Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Selasa, 11 September 2012

Ustaz sayang saya??? Omaigad!


Dalam jam 10 pagi aku, Nisa' & Ummi bersama-sama Kakak, Abang Ameer & Uzair bergegas ke rumah pengantin; Kak Ayu & Hidir. Sebabkan bunga yang pengantin pegang tu ada pada kitorang, maka kena datang awal la. Majlis akad nikah bermula jam 11 pagi.

Yang kelakar, sampai rumah Kak Ayu, Kakak suruh aku dan Nisa' masuk dulu, bagi bunga tu. Mencicit kitorang berjalan padahal rombongan pengantin lelaki ada je tu kat tengah jalan, tengah tunggu 'green light' daripada pihak perempuan untuk masuk. Tak pandang kiri kanan dah masa tu. Tau-tau je masa masuk rumah nak ke tingkat atas Cik Zah; mak pengantin perempuan menegur kitorang. Salam pun kelam kabut macam apa je. Wakaka.. macam aku pula yang nak nikah hari tu. Sabor jela..

Turun bawah tu ambil Uzair dari Baba dia, menangis takde orang layanlah tu.
Elok je ambil dia, ternampak pula Kak Ummuhani Abu Hassan (yang buat cerita Dingin Lavender tu) dengan anak dia Darda'. Haji Bad cakap muka Darda' sama macam muka Uzair. Yup, lebih kurang je... hihi. Dan Hj Bad ambil gambar kitorang. Kemudian kitorang berborak-borak seketika. Kekok pulak orang bijak pandai berborak dengan i.. ngeee


Selamat pengantin baru!!

Habis dah cerita pasal pagi itu. Kitorang sampai rumah jam 5 petang. Solat Asar, mandi semua maka bermulalah sesi yang dinanti-nantikan! Iaitu program Ustaz Sayang Anda!

1st keluar poster dekat FB haritu masa baca macam geli pulak, apesal ustaz je sayang kita? Ustazah takde yang sayang punnn.. Huhu.. Tapi yang positifnya ayat itu ialah, dalam pada kita rasa takde orang pun pedulikan kita, ingatlah selain Allah, alim ulama' pun sayangkan kita, tahu! Harus dibanggakan bagi orang yang banyak dosa macam aku ni *sigh*



6 petang bergerak dari rumah konon nak kejar solat maghrib berjemaah kat stadium tu tapi tak sempat so singgah solat kat petronas berhampiran. Sampai sana dah pukul 8 kot.. masa tu bacaan yaasin yang dibaca secara beramai-ramai dah hampir pertengahan ayat dah pun. Haihh bila datang program macam ni teringat zaman kecil-kecil dulu.. hmm
Yang best, lepas habis bacaan yaasin, Ustaz Don bacakan doa. Wahhh dengar suara dia secara live tuuu.
Yang takleh blah bila sampai part doa; " Ya Allah, kurniakanlah mereka yang hadir pada malam ini jodoh yang soleh dan solehah.." Ok, foineee... aku ameenkan sampai 3x! Cweet cangat~ ;) Doa pengantin baru.. kotlah lagi melekat ke kan... kihkihkih..
Kemudian solat Isya' berjemaah. Lepas solat, ada bacaan zikir. Bestnyaaa... Rasa macam sejuk je hati dapat hadir majlis-majlis macam ni wa cakap lu!

Lepas je selesai solat Isyak, masing-masing bergerak ke arah pentas termasuklah kitorang adik-beradik ni. Sempoi je duduk atas trek lumba lari tanpa sebarang alas. Best pulak rasanya. Adik-adik aku 3 orang tu duduk dekat sangat dengan speaker. Aku ajak duduk belakang sikit, masing-masing buat muka malas nak bergerak, jadinya aku ajelah bergerak duduk belakang sikit. Duduk tengah-tengah, kiri kanan family. I pun nak ada family macam mereka jugak! *eh? tiba-tiba.. keh3* Tak lama tu Moon mesej bagitahu dia tengah beli makanan. Cana pulak on the way. Macamlah rumah dia jauh, padahal dekat je dengan Stadium MBPJ tu. 

Jam 9 majlis bermula. Moon dan Cana masih belum nampak muka. Aku kalau dah sorang-sorang macam tu rasa lain macam je. Nak toleh kiri kanan pun segan takut orang ingat aku ni mata keranjang. Wakaka. Teringat mamat 'Malique' tu tiba-tiba. Kuikui. 

