Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]
Memaparkan catatan dengan label Kisah Bola. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Bola. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Jun 2012

Aku Mahu Berubah!



Mood tengah gembira gila!
Ni aku start menaip ketika masa rehat separuh masa perlawanan Euro 2012 suku akhir antara pasukan kegemaranku Germany vs Greece. Keputusan perlawanan separuh masa pertama? 1 - 0! Hooray!


Eh, ni bukan nak cerita pasal bola la... termelalut sebentar (seperti biasa. ehem)


Ni nak cerita tentang kita. Ya, kita semua ni.
Semua mahu berubah. Hari-hari dekat facebook tu akan ternampak status yang di-update/ di-share menyatakan yang kamu mahu berubah. Berubah kepada yang lebih baik.
Tadi pun tengok rancangan talk show kat tv pun seorang artis seksi tu cakap perkara yang sama. Mahu berubah jadi baik, mahu jadi lebih baik, mahukan yang terbaik dalam hidup.
Tapi yang buat aku tak faham, kau mahu berubah tapi aku tak nampak pun kau cuba untuk berubah.
Apa maksud kata-kata mahu berubah tu? Mahu tunggu perubahan itu datang sendirikah?


Ya, aku bukanlah orang yang baik untuk bercakap pasal ni. Bukan juga orang yang layak.
Tapi aku juga mahu berubah seperti orang lain & aku rasa (aku jela rasa, kau memang tak dapat rasalah apa yang aku rasa kan?), aku sedang 'bergerak' ke arah perubahan tu. Aku bukan jenis yang kata, " aku mahu berubah!" tapi aku masih duduk sahaja seperti menunggu bulan yang tidak akan jatuh ke riba. Aku bukan manusia yang macam tu sebab aku tak suka orang yang macam tu maka aku takkan biarkan diriku bersikap begitu.


Mahukan perubahan untuk menjadi good/better muslim/muslimah, sila bergerak! Jangan duduk dan sekadar berkata-kata atau sekadar post kata-kata sahaja. Bertindaklah! Kalau duduk aje, sila jangan berangan perubahan tu akan datang terkedek-kedek kat kau! Memang taklah!


Memanglah orang akan kata macam-macam, seperti "bajet alim", "ahli syurgalah sangat", "nak tarik perhatian kaum adamlah tu!" tapi hanya kita dan Allah je yang tahu perubahan yang kita lakukan kerana apa. Yang tanggung kepanasan api neraka tu diri kita, bukan diri mereka sebab mereka dah kebal untuk tanggung kepanasan tu, mungkin! Dan berubahlah kerana Allah. Sebab Dia yang Maha Menilai. Tak payahlah kau berubah kerana manusia sangat, bimbang nanti apabila orang tu tak perlukan kau lagi, kau berubah kepada asal atau menjadi semakin buruk.  





Suka untuk aku kongsi kata-kata ini;
Bila bercakap soal jodoh, ramai memilih untuk berusaha keras mencari walaupun sedar hakikat jodoh sudah ditentukan.  
Tapi bila bercakap soal hidayah,ramai pula memilih untuk menunggu biarpun sedar hakikat hidayah itu perlu dicari


Sama-samalah kita mencari hidayah tu, aku pun sedang mencari dan masih mencari sebab aku juga yakin dengan kata-kata tu, hidayah perlu dicari! Jangan kau cari orang bernama Hidayah pulak, tapi kalau Hidayah tu baik, baguslah ^^ 
Orang nak kata apa, biarkan mereka dengan kata-kata mereka sebab nak ke arah kebaikan tu bukan mudah, payah! 


Pesan Imam Ibnul Jauzi; "Jangan sesekali kau menganggap jalan (merubah diri ke arah kebaikan) itu mudah. Jalan itu dipenuhi sesuatu yang kita benci, banyak halangan, dan penuh dengan duri-duri tajam yang membuatkan kita sakit"
Aku pun kadang-kadang tersadung dalam melangkah, tergelincir ketika berjalan, berputus harap ketika mencari. 


Dan moga aku dan kamu yang mahukan perubahan tetap istiqomah. Teruskanlah pencarian tu. Andai jatuh, jangan mengalah untuk bangun. Dan tolong JANGAN hanya bercakap nak berubah je! Bergeraklah, walaupun pergerakan tu sedikit, mungkin ianya akan memberi kesan yang besar di kemudian hari. Insyaallah...


Bagi aku, mencari hidayah tu lebih penting daripada mencari jodoh yang entah siapa-siapa tu. Huhu


Oh, by the way aku nak tegur lagi satu perkara. Pasal share satu status kat facebook niu. Dah macam trend dah aku tengok status ni;
Saya cuma mau mengingatkan bahawa esok sudah masuk bulan Syaaban dan mlm Nifsu Syaaban jatuhnya pada 5 july mlm Jumaat (tutupnya buku amalan). Jadi sebelum terlambat saya ingin minta maaf kalau ada salah yang di sengaja dan tidak sengaja :) kerana NABI MUHAMAD SAW b'sabda: barang siapa yg mengingatkn kedatangn bulan ini, HARAM API NERAKA bagi nya

Ok, baca pun aku dah tahu point mereka-mereka ni post ayat ni. Semuanya kerana ayat "HARAM API NERAKA baginya" tu... tapi kalau kau post, solat kau tak buat, puasa pun tunggang langgang, kau ingat terhindar ke daripada api neraka? Tak pahamlah dengan orang-orang macam ni! Ya Allah, berilah kami hidayah dari-Mu! 
Bukan nak kata tak bagus, bagus peringatan ni tapi masalahnya yang pertama, yang aku cakap tulah, masalah keduanya, 1 syaaban jatuh pada hari Khamis lepas bukan hari Jumaat (semalam) kenapa perlu ada perkataan "esok" tu? Nampak sangat post secara membuta tuli. Sabo jelaaaa...

Oklah, sebelum aku melalut entah ke mana-mana, baik aku undur diri. Mahu bergembira dengan perlawanan tadi. Perlawanan tamat dengan keputusan Germany menang! 4-2! Gumbiranyaaaa... what a wonderful day... ahaks!

Yang buruk itu semua daripada kelemahan diriku sendiri.


Ahad, 17 Jun 2012

Beritahu dunia... aku akan pulang!

Balik rumah hari minggu macam ni selalunya aku jadikan tempat untuk aku berehat walaupun sebenarnya aku tak layak pun untuk berehat sedangkan banyak amanah yang aku kena pikul. Kadang-kadang online pun aku rasa serba salah (tapi orang tak nampakkan perasaan tu? Sebab aku berjaya kawal. Orang je yang tak tahu).

Kalau kat tempat belajar hari Isnin hingga Khamis tu, ini yang menjadi rutin harian aku. Yang mana bila sampai rumah takde pun aku sanggup nak buat macam ni. Huuu

Meh sini aku share aktiviti aku kat sana. Aku dulik hape korang nak tahu ke tak. Kikikikiki

5.30 pagi: 
Bangun tidur. Awalkan aku bangun? Kalau bangun lambat, kena berebut bilik air. Tapi pernah je terbangun lambat. Jam 6:30, tu pun Syam bagitahu dah pukul 6 lebih, aku pula ingat baru pukul 5 lebih. Atoyaiii... rupanya salah kunci jam. Aku kunci 5.30 pm. Amek kau!

5:50 - 6.30 pagi:
Selesai mandi, terus solat subuh. Kemudian baca *Al-Ma'thurat (benda ni duduk sana baru aku jadikan amalan, kat rumah jarang sangat aku baca. Bad me!). 
Dan kemudian gosok baju untuk pakai ke kelas. And then... and then... sambung tidur!!! Wahhh! Aku pernah terbaca, yang dimaksudkan tidur selepas subuh dan bakal mewarisi kepapaan tu kalau kita tidur betul-betul lepas solat subuh tanpa melakukan sebarang aktiviti selepasnya. Err.. wallahua'lam. Tapi betullah, masa ada diorang bertiga tu aku tahan je tak tidur lepas subuh tapi bila sorang-sorang ni, rasa macam bodoh pulak melangut sensorang sementara nak tunggu jam 8.30 pagi tu.


8:00 - 8:30 pagi:
Alarm berbunyi menandakan aku perlu bangun dengan segera untuk sarapan dan bersiap! Hari khamis aku akan bangun 7:45 untuk bertugas. Tapi... selalunya akan ada senaman-senaman yang menandakan aku mahu sambung tidur semula. Mengantuknya!! 



8.30 - 10:30 pagi:
Masuk kelas, beratur, baca doa dan dengar tazkirah. Best kan? Rasa macam back to school!. Belajar perkara-perkara yang ohsem! Yang hebat & daebak! (wah dah pandai guna perkataan daebak! Penangan Running Man sungguhlaa :D)


10:30 - 11:00 pagi:
Keluar mencari sarapan pagi bersama Wan, Din dan Aiman (dan Nur, kalau dia tak puasa) tapi selalunya bertiga je kitorang sebab Aiman tu kadang-kadang dia order je. Bila diapit dua orang lelaki camtu, terasalah seperti " I'm the Queen!" (sangat~) Dan selalunya aku akan beli makanan untuk makan tengah hari sekali. Senang, nanti rehat pukul 1 tak perlulah aku menonong sensorang menuju kedai makan. Haihh bila tiba part-part macam ni mulalah teringat Tika, Syam & Ija. Dulu ke mana-mana dengan diorang je. Ni pun untung juga ada Wan dan Din, kalau tak, ada gak airmata meleleh masa nak beli makan tu (over~) sedih! Sob sob sob.

Rindu saat ni.. :(
11:00 - 1:00 tengah hari:
Sambung belajar lagi. Kalau ada yang buat lawak, aku jadi tukang gelaklah. Tapi mestinya akan gelak dalam masa sehari tu. Ada je diorang ni buat lawak luar sedar.


1:00 - 2:30 petang:
Rehat time! Sementara nak tunggu waktu zohor tu aku akan tidur dan Nur tumpang tidur kat ex katil Syam (sebelah aku). Kemudian bangun, solat dan makan tengah hari. Ohsem ok tidur dulu sebelum makan sebab bila bangun tidur tu mesti perut akan rasa lapar.

2:30 - 5:00 petang:
Sambung belajar lagi. Buat silap, buat balik semula dan ulanglah sampai kau bosan! Tapi sumpah gua tak pernah bosan. Belajar sesuatu yang kita minat, mana mungkin rasa bosan tu akan datang kan? Kalau penat tu mungkinlah...

5:00 - 6:00 petang:
Naik bilik, mandi, solat dan baca *Al-Ma'thurat untuk sebelah petang pula. 
Kemudian??
Kebosanan melanda tiba-tiba. Maka harus baring-baringan di katil sambil membaca novel. Selalunya novel ilmiah (walaupun novel cinta. ngee). Tapi minggu ni entah salah bawa novel kot. Gila kau belum kahwin lagi boleh salam cium tangan bakal laki! Kau tak gila?! Tapi cakap laki tu ada ciri-ciri laki beriman sebab solat 5 waktu tak tinggal. What the?! Aigoo.. buat rosak pemikiran budak jela. Nasib aku dah dewasa.
Jadi, bila tengah baca sambil baring-baring macam tu, kau ingat mata kau makin segar ke? Memang taklah! Makin layu, layu dan layu... Selalunya jam 7 petang gak aku bangun. Bosan dok takde kawan nak ajak borak T__T

7:00 - 8:00 malam:
Solat maghrib dan baca Al-Quran. Wajib!

8:00 - 11:00 malam:
Tengok berita. Sekarang ni paling gila tengok berita sukan. Lagi-lagi kalau tahu semalamnya ada perlawanan yang melibatkan Jerman. Pe lagi? Melangutlah depan tv tu tengok Mario Gomez je yang asyik golkan bola. 
Yelah, nama pun dok asrama yang mana majoritinya budak lepasan SPM, mana boleh tengok tv tengah-tengah malam. Makanya tak bolehlah nak tengok bola tapi kalau boleh pun aku tak sanggup kot. Kat kelas nanti bukan buat kerja, berdengkur je lebih.

11:00 malam:
Masa untuk tidur. Tapi selalunya aku tak tidur. Dengar radio sampai rasa mengantuk tu datang. Tapi sejak ada bola ni, kedai mamak dekat tempat aku tu sangat bising dengan sorakan "Golllll!!!" Adehlaaa... Mengganggu mimpi indah orang jek. Disebabkan aku minat bola dan faham passion orang yang minat bola, maka aku maafkanlah jeritan mereka tu. Kadang-kadang rasa nak join tonton sekali je kan. Hahaha.

Itu jelah aktiviti aku dari Isnin - Khamis. Bosan kan? Tapi kena tempuh untuk masa 1 BULAN lagi. Dan lepas tu akan rindu pula saat-saat ini....

Info: * Baca Al-Ma'thurat sebelah pagi akan dilindungi oleh Allah daripada segala kejahatan hingga ke petang. Dan bila baca sebelah petang pula, akan dilindungi hingga keesokan paginya. Itulah faedah jika membaca Al-Ma'thurat.

Tajuk tu aku pilih daripada lirik lagu. Tell the world i'm coming home~ hahaha

Oh, hari ni sempena cuti aku tidak juga berehat. Penat menyapu dan mengemop rumah serta membasuh pinggan. Oklah, aku memang tak pandai memasak, tapi kalau pandai buat kerja rumah (walaupun tak cekap) masih belum layak untuk berkahwin ke? Tett!

Isnin, 27 Februari 2012

KLASIKnya aku

Entah bila ya, aku amat meminati sesuatu yang bersifat klasik.
Sangat cintakan bahasa Melayu klasik. Dulu masa kecil aku sangat gemar membaca novel.
Novel zaman dahulu bagi aku bahasanya sungguh indah, klasik dan sangat puitis. 
Tapi sekarang ni sangat sukar untuk ku temui lagi novel yang menggunakan bahasa Melayu klasik. Aku pun bila menaip di blog masih belum mampu untuk menulis mengikut gaya bahasa indah begitu.


