Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Khamis, 7 Julai 2011

aku lebih rela sentuh BABI!



Woihhh tajuk mencarut! Tajuk mencarut!
Apa ni letak nama khinzir dengan ejaan babi ni?
Nama je blog wanita muslimah yang pemalu (kononnya) tapi letak tajuk nak over je!


"Report kat mak hang, report kat pak hang!" Tiba-tiba suara Matluthfi kedengaran.


(Tanpa mempedulikan makian di atas, aku teruskan juga menaip).


Teringat masa kecil-kecil dulu (sebelum wujud kawan lelaki dalam hidup),
seringkali aku dipesan oleh walidku, ummiku, dan guru-guruku yang ku kasihi.
Jaga pergaulan, jaga pergaulan dan jaga pergaulan.
Jangan pula kau ingat pergaulan dengan babi! 
Silap tu.
Pergaulan dengan kaum berlainan jenislah.


Aku tak ingat masa aku darjah berapa (tapi yang pasti masa tu aku sekolah rendah), seorang cikgu aku cakap, sesiapa yang bersentuhan dengan lelaki (bagi yang perempuan dan vice versa) secara sengaja, wajib bagi kedua-duanya untuk berkahwin.


Weyhh, masa tu pemikiran aku sangat suci, serius aku fobia kot dengan ayat tu.
Mesti ah kau nak kahwin dengan orang yang kau suka, kan?
Kot yang kau tak suka tu sentuh kau, mesti ah rasa macam nak meraung je sebab dah WAJIB kahwin dengan dia (ya, wajib kahwin sebab bersentuh je -__-')
Lepas cikgu aku pesan camtu, automatik lepas tu kalau berselisih aje dengan mana-mana budak lelaki kat sekolah tu mesti aku menjauhkan diri.
Jalan pun bajet jauh-jauh je.
Takut wohh.. nanti tersentuh kena kahwin, aku tak nak!


Nak dijadikan cerita, pernah satu hari tu, belakang tapak tangan aku ni bersentuhan dengan seorang budak lelaki ni sebab masa tu tengah bersesak-sesak kat kantin sekolah.
Okey, airmata tengah bergenang masa tu. Aku tak pandang langsung muka budak tu.
Tangan aku yang tersentuh tu aku kesat-kesat kat baju. Masa tu rasa macam jijik gila! Kotor!
Lepas tu takut kena paksa kahwin. Tak nak kahwin sekarang! Nak kahwin masa besar nanti! Huwaaa..
Memang sampai merah-merah tangan aku tu aku gosok-gosok. Rasanya, hilang segala daki degil kat tangan masa tu. Naif aku dulu, kan?



Bila dah besar sikit baru tahu rupanya kena kahwin jika SENGAJA bersentuh, kalau tak sengaja tersentuh tu masih kategori tak apa lagi.
Tapi tetap juga tak mahu kawan dengan budak lelaki.


Masa darjah enam ada seorang mamat ni, anak imam (rasanya dah kahwin kot sekarang ni), semua budak sekelas tahu yang aku memang tak bergaul dengan lelaki.
Susahlah kalau nak nampak aku bercakap atau bergurau dengan budak-budak lelaki.
Sekali tu, kawan perempuan aku nak kenakan aku, dia suruh mamat tu duduk sebelah aku.
Penat aku halau dia, dia tak nak juga pergi. Siap bersayang-sayang dengan aku lagi.
Dah tak tahan sangat, aku menangis. Bukan menangis sebab duduk sebelah tapi sebab dia makin lama makin dekat dengan aku dan aku takut dia tersentuh aku.
Lepas tu semua budak kelas gelakkan aku. Dengan cikgu sekali gelakkan aku. Serius, sakit hati aku masa tu.
Lepas tu berazam, kalau ada anak nanti aku nak hantar dia sekolah Tahfiz. Hahaha.


Masuk politeknik aku bersyukur sebab kelas aku semua perempuan!
Sukanyaaa!
Tapi aku aktif JPP (kalau kat U diorang sebut MPP = Majlis Perwakilan Pelajar).
Masa dilantik untuk jadi exco, kitorang (junior-junior ni) kena ikut Kursus Kepimpinan.
Kursus untuk  tambahkan keyakinan diri gitu.
Habis, kau hengat kursus tu takde lelaki? Mestilah ada!
Tapi entahla, mungkin sebab pengaruh kawan tu kuat aku pun macam boleh masuk je dengan budak-budak lelaki. Lebih-lebih lagi salah seorang kawan aku; Wawa - budak Elektrik join sekali, jadi sah-sahlah kelas dia lebih ramai lelaki daripada perempuan maka dialah yang ajar aku supaya tak payah pemalu sangat dengan lelaki ni. Kang tak pasal-pasal kena usik.


Dan kes yang paling aku ingat masa ikut kursus tu (aku tak ingatlah berapa hari. 3 hari 2 malam kot) ialah masa kena masuk dalam hutan sorang-sorang waktu tengah malam.
Dahlah sebelum masuk hutan tu, kitorang sorang-sorang kena jalan atas titi kecik dan bawah dia paya.
Titi tu dibuat daripada buluh, jadi kalau kau pakai kasut licin nasiblah jatuh dalam paya, kan?
Bila tiba giliran aku, aku dah cuak dah tapi teruskan jelah jalan.
Elok je hampir nak sampai ke hujung tiba-tiba aku rasa badan aku tak boleh nak imbang.
Nak melangkah pun memang bakal jatuhlah jawabnya. Tempat nak berpaut pun takde.
Tiba-tiba aku perasan ada orang hulurkan tangan dan dia pun berdiri kat titi yang sama.
Ala-ala cerita hindustan. Orang tu lelaki!


Dia ingat aku kurang waras ke nak hulur tangan aku  macam tu je kat dia?


"Cepatlah, nak orang tolong ke tak nak ni?" Tanya dia lepas aku buat dek dan masih cuba imbang badan yang dah nak jatuh tu.
"Takpelah, boleh lagi ni kot. Kau ke belakanglah, aku nak jalan," bajet lah kan aku masa tu. Dah nak jatuh pun still berlagak.
"Orang nak tolong sombong!" Balas dia tapi masih sudi lagilah nak hulurkan bantuan kot-kot aku perlukan.
Sampai satu tahap, aku rasa aku dah betul-betul dah tak boleh imbang. Jarak dengan tempat nak sampai tu bukanlah jauh mana tapi bila dah macam tu situasinya memang rasa jauh lagilah pula. 
Akhirnya aku terpaksa minta tolong dia.
"Tapi dengan syarat kau jangan pegang tangan aku." Masa tu tangan aku ni betul-betul aku rasa aset yang paling berharga. Ngeee.
"Habis kalau tak pegang tangan, nak pegang apa? Baju?" Dia balas. Dan aku tunjuk hujung lengan aku. Nasib baik pakai baju lengan panjang, dan memang kulit kitorang sikittttt pun tak tersentuh.
Selain dia, ada lagi dua orang lelaki kat hujung tu tapi dia yang sudi nak jadi hero, terima jelah.
Sampai je tempat selamat tu, tiba-tiba dengar orang lelaki ketawa.


" Kelakarlah korang ni! Hahaha." Rupa-rupanya pensyarah merangkap orang kuat program tu dok mencangkung kat tepi dekat je dengan titi tu. Memang sah dia perhati aje apa yang jadi sebenarnya.
Korang rasa hampeh tak pensyarah lelaki tu? Hampeh, kan?


Kalau ingat-ingat pasal ni aku rasa macam.... "eh, bapak baikkk aku ni!" hahaha.
Betullah, kalau ikut jiwa 18 dengan beralasankan keadaan darurat, boleh je aku hulur bogel-bogel je lengan aku macam tu.
Mungkin masa tu Allah betul-betul jaga aku kot, tu yang dalam keadaan gelabah pun sempat lagi buat syarat macam tu :)


Selama 25 tahun aku hidup, banyak yang aku dah lihat, banyak yang aku dah nampak.
Mana kawan-kawan aku yang kecik-kecik dulu belajar perkara yang sama dengan aku tapi masih juga suka bergaul bebas. Masih juga tak tahu malu bertepuk-tampar dengan lelaki ajnabi sampai aku sendiri tak faham.


Lagi ketara kalau yang bercinta. Sebab tu aku tak nak couple. Bukan nak bajet suci, bukan juga nak tegakkan bahawa bercinta itu HARAM, bukan nak tunjuk baik walaupun ada orang yang bila aku tolak cinta dia, dia tuduh aku macam-macam. Tak! 
Tapi diri kita, kita sendiri yang tahu kita ni boleh kawal nafsu ke tak.
Ala, kau tak payah cakap nafsu aku jelah, nafsu kau pun sama, susah nak dikawal 
sebab tu ada kata-kata yang menyebut orang yang paling berkuasa ialah yang berjaya tundukkan nafsu dia.


Aku rasa kalau aku bercinta, aku ni sama je dengan golongan-golongan yang buat dosa tak boleh samak ni. Betulll~
Tak payah cuba try test bercintalah, setakat dengan mesej je dah boleh nampak.
Kalau orang yang aku suka mesej, hamboihhh bukan main laju aku balas.
Itu baru mesej, belum lagi jumpa berdua-duaan kat luar. Maka, tak perlu berfikir ke depan sangatlah apa yang bakal jadi. Itu pun dah jadi sebahagian ujikaji, dan hipotesisnya dah cukup untuk aku fahami. (Sebab tu sejak awal tahun ni bab-bab handset, chatting, termasuk IM kat bukuwajah aku malas nak layan, takut jadi lain sebab itu pun salah satu langkah menuju ke arah maksiat. Tapi kadang-kadang dengan kawan perempuan pun aku tak layan jugak. Pe cer, derr? Hahaha...)






Pasal orang yang bercinta ni pun satu. Majoriti yang bercinta memang akan bersentuh.
Mesti punyalah! Aku tak cakap semua, aku cakap majoriti!
Apa yang diorang peduli?
Diorang bersentuh pun sebab akhirnya akan kahwin juga dengan si teman lelaki/teman perempuan.
Pelik. Diorang tak rasa apa-apa ke bila buat semua tu?
Tak rasa malu ke? Kalau malu dengan aku, selalu dah aku nampak.
Kalau tengah dok syokkk ulit tangan si buayafriend/gelifriend bila nampak je kelibat aku terus buat-buat macam takde apa-apa, macam tak pernah bersentuh.
Tak perlu malu pada aku, malu pada Allah. Susahlah hidup ni kalau malu pada ciptaan Dia dan bukan pada Dia yang menciptakan.
Atau sengaja nak cabar hukum Allah?


Dari dulu lagi nak gak buat entri macam ni sebenarnya tapi tak berani sebab takut diri sendiri pun dua kali lima juga dengan si pelaku.
Tapi umur 25 ni takde masa kot nak buat semua tu, kalau dah gatal sangat aku ni, suruh je mak aku ke, makcik-makcik aku ke carikan, terus kahwin.
Sebab tulah penuh keyakinan menegur perbuatan ni.
Lagipun meluatlah tengok. Ke mana-mana ada je nampak perkara cam harem gini.
Macam dah jadi benda biasa.
Zaman ni, pegang tangan tu adalah perkara biasa bagi orang ramai, 
jangan zaman anak cucu aku nanti, berzina tepi jalan pun orang akan anggap itu perkara biasa.
Na'uzubillahi min zalik!



Masa nak buat tajuk entri ni dan teringat hadith ni, aku tanya dengan ummi macam ni.


"Kenapa hadith ni sebut babi? Kenapa tak anjing? Anjing pun kena samak juga kalau disentuh.
Lagipun babi geli la nak pegang... ee.. kotor! Anjing comellah sikit."


Balas ummi, "sebab babi lebih kotor daripada anjing."


Tapi kalau ikut realiti, aku pun tak sanggup pegang babi macam mamat kat gambar tu. Hahaha... Busuk! 
Dan aku pun tak rela orang lelaki suka-suka hati je sentuh-sentuh aku.
Bertepuk-tampar dengan aku. 
Haa... beranilah buat macam tu, bakal makan penumbuk-penamparlah jawabnya!


Motif entri ni?
Gambar di bawah ni menerangkan motifnya...
Kalau tak faham jugak, sajalah tu memang berniat nak tempah tiket ke neraka.



Macam gedik la pulak awek dalam gambar ni. huhu

15 bicara tanpa suara:

Unknown berkata...

rasanya ustazah tu cakap bersentuh tu psal benda lain.. btw.. nice.. menjaga sesuatu yang milik kita dari dikotori orang lain adalah sangat perlu

Nadia berkata...

-oke nih 1st time sye jenguk blog nih!!!
-entri nih best+lawak+pengajaran hahaha!!! sye pon penah gak tersentuh tngn laki tpi xde la smpi mcm tu skali.
-suke tngk gmba laki sentuh babi hahaha.

*sorry byk gelak*

Fira hilwa berkata...

@A'IM mmg lain pun... kau ni mesti tak baca smpi habis.. haha

@Nadia eh, ada part kelakar ke? xperasan pulak. hehe. gelak xpe, jgn menangis nyesal msk blog ni sudahh :))

Unknown berkata...

patung barbie boleh sentuh dan sebut tak?

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail berkata...

suke entry nie....
zmn skrg..susah...mungkin sb dh tgk byk contoh kt jalan2, depa berani2 nak pegang2. kalau dia boleh buat, takkan aku tak boleh.
harap Allah bg petunjuk pd remaja zmn skrg..

Fira hilwa berkata...

@Jerry Ghazali lu pikirlah sendiri :D

@Khumaera Ismail aka Habibi Hamid mudah2an... yg bbkn remaja pn sama juga :)

shafiqabdshukor berkata...

wah... bagus la..
setuju ngan awak..
hehehe

Al-Fikr berkata...

entry yg ada ilmu....berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran :)

airina berkata...

nice entry sih! kau buat aku teringat kes aku pegang tangan kunci & sopi masa g panjat gunung dato' tu..aku tak tau la tu kes darurat ke tak huhu5 oh no~~~~ waaaaaa terasa nak nangis woooo :((

Fira hilwa berkata...

@shafiqabdshukor & @Al-Fikr
terima kasih sbb sudi baca kisah pjg lebar ni:)

@airini =)) << itu yg aku bt lepas bc stetmen kau tu. hahaha. klu darurat xpela.
n u know what? aku xnk join sbb aku tkt berada dlm situasi itula, lgpun bab daki2 gunung aku mmg mudah weak jd kemungkinan besar yg mmpu nk tlg kte pn adalah lelaki... heheh :P xpe, perkara yg lepas usah dikenang... hehe :D

Unknown berkata...

panjangggnyeee. hehe ;p ala mmg kalo kapel ade sntuh2. eh da 25 eh? hai kakak :)

CXopportunities berkata...

thumbs up for your entry! =)

Muni Izzah berkata...

hahaha.. best ! :D

cik najibah berkata...

hehehe. tenQ ats ingatan.

Alin berkata...

slm, sy pun 1st time singgah blog kamu. hehe baguslah entri nie. sambil santai tu ada banyak nasihat berguna. sempoi je ayt. bila memikirkan masa depan, risau juga macammana lah kalau sy ada ank n berhrp sgt jauhkan dr benda2 yg buruk. hv a nice day and happy blogging 8-}

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB