi masih tak berani bawa. Jadi, bila masa-masa genting macam ni tiba, terpaksa jugalah mengorbankan rasa takut dan cuak segala tu.

Jam 12 tengah hari tu, dengan berbekalkan tawakal, kitorang meredah jalanraya. Jalan yang berbengkang-bengkok, selekoh tajam, kiri kanan belukar. Itulah jalan yang terpaksa ditempuhi. Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan, mungkin sebab tawakal banyak-banyak kot. Cuma ada kalanya aku terjerit kecil, dan perasaan panik dak Tika tidak boleh dikawal. Huhu. Bila sampai depan rumah Ija, jerit suka kitorang. Konon nak tayang kat Ija yang Tika dah berjaya drive sampai ke rumah dia, tapi Ija takde, keluar ke Ampang. Tak dapat nak tayang-tayang rasa riak, takbur ni. Wakaka...

Nak balik tu, aku sebagai penunjuk arah jalan tersilap bagi arahan. Maka mulut kitorang pun bertukar menjadi kicauan burung yang kelaparan. Arghh! Dahlah memang tengah lapar gilak! Dengan Tika dah takut-takut tiba-tiba termasuk ke kawasan yang banyak kenderaan tu, lepas tu marah aku sebab salah tunjuk jalan, alih-alih aku pun marah dia juga sebab dia yang ambil lesen, aku pula yang dipersalahkan. Padahal dua-dua salah. Salah tunjuk jalan dan salah orang yang sepatutnya ada lesen tu. Kih kih. Dua kali berpusing ditempat yang sama akhirnya aku call Am, Am siap gelakkan lagi. Aduii lah. Padahal kitorang kat dalam kereta ni dah panik semacam dah. Tika siap bagi idea yang dia nak berhenti mana-mana dan suruh Am jemput kitorang. Eh, kau kira rumahku dengan tempat tu berjarak 5minit perjalanan ke? Huhu.
Akhirnya aku suruh je Tika jalan, buat kesekian kalinya ikut direction aku lagi sebab sign board yang ada tu pun tak betul. Ntah apa-apa je. Nak ke KL ikut arah kanan, dan ke KL jalan terus juga. What the? Jalan mana kitorang nak ikut? Jalan ke depan tu baru nampak jalan yang benar. Pheww! Rupanya sesatnya takdelah jauh sangat pun. Silap masuk simpang je, tapi bila jalan terus jumpa balik jalan nak ke rumah. Ish ish. Alih-alih tergelak-gelak je. Hai la.

Alhamdulillah, selamat sampai rumah, tu pun masa dah ikut laluan betul tu, ada pajero macam escort kitorang.. weewit! Rasa macam safe je bila ada yang escort macam tu.

Balik tu, Ipah ajak aku pergi daftar ambil lesen. Aku ni lesen motor je ada, lesen kereta takde, tu yang ambil lesen kereta je. Dapatlah diskaun rm50 sebab lesen motor memang ambil kat tempat yang sama. Jadi, nantikan saya ambil lesen kereta. Keh keh. Ipah kata aku dah tua untuk ambil semua tu. Ceh!

Okla, penat dah menaip. Bye!

Selasa, 3 April 2012

Aku Janji.



Di petang hari yang mendung dan hening serta hujan gerimis melanda, dengan tiba-tiba aku nak buat angkat sumpah 'Aku Janji'. Angkat janji bersama seram sejuk okeh. Bukan seram sejuk sebab nak buat janji tapi sebab hujan opkos lah sejuk kan? Ngeh ngeh.
Rasa macam ada dekat Korea! 
Pfftt tahulah baru lepas baca entri Fatin Liyana pasal cuti dia kat sana...


Tadaaa.. inilah Aku Janji yang aku buat tahun lepas tu.


Ketahuilah bahawasanya saya tidak akan berkahwin hanya semata-mata disebabkan kawan-kawan atau saudara-mara saya yang sebaya/lebih muda daripada saya berkahwin! 

