Aku cukup tak suka dengan orang yang suka kompelin tentang masakan orang lain.
Ya, aku tak suka! Mungkin sebab aku tak pandai dan tak minat memasak, jadi aku tak suka kompelin. (Tapi untuk awak, Mr Future-Husband, saya akan belajar masak. Hanya kerana awak... awwww)
Aku telan aje apa yang masuk dalam tekak.
Kalau tak suka, aku tak makan.
Dan aku takkan merungut. Waste my air liur sungguh nak kompelin itu ini.
Banyak cekadak sangat, pergilah masak sendiri! Marah hati yang lagi satu. Eh, sejak bila hati ada dua?
Laa tak tahu ke? Satu hati baik dan satu lagi hati jahat, hati yang selalu marah-marah.
Korang tahu GBC? Eh silap, GCB. GBC tu group kegemaran aku masa Showdown 2010. Giller Battle Crew ejaan penuhnya.
Kalau GCB, Grilled Chicken Burger. Yang kat McDonald's tu. Tipulah kalau cakap tak kenal.
inilah GCB! |
Disebabkan semua orang cakap sedap, maka tekak aku meronta-ronta mahu menjamah tubuhnya.
Dengan mata yang kuyu kerana jam menunjukkan 1 ++ PAGI, tekak masih juga memujuk-mujuk aku supaya membeli GCB melalui servis pandu lalu.
Apabila pesanan tiba di ribaanku, aku cuba berusaha untuk bersikap teruja melihat GCB face to face buat pertama kalinya.
Membuka bungkusan dan mula menjamahnya sambil pejam mata untuk ambil feel.
Akan tetapi...
...aku mengaku tekak aku tak sama dengan tekak orang-orang di luar sana.
Bagi aku, lagi sedap makan berger abang yang jual berger depan bengkel tu daripada makan GCB.
Dan aku seperti terdengar-dengar kawan-kawan karib aku akan cakap, "betapa kuno dan kekampungannya kau ni..."
Ada aku kesah?
12 bicara tanpa suara:
lain org lain rasa :)
tadik baca kat blog cik epal, dia cakap syedap...rasa nak try...baca kat blog awak...awak cakap tak best...yessss...selamat duit saya...haha
dear..samala kita.. kita lagi suka machiken.. :)
@ainondreamergirl♥ itla psl :P
@nini haha...kne ikt pdpt org kuat mknla, sy xkuat mkn kot 2yg rs cam xsdap je...hehe
@Puan tia :D
aku bese layan big mac je.coz besenye time aku pegi beli tu time aku kebulor, so time beli tu aku rasa xcukop kalo xde perkataan BIG.
tapi bile aku da ngap sket, terus sendawa.huhu.
terpaksa la aku tapau wat balek umah makan tuk second round ble perasaan kebulor tu dtg balek.haha.
Prosperity Burger lgk sedap kot.. lmbt lgk nk kuar
gadis dan McD adalah perkara normal...
Tp serius aku mcm kau...tak tau apa yg sedap sgt kat McD ni...dah lama gila tak makan McD..tak da nafsu kat McD
aku penah mkn gcb taun lps. terus aku serik nk mkn gcb lagi.
aym goreng spicy medium set 1!! air coke ok! :D
haha.. tgk pun tak selera la.. huhu
@edogawa conan kantung perut kau kecik tu :D
@Yang Aimin tu pun aku blm pernah mkn. bkn hari tu dh klua ke?
@Kaulah Pak Lan ;)) aku pun tak tahula pe yg sedap. ayam dia kott..
@anisidayu yeah! citarasa kita sama! tapi lepas makan ayam McD siap ada bulu, terus aku dh tak brp nk selera mkn ayam dia, baik mkn ayam KFC tp harap2 ayam tu tidak disepak gn kasut & minyaknya tak pula diperah dgn kain buruk kotor... eeewww
@forever love uit, jgn terus terang sgt =)) itula, bila org ckp sedap msti nk rasa gak cmne tahap kesedapannya kan... hehe
apa barang McD, makan masakan orang rumah lagi sedap...nyum~
keh3... komen penuh sopan.
@haikalblank aku belum ada orang rumahla... hahaha
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)