Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Isnin, 18 Julai 2011

Nama.






"Mak long, nama penuh Asim apa?" Tanya Hani Maisara anak mak teh aku (ibu saudara sebelah ummi) yang berumur 9 tahun kepada ummiku.


"Ahmad Asim," balas ummi sambil mengemas sisa makanan. Hani membalas dengan jawapan "Ohh" sahaja.
Lama dia diam. Kemudian dia bertanya lagi.


"Nama Kak Ipah?"


"Nurul 'Afifah," aku pula membalas. Saja je menyampuk. Kihkihkih. Dan balasan dia sama seperti tadi.


"Nama Kak Yaya pula?" Tanya aku pula. Tadi aku jawab sebab sengaja nak menyampuk, kali ni aku menyoal sebab saja nak menyibuk. Yelah, rasa macam tak puas hati pula dia tak tanya nama penuh aku kan... hahahaha.


"Fira Hilwa," penuh konfiden dan bersemangat Hani menjawab soalan aku tu. Terus pecah ketawa aku dengan Aqilah. Ummi yang sibuk mengemas mula terpinga-pinga dan bertanya kenapa kami ketawa.
Bila aku cerita kat ummi tentang jawapan Hani, ummi pun ikut ketawa.
Hani tersengih-sengih. Kemudian baru dia tanya nama penuh aku.
Bila aku bagitahu nama aku kat dia, kecoh dia bagitahu abang-abang dia yang nama aku di bukuwajah tu rupanya bukan nama betul aku...


Bukan Hani aje yang sangka Fira Hilwa tu nama penuh aku, ramai lagi orang ingat tu nama aku. Yup, yang sadisnya antara ramai-ramai itu termasuk juga kalangan saudara-mara sendiri. Hahaha.
Sejak zaman friendster hingga ke bukuwajah, memang nama itu yang aku guna.
Jadi, sesiapa yang tak kenal aku memang anggap tu nama aku. 
Yeahh di zaman IT ni tak semua orang kita boleh percaya kan?..


Lagipun apa perlu kisah jika kita letak nama yang baik untuk diri sendiri walaupun itu bukan nama sebenar kita :)




p/s: bila 3hari tak online, baru aku tahu betapa banyaknya kerja yang boleh aku siapkan jika tidak menghadap benda-benda alah ni << ayat ini seperti berpotensi untuk tidak meng-online-kan diri lagi selepas ini... 




Let's starting a Ramadhan countdown!



5 bicara tanpa suara:

feyza berkata...

fira hilwa sedap nma tuuu

Unknown berkata...

kes nama sendiri tak sedap la ni. hehe

Fira hilwa berkata...

@Miscellaneous Smiles Fira my nickname, Hilwa tu je xde kne mngena :D

@Jerry Ghazali lbh kurg mcm kau lah, kau pun guna nm glam, kn? ;))

tufah. berkata...

apa maksud hilwa? kemanisan ek?
sebab tiba tiba macam nak letak nama anak buah,
zara hilwa

:)

Fira hilwa berkata...

@em maksud dia byk. manis, cantik, comel, anggun ;))
zara maksud dia puteri, kan? :)

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB