Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]
Memaparkan catatan dengan label Spontan je. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Spontan je. Papar semua catatan

Ahad, 6 Januari 2013

Sahabat




Dalam setiap waktu kita selalu berlarian bersama
Berlari dengan lincah tuk warnai hari & mengukir segala kenangan
Sahabat… kaulah pijar cahaya disetiap sudut hati
Kau beri candamu saat ku resah
Kau beri senyummu saat ku gelisah
Kau selalu ada saat ku tak berdaya
Kaulah ciptaan Tuhan yang paling sempurna
Meskipun jarak telah memisahkan kita
Namun tidak untuk PERSAHABATAN ini
PERSAHABATAN ini kan tetap terjalin & tak akan pernah bisa terpisahkan…


Karena hati kita… 


diri kita… 

nyawa kita…

Tlah terikat pada satu jalinan…

Disini… ku selalu merindukan kalian…
Dimanapun kalian berada…
Dan engkaulah SAHABAT KU UNTUK SELAMANYA….


-unknown-

Isnin, 29 Oktober 2012

♥ sarangbi ♥


Siapa yang minat drama Korea, mesti tahu ini cerita apa.
Aku suka dengan drama ni sebab ada screen shot yang menarik sangat-sangat!
Dah lama tak nampak drama yang ada screen shot + sinematografi yang hebat macam ni.
Last tengok pun masa Winter Sonata & Autumn In My Heart glemer kat tv dulu.
Dan bila aku search drama wiki, rupanya yang buat drama ni orang yang sama buat dua-dua drama glemer tu. Patutlaaa..
Tapi aku tak syor kan untuk orang yang baik-baik tonton filem ni sebab ada babak yang over the heck! Kaum kedua yang mahu mencontohi barat ialah orang Korea. Kena akui. Moga Malaysia tidak jadi kaum keempat yang terpengaruh dengan budaya barat. (Kaum ketiga ialah India).

Nah, aku share screen shot yang buatkan aku rasa terkedu, terkesima, terpesona, terpedaya dengan keindahan doniaaa... huhu

" Kalau kat sini macam ni, aku tak tahu syurga macam mana." - Pasport Ekspres

















Subhanallah... diamond snow yg cantik sangat~ Aku tak sure sama ada ianya diedit @ tak tapi tetap cantik..















Kolam air panas, yang berasap tu wap dari kolam tu














Ni part Ha Na nangis tapi aku sebenarnya suka dengan suasana kat jambatan ni. Cantikkk..











Haa cantik tak? Cantik tak? Ni antara pemandangan yang aku suka la..
Rumah dia comel sangat-sangat. Rasa macam suatu hari nanti nak je ada rumah comel gitewww.
Sarangbi sebutan Korea-nya kalau sebutan Inggeris disebut Love Rain.
Kalau Melayu, Cinta Hujan? Ke.. Hujan Cinta? Peewit!!
Dan salji tu membuatkan aku nampak semuanya suci... fuhhh

*walaupun kisah teruna & dara itu tidak sesuci salji itu..*

Rabu, 10 Oktober 2012

Wordless Wednesday #16 - Sore Eyes 5 Days MC


Dah malam. Aku tahu. Sepatutnya dah tidur ni sebab besok banyak kerja menunggu tapi entah macam mana boleh pulak terlayan video-video ni.
Serius lawak.

Sore Eyes Nora Danish

Sore Eyes Wawa Zainal

Sore Eyes Lisa Surihani

Anggaplah hiburan je semua ini. Aku tak tengok pun yang ori punya. Tak sanggup! Hahaha. Tengok Lisa punya parody pun dah rasa macam nak lempang, apatah lagi yang ori. Ops! Haha



Ahad, 29 Julai 2012

Sketsa Ramadhan 1433H

Rasanya tak terlewat kot untuk aku ucapkan Salam Ramadhan 1433H. Hari ni dah 9 Ramadhan dah..
Lama tak update blog ni. Tsk tsk T__T bukan tak nak update tapi takde masa. Ni pun curi-curi je masa. Huwaaa...

Oklah, sebab malas nak fikir ayat dan nak cipta cerita yang berlaku, aku nak share gambar-gambar jela. Gambar ni aku cilok di FB je. Himpunan gelagat ketika puasa :D





Jangan ponteng puasa haaa... Allah marah!

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”  [2:183] 

Sabtu, 23 Jun 2012

Aku Mahu Berubah!



