Best tak tengok bola tadi?
Best kan??
Gila kau best!! Homepage bukuwajahku penuh dengan cacimaki untuk reff yang berat sebelah.
Aku tengok berbulu je.
Ah, game bola memang begitu.
Aku dah tak hairan... Sedangkan ketika Piala Dunia pun reff macam harem,
ini kan lagi setakat pusingan kelayakan. Apadehal diorang nak buat dajjal, kan?
Ok, tajuk takde kena mengena dengan cerita kat atas tu sebenarnya. Hehe.
Saja je melencong sedikit seperti selalu.
Cerita sebenar kat bawah ini.
Seperti biasa, jam 6 petang setiap hari ahad wajibul ghunnah untuk menonton saluran TV9.
Ada apa? Semestinya ada rancangan Safiyya!
Program untuk wanita mahupun remaja MUSLIMAH macam i~ Hikhikhik.
Tiba satu segmen tu, keluarlah wanita yang seperti aku kenal aje raut wajah dia.
Seperti pernah ku lihat, tapi di mana ya? *ayat plagiat!*
Oh well, kalau yang dah kenal aku mesti tahu aku ni jenis orang yang kalau aku dah pernah tengok sesuatu/seseorang yang macam ku kenal je, sampai ke sudah aku fikir siapa orang tu, kenal/jumpa di mana & so on.
Yeahh sampaikan habit aku ni hampir memalukan aku juga. Hakhak.
Kadang-kadang over sampai terbawa-bawa dalam mimpi.
Tapi tadi nasib baik aku cepat ingat terutama bila diperkenalkan namanya.
Kalau korang perasan, dia tu model iklan sensodyne rapid relief, Dina nama dia.
Dulu asal keluar je iklan sensodyne tu, adalah dia.
Muka dia comel je. Serius aku suka tengok. No, i'm not lesbo! Tapi orang kata daripada puji lelaki yang buat tambah dosa je, baik puji kaum sejenis.
Adik-beradik aku yang lelaki pun jenis gatal tak hengat jugak kalau tengok Dina dalam iklan tu.
Semualah dok puji cunlah, lawalah.
Aku suka tengok dia atas sebab-sebab tulah plus sejukkkk je mata nak pandang.
Tapi tak sangka dia muncul program Safiyya kerana nak cerita tentang dia kahwin muda dan menjadi ibu tunggal dalam usia yang muda juga.
Ow-oh! Tak sangka! Tengok dalam iklan macam single-mingle je.
Rupanya dah pernah kahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki.
Tiba-tiba je sedih...
Iyalah, masa tengok kat iklan tu rasa macam dialah manusia paling gembira terutama bila tengok senyuman dia tu.
Tapi itulah, senyuman di wajah takkan sama dengan keperitan jiwa yang ditanggung...
So lepas ni kalau tengok orang senyum dengan penuh kegembiraan, jangan sangka betapa seronoknyaaaa jadi mereka.
Berbahagialah menjadi diri sendiri.
Setiap orang ada kisah duka masing-masing.
Tak semua yang senyum itu bahagia dan tak semua yang menangis itu malang.
Ingat tu!
Jangan ingat orang cantik/kacak takde masalah! hiuhiu
Jangan ingat orang cantik/kacak takde masalah! hiuhiu
6 bicara tanpa suara:
hehe best aje tgk bola...biasalah tu pasal reff, baru terhibur tgk..kalau tak, bosan je kan..keh3
aku berminat dengan buku novel yang dekat tepi blog kau tuh. aku suka buku 'zaid akhtar' tu...ustaz aku masa smka dlu...haha
manusia tu kan ada jalan masing2 :)
bahagia, duka, tangis & gembira yang penting teruskan melangkah :D
baru aku tau namanya Dina
manusia tak terlepas dari masalah....
masalah lah yang mematangkan kita...
=)
@haikalblank klu xde reff lg best kot... ;)
novel Salju Sakinah tu? ohh ustaz Zaid tu ustaz ko ke? novel dia mmg terbaikkk lah! serius aku suka :x
@airina yup, btul 2. yg pnting teruskn melangkah.
kt iklan tu kan memang ada tulis nama dia ;)
tak pernh lagi tgok rncgn tu. tp ref vietnam mmg harem
@LittLeMyRashMaLLoW masalah juga mampu mmbuatkan seseorang tu lemah tak berdaya. bgantung pd keupayaan sdiri & sentiasa bsgka baik pd DIA :)
@EZAN IDMA tgklah, mesti kau akan suka sebab ianya juga ada selitkan fesyen muslimah. hari tu siapa dorg interview Hana Tajima lg ;;)
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)