Sinopsis:
Tahajjud Cinta berkisar pada isu pengorbanan dan perjuangan wanita dalam menegakkan kebenaran, hak dan reputasi mereka. Ia memaparkan kisah dua wanita iaitu Citra lakonan Nur Fazura dan Seri (Fouziah Ghous) yang berasal daripada dua latar belakang berbeza. Perjalanan hidup mereka dihujani pelbagai dugaan dan cabaran dalam memperjuangkan hak-hak tersebut.
Harini episod pertama drama ni.
Yup, aku tengok sebab ada Nur Fazura!
Owhh patutlah dia fasih je cakap arab dalam tu rupanya dulu dia sekolah agama.
Sangat jealous tengok orang pandai Arab.
Dulu, itulah bahasa yang aku teringin nak kuasai tapi hanya tinggal anganan jelah :'(
Tadi jalan ceritanya tentang Citra yang suka sangat join demonstrasi.
Dia tak suka apabila ada yang menganggap perempuan ini lemah.
Yeahh! Aku suka watak perempuan bersemangat waja macam ni sebab aku harap aku pun mampu menjadi perempuan seperti ini.
Tegas tentang perihal agama walaupun aku ni tidaklah berniqob, berjilbab atau terlalu alim seperti watak-watak dalam tu.
Citra ada kakak. Emelda nama kakak dia, lakonan Tiz Zaqyah tapi Emelda ni sering didera oleh suaminya. Kesian...
Ibu bapa dia pula orang senang. Tan Sri dan Puan Sri (Lakonan Datuk Jins Shamsuddin & Azizah Mahzan). Memang kaya jugaklah, pergi London 2 bulan sekali. Hoho.
Siap kena perli dengan Citra suruh lepas ni pergi bercuti ke Mekah pula. Kehkeh.
Eman Manan pula merupakan pengasas sekolah Pondok Al-Taqwa dan mempunyai empat orang isteri.
Biasalah bila dah ramai bini mestilah ada yang cemburu, sedangkan Aisyah r.a dulu pun pernah juga cemburu dengan Khadijah r.a.
Kaitan Eman Manan dengan dua orang gadis itu, dia merupakan kenalan rapat keluarga Seri (Fauziah Ghous)
Aku suka cerita ni sebab watak Nur Fazura bawa tu.
Kemudian pelakon-pelakon dia memang mantap-mantap!
Baik pelakon utama mahupun pelakon tambahan, semuanya superb sih!
Selain nama kat atas tu, pelakon lain ialah Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Dira Abu Zahar, Eirma Fatima sendiri, Ziela Jalil, Datuk Tamimi Siregar, Fazrin, Neelofa,
Fadhillah Mansor, Mellisa Saila. Bagi aku dorang semua ni memang best-lah.
Cuma kelemahan drama ni yang aku nampak, setahu aku pelajar Malaysia dekat Mesir diorang tak keluar berdua-duaan dengan kawan lelaki macam-mana yang terjadi pada watak Nur Fazura dan Shahz Jaszle, Fazrin dan Fouziah Ghouz yang berjumpa di depan rumah. Erk!
Itulah kekurangan cerita ni yang aku nampak.
Tapi so far macam best dan tak sabar nak tunggu episod minggu depan. Wee.
Nah, promo untuk sesiapa yang tak tahu tentang cerita ini.
Disiarkan pada setiap hari Jumaat jam 9 malam di TV3.
3 bicara tanpa suara:
da tengok td cite dier...besh3...can't wait for the next...hehehe
@azieabdullah best, kan? tak sabar jugak nk tunggu minggu depan ;)
best cite ni... org malysia dh bnyk leh terima cerita cam ni.. GUD JOB
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)