Nampak sangat selepas baca beberapa novel yang tak berapa nak best atau bukan citarasa aku, aku dah agak malas nak baca novel/review novel lagi.
Lagipun aku nak ulas novel yang best je bagi aku. Kalau yang best bagi orang, tak best bagi aku, aku tak naklah review. Pendapat orang lain-lain, kan? ;)
Novel M.A.I.D ni tebalnya 753 m/s.
Jadi ulasannya mungkin agak panjang. Ngeee
Sudah dua bulan Noorul menjadi penganggur terhormat selepas kilang kicap; tempat kerjanya dahulu bankrap. Puas dia mencari kerja di kawasan Pulau Pinang tu termasuk ingin bekerja di kedai makanan segera, juga tidak diterima. Malang sungguh nasib. Ada ke kerja kat tempat yang senang nak dapat tu pun, dia tak boleh dapat? Ish ish ish... Huhu. Iman si sahabat baiknya pun kesian dengan nasib dia.
Akhirnya Noorul buat keputusan untuk bekerja sebagai orang gaji sahaja.
Dan tak lama selepas dia memohon dia dapat juga jawatan tu. Jadi orang gaji di sebuah penthouse milik lelaki bujang yang bekerja sebagai jurutera bernama Harris.
Disebabkan Harris tu terlalulah cerewet orangnya, maka Noorul dengan senang hatinya menggelar lelaki berusia 28 tahun tu sebagai Mr F.
F for Fussy (kecik ati aku dia cakap F untuk Fussy sebab aku pun guna nama Miss F tapi aku tak fussy ponnn... hukhukhuk *tiba2*)
Masa hari pertama masuk kerja, Noorul terlanggar Mr F ketika berselisih di pintu lif tapi masa tu dia tak tahu pun lelaki hensem tu boss dia dan lelaki tu pun terus marah dia. Garang woo Mr F ni.
Selama Noorul bekerja di situ, diorang tak pernah pun bertentang mata.
Tapi si Mr F ni tahulah pembantu rumah dia orang Melayu sebab dia memang tak nak ambil warga asing. Selalunya dia arahkan Noorul buat kerja dengan menulis nota dan ditampalkan di tempat yang harus Noorul bersihkan (gila sweet!~). Si Noorul ni pula bila tahu je boss dia tu hensem gila terus jadi angau! Hahaha. Aku suka dengan angau dia ni. Sweet kott.
Dah tu nota-nota yang Mr F tampal tu dia tak pernah buang, dia simpan buat kenangan.
Kelemahan Noorul ni, dia ni jenis clumsy. Sebabkan sikap dia ni, aku tak jadi nak bayangkan Noorul ni aku tapi aku bayangkan salah seorang kawan aku. Dia pun jenis kelam kabut jugak.
Sangat-sangat kelam kabut sampai kitorang yang tengok dia pun ikut kelam kabut. Haihh. Kenapa cerita pasal dia ni? Sebab dia awal-awal potong line, elok-elok aku nak bayangkan Noorul tu aku, terus sampai ke sudah terbayangkan muka dia. Lagipun orangnya comel, macam Noorul jugaklah. Hehehe.
Dan dia juga jenis bendul + lurus sikit. Kalau Mr F speaking dengan dia memang agak susah dia nak faham. Haha.. Lawak!
Noorul ni juga sebenarnya tak reti masak atau senang cakap tak minat masak.
Tapi sebabkan terdesak juga untuk bekerja, dia sanggup belajar masak dengan Iman.
Siap ambil kelas masakan lagi kau! Hahaha.
Hampir dua bulan bekerja, Noorul ter-berkenalan pula dengan Haikal, adik Mr F.
Tapi perangai Haikal ni berbeza sikit dengan abang dia. Sangat peramah, mudah senyum, dan suka mengusik.
Tapi kalau diberi pilihan, antara lelaki ramah + hensem dan lelaki garang + hensem aku pun akan ikut pilihan Noorul, akan pilih yang garang tu (kehkeh). Sebabnya?? Errr... Abaikan.
Di kampung pula jiran sebelah rumah dia dah berkenan dengan si Noorul ni.
Siap nak dikenenkan dengan anak teruna dia; Asyraf. Tapi Noorul tak nak.
Babak dia dan Asyraf ni agak pelik sikitlah. Dia tak nak dengan Asyraf dan bila dia tahu Asyraf pun sebenarnya tak nak dengan dia, dia jadi macam tak tentu arah.
Aku pun tak faham kenapa.
Suatu hari tu si Asyraf ni kena tangkap khalwat dan dia tuduh Noorul yang punya angkara sebab laporkan pada pejabat agama. Dari saat tu, dia berdendam dengan Noorul.
Dendam yang memaksa Noorul terima Mr F sebagai suami. Tapi aku kesian kat Noorul masa ni. Memanglah dia suka gila dekat Mr F tu walaupun Mr F tu garang nak mampus tapi mana boleh nak kahwin dengan orang yang kita je suka dia, tapi dia tak suka kita, kan?
Kalau aku pun, aku tak nak. Lebih baik tak kahwin... -__-"
Dahlah dengan si Nurina ex Mr F tu datang nak menuntut cinta Mr F, si Elisa perempuan gedik plastik tu pun dah jadi penagih cinta Mr F. Memang dugaan la...
Kemudian mak mertua dia pun sebenarnya tak suka dengan dia. Yelah, budak kampung.
Belajar pun takat SPM je, mana kelass jadi menantu dia. Tu pun sebab TERPAKSA terima je...
Macam-mana Mr F boleh tahu Noorul ni sebenarnya maid dekat rumah dia? Dan apa yang sebenarnya yang terjadi? Jawapannya ada kat dalam novel ni.
Cerita ni pun banyak adegan kelakar, antaranya part yang ini,
"Masak rendang ayam!" Arah Mr F.
Mati aku! Aku manalah reti masak rendang ayam. Aduhh... masak aku macam ni!
"Rendang ayam? Err... saya tak pasti ayam ada lagi ke tak, encik."
"What?!" Tengkingnya padaku dan terus membuka peti sejuk.
Aku hanya memerhatikan kelakuannya itu dengan perasaan cuak.
"Habis tu semua ni apa? Gajah? Harimau? Singa?!"
Serius, masa aku baca part ni masa tu dah lewat malam dah tapi aku tak tahan nak ketawa.
Memang terbahak-bahaklah aku ketawa masa ni.
Nasib je adik-beradik aku dah faham pe'el aku kalau baca novel, kalau orang lain, sah diorang cakap aku gila. Hahahah.
Tapi aku tak berapa suka watak Iman kawan baik Noorul tu sebab apa yang jadi semua dia nak cerita kat Haikal. Aku rasa, walau kita rapat macam mana pun dengan seseorang tu, tak perlulah semua cerita nak diceritakan. Macam mana Noorul geram dengan sikap kawan dia tu, aku lagilah berganda-ganda bengangnya.
Aku suka novel tebal ni sebab setiap babak ada.
Cerita sebelum diorang jumpa. Cerita selepas jumpa.
Cerita selepas kahwin dan dah ada anak pun diceritakan sekali.
Memang bagi aku novel ni ada pakej lah. I like~
Patutlah cetakan pun dah masuk cetakan kelima. Memang berbaloi-baloi lah siapa yang suka novel macam ni.
Dan yang paling penting nama watak dia simple je. Takdelah panjang berjela. Eeww..
Dan yang paling penting nama watak dia simple je. Takdelah panjang berjela. Eeww..
6 bicara tanpa suara:
i pon da baca novel neh. serious best gile2.. 1 katam 2 kali novel neh. hahaha :D
panjangnyer sinopsis....tp mcm best. :))
@Anastasia waaa... ni xlarat dhla nk khatam lg, lenguh pgang sbb tebal sgt... haha.. tp mmg best!
@Al-Fikr best bg org yg kuat berangan =))
baru beli novel ni..baru bace n mmg best...sempoi je~
saya dah baca novel ni.. best sangat.. ;)
saya tak ingat bila saya baca novel ini...tapi yang paling penting novel ini menyelamatkan saya dari kebosanan yang panjang berada dirumah makcik yang anak-anaknya ~well, 'anti-sosial'~ m'hiburkan. that's right a package novel! like that word :)
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)