Saya hanya akan berkahwin apabila saya sudah betul-betul bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri kepada SEORANG suami dan ibu kepada anak-anak suami terchenta (peewit!) 

dan juga apabila saya sudah menemui calon yang LAYAK untuk menjadi pemimpin saya dunia akhirat dan suami/bapa yang sangat bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anak. Trimas! 



Perghhh sweet kan angkat sumpah aku ni? Hik hik. Jangan curik tau! Sila cipta ayat angkat sumpah sendiri!
Siap simpan as note tau! Haha. Poyo tak? :P


Ingat kahwin senang ke?
Oklah senang.. kalau susah takdelah orang berani nak kahwin, kan? Tapi kalau salah pilih calon, aku tak mahu hidup aku menderita, aku tak mahu hidup anak-anak aku tak menentu. Itu je yang aku tak mahu sebenarnya.


Ada yang kata, time muda nilah harus grab sesiapa yang suka kita.
Tapi aku tak setuju dengan kata-kata tu. Bohonglah kalau cakap takde yang berkenan dan bohong jugaklah kalau cakap tiada siapa yang aku berkenan (eh, ada ke? haha) tapi apa-apa pun memang memilih tu dah sampai tahap wajib bagi aku. Biar memilih asal jangan salah pilih. Selagi boleh pilih, pilih betul-betul. Nanti dah pilih, takde peluang dah nak buat pilihan lain.


Semua orang ada kriteria isteri/suami idaman.
Idaman aku tidaklah setinggi yang orang sangka. Orang selalu fikir aku memerlukan lelaki yang kacak, yang kaya harta & bla bla bla (hero macam drama Korea tulah) tapi maaf, andaian anda tidak tepat sama sekali. Hero Korea tak solat, tak puasa, bangga dengan zina dan yang sama waktu dengannya, memang taklah kan... Tapi dorang cute! Ok, fine -__-" Tapi tidak juga sealim para ulama', pangkat ustaz, orang soleh yang zuhud pun tidak. Cukuplah dia PEGANG agama Islam dan menyintai agamanya.. Itu sahaja.
Yang sebenarnya, mungkin orang yang ada kriteria tu belum muncul lagi di depan aku. Kalau wujud lama dah aku ambil tanpa bagi peluang pada orang lain. Haha. Aip! Ayat tu serius ok! Kalau dah jumpa aku takkan pass dia pada orang lain, malahan pada alien sekalipun! Maka, kalau nak tengok macam mana rupa aku jika dah jumpa yang mampu beri 'rasa' tu, kita lihat je nanti.. keh keh (tiba tiba dah terbayang camne rupanya pun.. huduh! haha)


Jadi bertuahlah anda yang sudah berkahwin kerana anda memang sudah menemui 'kriteria' itu pada pasangan anda... soooo sweetttt~ :) Tapi kalau dah kahwin baru sedar si dia takde sikit pun menepati kriteria, tak dapek nak buek apo lah. Redha je k ^^ sebab ada orang pesan, apa yang kita minta itulah yang Allah beri, jadi jangan salahkan takdir! (Melainkan kalau pilihan tu memang BUKAN pilihan kau. Jika itu yang berlaku, bolehlah salahkan orang yang memaksa kau menerima pasangan kau tu. Ok!)


Marriage is not about LOVE but it is about 
MAKING UMMAH

:: 2010 ::

Wahai wanita , carilah lelaki yang soleh . Lelaki yang boleh membimbing dirimu kepada Allah . Bukan lelaki yang hanya tahu bersuka ria , bermulut manis , membiarkan dirimu jauh dari Allah .

Wahai lelaki , carilah wanita yang solehah , namun jangan diabaikan wanita yang jauh dari Allah . Wanita yang solehah akan menyejukkan hati mu manakala yang jauh dari Allah , kamu bimbing dan bawa dia kepada Allah .

Kerana para lelaki , adalah PEMIMPIN kepada para wanita
 - H.A



Aku tidak mahu menjadi perempuan yang memerlukan lelaki,
tetapi aku mahu menjadi perempuan yang lelaki perlukan...

Sabtu, 17 Mac 2012

Shafiq Haziq & Dehya' Al-Qalbi: Kisah 1, 2, 3



Petang Khamis; 15 Mac, tengah ralit melayan siaran televisyen, terdengar kereta yang Aidz pandu diparkir diluar rumah. Dia dan Asim baru pulang dari berurusan diluar.


Apabila pintu dikuak, ternampaklah rupa-rupanya bukan mereka berdua sahaja yang baru pulang, Haziq (8) dan Dehya' (6) juga mengikut.


" Abang Aidz ambil kat mana?" tanyaku.


" Ambil dekat rumahlah. Dia datang rumah Haziq." Haziq membalas. Beg-beg baju mereka berdua diletakkan berdekatan dengan mesin jahitku.


" Tidur sini berapa lama?"


" Dehya' balik Jumaat, Haziq balik sabtu." Balas Dehya'. Konfiden. Padahal ketika aku menaip entri ini, mereka masih berada di rumah. Nyenyak je tidur tu ha.


" Tapi abuya cakap kalau Dehya' nangis, suruh call abuya nanti abuya ambil." Balas Haziq.


Petang tu bila Ipah pulang dari kerja, ramah Dehya' bercerita itu dan ini pada dia. Amboii dengan aku takde pun nak bercerita. Oh, silap diri sendiri. Aku bukan jenis suka sangat melayan budak kecil bercerita. Mendengar boleh, memberi respon? Maaf. Fail! Kihkih.




Kisah 1: Dehya' punya cerita.


Malam tu bising masing-masing minta Am dan Aidz yang berada diluar (ada urusan kerja. Almaklum, baru membuka production house sendiri, banyak urusan yang perlu diselesaikan), membelikan burger. Kemaruk burger di malam hari.
Dehya' seperti biasa, amat kamceng dengan Ipah.


" Abang Am pergi mana?" Tanya dia.


" Pergi kerja lepas tu ambil Kak Tika."


" Apa?" Tanya dia.


" Ambil Kak Tika."


" Apa? Tak dengar." 


Padahal aku rasa Ipah dah cakap nada sederhana dah tu, aku yang jauh sikit ni pun boleh dengar, takkanlah dia yang dekat tak boleh dengar?


Ipah mengulang jawapan yang sama tapi Dehya' masih dengan kurang dengar dia tu. Alih-alih aku menyampuk.
" Dia bukan tak dengar tu, Pah. Dia tak kenal sebenarnya." Aku tergelak-gelak. 


" Ambil Kak Tika." Ipah ulang jawapan lagi. " Kenal Kak Tika tak?" Sebelum Dehya' bertanya untuk kesekian kali, Ipah terus memotong dengan soalan pula. Akhirnya dia menggeleng dan tiada lagi soalan "tak dengar' dia yang seterusnya. Haa kan betul telahan aku. Pandai betullah budak ni coverline. Ha ha ha.




Kisah 2: Haziq punya cerita.


" Haziq pernah jumpa ke tak ya dengan Kak Tika? Haziq rasa macam pernah jumpa. Nanti Haziq fikir."


Siang esoknya (semalam) Ipah balik rumah ketika lunch hour, dia buka cerita pada Tika dan aku;


" Malam tadi aku tanya dengan Haziq kenal Kak Tika tak? Dia cakap kenal. Aku tanya macam mana boleh kenal? Sebab pernah jumpa dulu, kan? Haziq cakap tak. Kenal sebab selalu bila Haziq main game dalam henfon Abang Aidz mesti Kak Tika bagi mesej". Kah kah kah! Kantoiiii!




Kisah 3: Haziq dan Dehya' punya cerita


Petang tu aku bancuh tepung untuk buat pisang goreng. Dua-dua budak ni setia di sisi. Haziq siap offer diri untuk tolong. Tak reti aku nak menyuruh-nyuruh anak orang buat kerja. Bila aku bagitahu yang tiada kerja untuk dia, dia seperti mengeluh. Akhirnya aku suruh dia ambilkan garam. Laju je dia pergi ambil. 


Sedang mengacau adunan, Haziq dan Dehya' mula membuka cerita. Macam-macam cerita. Dan aku masih sama, failed dalam memberi respon, cuma menyampuk mana yang perlu. 


Muzik background kitorang di dapur ketika itu ialah suara Uzair di dalam walker yang merengek-rengek dan melanggar-langgar walker dia dengan besi buaian yang menghalang laluan untuk ke arah kami, seperti mahu ikut serta 'acara' yang aku, Haziq dan Dehya' lakukan. Cemburu barangkali Walidah dia dah ada teman lain. Kui kui. 


" Muka Yaya macam muka Kak Yaya, kan?" Kata Haziq tiba-tiba. Eh??


" A'ah kan? Sama je. Biskut Kak Yaya pun sama dengan biskut Yaya." Dehya' mula mengiyakan. Aik, bila pula aku buat biskut ni? Dalam hati dah ada rasa nak lafazkan sesuatu tapi tak terluah. Layan je dulu.


" Yela sama macam muka Yaya. Yaya Boboiboy tu." Sambung Haziq lagi. Aku angguk, memberitahu yang aku memang tahu Yaya mana yang diorang maksudkan. Teringat mimpi malam tu yang aku mimpi Alisya (budak yang dubbing sebagai Yaya tu @ adik Hanis Zalikha) dan juga mimpikan seorang teman tapi aku tak beritahu pun pada teman tu yang aku mimpikan dia malam tu. Mimpi pelik tapi masih dalam kategori biasa-biasa (kot..)


" Yela. Yaya tu dahlah suka buat biskut keras. Kucing pun mati makan biskut Yaya..." Balas Dehya'. 


Uzair terus merengek. Adakalanya dia menjerit marah. Marah sebab aku buat tak layan pada dia walaupun Tika dah ambil alih sebagai pemujuk, dia tetap tak makan pujukan, masih mengharapkan aku.


" Ohooo.. ni nak cakap biskut Kak Yaya tak sedaplah ni?" Apa yang aku nak luahkan mula-mula tadi akhirnya terluah juga.

" Eh, bukanlah... mana ada kita cakap biskut Kak Yaya tak sedap. Sedaplah... sedap... Kita nak cakap muka Kak Yaya sama macam Yaya je.. He he." Entah bila masa aku buat biskut entah. Layankan je. Hahaha.


Akhirnya aku minta Munibah alihkan besi buaian yang menghalang Uzair nak lalu bersama walker-nya. Uzair berjaya mencipta muzik background yang sangat tak best
Dan Dehya', ku suruh duduk (atas kerusi) depan pintu arah ke dapur supaya Uzair tak terlepas.


" Nanti nak masukkan pisang, Haziq nak masukkan!" pelawa Haziq.


" Tak payahlah. Nak potong terus masuk dalam bekas ni je." Aku merujuk bekas adunan tepung untuk digoreng.


" Ooo nak potong atas tangan ye?" Haziq cepat faham. Sebenarnya aku malas nak potong atas pemotong. huuu


" Nanti jangan buat macam ni tau, bahaya. Orang besar je boleh buat." Dua-dua angguk, faham.


Masa aku tengah potong baru teringat nak pesan sesuatu.


" Sebelum buat kerja kita kena baca..."


" Bismillahirrahmanirrahim!" serentak diorang bersuara. Bagus!


" Tapi tadi tak dengar pun Kak Yaya baca bismillah," tegur Dehya'. Tak sempat aku nak menjawab Haziq dah potong kata-kata aku.


" Kak Yaya baca dalam hatilah. Kan Kak Yaya kan?"


" Iya.." tapi sebenarnya tak baca dalam hati, baca lafaz kat mulut tapi sebab perlahan tu yang diorang tak dengar.


Bila Uzair masih tak berhenti merengek, terus aku tukar syif, Tika pula ambil alih kerja menggoreng. Budak tu memang betul-betul tak nak dengan orang lain.


" Kau kan mak kedua dia.." Kata Tika. 


Haila... betul-betul rasa macam jadi ibu anak tiga dah petang tu. Ibu yang tak berapa nak sempurna. Banyak kelompongan di sana sini.. Huhu.



Ikut via FB