Mood tengah gembira gila!
Ni aku start menaip ketika masa rehat separuh masa perlawanan Euro 2012 suku akhir antara pasukan kegemaranku Germany vs Greece. Keputusan perlawanan separuh masa pertama? 1 - 0! Hooray!


Eh, ni bukan nak cerita pasal bola la... termelalut sebentar (seperti biasa. ehem)


Ni nak cerita tentang kita. Ya, kita semua ni.
Semua mahu berubah. Hari-hari dekat facebook tu akan ternampak status yang di-update/ di-share menyatakan yang kamu mahu berubah. Berubah kepada yang lebih baik.
Tadi pun tengok rancangan talk show kat tv pun seorang artis seksi tu cakap perkara yang sama. Mahu berubah jadi baik, mahu jadi lebih baik, mahukan yang terbaik dalam hidup.
Tapi yang buat aku tak faham, kau mahu berubah tapi aku tak nampak pun kau cuba untuk berubah.
Apa maksud kata-kata mahu berubah tu? Mahu tunggu perubahan itu datang sendirikah?


Ya, aku bukanlah orang yang baik untuk bercakap pasal ni. Bukan juga orang yang layak.
Tapi aku juga mahu berubah seperti orang lain & aku rasa (aku jela rasa, kau memang tak dapat rasalah apa yang aku rasa kan?), aku sedang 'bergerak' ke arah perubahan tu. Aku bukan jenis yang kata, " aku mahu berubah!" tapi aku masih duduk sahaja seperti menunggu bulan yang tidak akan jatuh ke riba. Aku bukan manusia yang macam tu sebab aku tak suka orang yang macam tu maka aku takkan biarkan diriku bersikap begitu.


Mahukan perubahan untuk menjadi good/better muslim/muslimah, sila bergerak! Jangan duduk dan sekadar berkata-kata atau sekadar post kata-kata sahaja. Bertindaklah! Kalau duduk aje, sila jangan berangan perubahan tu akan datang terkedek-kedek kat kau! Memang taklah!


Memanglah orang akan kata macam-macam, seperti "bajet alim", "ahli syurgalah sangat", "nak tarik perhatian kaum adamlah tu!" tapi hanya kita dan Allah je yang tahu perubahan yang kita lakukan kerana apa. Yang tanggung kepanasan api neraka tu diri kita, bukan diri mereka sebab mereka dah kebal untuk tanggung kepanasan tu, mungkin! Dan berubahlah kerana Allah. Sebab Dia yang Maha Menilai. Tak payahlah kau berubah kerana manusia sangat, bimbang nanti apabila orang tu tak perlukan kau lagi, kau berubah kepada asal atau menjadi semakin buruk.  





Suka untuk aku kongsi kata-kata ini;
Bila bercakap soal jodoh, ramai memilih untuk berusaha keras mencari walaupun sedar hakikat jodoh sudah ditentukan.  
Tapi bila bercakap soal hidayah,ramai pula memilih untuk menunggu biarpun sedar hakikat hidayah itu perlu dicari


Sama-samalah kita mencari hidayah tu, aku pun sedang mencari dan masih mencari sebab aku juga yakin dengan kata-kata tu, hidayah perlu dicari! Jangan kau cari orang bernama Hidayah pulak, tapi kalau Hidayah tu baik, baguslah ^^ 
Orang nak kata apa, biarkan mereka dengan kata-kata mereka sebab nak ke arah kebaikan tu bukan mudah, payah! 


Pesan Imam Ibnul Jauzi; "Jangan sesekali kau menganggap jalan (merubah diri ke arah kebaikan) itu mudah. Jalan itu dipenuhi sesuatu yang kita benci, banyak halangan, dan penuh dengan duri-duri tajam yang membuatkan kita sakit". 
Aku pun kadang-kadang tersadung dalam melangkah, tergelincir ketika berjalan, berputus harap ketika mencari. 


Dan moga aku dan kamu yang mahukan perubahan tetap istiqomah. Teruskanlah pencarian tu. Andai jatuh, jangan mengalah untuk bangun. Dan tolong JANGAN hanya bercakap nak berubah je! Bergeraklah, walaupun pergerakan tu sedikit, mungkin ianya akan memberi kesan yang besar di kemudian hari. Insyaallah...


Bagi aku, mencari hidayah tu lebih penting daripada mencari jodoh yang entah siapa-siapa tu. Huhu


Oh, by the way aku nak tegur lagi satu perkara. Pasal share satu status kat facebook niu. Dah macam trend dah aku tengok status ni;
Saya cuma mau mengingatkan bahawa esok sudah masuk bulan Syaaban dan mlm Nifsu Syaaban jatuhnya pada 5 july mlm Jumaat (tutupnya buku amalan). Jadi sebelum terlambat saya ingin minta maaf kalau ada salah yang di sengaja dan tidak sengaja :) kerana NABI MUHAMAD SAW b'sabda: barang siapa yg mengingatkn kedatangn bulan ini, HARAM API NERAKA bagi nya

Ok, baca pun aku dah tahu point mereka-mereka ni post ayat ni. Semuanya kerana ayat "HARAM API NERAKA baginya" tu... tapi kalau kau post, solat kau tak buat, puasa pun tunggang langgang, kau ingat terhindar ke daripada api neraka? Tak pahamlah dengan orang-orang macam ni! Ya Allah, berilah kami hidayah dari-Mu! 
Bukan nak kata tak bagus, bagus peringatan ni tapi masalahnya yang pertama, yang aku cakap tulah, masalah keduanya, 1 syaaban jatuh pada hari Khamis lepas bukan hari Jumaat (semalam) kenapa perlu ada perkataan "esok" tu? Nampak sangat post secara membuta tuli. Sabo jelaaaa...

Oklah, sebelum aku melalut entah ke mana-mana, baik aku undur diri. Mahu bergembira dengan perlawanan tadi. Perlawanan tamat dengan keputusan Germany menang! 4-2! Gumbiranyaaaa... what a wonderful day... ahaks!

Yang buruk itu semua daripada kelemahan diriku sendiri.


Ahad, 13 Mei 2012

Kita tak pernah tahu & takkan pernah tahu...






Belum tentu, kita berkopiah, bertudung labuh, dengar kuliah di surau masjid, solat dhuha tak tinggal dijamin ahli syurga.


Dan belum tentu orang yang lagha, kaki karaoke, mat minah Kpop itu selamanya menjadi orang yang sia2 perbuatannya. 


Hari ini dia mungkin tidak bertudung, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya...

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut, esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya...

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena...

Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu. Tugas kita bukan me'neraka'kan orang. Tetapi...mengajak manusia ke jalanNYA dan saling doa mendoakan....



Allah kalau nak swap hati seseorang, BAIK -> BURUK, BURUK->BAIK sekelip mata boleh berlaku. Rasulullah sendiri sering berdoa: 


“Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agama-Mu”. Nabi Muhammad SAW yang guaranteed oleh Allah SWT syurga itu pun berdoa ditetapkan hatinya, ape lagi kita yang 'cap ayam' ni kalau tak mohon pada Allah ditetapkan hati ini..


"Jangan HINA permulaan seseorang..kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhiran nya..."



Jumaat, 27 April 2012

Kelu


Rasa macam lama sangat tak update blog. Bizi dengan duniawi (ayat cop SIRIM). Ni pun terbangang-bangang seketika tengok blog pun dah nak sedarah sedaging dengan bukuwajah, habis diubah semua. Terkulat-kulat gak tadi ni nak cari butang 'pos baru'.

Minggu ni, macam-macam perkara yang terjadi. Banyak sangat! Sampai kelu untuk diceritakan dalam ni.
Ada gembira, sedih, takut, terkejut, berdebar, ketawa berdekah-dekah, sakit hati, tak percaya, senyum sokmo, dan macam-macam lagilah! Complete! Semua perasaan tu datang dalam tempoh 7 hari ni. Sweet kan? Kau hado?

Tapi pengajaran paaaling berharga yang dapat aku kongsi hari ni; kalau kita rasa hidup kita susah, cubalah buka mata, buka hati, cari kawan baru, insyaallah kita akan dapati ada manusia lebih susah daripada kita :'( dan 'curi'lah sedikit ketabahan dia... 
Kisah yang Ija ceritakan tengah hari tadi buat aku hampir menitiskan airmata... 


gambar tiada motif
Kepada yang sudah selamat & bakal mendirikan rumah tangga, bakallahu lakuma, wa baroka 'alaikuma, wa jama'a baina kuma fil khair aku ucapkan. Moga Allah pelihara rumah tangga yang dibina itu dengan mawaddah wa rahmah.

Stress buat cheongsam dalam tempoh 4 hari ni masih belum hilang... nampak simple je tapi tak sangka complicated kemain -__-" tapi nasib baik mampu melakukan perkara yang tak pernah dilakukan dengan jayanya (jayalah sangat~) 

p/s: yang penting, biar apa pun perasaan yang melanda, harus tenangkan diri dengan berpesta bersama buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012! Yeayyyyy! 

Sabtu, 31 Mac 2012

Paras rupa.



"Yang kau sedih ni kenapa? Kena kacau dengan lelaki pun sedih kemain." Tegur dia, seperti jengkel dengan sikap aku.


Aku tak membalas, kesedihan berterusan.. tak suka betullah bila kena ngurat dengan lelaki yang tak dikenali (kalau dikenali ok la sebab dia mesti bergurau... ngaa) atau ada yang mahu berkenalan. Dah memang tak pandai untuk menerima orang yang hati ni tak boleh terima. Nak buat cemana?


"I tell you 'ya.. kalau ada orang lelaki pandang, mengurat, tegur, dan senyum pada kau sampai ke telinga, itu maknanya kau ada rupa, kau cantik. Kalau kau takde rupa, takde orang pandang, orang nak ngorat pun belum tentu, memuja apatah lagi," dia menerangkan.


Aku menjeling. Meluat dengan kenyataan yang terlahir dari bibir dia, "payahlah kalau orang nak pandang sebab ada rupa je... what the? Ingat rupa segala-galanya ke?"


"Hah, lain kali letaklah lagi gambar cun-cun dalam FB tu!" suara dia mula meninggi.


Ok, sweet... gambar dalam FB pula yang harus dipersalahkan.. -__-" bukan aku letak gambar seksi, dedah aurat sana sini, dan posing maut pun.. itu pun, dua-tiga album je publish yang lain di khas kan untuk kawan perempuan & saudara-mara je.. haila.. sabar jelah~







Suka sangat tengok muka ada rupa yang cantik kan? Nah! Sila tatap gambar ni sampai muntah!


p/s: tak faham kenapa perlu ada blogger perempuan yang memakai tudung boleh membuat entri berbentuk lucah dalam blog dia. Motif? Kalau nak kejar glemer banyak lagi cara yang lebih santun. Benda-benda ni sampai mati nanti orang akan baca, tahu? << sekadar teguran.

Selasa, 13 Mac 2012

Seindah Nama mu...





Benar, antara banyak-banyak negeri di Malaysia, Kelantan adalah salah satu destinasi yang aku ingin ziarah.
Sebelum ni, banyak yang aku dengar tentang Kelantan, tentang syariat terutamanya yang membuatkan aku kagum amat dengan Kelantan. Ironinya, kisah-kisah yang aku dengar tentang Kelantan kesemuanya bukan daripada penduduknya (sebab penduduknya lebih mengagungkan Kuala Lumpur -__-')


Entah ya, kalau aku jadi warga Kelantan sumpah aku akan bangga dengan undang-undang Islam yang diamalkan. Semua diwajibkan menutup aurat. Bagus gila! Tapi kat sini (di Kuala Lumpur/pinggiran Selangor), seperti diejek-ejek sahaja bila ada warganya yang menutup aurat. Jadi nak tutup aurat dengan sempurna pun dah rasa seperti terpaksa. 
Sangat menyakitkan hati bila ada yang memerli;
" Alimnya Kakak..."
" Aih, baru balik Haji ke?"
Atau;
" Eloklah kau ni jadi warga Kelantan, sesuai sangat!"


Belum lagi menutup aurat secara menyeluruh, dah kena booo macam tu. Memang tak laratlah (bukan tak larat untuk tutup aurat tapi tak larat merasa sakit di hati).


Papan iklan yang saaaaangat santun!


Pernah gak terfikir kalaulah seluruh negeri di Malaysia mengamalkan seperti yang Kelantan amalkan, alangkah indahnya hidup. Bukan hidup di dunia sahaja malah di akhirat, insyaallah. 
Cuma satu, aku tak gemar sangat bila dapat tahu malam di Kelantan tak hidup seperti di sini sebab aku ni jenis kalau keluar jumpa kawan-kawan di sekitar Kuala Lumpur, akan pulang pada malam hari. Agak ngerilah kan bila balik malam-malam macam tu suasananya sunyi tidak berpenghuni... Wuuwuwu.

Kepada warga Kelantan, bersyukurlah anda kerana dilahirkan dalam negeri yang pemerintahnya seorang ulama'. Bersyukurlah juga kerana negeri anda tidak seperti negeri-negeri yang lain. Sekurang-kurangnya anda bebas untuk menutup aurat dengan sempurna tanpa dicaci mahupun diperli. Dan sayangilah negeri anda dan pemerintah anda kerana ciri-ciri seorang pemimpin yang baik ialah pemimpin yang menghormati perintah agama dan menyeru rakyatnya untuk hidup dalam keadaan yang beragama. BIarkan orang mencemuh didunia asalkan Tuhan tak mencemuh kita di alam kekali abadi...
Takde dah pemimpin macam Tuan Guru tu kat dunia yang penuh pancaroba ini :')

Ops! Ini bukan entri tentang politik. Bercerita tentang negeri yang dinaungi oleh PAS, bukanlah bermakna kalian boleh membuat spekulasi bahawa si penulis entri ini atau si pembaca sajak itu pengikut PAS. Selama ni aku tak ambil kisah pun bila ada yang *menuduh aku pengikut PAS/PKR + anti UMNO. Terutama bila ada yang menyindir secara sembunyi bila tahu aku sering mengikuti ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI). Beberapa kali aku pergi dengar ceramah UAI secara live, aku tak pernah dengar lagi UAI berceramah tentang politik! Melainkan tentang hukum dan perkara-perkara fardhu 'ain sahaja.
Dan aku tak pernah menyatakan yang aku undi si fulan atau si fulan, yang aku tahu aku terima persepsi begitu sebab aku sering post sesuatu yang agak islamik. Aik, maknanya memang orang UMNO takde yang Islam-lah ye? Islam pada kad pengenalan sahaja, begitu? Jadi, memang benarlah alim dan warak itu hanya terdapat pada orang-orang PAS? Kerana anda (orang UMNO) yang mengandaikan sedemikian, maka demikianlah juga ianya berlaku :) Dah tu, bila orang-orang PAS mula timbul riak kerana pujian itu, di marah-marah pula. Asal? Tak waras? Hahaha. Whatever.




* = melemparkan kata-kata tanpa bukti.


















Jumaat, 2 Mac 2012

Kawan Biasa vs Kawan Sejati


Tidaklah aku nak kata kawan FB aku semuanya SEJATI, cuma sebab setiap kali aku update status/share sesuatu mesti ada yang like, ada yang komen padahal jumlahnya lebih sikit berbanding di blog. Tu maknanya mereka suka nak ambil tahu tentang kita, kan?
Tapi kawan di blog?... Photobucket Erm... entahlah. Motif follow pun aku tak tahu...

Apa pun nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada silent readers, i know u'll read this entry. Thanks a lot! *hugs!* Photobucket Mmmuah mmuah! :) 

Dan aku tahu kebanyakannya member-member FB gak.. hee.

Nak iklan jap, setiap gambar yang kita komen di FB akan keluar di Homepage kawan-kawan FB kita juga, jadi berhati-hatilah dalam memberi komen pada gambar. Geli gila bila tengok kawan lelaki komen gambar orang puang tak tutup aurat. Kalau komen sebab nak menegur takpe, ni komen sebab nak memuji. Motif? Lagi kau komen, lagi dia suka nak upload gambar-gambar seksi seksa macam tu, kang tak pasal-pasal kau pun dapat dosa sekali.

Sabtu, 25 Februari 2012

its all about WoRds!

“Tears are WoRds the heart can't express”

“Love is just a WoRd until someone comes along and gives it meaning.”


“One of the hardest things in life is having WoRds in your heart that you can't utter.”
 James Earl Jones

“Watch your thoughts, for they become WoRds.
Watch your words, for they become actions.
Watch your actions, for they become habits.
Watch your habits, for they become character.
Watch your character, for it becomes your destiny.
”

“Love is shown in your deeds, not in your WoRds”
 Fr. Jerome Cummings

“WoRds divide us, actions unite us”
slogan of the Tupamaros

“If every WoRd I said could make you laugh, I'd talk forever...”