Okeh, kat skrin dah nampak dah muka Ustaz Don, Ustaz Azhar Idrus, Sheikh Abdul Karim dan ramailah lagi ustaz-ustaz yang datang meraikan majlis. Paling sweet nampak Syed Abdul Kadir Aljoofre yang kacak tu tengah main dengan seorang budak yang dipangku oleh orang yang duduk sebelah beliau (mungkin bapa si budak tu kot atau mungkin juga itu anak dia). 

Hujung dari kiri; Akhil Hayy, Ustaz Haslin, tak kenal, Syed Abd Kadir Aljoofre, Ustaz Don,
tak kenal, Ustaz Azhar Idrus & Ustaz  Zaharuddin
Majlis dipengerusikan oleh dua orang jejaka yang mana aku tak kenal pun kedua-duanya itu. Hew hew.
Pengacara Man Raja Lawak dan Acong! Ehem.. tanda seru tu untuk Acong je ye. Ahaks!

Permulaan majlis dimulakan dengan zikir dan lagu Dhuha oleh Imam Muda Hassan dan Bazli UNIC.
Ceramah pula dimulakan oleh Ustaz Zaharuddin. Dan kesemua ustaz ni menceritakan pengalaman hidup masing-masing. Diikuti dengan Ustaz Syed. Kemudian ada selingan lagi, Hafiz Hamidun alunkan zikir 'Allah', 'Astaghfirullah' dan 'Law kana bainana'. 

Masa tulah Moon nak datang. Aku la tukang melambai-lambai tangan. 
Masa Cana datang paling kelakar, aku dengan Moon dah nampak dah dia, rupanya dia yang tak nampak kitorang yang dok melambai ni. Masa tu aku rasa nak berdiri je tapi mengenangkan belakang aku ada ramai orang lelaki (jarak mereka bukan betul-betul belakang aku tapi jauh sikit), rasa segan pulak. Kang ada kena boo ke kan... ngeee. Last nya aku suruh Cana jalan je ke depan, nanti aku panggil. Nasib baik dia ikut saranan aku. Maka duduklah kami bertiga. Bila ada mereka berdualah baru hilang sikit segan aku tu. Posisi duduk pun dah macam duduk kat rumah sendiri je, kejap bersimpuh ke kiri, kejap kang tukar kanan pulak, kadang tu bersila, kadang pula duduk peluk lutut. Haa macam kat rumah sendiri kan? Tapi takde yang perasan aihh.. masing-masing tengah khusyuk dengar cerita para ustaz.

Dalam ramai-ramai ustaz tu jugak, ustaz Haslin yang paaaaling superb! Yeahh beliau merupakan ustaz kegemaran ummi. Dulu kalau sebut nama ustaz Haslin ummi tak berapa nak cam tapi bila cakap Ustaz Bollywood barulah ummi kenal. Huhu. Lawak Ustaz Haslin memang best sampai kat atas pentas tu pun sempat dia usik Ustaz Azhar Idrus yang ada kat tempat duduk bawah tu;
" Ustaz Azhar dah urut-urut janggut tu, rasa tergugat lah tu.." Hahah.. lebih kurang gini la maksud ayat dia.

Tapi dalam ramai-ramai kisah ustaz tu semua, kisah Ustaz Don yang buat aku terlongo. Biar betik??!!
Alkisahnya, masa Ustaz Don belajar kat Mesir, dia bukanlah alim mana. Kalau pakai seluar tak nampak lutut tu bukan dialah. Dengan snowcap, dengan headphone dikepala, itulah dia! Dan itu juga antara barang-barang wajib dia bawa kalau ke mana-mana. Tapi dia ada seorang guru yang selalu bersamanya. Kiranya macam anak murid kesayanganlah dan guru dia tu seorang buta. Senang cerita kisah Ustaz Don boleh difilem, di novel dan di dramakanlah! Siapa sangka lelaki yang minat lagu Linkin Park itu bisa menjadi seorang da'ie yang dikagumi, kan? Dan dia yakin kerana doa guru itulah yang membuat dia menjadi seperti dia yang sekarang.. :') Dan last tu Man Raja Lawak minta Ustaz Don nyanyi sikit lagu Linkin Park (LP). Dan Ustaz Don pun rap sikit. Sikit je kott. Huhu. Ustaz brutal sungguh laaa... teringat masa sekolah dulu pun aku minat gila dengan LP terutama Mike Shinoda... woot woot.. Yelah, bagi aku Mike Shinoda tu ala-ala Malique kott.. semua lagu yg dia compose semuanya best. Masuk poli, minat tu dah merudum dah sebab masa tu gila nasyid pulakk. Tapi yang best nya, bila kenal Amirah NaziNadin yang alim dan lemah lembut tu tak sangka pulak alim-alim gitu minat LP gak. Hahaha. 

Haihh kenangan sungguhla bila Ustaz Don sebut pasal Linkin Park ni. 

Lepas Ustaz Don, giliran Ustaz Azhar Idrus pulak. Dan baru tahu, U.A.I tak boleh bagi ceramah tanpa ada meja didepannya, tak selesa katanya. Kalau boleh pun dia tak suka ada gap antara penceramah dengan penonton macam malam tu, dia lagi suka kalau ada orang kelilingi dia. oo ok! Tapi masa UAI bagi ceramah tu aku pun berceramah juga kat bawah pentas. Cerita hal dunia dengan Cana. Hik hik hik. Sedar-sedar je, mereka yang lain dok gelak dengan lawak UAI, entah lawak apa tak perasan pulop. Hihihi...

Ekceli banyak lagi nak cerita pasal program ni tapi macam malas nak menaip dan fikir ayat. hewhew... Macamlah ada yang bacanya pun..

Pesanan Ustaz Haslin yang aku nak share, ini dia!

”Jadilah kamu orang yang baik.Orang yang baik bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila tiada ditangisi. 

Janganlah kamu jadi orang yang jahat,bila ada dibenci, bila tiada disukai, bila mati disyukuri”

- Sayyidana Ali bin Abi Talib 

Ustaz Haslin sampaikan sambil menyanyi ala-ala lagu Hindustan tu tau. Best je dengar~ Weee. Masa Ustaz Haslin share kata-kata ni, mata aku dan Cana dah membulat dah! 

" Eh, ayat kat status kau!" sebab sebelum tu Cana ada share kat facebook dia kata-kata ni, tak sangka pula boleh jadi femes.. hehe

Oklah, ni je cerita yang dapat dikongsikan. 
Layan je gambar-gambar kat bawah ni.
Dan SATU aku nak cakap, RUGI SIAPA YANG TAK DATANG!!! Miahaha


Ustazah Suria, Ustazah Fira & Ustazah Syazana (tiada dalam gambar).. eikkk?? Hehe


adik-beradik perempuanku... ;)

Ustaz ♥ Anda!

Ustaz... Terima kasih kerana mendidik kami. Tanpa golongan ustaz, kami buta tentang akhirat.

Kami ♥ Ustaz!


5 bicara tanpa suara:

Sayidah Nafisah Ruslan berkata...

ruginye tak pergi.. macam menarik je :)
semua ustat yang best2 pulak tu..

Fira hilwa berkata...

mmg best p0nn. best sgt2! :D

ada part lupa nk cerita, ms ktorg turun kereta ms mula2 sampai stadium tu, ada nmpk sorg mamat ni dia jln ke arah kitorang sbb dia parking kereta kt sebelah keta kitorang. dri jauh nmpk mcm IM Asyraf, iya2 je tgu smpi dia dtg dekat, rpnya bukan, dia pn pndg kitorang semacam je sbb kebetulan yg pndg dia semua perempuan. haha. malu aihh slh org :P

airina berkata...

Cakap pasal Ustaz AlJoofre tu, terkenang masa dia datang opisku. Gila malu orangnya, cakap lemah-lembut aje... cair2 daku kih5

Suara Ustaz Don tu sedap kan? Masa beliau bagi ceramah tu, time nak baca surah je, sound system dewan berubah, jadi gempak gila ;) *wink*

Teringin nak jumpa Ustaz Zaharuddin tu..entah bila agaknya berpeluang. Dulu2 berhajat nak jumpa Ustaz Pahrol, alhamdulillah dapat juga tengok live masa kuliah Ramadan lalu. Respek sebab sakit2 pun, beliau pegang janjinya ;))

Tanpa Nama berkata...

Allahu Allah. teringin nak pegi.

Unknown berkata...

:))

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB