Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Sabtu, 17 Mac 2012

Shafiq Haziq & Dehya' Al-Qalbi: Kisah 1, 2, 3



Petang Khamis; 15 Mac, tengah ralit melayan siaran televisyen, terdengar kereta yang Aidz pandu diparkir diluar rumah. Dia dan Asim baru pulang dari berurusan diluar.


Apabila pintu dikuak, ternampaklah rupa-rupanya bukan mereka berdua sahaja yang baru pulang, Haziq (8) dan Dehya' (6) juga mengikut.


" Abang Aidz ambil kat mana?" tanyaku.


" Ambil dekat rumahlah. Dia datang rumah Haziq." Haziq membalas. Beg-beg baju mereka berdua diletakkan berdekatan dengan mesin jahitku.


" Tidur sini berapa lama?"


" Dehya' balik Jumaat, Haziq balik sabtu." Balas Dehya'. Konfiden. Padahal ketika aku menaip entri ini, mereka masih berada di rumah. Nyenyak je tidur tu ha.


" Tapi abuya cakap kalau Dehya' nangis, suruh call abuya nanti abuya ambil." Balas Haziq.


Petang tu bila Ipah pulang dari kerja, ramah Dehya' bercerita itu dan ini pada dia. Amboii dengan aku takde pun nak bercerita. Oh, silap diri sendiri. Aku bukan jenis suka sangat melayan budak kecil bercerita. Mendengar boleh, memberi respon? Maaf. Fail! Kihkih.




Kisah 1: Dehya' punya cerita.


Malam tu bising masing-masing minta Am dan Aidz yang berada diluar (ada urusan kerja. Almaklum, baru membuka production house sendiri, banyak urusan yang perlu diselesaikan), membelikan burger. Kemaruk burger di malam hari.
Dehya' seperti biasa, amat kamceng dengan Ipah.


" Abang Am pergi mana?" Tanya dia.


" Pergi kerja lepas tu ambil Kak Tika."


" Apa?" Tanya dia.


" Ambil Kak Tika."


" Apa? Tak dengar." 


Padahal aku rasa Ipah dah cakap nada sederhana dah tu, aku yang jauh sikit ni pun boleh dengar, takkanlah dia yang dekat tak boleh dengar?


Ipah mengulang jawapan yang sama tapi Dehya' masih dengan kurang dengar dia tu. Alih-alih aku menyampuk.
" Dia bukan tak dengar tu, Pah. Dia tak kenal sebenarnya." Aku tergelak-gelak. 


" Ambil Kak Tika." Ipah ulang jawapan lagi. " Kenal Kak Tika tak?" Sebelum Dehya' bertanya untuk kesekian kali, Ipah terus memotong dengan soalan pula. Akhirnya dia menggeleng dan tiada lagi soalan "tak dengar' dia yang seterusnya. Haa kan betul telahan aku. Pandai betullah budak ni coverline. Ha ha ha.




Kisah 2: Haziq punya cerita.


" Haziq pernah jumpa ke tak ya dengan Kak Tika? Haziq rasa macam pernah jumpa. Nanti Haziq fikir."


Siang esoknya (semalam) Ipah balik rumah ketika lunch hour, dia buka cerita pada Tika dan aku;


" Malam tadi aku tanya dengan Haziq kenal Kak Tika tak? Dia cakap kenal. Aku tanya macam mana boleh kenal? Sebab pernah jumpa dulu, kan? Haziq cakap tak. Kenal sebab selalu bila Haziq main game dalam henfon Abang Aidz mesti Kak Tika bagi mesej". Kah kah kah! Kantoiiii!




Kisah 3: Haziq dan Dehya' punya cerita


Petang tu aku bancuh tepung untuk buat pisang goreng. Dua-dua budak ni setia di sisi. Haziq siap offer diri untuk tolong. Tak reti aku nak menyuruh-nyuruh anak orang buat kerja. Bila aku bagitahu yang tiada kerja untuk dia, dia seperti mengeluh. Akhirnya aku suruh dia ambilkan garam. Laju je dia pergi ambil. 


Sedang mengacau adunan, Haziq dan Dehya' mula membuka cerita. Macam-macam cerita. Dan aku masih sama, failed dalam memberi respon, cuma menyampuk mana yang perlu. 


Muzik background kitorang di dapur ketika itu ialah suara Uzair di dalam walker yang merengek-rengek dan melanggar-langgar walker dia dengan besi buaian yang menghalang laluan untuk ke arah kami, seperti mahu ikut serta 'acara' yang aku, Haziq dan Dehya' lakukan. Cemburu barangkali Walidah dia dah ada teman lain. Kui kui. 


" Muka Yaya macam muka Kak Yaya, kan?" Kata Haziq tiba-tiba. Eh??


" A'ah kan? Sama je. Biskut Kak Yaya pun sama dengan biskut Yaya." Dehya' mula mengiyakan. Aik, bila pula aku buat biskut ni? Dalam hati dah ada rasa nak lafazkan sesuatu tapi tak terluah. Layan je dulu.


" Yela sama macam muka Yaya. Yaya Boboiboy tu." Sambung Haziq lagi. Aku angguk, memberitahu yang aku memang tahu Yaya mana yang diorang maksudkan. Teringat mimpi malam tu yang aku mimpi Alisya (budak yang dubbing sebagai Yaya tu @ adik Hanis Zalikha) dan juga mimpikan seorang teman tapi aku tak beritahu pun pada teman tu yang aku mimpikan dia malam tu. Mimpi pelik tapi masih dalam kategori biasa-biasa (kot..)


" Yela. Yaya tu dahlah suka buat biskut keras. Kucing pun mati makan biskut Yaya..." Balas Dehya'. 


Uzair terus merengek. Adakalanya dia menjerit marah. Marah sebab aku buat tak layan pada dia walaupun Tika dah ambil alih sebagai pemujuk, dia tetap tak makan pujukan, masih mengharapkan aku.


" Ohooo.. ni nak cakap biskut Kak Yaya tak sedaplah ni?" Apa yang aku nak luahkan mula-mula tadi akhirnya terluah juga.

" Eh, bukanlah... mana ada kita cakap biskut Kak Yaya tak sedap. Sedaplah... sedap... Kita nak cakap muka Kak Yaya sama macam Yaya je.. He he." Entah bila masa aku buat biskut entah. Layankan je. Hahaha.


Akhirnya aku minta Munibah alihkan besi buaian yang menghalang Uzair nak lalu bersama walker-nya. Uzair berjaya mencipta muzik background yang sangat tak best
Dan Dehya', ku suruh duduk (atas kerusi) depan pintu arah ke dapur supaya Uzair tak terlepas.


" Nanti nak masukkan pisang, Haziq nak masukkan!" pelawa Haziq.


" Tak payahlah. Nak potong terus masuk dalam bekas ni je." Aku merujuk bekas adunan tepung untuk digoreng.


" Ooo nak potong atas tangan ye?" Haziq cepat faham. Sebenarnya aku malas nak potong atas pemotong. huuu


" Nanti jangan buat macam ni tau, bahaya. Orang besar je boleh buat." Dua-dua angguk, faham.


Masa aku tengah potong baru teringat nak pesan sesuatu.


" Sebelum buat kerja kita kena baca..."


" Bismillahirrahmanirrahim!" serentak diorang bersuara. Bagus!


" Tapi tadi tak dengar pun Kak Yaya baca bismillah," tegur Dehya'. Tak sempat aku nak menjawab Haziq dah potong kata-kata aku.


" Kak Yaya baca dalam hatilah. Kan Kak Yaya kan?"


" Iya.." tapi sebenarnya tak baca dalam hati, baca lafaz kat mulut tapi sebab perlahan tu yang diorang tak dengar.


Bila Uzair masih tak berhenti merengek, terus aku tukar syif, Tika pula ambil alih kerja menggoreng. Budak tu memang betul-betul tak nak dengan orang lain.


" Kau kan mak kedua dia.." Kata Tika. 


Haila... betul-betul rasa macam jadi ibu anak tiga dah petang tu. Ibu yang tak berapa nak sempurna. Banyak kelompongan di sana sini.. Huhu.



0 bicara tanpa suara:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB