Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Ahad, 5 Jun 2011

Maaf. Aku TAK BOLEH nak lepak lama-lama kat blog KAU

Masa entri ni ditaip, aku sedang melupakan hal semalam...
Well.. kan aku dah cakap perempuan ni istimewa, sekejap je 'gila' dia datang.
Kemudian ok. Ok sangat! Sehingga rasa macam tak pernah berlaku apa-apa.
Tapi esok lusa gila tu akan datang balik (aku tahu dah). 
Susah kalau ter-jumpa dengan manusia yang tak paham bahasa ni. 
Dah macam-macam bahasa aku bagi, tetap gak takleh pakai.
Agaknya kena ketuk kepala dia kuat-kuat sampai nampak otak kot baru dia ok... Duhh -__-"

Kalau korang perasan, kat atas tu (bawah header) ada aku selitkan Notis dan tulisan warna MERAH.
Aku harap sangat semua pembaca/tukang ushar blog aku ni PERASAN akan kewujudan ayat tu supaya aku takkan nampak lagi ayat, 

"saya dah follow awak, peh-lis follow me back."

Dah banyak entri aku cerita pasal kes follow mem-follow ni. Sampai Rina pun dah naik muak dengan entri aku pasal blogger, blogging dan blog walking (senang cakap yang berkaitan dengan bloglah).
Aku pun bosan, Rina.. tapi sebab dah selalu didesak jadi terpaksalah aku menerangkan lagi, lagi dan lagi (sehingga aku berhenti dari berblog, mungkin!)


Terus ke topik asal.
Kat bawah ni antara senarai jenis-jenis blog yang kalau aku masuk je, tak sampai 10 saat mesti aku keluar dan padam window tab tu. Tak sanggup nak bazirkan masa kat blog-blog macam ni.






1. Tajuk dia buatkan aku menarik nak baca. Lagi-lagi bila rasa macam ada kaitan dengan diri aku TAPI bila masuk je blog tu, buffering punyalah lama. Sebab berat sangat blog tu. 
Entah siap letak batu konkrit kott..Grr... Buat aku rasa nak gigit wayar internet rumah aku ni. Dan aku TERPAKSA padam tab tanpa perlu membuang masa.


2. Background color terlalu terang sampai mata aku rasa berpinar. Lepas tu siap ada bling-bling lagi. Siap ada bintang-bintang menerangi malam. Erk. Sakit mata tau tak?
Nak nampak blog tu cute bukan tak boleh, tapi jangan keterlaluanlah.


3. Ada lagu tapi takde tempat untuk stop/pause. Sangat annoying ok! Lagi-lagi lagu yang diorang pasang tu memang aku anti nak mampus. Memang TAK ah aku nak say hi ke hape.


4. Tajuk hot tapi entri macam 'sheet'. Straight to the point sudahhh. Yang kau buat tajuk ala-ala nak high traffic tu pekejadah? Tak perlu juga buat tajuk double-meaning, lucah bagai.
Cukup-cukuplah dosa yang dah sedia ada, tak perlu nak tambah dosa kering lagi...


5. Tulisan ala-ala brush script (font yang berekor-ekor, berbelit-belit tu la), sepatah haram aku tak nampak satu perkataan pun. Dah nampak macam setiap huruf-huruf tu adalah ayat dari planet Nameck. Lepas tu color font hampir sama pulak tu dengan warna background. Nak cakap tulis untuk diri sendiri baca, macam tak pulak sebab sibuk suruh orang lain view blog kau dan siap pesan, kalau sudi sila follow sekali. Nak follow cemana kalau dah macam tu tulisan kau. Adehhh. Takde motif la~


6. Masuk je buat aku terperanjat dengan box ucapan merepek tah hape-hape.
Kau bajet aku ni rajin ke main klik-klik? Nak klik LIKE kat bukuwajah tu pun aku punya malas (melainkan kalau benda tu aku betul-betul LIKE baru aku akan guna button tu), ini kan lagi nak klik ucapan yang takde motif. Lepas tu dengan iklan-iklan yang terpampang yang aku nampak macam adik beradik kembar seiras je dengan segala macam widget yang mengucapkan "Welcome to my sweet blog". Sweetlah sangat~
Menyemak ok. Disebabkan aku tak suka klik-klik ni, blog yang ada button read more pun aku takkan layan walaupun entri dia best.


7. Arghhh! Kau tak pernah dengar lagu Bahasa Jiwa Bangsa ke?
Sekolah kau takde nyanyi lagu tu? Tak ambil matapelajaran Bahasa Melayu jugak ke?
Kesian... Patutlah ayat pun stok ayat-ayat SMS.
Semua di shortform kan. Aku konfius, kau menaip guna keypad atau keyboard?
Kalau update blog guna henfon, baik tak payah ada blog, derr...
Dan kalau ye pun BM kau dulu hancorr, sekurang-kurangnya cikgu kau ada ajar cara nak jawab kertas periksa dengan betul, kan???


8. Hah yang ni paling best. Dah ramai aku nampak blog pesen camni.
Suka guna nama panggilan sendiri. Kalau perempuan sedaplah sikit. Ni lelaki. Muka jambu ke, muka ganas ke, sama jek. 
"Tadi Ali nampak sorang makcik tu, sorang-sorang je Ali tengok dia berjalan. Kesian tau. Nak je Ali tolong dia.." Kau bajet ke-cute-an kau terserlahlah kalau guna ganti nama macam ni?
Serius nampak macam pondan. Opss! Sengaja. 
Guna aku/saya je sudahhh...
Sekurang-kurangnya nampak jugalah kematangan kau. Ni dah nampak macam budak tadika buat ayat je. Ahak! -__-"


9. Blog yang selalu cerita pasal BF/GF masing-masing. Ibarat kat dunia ni dia jela yang ada BF/GF. Bajet cinta korang sangat suci murni seperti minyak masak tu la? Tak sedar ke dah tahap meng-aibkan diri sendiri? Tu belum masuk lagi dosa sebab bergambar berkepit macam laki bini. Lepas tu bila clash, kat blog tu gak kau nak kutuk-kutuk BF/GF yang korang puja-puja tu. Hahaha... Serius kelakar buduhhh :)) Cerita pasal BF/GF boleh, tapi berpada-padalah. Tak perlulah sampai dia paut pinggang kau pun kau nak cerita.
Muntah hijau orang baca.


10. Last but not least, blog yang suka buat contest/giveaway. Semedang je buat benda alah ni. Nampak beno macam kejar follower sebab syarat utamanya mesti kena follow blog tukang create GA tu dengan alasan boleh tahu result. Heh! Bookmark blog kau aje pun boleh, kak.
Jadi sebab aku tak berapa minat join benda alah tu walaupun hadiah dia boleh buat aku hanya nampak $$$ tapi... takleh la... Tak masuk dengan jiwa. Pernah join sekali je.
Itu pun sebab tajuk dia best tapi sebab terlalu banyak syarat, jadi aku tak minat dahlah.
Aku kan orang yang simple, complicated bagai ni aku tak suka.
Banyak lagi kerja berfaedah lain yang aku kena buat.


Dah, aku rasa ni je kot senarainya. Itu pun dah panjang.
Mesti ada je yang berbulu dengan aku sebab dahlah aku ni blogger tak femes lepas tu banyak bunyi pula.
Ok, aku tahu korang akan cakap "ini blog aku, bukan blog kau!" yang bermaksud, korang punya sukalah kan nak buat apa kat blog korang. Kan? Kan?
Ye, aku paham tapi kalau dah rasa blog korang sepesen macam ini, tolonglah jangan paksa aku gi jenguk. Janganlah paksa aku follow blog kau balik.
Terseksa jiwa raga bila yang paksa tu follower sendiri. Serba salah tahu!
Nak kejar follower sangat tu kenapa? Nanti aku takut aku kesian je dengan korang...



tengok, Sasuke pun sokong aku
Dan jangan follow blog aku kalau korang berharap aku akan follow korang balik.
Kalau nak aku follow pun, pastikan blog korang takde dalam senarai di atas.




Nota pijak tanah:
Aku start berblog tahun lepas. Bertarikh 7 Januari 2010.
Itu pun baru godek-godek setting bagai.
Mula publish post 9 Januari. Itu pun sebab terbangang-bangang sendirian.
Takde siapa yang nak tolong.
Lepas tu tolol sikit sebab tak reti nak apply-kan google dalam kehidupan. 
Jadi semuanya pandai-pandai sendiri sampai dah agak pandailah sekarang ni. 
(Pada sifu yang banyak mengajar; Anis Idayu, Farah Wahida & Rusniza. Terima kasih atas kesabaran korang melayan soalan-soalan aku tentang blogspot)


Sebabkan perasaan malu (al-hayaa') yang menebal dalam diri sebagai seorang wanita muslimah (tak boleh blah!), maka aku tak publish pun blog ni dikhalayak ramai.
Bimbang ditertawakan. Bimbang orang yang tak kenal aku in person suka-suka je nak judge aku melalui 'diari online' aku ni.

Awal tahun ni (2011) baru aku berani nak publish pada umum. 
Kesannya? Sangat parah! (malas nak cerita lanjut, siapa yang ikuti blog aku ni dia pahamlah apa maksud 'sangat parah!' tu)


Dan sepanjang tahun ini jugalah aku menyelongkar, menjoinkan diri dalam macam-macam jenis website/group yang khas untuk blogger. Dengan matlamat, aku dapat cari blog yang aku nak.
Join SB dan GB, adalah beberapa blogger yang aku rasa penulisan diorang bagus dan aku follow.
Tapi syukurlah aku tak ajar diri aku untuk cakap "follow i balik, eyy" (kalau cakap camtu pun kat kawan sendiri; pada budak Ghimo terutamanya.. hehe). 


Blog yang tak bagus tapi aku follow pun ada jugak sebab awal-awal dulu kelam sikit dengan dunia blogger. Ingatkan kalau orang follow kita, memang WAJIB untuk kita follow orang tu balik sebab asal ada je follower baru kat blog aku ni, mesti diorang desak aku follow diorang balik. Konon cakap, "kalau tak follow pun takpe." Tapi sebenarnya mengharap tak hengat! Grr.
Kalau blog diorang bagus, aku dengan senang hati sambil menari-nari balet-lah follow diorang.
Kalau tak best seperti yang dalam 10 senarai tu, memang aku rasa terpaksa gila sampai kalau nampak kat dashboard diorang update blog pun aku ignore je. Kuikui. Sebab tu aku nasihatkan korang jangan paksa orang follow korang, sama je nanti nasib blog korang sama ada takde follower dengan ada follower. Takde beza pun...


Cuma sejak minggu nilah (sejak aku mula rajin update blog), sebenarnya aku dah jumpa blog yang benar-benar aku cari.
Ibarat aku jumpa blog tu sama macam orang yang mencari hala tuju hidup, akhirnya jumpa juga. Betapa gembiranya hidup! Phiewww.. weee.
Nak tahu blog macam mana yang aku suka? Korang pergi tengok segala macam list kat tepi kanan blog aku ni dan cari nama list "Terbaik dari Solturangers."
Betul, blog macam diorang nilah yang aku cari. Isi ciput tapi mesej diorang dalam woo...
Jadi semalam aku tidur lambat sebab selongkar blog Soltura itulah.
Memang aku tabik springlah dekat diorang sebab betul-betul mempunyai matlamat dalam berblog. Gua salute spring kat lu, guys!

Blog diorang simple. Sangat-sangat simple! (Se-simple aku..ngee)
Follower pun tak ramai tapi isi entri diorang memang ummphhh-lah kan... 
Macam mana aku boleh jumpa blog tu? Daripada Kamal Farhan.
Tak kenal pun dia, jumpa blog dia pun aku tak ingat kat mana.. hee.
Bila dia senaraikan blog paling best bagi dia, aku pun try ushar. 
Mula-mula jumpa blog Jurnal Sang Arian, lepas tu Konotasi then aku perasan dua-dua blog ni letak logo Soltura, saja lah ushar.
Dan hasilnya? Tak sia-sia...*senyum sampai telinga*


 

36 bicara tanpa suara:

K berkata...

blog aku camne?? ada list annoying tak??

hehe XD

NuSaNa NoSa 91 berkata...

hek hek hek~ klu kamu masuk blog keen, agak2 kena reject x?? huhu~ nk dengar komen kamu sal blog keen, bleh x?? T_T

Budak Botak berkata...

He3, agak2 blog Budak Botak dalam senarai yang tak disinggah tak?

EimaruSi|ence™ berkata...

Ok, 1st time aku bace entry panjang-panjang sampai abes. Aku pon suke ciri-ciri blog macam kau, cume kadang-kadang aku terfollow jugak, kalau isi entry dia best. Kipidap!

A.I berkata...

weh belog aku kategori mana weh? cuak aku. hahahha.


tp aku paling tak suka belog ada lagu! nak masuk tuh mmg kena pikir2 smp lebam, tmabh2 kalo tuh belog kawan aku. hahaha. sobsss~

Fira hilwa berkata...

@sergeant keroro @Budak Botak @NuSaNa NoSa 91
korang agak2 blog korang ada macam senarai kat atas tu tak?
aku tak reti la nak komen blog orang. Ni pun aku xmasuk lg blog korg. nk out dh. Nanti masuk, aku komen la kat chat box korg k ;)
selalu blog yg aku suka mesti dia ada 'kimia' dgn aku.. hehe :P

@EimaruSi|ence™ :D hik! tahniahlah kat kau sbb pertama kali baca entri pjg yg merapu ni. aku pun selalu je ter-follow kalau entri blogger tu best tp kalau aku nak follow pun, setakat bergantung dengan 1 entri yang best pun tak menjamin gak utk aku follow. aku ada habit 'selongkar' blog org. kalau aku rasa puas hati, baru aku follow << demand kan? rasa macam bakal makan penampar jek. haha ;))

@AISHA INANI blog kau kategori yg best! kalau tak best, aku tak gatal-gatal gi komen,
tak gatal-gatal gi follow
& tak gatal-gatal letak kat bloglist gak.
xpyh cuak sgtla... kau lg senior drp aku ;;)

sniffa93 berkata...

haha. wuhuu betul:)

syameem berkata...

rse2nye ak xde kn dlm senarai annoying tu haha

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

agak2nya blog sy tersenarai yg manela ea..

heheh..thnx ke blog ea..

soei lmbt,bercuti aritu =)

airina berkata...

1. hahaha5 *gelak besar* :D
2. Patutlah tersedak, rupanya namaku disebut2 di atas kih5 :P
3. Aku pun ada masalah bila masuk blog yang guna ayat2 SMS - kata mereka ni 'modern BM' --> ??? Belajar mana 'modern BM' tu? kih5 rosak2

Ps: Notis color merah tu mengancam! hik3 lalala5 :D

Anak KL berkata...

Eerkhh pehal nenek ni emo sejak akhir2 ni..cool ciil ceel caal cuul wei...
hormon pompuan mmg x normal..gegegegegegege

Fira hilwa berkata...

@syameem rasanya xde kot... hehe

@nuyui a.k.a miss NUSHA sama2 ;)

@airina haha.. dh kau sorg je yg tegur psl entri tah pape aku ni, so kenalah sbut nm kau.. hikhik ;))
:)) notis tu, aku pun tak tahu macam mana boleh terdetik nak buat. agaknya bila dh bengang kot asyik kena paksa follow back je. bila tak buat, orang kata perasan blogger bagus... adehh..
bila org bt mcm tu nampaklah mcm blog aku ni useless.. org dtg, tak bc pn entri aku tp cbuk nk promot blog masing2. agk sedihla kan bila blogger ramai yg berfikiran macam tu :( maka cara nak ubah pemikiran macam tu, kita buat ignore je. tak pun bt entri mcm ni. bg org phm. tp selalunya dorg ssh nk phm sbb bg diorang follower tu lebih penting.
yela, masing-masing pun mahu glamour mcm si gedik Maria Elena, si comel Fatin Liyana, si ayu Hanis Zalikha dan si kuat makan Cik Epal.
Tak perlu kot kejar glemer dlm berblog, mcm kau cakap dulu, bila dh glemer, semua jd hipokrit. bt entri pn sbb follower yg suka entri jenis tu. aku tak naklah blog aku jd mcm tu...

maaf, sgt pjg lebar luahan perasaan ni... ngeee :D
harap2 org phm. aku bkn nk berlagak, sbb aku blh je berblog dengan follow blog org tp org tu tak follow aku blk pun takpe. aku sng jd mcm ni :) jd aku hairan dgn org yg TAK bloleh hidup TANPA wujudkan sistem 'u follow i, i follow u'
very annoying. tak nak follow, jgn paksa diri untuk follow.

Fira hilwa berkata...

@Yakuza MeraH mana aku emo la. ni apa yg aku nmpk & yg tjadi pd semua blogger. aku skrg kan 'gila' berblog, jd situasi mcm ni memang dah selalu sgt nampak. bkn aku je, diorang yg like tu pun mesti selalu kena mcm aku... huhu

DeQNa berkata...

aku pelik komen aku yg sblom ni ilang....ko sje delete ke ape?

sila follow aku sbb aku baru je berjinak2 ni ngn blog...xkisahla aku kategori mana2 pun sperti yg di atas...yg pasti ko di paksa utk follow aku....

help me syg....wuuuuu~

deqna-farhana.blogspot.com

airina berkata...

Biasalah macam kau cakap tu, mungkin mereka nak glamor! Gila glamor? hahaha5 Atau terasa dunia 'pekerjaan' menjadi blogger tu sangat superb.

Tapi apa yang kita rasa ANNOYING, mungkin ianya satu ENJOYABLE pada orang lain. Bak kata pepatah: "One man's meat is another man's poison" :D

So aku rasa lantak pi la, ada tiada tak menyusahkan aku pun. Biar dicop berlagak yang penting aku tau apa yang aku mahu dalam blog aku tu *wink*

But dear carefull with your words. Takut nanti ada si-kipas-susah-mati para blogger yang tak boleh terima komen kau tu [maksud aku komen pasal si gedik ... dot..dot...] *sambung sendiri* :P

Fira hilwa berkata...

@diana yup, saya s0kong akak 300%.. hehe.. thx kak sudi komen blog picisan yg suka merapu ni ;)

@DeQNa komen yg mn? rsnya ni 1st time kot ko komen blog aku... huhu. aku dgn rs tak terpaksa langsung telah follow blog ko n telah tinggalkn komen... ngee

@airina haha.. diorang pun tahu, tak semua blogger femes tu kita suka kan... kihkih.. tp ada yg kenal ke c gedik tu? aritu aku tanya kat slh 1 group blogger ramai gak yg x kenal, myb diorg yg tak kenal blogger femes ni sbb macam kte kot... berblog utk kepuasan sdri bkn utk kejar glemer... mungkin! :)

airina berkata...

Muahahaha5 ayat TBB siot :P
Itulah, lain orang kan lain sebabnya. Biarkan mereka dengan labu-labunya :D

Daddylicious berkata...

suka baca ....habis baca ...senyum sendiri...

Fira hilwa berkata...

@Bigdaddyz :D

De'din berkata...

setuju dengan comment kak diana
bagi aku follower penting,,
tapi lebih penting apabila follower itu meninggalkan comment..
:D

btw, keep blogging !

Fira hilwa berkata...

@De'din :) skrg ni xpyh komen pun xpe. skurang2nya klu ada org klik button LIKE tu, maknanya ada jugalah yg baca & suka dgn entri kita :D

Fadzlin Basir berkata...

terbaik lah..hahahhahahhahahh!~~~

myra berry berkata...

hey , aq dh lme de blog , mcm kaw jgak tp br skunk nk aktif , aq ske giler bce post kaw . sume berkaitan dgn hidup , bgus doe , bole buat motivasi .

btw, thnx for post kaw . nasehat yg baek :)

munira sajuti berkata...

garangnye kakak. hehe kite takde sume ciri2 kat atas *kott. tapi entry, entah, cam hape je. banyak sangat guna ayat harian. jadi cam menyimpang kekadang. tapi entah laa. kite suke blogging. hehe

Fira hilwa berkata...

@myra berry tergeliat lidah baca ikt cara kaw taip tu... haha.. btw, thx! nasihatkn dri sdri juga sbnanya tu b-(

@munira sajuti erk. garang? oh tidak! mgkin masa taip entri ni mmg tgh bengang sbb rs spt dipaksa2 utk follow blog org.. hehe..
it's ok. yg pntg juz b yourself. kdg2 pdpt org ni xblh nk ikt sgt. stiap org ada pdpt msg2 kn ;)

marfieyra berkata...

most of the points yang di bagi saya setuju . tapi tak tau la pulak kalau2 ada ke 1 2 ciri2 tu ada kat blog saya . tapi rasanya takde kot . hee . 1st time kat sini :) menarikk so follow sini :)

ekin mahmud berkata...

aku setuju pasal blogger yang mngejar famous tu...
hehehehe...btw i like blog macam ni

Unknown berkata...

:)stuju la.. banyak setuju ni

CXopportunities berkata...

segan la bile nk soh org follow. pdhl entry habuk b'srg tebuan. siyes cx tk buat 'ifoloufolome' .. MissF boleh tlg komen blog cx tk? mgkn ade yg perlu dibuang n diperbaiki? :) hehe. *tetibe kan. huhu. *abaikan. btw, ikut MissF *senyum sampai telinga* hehe. peace! :)

tomatokering berkata...

alamakk .. annoying tak blog tomato ? >..<''

Ku Azhar berkata...

compom blog ku annoying hehehe

Siti Nurazlinda berkata...

hehe , sindiran sopan . suka entri ni :)

wany dianwanie berkata...

jom follow..hhuhu saje nk kasi sentap...cuak siot bce entry panjang lebor nih...rse mcm nk nyuruk blakang kusi...hehehe...

Pendamba Mawar berkata...

blog pendamba cam ner?anoy jugak?

Unknown berkata...

annoying tak blog sy? hehe :P

SitiAtikahZubaiyer berkata...

betul jugak pe yg dikate kan 2.. .sokong habis la

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB