“Cintaku buatMu bagaikan huruf-huruf yang terpateri di setiap helaian kitabMu.
Cintaku buatMu seperti setianya sang awan kepada kekasihnya sang langit.
Cintaku buatMu bagaikan air yang mengalir di lautan sepi”
Tiba-tiba pula puisi drama Kitab Cinta keluaq... kih kih kih.
Dah lama nak update cerita pasal 'dia' tapi aku seganlah.
Segan takut orang cakap aku ni nak tayang boyfriend je.
Dahlah aku memang agak jaki orang buat cerita kat blog pasal bf/gf dia.
Sekali aku pulak yang buat, memang bakal kena boo lah kejap lagi ni.
Ah, duliklah! Boyfriend aku, aku punya sukalah nak tayang ke tak.
Ini belog aku, bukan belog kau pun! Grrr!
Kan? Kan? Kan?
(inilah ciri-ciri orang yang cakap tak serupa bikin. Jangan contohi orang macam ni).
Oklah, atas tu semua ayat propa je lebih...
Ni aku nak cerita pasal budak ini lah.
Si buah hati intan payung pengarang jantung mama, baba, jad, jaddah, walidah (aku lerr tu) dan seluruh pakcik dan makcik dia.
Tadaa.. haii, assalamualaikum. Nama kita Aidid Uzair Anor! |
Almaklum, nama pun cucu sulung (bagi famili aku) jadi memang betul-betul diberi layanan istimewa lah.
Kalau tak jumpa dia sehari, boleh meroyan kottt... Hahaha... over~
Ingat lagi masa dia keluar hospital, malam tu dia menangis teruk.
Masa tu umur dia 3hari tak silap dan dia tidur dengan aku.
Pesen dia ni, kalau tidur suka sangat terkejut.
Entah siapa yang main terkejut-terkejut dengan dia pun aku tak tahu.
Elok je dia tidur lena, alih-alih menangis sebab terkejut.
Puas pujuk. Masa tu jam dah pukul 2 pagi ke atas.
Nasib baik Am belum tidur, jadi aku dengan Am lah yang pujuk dia.
Jadi ibu dan ayah tak rasmi pula kitorang malam tu.
Tak lama tu ummi dan walid keluar bilik juga.
Pujuk-pujuk tak nak senyap.
Mama dia tak boleh bangun sebab tak sihat. Yelah, baru lepas bersalin kan...
Serius masa dia nangis tu, aku pun dah nak nangis juga.
Sedih tengok. Tahan je tak bagi airmata meleleh. Perit jugaklah tekak masa tu sebab tahan nangis.
Aku tak ingat berapa lama dia menangis, lebih daripada 1jam aku kira.
Akhirnya, walid buat EFT kat dia. Am pun follow apa walid buat tu.
(apa tu EFT? korang search google jelah).
Buat EFT baru dia diam.
Rupanya akak aku dalam bilik dah menangis dulu dah. Huhu.
Lepas dia ok, terus bagi dia tidur dengan parents dia.
Memang sejak dia balik rumah, tiap-tiap malam bagi dia dengar surah lembu betina.
Baru aku tahu khasiatnya untuk menghindarkan daripada gangguan makhluk halus.
Yang istimewanya budak kecik anyonyonyo ni, hari pertama dia lahir terus dia buka mata dan tak tidur lama seperti bayi yang seusia dengan dia.
Telinga dia cepat tangkap dengan suara orang.
Hari kedua dia dah mula hisap jari. Wahh!
gambar ehsan Cik Abu |
Takdelah hairan sangat sebab memang masa dia dalam perut lagi ketika doktor scan, terkantoi dia tengah hisap jari tangan... hehe. Comeynyaaa~
Hari ini usia dia genaplah 3 bulan 7 hari.
Budak demok botak! |
Dan disebabkan pipi dia makin montel, selalulah digomol-gomol sehingga dia menangis.
Dulu yelah kalau bengang dia menangis.
Sekarang ini tak lagi.
Dia dah garang! Grr! Garang macam mama dia.
Kalau kena gomol sehingga dia bengang, dia akan menjerit sekuat-kuat hati.
Amboihhh lawan tauke nampak!
Macam-macamlah pe'el dia sekarang.
Ikut dia je nak menyusu masa bila. Kadang dia tak nak hisap botol masa orang pangku, dia nak baring dalam buaian baru dia nak hisap.
Kadang tu dia tak nak dalam buaian, nak kat atas katil.
Jadi, aku ni sebagai makcik yang baik dan prihatin, ikutkan ajelah apa yang dia nak.
Sampai ummi pun sanggup buat apa aje kerana cucu. Kihkihkih.
Tadi ummi gelabah sebab susu yang aku bagi dah habis, nak kena topup baru tapi susu semua sejuk beku. Jadi kena panaskan cepat-cepat.
Budak ni pun kadang tak reti sabar, kalau nak, time-time tu juga dia nak. Lambat sikit mulalah merajuk tak nak hisap susu dah. Haa yang ni aku ngaku perangai aku. keh keh keh.
Lagi satu perangai pelik dia, dia suka duduk, tak suka baring.
Kalau baringkan dia mulalah merengek-rengek dan angkat-angkat kepala, kadang aku yang tengok ni pun ikut sakit kepala bila dia buat aksi macam tu.
Dia bukan nak orang pegang atau dukung pun tapi nak didudukkan je.
Bila dah duduk, dia diamlah. Bijak... bijak...
Kena doakan dia cepat duduklah lepas ni. Hihi
Dan sejak 3 hari lepas, aku mula belajar mandikan dia dan aku berjaya!
Selama 3 hari ni belum lagilah dia menangis-nangis masa tengah mandi.
Siap gelak-gelak dengan aku.
Tangan aku jelah lenguh sikit, biasalah pegang sebelah tangan budak berat 6 kilo!
Cuma dia menangis masa letak losyen. Budak penggeli ni.
Sebab terlalu geli bila diurut-urut tu yang buatkan dia marah dan menangis. Haha.
Lepas siap semua baru dia ok dan gelak-gelak balik.
Macam-macam ye ragam budak zaman sekarang ni.
Tapi doaku biarlah dia membesar menjadi anak yang soleh dan dengar kata.
Yang pasti sekarang ni dialah penghibur aku.
Kalau dia tidur sebelah aku, masa tengah mamai-mamai pandang muka aku yang baring sebelah dia ni pun dia siap gelak-gelak. Padahal aku tak senyum pun kat dia, mengagah apatah lagi.
Amende yang kelakar dengan muka aku ni entah.
Mungkin dia belajar mengutuk di dalam hati kot... erk hem!
SEKIAN.
11 bicara tanpa suara:
masa 8 hari dah boleh senyum.. comei je
wah kacaknya beliau. senyuman paling ikhlas adalah senyuman dari kanak-kanak ;)
Seronok Ke Iklankan Diri Sendiri Dalam Facebook?
Teguran Ikhlas Dari Seorang Lelaki Untuk Wanitanya
alahai cumelnye...bila la nak ada baby sendiri..hoho..
amanah tu,suka sangat kat budak2..
@forever love tu dia senyum ms tido tu. kalau jaga memang beranganlah dia nak senyum lebar mcm tu :D
@Miss Y and Her World setuju! dan kata2 paling jujur pun dr kanak2 juga.. aku cinta kanak2 :x hehe
@aiEz hoho... tertanya2 juga kt dri sdri soaln tu.. :))
btl, kanak2 ialah amanah. pndi2 kte lah nk didik dia jadi yahudi, majusi, nasrani mahupun muslim :)
Yeah, dan aku tunggu baby kau lak hehe2
@airina haha.. ntah2 baby kau yg lahir dulu ;))
comelnyer.. ni yg rasa cam nk buat lg ni,..huuhu
ahahha conel jee
dah ada baby rupanya. hehe.
comel2.. hehe
@Ary ariasputera :-o dh kawen ke? :D
@EZAN IDMA ye... cangat conel... hik3 ;))
@Jerry Ghazali haha.. ;;)
@hamzah ian thx :)
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)