“WoRds are only painted fire; a look is the fire itself”
 Mark Twain

“In prayer it is better to have a heart without WoRds than WoRds without a heart.”
 Mahatma Gandhi

“WoRds are the voice of the heart”
 Confucius

“A bad WoRd whispered will echo a hundred miles”
 Chinese Proverbs

“Anger repressed can poison a relationship as surely as the cruelest WoRds”
 Dr. Joyce Brothers

“WoRds can make a deeper scar than silence can heal”

“WoRds can hurt more than a punch to the face”


“Sometimes when I'm talking, my words can't keep up with my thoughts. I wonder why we think faster than we speak. Probably so we can think twice”

“Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata-katamu meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau itu. 
Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu akan meminta maaf, luka itu akan tetap ada. Dan, luka karena kata-kata adalah sama buruknya dengan luka fisik ” 
~ Irfan Toni Herlambang





Ahad, 12 Februari 2012

Bermain sambil bersenam



Masuk hari ni baru 2 kali aku dan Ipah bermain badminton di halaman rumah.
Kerisauan tentang penyakit berkaitan jantung dan kolestrol mula membimbangkan aku.
Ya, tak dinafikan berat badan aku makin naik, makin bertambah. Mungkin hidup terlalu bahagia kot.. (ops! ada orang pesan kalau kita bahagia, dilarang untuk diuar-uarkan.. tapi lebih baik bercerita tentang kebahagiaan berbanding penderitaan, kan? Kihkih. Ok, whatever!)


Dah terlalu lama tak bersenam (ada hampir 3 tahun kot. Erk!), jadi kelmarin adalah permulaannya.
Bukan sebab nak kurus walaupun tu mungkin andaian pertama orang. Tapi paling menakutkan aku kalau aku mati kerana sakit sebab tak jaga pemakanan sedangkan jasad kita ni ada amanah yang Allah suruh jaga. Lagipun Tika selalu cerita kat aku pasal kesihatan.
Aku orangnya suka makan, tapi makan bukanlah dalam kuantiti yang banyak, sikit-sikit tapi banyak jenis. Haaa kau, betapa bahaya ke tidaknya pola makanan aku tu. Dahlah tak pernah check kadar kolestrol dalam darah. Mesti ngeri! 
Lepas tu ada pula cerita ada orang tu tak pernah bersenam, tak suka pun nak keluarkan peluh ke apa, tapi badan maintain kuruih gitu. Alih-alih bila buat check up tahu-tahu ada masalah jantung disebabkan kolestrol. Ngaaa..

“Sesungguhnya Rabbmu punya hak atas dirimu, badanmu punya hak atas dirimu, dan keluargamu punya hak atas dirimu. Maka berikanlah kepada setiap pihak haknya masing-masing.” (HR Bukhari)



Nak berjongging aku memang tak minat jogging walaupun jogging tu lebih baik (kot) jadi aku lebih suka pilih bermain badminton selama 1jam. Kadang-kadang kurang daripada tu. Awal-awal main hari tu ok la juga cuma rasa letih kemain. Hari ni ok sikitlah. Rasanya kalau main seminggu, ok kot semuanya.


Jadi untuk kawan-kawan semua, jom amalkan cara hidup sihat. Mari bersenam! Kalau tak bersenam pun, asalkan dalam sehari tu ada jugalah keluarkan peluh ^_^ Bahaya tau tak jaga kesihatan! *wahh semangat kau, padahal baru juga timbul kesedaran.. kui3*

yeahh ini dia badan orang gila gi gym!


Khamis, 19 Januari 2012

Permulaan 2012 yang [dot] [dot] [dot]



Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah, ini kali pertama (selepas peristiwa aku menukar link blog daripada ohbulan3rejab ke waleedahyaya) aku berasa sangat gembira untuk update blog ni tanpa ada rasa yang tak best.


Sebab...


sebab...


sebab...


blog ni dah aku set up kan untuk orang-orang tertentu je yang boleh baca! Yeayyy!
Sebenarnya nak invite SEMUA followers tapi sayangnya aku tak tahu emel diorang, kalau add pun entah-entah diorang tak sudi pun nak approve.. :( huhu.
Tapi tak kisahlah, yang penting aku rasa sangat SELAMAT (buat masa ni jela).


Mula-mula, aku rasa macam nak transform je header blog ni. Tapi nanti dululah, belum ada masa yang sesuai.


Alhamdulillah tahun ni ramai kawan-kawan aku yang akan mengakhiri zaman bujang mereka. Syukur...
Aku gembira untuk mereka kerana merekalah kebahagiaan ku :)


Lagi? Owh... kisah pahit 2011, aku dah mula tinggalkan sedikit demi sedikit. Apabila aku mengharap orang tu meminta maaf padaku atas kesalahan yang dah dia lakukan, dan kemudian dia meminta maaf tetapi merayu agar aku menerimanya kembali, maaf, aku tak boleh terima. Orang macam tu memang TAK LAYAK untuk dibuat kawan. 
Kepada Pijud, inilah salah satu punca aku private-kan blog aku. Ini pun dah ada seorang follower yang unfollow, mungkin sebab dia buka blog aku kemudian link takde, tu yang dia unfollow. It's ok :) Mungkin lepas ni ramai lagi yang akan unfollow kot.. Takpelah, biar jela yang rapat yang perlu mengenali siapa aku, yang tak rapat, tak perlu pun takpe. Takde kepentingan kowttt :D


Hari ni baru 19 Januari, tak sampai pun sebulan tahun 2012 berlalu dah nampak dah bahawa dunia ni betul-betul dah nak kiamat. Omagad!
Yelah, macam-macam peristiwa yang menyedihkan, menggerunkan, mengerikan, memalukan, yang berlaku depan mata. Aigoo.. Moga Allah tabahkan hati kami dan hati mereka. Ameen


wajah awal tahun 2012 ^_^


Tika sekarang ni menumpang di rumah aku (sampai raya cina) sebab dia dapat posting di SMK Sg Pusu, Gombak. Jadi nak tak nak, dia terpaksalah juga datang ke sini dalam keadaan emergency. Kesian tengok dia... dari Sabah terpaksa tergesa-gesa ke mari. Macam-macamlah masalah yang dia hadapi.
Lepas raya Cina ni alhamdulillah dia dah dapat tempat penginapan yang sangat dekat dengan sekolah.
Korang doakan jelah yang terbaik untuk dia k.
Malam tadi kitorang tak tidur, ralit berborak (berbicara tentang masalah globalisasi *cet!*) sampai tak sedar jam dah hampir menunjuk ke angka 5 PAGI! Gile betulll... keh3. 
Tapi dah biasa. Asal jumpa je, ada je kisah nak dikongsi.


Okla, masa dah suntuk ni.
Ada masa nanti ingatkan nak update gambar pergi makan-makan kat Sungai Besar, sampai aku amat peghak lah juga bila nampak sawah... woot woot ;)

Sabtu, 7 Januari 2012

Selamat Ulangtahun!


Assalamualaikum...

Lama dah rasanya tak hapdet apa-apa dalam ni. Lama lah kan... dah setahun. Last update pun 2011 what... kui3.
Ni pun rasa macam sedikit terpaksa update sebab hari ni ulangtahun ke-2 blog saya beroperasi! Ohsem!
Ohsem walaupun blog ni tak seglemer blog-blog yang lain.. Yang penting, aku tetap sayang kat blog ni. Tetap chenta sama dia *wink!*


Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru 2012 Masihi.
Tahun ni aku cuma sambung je azam tahun 2011 yang belum tertunai.
Tapi banyak sebenarnya yang dah tertunai. Alhamdulillah~
Cuma tahun 2011 bukanlah tahun terbaik buat aku..
Tahun yang terbaik ialah tahun 2010, tahun yang saaaangat ohsem!
Pergi Sabah, pertama kali naik flight yang baru ku tahu rupanya tak best langsung tuh! Kemudian bercuti di Pangkor bersama kawan-kawan dari UPM. Dan banyaklah yang manisnya tahun 2010 tu.
Tapi tahun 2011 pun bukanlah tahun yang paling teruk.
Sebab tahun yang paling teruk ialah tahun 2008. Aku akan kenang sampai akhir hayat apa yang telah terjadi pada tahun tu. Tahun yang buat aku buka mata siapa sebenarnya syaitan yang bertopengkan manusia.

Apa-apa pun life must go on~
Pahit macam mana pun kenangan, manis macam mana pun kenangan, ianya tetap akan berlalu dan takkan terulang lagi... sob sob sob...

Semoga tahun ni akan membawa seribu kenangan manis untuk aku simpan, dan pengajaran untuk aku kutip dan semat di dalam hati, sebagai penunjuk arah menuju kebaikan... Ameen...

Budak demok ni pun hari ni genap berumur 9 bulan!


Ikut via FB