Ketika di sekolah menengah hampir sahaja mahu memasuki kelas Sastera tetapi apakan daya, diriku sendiri tak yakin untuk berada di kelas itu (tiba-tiba rasa sedikit menyesal sebab tak ambil peluang dahulu). Tapi antara Sastera dan Seni Lukis, aku lebih sukakan seni lukis jadi tak berapa menyesallah kan... he he he.


Jika mahu novel yang masih mengekalkan bahasa Melayu klasik, aku lebih gemarkan novel terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Dengan warna kulit kertasnya, dengan bau kertas tu... Aduhai... Sebelum baca selalunya aku mencium dulu bau kertas tu. Ambil feel. Tapi itu dululah, sekarang ni CESB pun dah upgrade. Tiada lagi novel berkertas kuning, semuanya sudah berwarna putih.


Novel pertama Noor Suraya yang aku baca pun daripada terbitan CESB. Novel Keranamu Ain tapi novel ni bukanlah novel pertama CESB yang aku baca, jangan salah faham pula. Dari situ aku mula jatuh hati pada karya Noor Suraya. Bahasanya indah amat. Walaupun ceritanya biasa-biasa sahaja tetapi bahasanya itu yang membuatkan novel ini luar biasa bagi aku.
Selain Kaksu, sebenarnya ramai lagi novelis berbakat besar yang mana bila baca karya mereka, aku merasa seperti di awang-awangan sehingga dapat gelaran 'kuat berangan!' tu. Hik hik hik. Tapi tu semua novelis veteren-lah, yang baru-baru ni kureng sengatannya sebab majoritinya menggunakan bahasa pasar.


Cuma sekarang ni bagi aku novel dari Indonesia-lah yang istiqomah menggunakan bahasa Melayu klasik ni (istiqomah mende... dah memang bahasa dia gitu).
Urghh rindu nak baca novel dari seberang!


Tapi yang paaaling best sekarang ni sebab penyanyi baru berani menyanyikan lagu Melayu berentak era 60-an dulu.
Lagu klasik. Saya suka!
Antara lagu klasik yang dinyanyikan oleh penyanyi baru yang aku suka adalah Yuna & Sean Ghazi tapi lagu Sean Ghazi ni dah lama, lagu tahun 2006 tapi aku tetap suka. Suka rentak dia, suka suara dia.. Not bad. Bukan semua penyanyi mampu bawa lagu berentak macam ni tau. Kalau Siti Nurhaliza pun aku rasa suara dia tidak se-klasik mereka berdua ni.
Kalau dua-dua ni berkolaborasi untuk lagu klasik terbaru, mesti meletup.



alamak, pagi-pagi buta dengar lagu ni rasa cam terbuai-buai je.. ngantuk! :P 
Tapi suara dia tetap... perghhh!




Lagu Yuna ni lirik dia aku suka. Tiba-tiba rasa macam nak buat highlight
untuk video kahwin i~ Erk hem!


Nota dipijak-pijak
Masa taip entri ni tengah bengang dengan FB, tiba-tiba tertukar ke Timeline pulakkkk... nyampah betullah. 5hb ni betukar secara official. Grrr! I hate timeline! Buruk dah profile ku... hmmm :'(
Dahlah tengah bengang, tiba-tiba ada pula yang mempersoalkan aku ni betul-betul peminat Liverpool ke tak... aduhaiii... Selamanya Harimau Malaya!



Chow. Kisah Maya Karin part II lain tahun ye aku sambung... thi hi hi..

Khamis, 24 November 2011

Spontaneous Thursday #8 - Sokongsorak



‎"jika tak mampu menyokong ketika kalah, 
jangan bersorak ketika menang"


Selasa, 22 November 2011

Keghairahan Harimau Muda!




Pertama-tamanya, tahniah diucapkan kepada skuad Harimau Muda kerana berjaya mengutip pingat emas untuk pertandingan Sukan SEA.
Secara jujurnya, aku memang tak kenal langsung barisan pemain Harimau Muda.
Seorang pun aku tak kenal.
Eh, kenal sorang... siapa lagi kalau bukan Khairul Fahmi Che Mat!



Jadi, sejak aku tonton perlawanan antara Malaysia-Myanmar tempoh hari, barulah aku kenal seorang demi seorang. Tapi takdelah semua. Yang mana menyerlah tu, yang itulah yang paling dikenali, kan?


Mula-mula yang mencuit perhatian aku ialah Syahrul Azwari. Dia main cambest jek!
Kemudian Izzaq Faris. Izzaq Faris ni bukanlah pertama kali kenal cuma baru tahu je rupanya selain daripada main untuk Negeri Sembilan, dia juga bermain untuk Harimau Muda. Pergh! Ok, suka dia sebab nama dia sangat sweeeeeeeeeetttttttt :D
Fakri Saarani pun menyerlah jugak. Muka garang! Aummm!
Lepas tu kenal pula Gurusamy, ah kenal pun sebab Ain tanya takde siapa ke nak dengan mamat India tu. Aku tak kenal masa tu, yang aku kenal Kunalan jek. Weehoo.
Fandi pun kenal sebab muka dia macam Adi Fashla, DJ Era.
Pertama kali tonton perlawanan Harimau Muda, diorang ni jela yang aku kenal.


Yang lain-lain aku kenal malam tadi.
1st tengok, Asraruddin. Lepas tu Baddrol. Si Baddrol ni muka dia familiar. Jadi adik-adik aku gelar dia Baddrol Beriman sebab muka macam muka orang-orang beriman gitu. Suci jeww... Hahaha. Kejadah ntah adik-adik aku tu.


Masa 13 minit pertama yang Indonesia menang tu, aku macam dah takde mood dah nak tengok.
Macam kalah je... :(
Dan-dan tu terus tukar saluran. Elok je tukar, Walid suruh tengok gak bola tu.
Nak tak nak tengok jela. Selang beberapa minit tu, Asrarudin golkan untuk Malaysia. Maka tercatatlah seri 1-1. Ok, masa tu dah bersemangat dah nak tengok balik. Weee.


Tapi perlawanan malam tadi memang sengit. Bila dah seri tu, aku siap cakap, kalau Indonesia menang pun, menanglah. Dah tak hairan sebab sekurang-kurangnya Harimau Muda dah mencuba sedaya upaya. Ada 1 gol pun dah memadai.
Tapi bila aku buka FB, ramai yang mengharap agar Garuda dapat ditewaskan. Dan aku rasa kalau Malaysia kalah, kemungkinan ada diantara peminat yang akan mencemuh mereka dengan kata-kata nista. Ceh! Mula mengungkit segala peluang yang kononnya senang untuk disambar. Kita bukan garuda-lah untuk menyambar, kita harimau untuk menangkap, tahu? Itulah gunanya kewujudan Khairul Fahmi. Erk.


Bila sampai ke perlawanan penentu, tiba-tiba jantung rasa macam nak meletup.
Semua orang tahu, penalti bukanlah sesuatu yang baik. Semuanya bergantung pada nasib.
Yang kelakar sebab terlalu takut, perlawanan bola sepak tiba-tiba menjadi seperti menonton filem seram. Bemula dengan kegagalan Fakri Saarani menggolkan bola, terus aku menutup mata apabila pemain seterusnya; Fadhli Shas mencuba tendangan masuk ke kotak penalti. Ngeri wohhh.. haha.
Tapi masa Baddrol Bakhtiar gol-kan, aku tengok. Yela, orang beriman kan... kot-kot masuk. 
Hampir kecewa bila bola berjaya ditepis, tapi tiba-tiba elok je bola tu masuk ke dalam gawang. Perghh! Keajaiban! Bersorak satu rumah ni dengan suara jeritan
"Golllllllllllllllllllllllllllll"
Gila betul! Fanatik semuanya.






Keseluruhan, aku tengok permainan memang cantik. Terbaik.
Indonesia pun memberi aksi yang terbaik wokk... tu yang tak dapat nak teka siapa yang bakal menang. Tapi akhirnya, Malaysia menang. Alhamdulillah~ Suka sangat!
Lagi suka masa minit ke berapa entah, Harimau Muda tukar pemain.
Mata tertacap pada Yong Kuong Yong.
Perghh! Macam muka Korea lah! Hensem kottt... so ter-gatai lah kejap.
Tapi kejap jela, kamera pun bukan banyak fokus kat muka dia pun.
Okla, terjaga sikit pandangan mata i. Aww... gatainyeee... hahah.
Saja puji. Bukan boleh buat laki ponnnn.


Yong Kuong Yong: dua dari kanan, belakang jersi no 7
Apa pun, aku doakan Malaysia terus maju dalam sukan bola sepak dan badminton! ;)


Ini antara kata-kata semangat jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee kepada pemain-pemain Malaysia semasa perlawanan final semalam :

"MEREKA tak hormati kamu, tak hormat bendera kita, tak hormat RAJA kita dan mereka tak hormat IBU BAPA kamu. Kalau KAMU benarkan ia (kekalahan) berlaku, maka KAMU adalah pengecut. Kamu mesti ajar mereka kehebatan seorang warganegara Malaysia!"

"Kita kalahkan mereka bukan sekali tapi dua kali dihadapan jutaan penyokong setia mereka. Kita tunjukkan bagaimana melakukannya!"



Chiawww...

Jumaat, 29 Julai 2011

Spontan #3 - Khairul Fahmi Pujaan Malaya!



Malaysia kalah tapi aku bangga dengan kesungguhan Khairul Fahmi!
Walaupun tersepit dengan kontroversi yang melanda, tetapi dia tetap melakukan yang terbaik.

Sabtu, 23 Julai 2011

Cerita Hari Ini.


Baru selesai buatkan header blog untuk Mamat Adil (nickname glemer. Padahal nama sebenar takde kena mengena dengan Adil mahupun Saksama).
Ni tengah layan bola. Harimau vs Singa. Pungutan mata sekarang 1-3.

Kepala dari semalam berdenyut-denyut. Rasa macam nak demam tapi tak demam.
Minta-minta tak demam sebab aku kalau demam memang teruk. Susah kena jangkitan, tapi sekali kena, memakan minggu juga untuk pulih. Kesiann... (ayat kesian ini dituju kepada diri sendiri, kau tak payah perasan! Eh?)

Ulser mulut makin membesar dengan sihat. Tapi rasanya dah nak baik ni sebab dah tak sesakit 5 hari yang lalu.
Selesema menyerang kelmarin. Jangkit dengan Aidid Uzair. Aku tak sangka kerana budak demok botak itu aku boleh kena jangkitan. Ku sangka tempias air liur dia ketika bersin tepat dimukaku melebihi sekali itu tidak membawa apa-apa kesan, tapi rupanya aku harus mengaku virus budak kecikk tu lebih kuat! Hidung sangat gatal dan kerap bersin.
Sebiji macam dalam filem yang kalau kena hujan, watak filem tu kerap bersin sampai merah-merah hidung. Aku ingat adegan tu hanya rekaan, sekali kena pada diri, ok, saya mengaku ianya realistik. Keh keh keh.

Sakit kepala masih belum hilang... Rasa seperti mahu potong rambut. Eh, aku ada rambut ke?

Ahad, 3 Julai 2011

Muka ada senyum, jiwa ada kacau


Best tak tengok bola tadi?
Best kan?? 
Gila kau best!! Homepage bukuwajahku penuh dengan cacimaki untuk reff yang berat sebelah.
Aku tengok berbulu je.
Ah, game bola memang begitu.
Aku dah tak hairan... Sedangkan ketika Piala Dunia pun reff macam harem,
ini kan lagi setakat pusingan kelayakan. Apadehal diorang nak buat dajjal, kan?

Ok, tajuk takde kena mengena dengan cerita kat atas tu sebenarnya. Hehe.
Saja je melencong sedikit seperti selalu.
Cerita sebenar kat bawah ini.

Smile ...Sad Pictures, Images and Photos

Seperti biasa, jam 6 petang setiap hari ahad wajibul ghunnah untuk menonton saluran TV9.
Ada apa? Semestinya ada rancangan Safiyya!
Program untuk wanita mahupun remaja MUSLIMAH macam i~ Hikhikhik.

Tiba satu segmen tu, keluarlah wanita yang seperti aku kenal aje raut wajah dia.
Seperti pernah ku lihat, tapi di mana ya? *ayat plagiat!*
Oh well, kalau yang dah kenal aku mesti tahu aku ni jenis orang yang kalau aku dah pernah tengok sesuatu/seseorang yang macam ku kenal je, sampai ke sudah aku fikir siapa orang tu, kenal/jumpa di mana & so on.
Yeahh sampaikan habit aku ni hampir memalukan aku juga. Hakhak.
Kadang-kadang over sampai terbawa-bawa dalam mimpi. 
Tapi tadi nasib baik aku cepat ingat terutama bila diperkenalkan namanya.

Kalau korang perasan, dia tu model iklan sensodyne rapid relief, Dina nama dia.
Dulu asal keluar je iklan sensodyne tu, adalah dia.
Muka dia comel je. Serius aku suka tengok. No, i'm not lesbo! Tapi orang kata daripada puji lelaki yang buat tambah dosa je, baik puji kaum sejenis.
Adik-beradik aku yang lelaki pun jenis gatal tak hengat jugak kalau tengok Dina dalam iklan tu.
Semualah dok puji cunlah, lawalah.
Aku suka tengok dia atas sebab-sebab tulah plus sejukkkk je mata nak pandang.

Tapi tak sangka dia muncul program Safiyya kerana nak cerita tentang dia kahwin muda dan menjadi ibu tunggal dalam usia yang muda juga.
Ow-oh! Tak sangka! Tengok dalam iklan macam single-mingle je.
Rupanya dah pernah kahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki.

Tiba-tiba je sedih...
Iyalah, masa tengok kat iklan tu rasa macam dialah manusia paling gembira terutama bila tengok senyuman dia tu.
Tapi itulah, senyuman di wajah takkan sama dengan keperitan jiwa yang ditanggung...
So lepas ni kalau tengok orang senyum dengan penuh kegembiraan, jangan sangka betapa seronoknyaaaa jadi mereka.
Berbahagialah menjadi diri sendiri.

Setiap orang ada kisah duka masing-masing.
Tak semua yang senyum itu bahagia dan tak semua yang menangis itu malang.
Ingat tu!
Jangan ingat orang cantik/kacak takde masalah! hiuhiu


Khamis, 30 Jun 2011

Spontaneous Thursday #1 - Bola



Macam-macam fi'il blog sekarang.
Macam-macam segmen ada.
Kalau Wordless Wednesday aku tahulah orang luar negara buat.
Ni yang spontan-spontan ni aku rasa budak-budak blogger sini je yang create mende ni.
Jadinya aku tak mahulah jadikan benda ni sebagai segmen 'WAJIB' buat macam WW tu melainkan kalau otak tengah kosong macam sekarang ni, jadi segmen ni boleh digunakan... Hiuhiuhiu.


Kembali ke topik, ayat spontan aku ialah


Apesal aku takleh nak behave ek kalau tengok bola?
Mesti nak over excited, mesti nak jerit (ter-jerit sebenarnya).
Mesti nak kutuk pemain yang main cam hampeh, bajet macam aku ni terer sangatlah pun main bola, kan?
Tapi kalau ada Kunalan, mesti lagi excited jerit nama Kunalan. Siap dengan cakap I LAP U bagai.


Ok, sekian. Terlebih sudaa..

curi kat google.

Khamis, 30 Disember 2010

Yeayyy! Heaven! Heaven!

Tahniah Skuad Harimau Malaya! Bangga kerana aku lahir tahun Harimau 


Skuad Kebangsaan Malaysia


Ucapan dari Rio Ferdinand dipetik dari laman Twitter beliau
Bangga tak? Bangga x? hehe

Semua mesti dah agak apa topik pertama yang aku nak taip, kan?
Tentu-tentulah tentang kejayaan Malaysia merangkul Piala AFF Suzuki!
Terima kasih skuad Kebangsaan. Terima kasih, Khairul Fahmi. Terima kasih, Safee Sali.
Terima kasih kepada semua pemain yang terlibat dan paling-paling terima kasih kepada jurulatih, K. Rajagobal!
Tahniah sebab berjaya mencorakkan pemain muda Malaysia bermain dengan mant0ooppp!

Maka malam ni, status bukuwajah kesemuanya bertukar kepada ekpresi kegembiraan tentang kemenangan Malaysia. Siapa tak bangga beb.. Garuda lawan Harimau tu, dua-dua hebat.
Bagi aku, Indonesia pun membuat persembahan yang terbaik bagi perlawanan tadi.
Memang rasa gelabah, mengigil, rasa nak terkucil semua ada masa tengok skuad Indonesia hampir-hampir membolosi gawang Malaysia ketika separuh masa pertama tadi. Tapi nasib baik tak.. Fuhhh..
Apapun tahniah untuk Indonesia jugak kerana berjaya menyumbat gol 2-1 di tempat sendri. Banggalah sikit kan..
Last perlawanan suka tengok kemesraan Bambang Pamungkas (bekas pemain Selangor) dan Safee Sali (pemain Selangor). Yeahh... kitakan negara serumpun, buat apa mahu ribut-ribut, kan??

Tapi yang berjaya menarik pandangan aku tadi ialah aksi Kunalan... Hahaha
Habis satu rumah ni aku hasut suruh tengok Kunalan. Dia lebih menarik perhatian selain dari Safee, Norshahrul & Fahmi... Ekekeke.
Perasan tau dari dia main dekat Bukit Jalil dia asyik jatuh je. Kejap-kejap jatuh kena langgar sikit je dengan pemain Indonesia. Jadi kat Gelora Bung Karno tadi aku tengok, kalau dia tak jatuh, pemain Indonesia yang jatuh, kalau pemain Indonesia tak jatuh, dia yang akan jatuh. Hahaha... Mungkin bukan bahan lawak tapi aku tergelak tengok aksi tu. Masa dah nak last-last minit perlawanan tu, tiba-tiba aku jerit,

"Go Kunalan! Go Kunalan!
Kunalan boleh! I love u Kunalan, pemain import dari India!"

Hahahah... aduhaiii... serius lawak bila ada peminat bolasepak Indonesia cakap Kunalan tu pemain import dari India.
Heyy tak tahukah Malaysia ni berbilang kaum? Nasib belum ada pemain yang berbangsa Cina, kalau tak mesti mereka akan cakap pemain itu pun import dari China.. Hahahaha... gelak lagi! Kesian Kunalan, dah sah-sah warganegara Malaysia, senang-senang je orang cop dia pemain import -__-" 


Heaven layan movie!
Ok, tamat cerita bola. 
Sebelum tulis tadi, buka belog Hanis Zalikha.. wowww! Hot u minah tu pergi Jerman bersendirian dan disambut oleh Nabil, bestfriend dia yang dia kesyahduan ketika mamat tu nak berangkat ke Jerman untuk further study.
Jelesnya tengok baru umur 20 tahun dah merantau ke negara orang.
Ada salji lak tuh. Jeles! -___-"

Erk, aku ni nak cerita pasal jeles ke apa nih? 
Apa yang heaven nya?? Huhu..
Ok, ok.. kembali ke realiti kehidupan. Teehee.
Sebenarnya dari 12tgh malam semalam hingga hari ni, aku asyik layan movie..
Haha.. dah lama gile tak layan. Entah camne nak layan, so layan lah... 



Movie pertama;

New Police Story

Dah lebih 3x kot aku tengok cerita ni..
Tapi tetap jugak touching... huk huk huk.

Sinopsis:
Filem ni mengisahkan tentang seorang anggota polis yang digelar Tuan Chan (Jackie Chan).
Dia ni kiranya polis harapan negara lah sebab banyak selesaikan kes.
Ada sekali ni, dia tumpas kepada penjahat, malah teamwork dia termasuk bakal adik ipar dia pun mati dibunuh dengan kejam di depan mata kepala dia sendiri.
Dari situ dia jadi trauma dan tak dapat nak maafkan diri dia.
Sebab menyesal tersangat dia sering menghabiskan masa dengan minum arak dan bersendirian.
Hinggalah datang seorang pemuda yang menggunakan no besi PC 1667 (Nicholas Tse) kononnya sebagai orang bawahan dia untuk selesaikan kes rompakan di Bank Asia.
Perompak tersebut rupanya orang yang sama yang membunuh rakan-rakannya.
Ketua geng jahat tu ialah Joe Kwan (Daniel Wu <- my hero.. hehe), dia sebenarnya benci dengan polis sebab ayah dia polis dan selalu mendera mental dan fizikal dia, disebabkan itu dia jadi anti polis.
Ending dia memang sedihlah... bergenang kot airmata tengok cerita ni... wuwuwuwu
Mesej cerita ni, sebelum hargai orang luar, hargai dulu diri sendiri dan keluarga. Sebab apa si Joe tu jadi macam tu? Sebab bapak dia lebih pentingkan nama daripada anak dia. Superb!





Movie kedua;




Shinjuku Incident

Haha.. sebabkan pelakon yang sama dan aku minat pada dua-dua pelakon China ni, so aku layan jelah.
Boleh tahanlah cerita dia tapi ganas gillerr.

Sinopsis:
Watak utama ialah Tei Tou (Jackie Chan), dia ni bercinta dengan perempuan sekampung dia. Sekali awek dia ni bapak dia suruh balik Jepun.
Bila awek dia tak balik, maka dia pun lari ke Jepun (masa tu ada perang ke apa ntah kat China sebab aku tak tengok sangat permulaan cerita). Dia lari sebagai pendatang haram sebab naik tongkang je. Dahlah masa dia nak lari tu kena serbu dengan pihak berkuasa, jadi dokumen kerakyatan dia pun turut tercicir masa dia larikan diri.
Sampai Jepun, macam-macam kerja dia buat. Dari situlah dia kenal Ah Jie (Daniel Wu <- my hero again..wink2). Ah Jie ni baik orangnya. Lurus sikit. Masa dia kerja bersihkan sampah kat bawah kolong, diorang ni kena serbu oleh polis Jepun.
Biasalah, nama pun pendatang haram. Aksi kejar mengejar pun berlaku sampailah Tei Tou ni selamatkan seorang anggota polis yang berpangkat daripada lemas kat dalam kolong bawah tanah tu. Jadinya pegawai polis ni pun macam terhutang nyawalah dengan Tei Tou.
Malas nak taip panjang-panjang sebab bukan ada yang baca pun jadi terus kepada mesej lah, apabila ketamakan kuasa berleluasa, maka bunuh, khianat sahabat baik sendiri pun manusia sanggup untuk lakukan... 
Tapi cerita ni memang ganas lah, potong tangan semua sebabkan jalan cerita best maka aku sanggup gak layan... haha..





Movie ketiga;


Three Idiots

Ho yeahhh... inilah movie yang aku memang nak tengok. Semua cakap movie ni jalan cerita dia smart, gempak, lain daripada movie hindustan yang selalu kita tengok. Dapat carta box office 2010 kot~
Dan diadaptasikan daripada novel.

Sinopsis:
Ianya kisah persahabatan antara Farhan Qureshi (R. Madhavan <- hero tamil bhai...), Raju Rastogi (Sharman Joshi) dan Rancchoddas Shyamaldas Chanchad @ Rancho (Aamir Khan). Jadi watak utama dia mestilah mamat yang sama tarikh lahir dengan gue; Aamir Khan.. ngeh3..
Permulaan kisah, mereka bertiga ni konon nak buat reunion balik pasal pernah memalukan seorang student yang digelar sebagai Silencer. Mamat ni agak poyo la. Rancho tak suka dia sebab dia jadi best student kerana belajar dengan cara menghafal teori, Rancho ni pulak belajar dengan cara praktikal. Dan dia memang genius cuma suka lakukan perkara yang dianggap bodoh hingga sering dicemuh perkataan bodoh pada dia.
Mereka bertemu di kampus the Imperial College of Engineering (ICE) konon kolej kejuruteraan yang terbaik di India. Dorang ni satu bilik. Setiap daripada mereka semua ada masalah. Macam Farhan dia sebenarnya minat dalam bidang fotografi hidupan liar tapi ayah dia memaksa dia ambil bidang kejuruteraan. Raju pula, dia memang minat kejuruteraan, cita-cita dia, dia nak ayah dia yang terlantar kerana menghidap strok tengok dia berjaya sebagai jurutera. Macam-macam masalah lah yang diorang hadapi. Terutama dengan Professor Viru Sahastrabudhhe atau diorang gelar dia ViruS. Prof ni agak strict. Dia pernah buat seorang student tahun akhir mati bunuh diri apabila dia call parents student tu cakap yang student tu takkan konvo. Kerana tertekan setelah 4 tahun berhempas pulas dan projek terakhir dia tak diterima maka dia mati dengan menggantungkan diri di bilik hostel.
Cerita ni memang terselit macam-macam elemen la. Kelakar. Sedih. Sakit hati semua ada. Tapi kelakar banyak... hahahaha.. Memang enjoy tengok cerita ni. 
Tapi bila tang sedih tu, aduhai.. Tahan-tahan je airmata tengok part sedih.. huhu
Mesej cerita ni memang terbaik! Persahabatan itu penting. Biarlah jahat macam mana pun orang tu, biarlah miskin macam mana pun dia, yang penting serasi dan menerima seadanya... Rancho tu walaupun gila-gila tapi dia selalu jadi penasihat pada kawan-kawan dia, selalu bagi kata-kata semangat dan selalu jadi penghibur. 
Ayat azimat dia, bila berlaku apa-apa yang meresahkan dia pastikan dia akan sebut, "all is well (semuanya baik), all is well (semuanya baik)" konon untuk tipu hati sendiri supaya tak gelisah. Then kawan dia tanya, kalau buat macam tu masalah akan selesai ke? Dia jawab tak, tapi buatkan dia lebih berani untuk berdepan dengan masalah. Beshhh! 10 bintang!! hehe.

Ok, done! Selamat bercuti pada hari Jumaat ni wahai warga Malaysia! 
Hidup Harimau Malaya! Hidup tahun Harimau.. hehe


Ahad, 11 Julai 2010

Ehhh?

Konon...kononnya bola dah tamat..dah tak mahu bercakap tentang bola. Kononnya lah! Tapi hari ni nak buat cerita pasal bola gak...huahuahua

Semalam konon-konon *ok, ayat 'konon' memang akan menjadi femes dalam entri ni*, tak mahu tengok bola. Tak mahu tengok perlawanan antara Germany dan Uruguay sebab kononnya lagi dah patah hati pasal kekalahan Germany tempoh hari membuatkan aku kena kutuk kaw-kaw punyerr dengan fans Spain *menci!!!!* tapi pagi tadi, pukul 2.51 pagi aku terjaga dari tidur sebab TERdengar bunyi-bunyian vuvuzela. Okeh, pejam mata balik, jangan tengok perlawanan! Mesti Germany kalah sebab Uruguay pun kental kot... Tapi bunyi-bunyian vuvuzela terus mengacau. Arghhhh! Terus bangun, capai tudung <- wajib tutup aurat ye ketika berhadapan dengan abang ipar..ngee. Keluar bilik perlahan-lahan supaya Adib, Anas & maybe abang iparku tak terkejut dengan kehadiranku...ekeke. Keluar-keluar tengok hanya ada Adib dan Anas. Menala pandangan ke televisyen. Erk, dah 1 - 1? Waaaa...gilak Germany bakal kalah!

Aku: "Sape golkan untuk Jerman?"
Adib: "Mueller"

Mueller memang terer! Kalau dia ada masa game Spain tu, mesti Spain kalah. Huh!


Aku: "Eh, mana Neuer?"
Adib: "Takde...Klose, Podolski dengan Lahm pun takde. Schweinsteiger jadi kapten"

Aiyakkkk...kalah ke ni? Aduhaiii..Tiba-tiba jadi macam sedih. Rasa macam tak mahu tengok. Tak lama tu abang ipar aku keluar bilik, sama-sama join tengok bola.


Abang ipar: "Klose takde kan?"
Adib: "A'ah"
Abang ipar: "Dia sakit tulang belakang"
Adib: "O yeke?"
Abang ipar: "Podolski selesema"


Sian BF angkat aku sakit. Tapi nasib baik kamera ada tunjuk muka dia...ngeee *gatal kau dengan laki orang ek* Separuh masa pertama tamat dengan mata terikat 1 - 1. Uruguay main memang superb, salute ah! Tak macam Spain main hari tu, nak gelecek bola pun terkial-kial. Memang betul-betul nasib je ah diorang dapat masuk final x(


Separuh masa kedua, Uruguay golkan gol ke-2. Huuuu.. Tashuke! Stress giller tengok. Nasib baik je abang ipar aku ada, kalau tak memang dah meraung-raung dah kat situ <- gilak minah ni. Tengok bola emo memang tak boleh blah..Ggggrrrrr. Entah minit ke berapa tapi masa tu dah terikat 2 - 2, aku masuk bilik. Tak mahu tengok. Biarlah Paul the octopus nak cakap Germany dapat meraih tempat ke-3 tapi aku tetap tak percaya. Dengan langkah longlai aku melangkah masuk bilik. Tidur lebih baik daripada menyaksikan pasukan kegemaran kalah buat kali ke-2. Huuu


Dalam tidur, mimpi Germany menang. Bukan 3 - 2, bukan 4 - 2 tapi 6 - 3...wakakaka -_-' *lainkali rasanya tak mahu dah obses dengan bola, betul-betul dah kena virus bola..hukhuk*
Pagi-pagi bangun tidur orang pertama yang aku cari; Adib. Aku kejut dia tidur, masa tu mata dia memang bengkak giller sebab tak tidur.


Aku: "Sape menang?"
Adib: "haaa..." dia buka mata dan pejamkan balik.

Aku tarik-tarik tangan dia, masa tu tangan je terjulur keluar dari langsir bilik kebetulan dia memang tidur kat ruang tamu, dekat pulak dengan pintu bilik, malas nak pakai tudung sebenarnya. "Sape menang?"

Adib: "Jerman, Jerman.." mata tertutup. Memang dah tak mampu nak buka mata dah kot mamat nih.
Aku: "Berapa?"
Adib: "3 - 2" ohh bukan 6 - 3 ek...huhu


Tapi..yeeeeehaaaaaaaaaa...Itu yang aku nak dengar! Hahahah. Kan betul aku cakap, Jerman tak mainnyer SATU gol macam Spain & Serbia, paling-paling pun dia mesti nak DUA gol and above punyaaaa. Kalau rasa-rasa tak boleh dapat lebih daripada tu, baik tak payah gol langsung kan? *pandai betul aku buat kenyataan camni...pandainyeeerrrr dia! Padahal Jerman takde cakap apa-apa pun..hikhik*


bermain dalam hujan lebat

Germany vs Australia : 4 - 0
Germany vs England : 4 - 2 (tapi still direkod sebagai 4 -1)
Germany vs Argentina : 4 - 0
Germany vs Uruguay : 3 - 2

Kekalahan;
Germany vs Sebia : 0 - 1
Germany vs Spain : 0 -1

TERBAEKKKKKKKKKKKKKKK! ^_^

p/s: malam ni mahu Belanda menang sebab ada Robin Van Persie dan Wesley Sneijder. Lagi satu sebab aku menci sama itu fans Spain yang berlagak! huh!

Khamis, 8 Julai 2010

Akhirnya....

Huhuhu...kalah gak Jerman rupanya ingatkan pasni boleh lawan Belanda lak.
Takpela, nak buat macam mana, takde rezeki untuk ke final two. Tapi still puas hati lah walaupun Jerman main pagi tadi macam tak cukup stamina, tapi jaringan 1-0 untuk Sepanyol tu dah memadai sebab diorang pun banyak kali buat shots. Nasib baik 1-0 je, kalau 2-0, 3-0, malu beb...Untuk tengok Klose jaringkan gol pun hampa..Tak menjadi p0nnn. Tapi ada lagi game Jerman lawan Uruguay untuk tempat ke 3 & 4..tak tau nak tengok ke tak nak tapi mesti Muller ada kan? ;)

Harap-harap pasni dapat jumpa lagi kat Euro 2012 *agaknya time tu mesti aku dah kawen kan? ^_*..haha*


p/s: takkanlah ramalan si sotong tu betul-betul tepat kot -_-' 





Ahad, 4 Julai 2010

Kemenangan Jerman & Kekalahan Argentina

Fuh! Semalam perlawanan paling sengit yang pernah aku tengok. Eh tapi bukan Argentina semalam main tak best ke? Upsss...Okeh bukan perlawanan yang sengit tapi pasukan yang bertarung itu yang membuatkan ianya sengit! Boleh ek para juruhebah buat ramalan yang Jerman akan kalah di tangan Argentina? Paling ingat ramalan Abbas Saad untuk Argentina adalah 3-2. Tak patut sungguh! Aku minat dua-dua pasukan cuma mungkin kelebihan terletak pada Jerman sebab aku lebih kenal ramai pemain Jerman berbanding Argentina. Ow oh.. Tapi tak pernahlah letak target berapa mata diorang akan kalah dan pasukan mana yang akan kalah teruk. Paling-paling pun mesti 1-0 ataupun berakhir dengan sepakan penalti. Alih-alih salah rupanya ramalan. Dan ramalan Pele bak kata sepupu aku "memang suweiiii!" haahahaha

" Pele meramalkan Jerman akan menampilkan aksi buruk pada kejohanan kali ini. Jadi, berdasarkan ramalannya yang sering tidak tepat sebelum ini - termasuk meramalkan Colombia akan memenangi Piala Dunia 1994, Nick Barmby akan menjadi pemain bintang dan Perancis serta Argentina bakal melangkah ke final pada 2002 sebelum kedua-duanya tersingkir pada peringkat kumpulan - Jerman mungkin bakal memenangi Piala Dunia kali ini."
 


Memang agak kasihanlah <- ayat skema > tengok Argentina malam tadi. Aku nak tolong sorak untuk diorang pun macam tak mampu bila tengok corak perlawanan diorang. Erm kemungkinan kekalahan tu disebabkan Lionel Messi kurang sihat ( 3 hari tak turun padang untuk sesi latihan sebab demam), mungkin ini salah satu sebab lah. Lebih-lebih lagi bila Diego Maradona yang berhasrat untuk berlari bogel di padang tu (sian, hasrat tak kesampaian), terlalu taksub mengharapkan Messi. Aparaaaa. Tevez dengan Higuain pun terbaik gak pe, yang kau nak mengharapkan orang sakit nape? Adeiii..kan dah kalah teruk. Padan muka! Hiu3.

Untungnya (selalu orang guna ayat 'malangnya' untuk nasib kurang baik tapi ni sebab nasib terlebih baik, mari kita guna ayat ini..hehe), Miroslav Klose (gambar) tetap mantap! Dua gol dia tibai. Superb! Walaupun ada pihak mengutuk mengatakan Jerman suka menyimpan pemain tua (hei! bF angkat aku tu belum tua ok, baru 32 kot) tapi tengoklah hasilnya... Teruja kan? Terkejut kan? Haaa lainkali sebelum nak mengutuk tu selidik-selidiklah dulu, jangan pakai taram je x(

Demi Tuhan, kemenangan Jerman semalam amat menyeronokkan. Sama seronok seperti waktu England dikalahkan...Muahahaha. Tapi kalau dapat kalahkan Sepanyol dan Belanda lebih menyeronokkan kot ;)

Gudluck Germany! Buat yang terbaik! Kalau nak kalah pun biar kalah yang bermaruah, jangan jadi macam Argentina dan Korea Utara, ok! Jadilah seperti England, sekurang-kurangnya ada mata...Hahahah *apesal jahat sangat ayat entri aku neh! jangan over konfinden weh, sekali Jerman kalah diperingkat separuh akhir mahu frust giller gak kau nanti* hihihi. 

Peace (^_^) \/


p/s: mueller (abang angkat) tak dapat beraksi kan pada perlawanan akan datang? Takpe, jangan risau sebab Podolski (saudara angkat), Oezil (saudara jauh), Klose (bf angkat), Never (goal keeper yang superb!) dan Schweinsteiger masih ada~ Go go chaiyok! Aja aja fighting! Korang memang terbaekkkkkkkkkkkkkkkkk
 

Isnin, 21 Jun 2010

help!!! virus PALING merbahaya sedang melanda dunia!

Beberapa minggu lepas, terbaca suatu fakta yang mana seluruh dunia akan dilanda sejenis wabak paling merbahaya. Lebih berbahaya daripada H1N1 atau B1N1 <- eh ada kena mengena ke? hiuhiu. So, better korang check sama ada korang salah seorang penghidap virus ni.

Simptom-simptom nya;
  1. tak cukup tidur
  2. Sukar tidur malam, lebih suka tidur pada waktu siang
  3. lesu sepanjang hari
  4. diikuti dengan kehilangan suara atau suara menjadi serak dan tekak mengalami kesakitan.
  5. demam selama beberapa minggu
Uish macam seram je kan? Virus tu masa aku baca para saintis belum jumpa lagi nama untuk virus tu tapi sekarang ni dah jumpa dah. Influenza A singkatan dia H1N1, virus ni lak DPD10..Perghhh! Nama panjang dia Demam Piala Dunia 2010..wakakaka.


Okeh, sebenarnya nak bercerita pasal Piala Dunia yang tengah kepochi sekarang ni dan sedang hangat berlangsung di Afrika Selatan. Hmmm...aku minat bola ke? Jeng jeng jeng. Minat sangat macam Capik & Ain anak pakcik Rosli tu takdelah sangat. Biasa-biasa je kot tapi asal ada Piala Dunia je mesti nak tengok. Mesti punya ah. 

Seriously, dulu aku rasa girl yang minat bola semua ala-ala macam poyo jek *boyish dikecualikan*. Bukan tahu sangat pun pasal bola tapi sebab admire kat kawan lelaki yang minat bola, terus dia pun otomatik suka bola gak. Pastu cakap berdegar-degar, sekali kena tegur salah cakap, malu je weh. Tapi entah macam mana boleh lak aku pun terminat sama. Hiuhiu. Terasa ala-ala macam sebahagian daripada perempuan gedix nak ngorat kawan lelaki...ekekeke. Start minat Piala Dunia tahun 2002. Masa tu form 4. Dan masa tulah rasanya Piala Dunia paling HOWT! Terhangat dipasaran. Mana-mana pergi semua bercerita pasal Piala Dunia. Mana-mana jalan semua bercerita tentang gelecek, sepakan sudut, sepakan penalti, sepakan percuma, kad merah, kad kuning, tanduk bola, offside, rembat, pemain berada pada posisi outside & so on la. 

Oh yang paling suka pasal bola sepak, pemain dia hensem-hensem... :p Jujur weh aku cakap, memang masa sekolah dulu minat bola sebab pemain dia. Siap aim lagi. Korea Selatan ada Ahn Jung Hwan (masa tu Park Ji Sung tak wujud lagi kot lagipun dia tak hensem..ngaa). Memang minat tahap gabanlah ngan mamat nih. Dah habis game, tau-tau dia dah kawen, dah ada anak. Anak dia baby lagi kot masa tu. Sadis! Ehehe. Pastu usha Jerman lak. Hah, jumpa! Miroslav Klose. Mamat ni main memang best tak ingat la. Hero lah kiranya dalam pasukan Jerman tu. Pastu Jepun pun ada gak Hidetoshi Nakata. Best gak mamat ni. Tapi sekarang dah pencen dah (tak sure pencen Piala Dunia atau pencen pasukan bola) tapi memang hensem + terror. 

Lama-lama tengok bola, dah tak tengok rupa pemain dah, tengok corak permainan dorang lak. Ada je yang hensem tapi main ala-ala sengals <- amboiii..mengutuk bukan men lagi ek. Cuba test try main tengok..sepak pun entah-entah belum tentu pass...Huhu. Dan yang pasti tahun tu Brazil menang lawan dengan Jerman, 2-0. Gilo semangat aku tengok perlawanan tu. Actually nak Jerman menang tapi dah tau dah Brazil lagi kuat sebab ada Ronaldo & Ronaldinho. Pape pun tahun ni kita tengok siapa lak yang menang. Rasa-rasa yang dapat masuk final macam Argentina vs Brazil jek...Jeng jeng jeng...Wait n see. Aku ni kan suka memandai.. Hahah. Pape pun boleh terjadi di saat-saat akhir.


Ahn Jung Hwan 
 
Miroslav Klose


Hidetoshi Nakata

Okeh, yang ni new hero lak. My ummi said muka dia macam muka kitorang punya sepupu merangkap adik beradik susu <- xleh kahwin lah maksudnya. Dan mamat tu mula perahsantan..cesss

 Gonzalo Higuain + Anas = sama ke? huhu
 

Ikut via FB