Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Sabtu, 9 Julai 2011

Blog Inspirasi.

Perghhh... kisah perhimpunan Bersih hari ini sangat HOT!
Berita yang disiarkan di televisyen, satu pun tiada yang benar melainkan sekadar propaganda mainan politik.
Kami sudah maklum akan hal itu~ Siap ketawa berdekah-dekah umpama menonton pelawak sarkis yang sedang menghiburkan hati.
Hanya orang BODOH, tidak berada dalam situasi sebenar dan yang tiada internet sahaja yang akan terpedaya dengan berita yang kau bawakan itu. Kah kah kah.

Ops! Jujur, aku memang tak suka bercakap pasal politik.
Bukan sebab aku tak suka berpolitik (orang semua marah aku. Kata mereka politik itu penting! Kalau tak suka berpolitik, pergilah negara yang tiada undang-undang!), jadi aku TERpaksa juga suka pada politik. 
Tapi aku tetap tak suka bercakap pasal politik. Sebab dari situ aje boleh bawa peperangan mulut mahupun jari-jemari. Hati jadi panas. Kawan bertukar menjadi musuh dalam sekelip mata. Sedih! Sadis!
Dan dengan ini, aku tutup cerita mengenai politik.
Terus ke topik asal ya, sayang-sayangku sekelian *muntah hijau*.
 
Ramai kenalan rapatku sedia maklum sebelum aku tubuhkan blogspot, aku mempunyai blog di friendster (dan friendster kini tinggal kenangan, blog langsung musnah. Gambar-gambar pun tidak dapat diselamatkan lagi) :'(
Bila kawan-kawan ada blogspot, aku pun teringin mahu ada juga.
Tapi aku kan pastikan blogspot yang akan aku tubuhkan tak sama dengan blog friendster.
Di blog friendster banyak kisah sedih daripada gembira.
Biasa, umur belum dewasa. Banyak yang merepek, banyak yang emosi.
Kalau baca lagi buatkan aku tertawa sendiri. Bodoh! Hahaha.

Impian jika tertubuhnya blogspot, aku mahu blog ini kisahnya menjadi inspirasi pada orang lain.
Aku mahu orang yang baca blog ni sedar, sekelam-kelam kisah hidup mereka sebenarnya ada hikmah yang banyak tersembunyi.
Yeahh! Dulu sebelum aku ada blog, aku suka baca blog yang memberi inspirasi pada orang lain.
Contoh seperti blog Langit Ilahi yang dikelola oleh Hilal Asyraf (aku sangka Hilal Asyraf & Hami Asraff adalah adik-beradik tak pun sepupu sepapat kerana wajah mereka mempunyai iras yang banyak :P), yang mana blog ini banyak bercerita tentang hal akhirat. Tentang perkara yang sering di ambil mudah oleh orang ramai.
Kemudian blog Hanis Zalikha. Yup, kisah Hanis seperti gadis fairytale. Indah sungguh hidup dia.
Ada rumah yang besar dan mewah, ada rupa yang menawan, ada ibu yang pandai membuat pelbagai jenis kek. Perghh! Memang indah! (ummi pun reti buat semua itu tapi kami bukan orang senang yang mampu untuk membeli segala jenis bahan) :)

Jadi aku mula berharap yang blog aku pun akan jadi seperti itu.
Tak, bukan cerita seperti mereka (Hilal & Hanis) yang aku akan buat.
Cuma sesuatu yang bila orang baca, mereka akan memperolehi input yang banyak.
And i did it! (Cuba selongkar arkib).

Tapi langit tak selalunya cerah. Setahun beroperasi, dua (atau mungkin lebih) daripada 79 entri merupakan entri luahan hati yang sedang sakit.
Itu cerita tahun lepas, tahun ini tak terkira berapa banyak entri sakit hati yang aku luahkan.
Termasuk dengan URL yang terpaksa ditukar tanpa kerelaan hati :'(
Dah tiada lagi pengajaran yang patut orang ambil daripada kisah-kisah 'berpenyakit jiwa' itu.

Kenapa aku tulis juga kisah 'gila' itu?
Sebab aku sendiri yang akan ambil pengajaran daripadanya.
Supaya lain kali jika ada hal yang sama berlaku, aku masih ingat yang aku pernah hadapi ini dulu dan rujuk semula langkah-langkah yang telah aku ambil.

Dan kini aku mula rasai impian blog inspirasi mula musnah sedikit demi sedikit T___T

12 bicara tanpa suara:

Tanpa Nama berkata...

aku sayang MALAYSIA.. tp apakn daya :-o

.drakula. berkata...

aku rasa lebih elok kita simpan cerita BERSIH ni...nanti ramai musuh pulak...


salam kenal.

Unknown berkata...

susah nak jadikan blog kita sumber inspirasi orang..

Unknown berkata...

happy blogging okay! hehe

Fira hilwa berkata...

@Yang Aimin sbb sygla kita ambil kisah wlupn ckit, kalau tak sayang mmg bt dek je

@RepublicAku selalunya yg jd gaduh bila ada org yg sukar terima pndpt org lain. lu kena sedar stiap org ada pdpt masing2. nk terima/tidak itu terpulang tp jgnla smpi menegakkan benang yg basah ;))

@Jerry Ghazali yup, sgt susah! sumtimes terfikir apa akn jadi pd blog ni klu aku mati nti? dpt sumbangkan pahala pd org yg mbacanya ataupun dosa? huu

@amir aizat hapi blogging jugak! :)

yunZatie berkata...

kalau la blog kita jadi inspirasi..kan bez? kan kan kan :D

Fira hilwa berkata...

@yunZ ye ye ye :D

mr ringgo berkata...

kak fira kalau menulis... mmg cukup panjang hahahah berjela dia nye idea hehehe

Fira hilwa berkata...

@mr ringgo ye adik ringgo, akk mmg byk idea. idea xbrp nk bernas harus dikeluarkan serta merta spy xjd bengap. keh3.(ble ms aku ada adik nm ringgo ni?):-/

airina berkata...

ngeh3 kalau inspirasi blog tak tercapai, hang jadikan blog hang ni inspirasi untuk diri sendiri pun ok juga :))

Ps: Sampainya hatimu, menggelakkan aku..*nyanyi dengan nada lagu Spring-Sampai Hati* ;))

Haikal Blank berkata...

hehehe inspirasi? selagi entry sesorang tuh aku baca sampai habis, itulah inspirasi aku sebenar aku sebab idea tu bercampur aduk dalam kepala dan aku pun menghembus di dalam entry dengan gelak ketawa sendirian laksana Borhan si Kluangman di Hospital Bahagia Tampoi gamaknya.

heheh. maaf. sekali terpanjang da aku mengarut. Maaf ku pinta.

Fira hilwa berkata...

@airina itula yg aku bt skrg ni.. hehe

@haikalblank jd kau nak ckp kau baca entri aku smpi hbs la ni? :P
maafmu diterima 8-}

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB