Tekan 'play' untuk dengar sajak mantap ini.
Unggun bersih
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
Puisi : A. Samad Said
Muzik : Az Samad
bangga wohh setepek muka aku kat depan. keh3 |
Agak-agak kalau pakai baju ni lagi ketika keluar rumah sebelum 9 Julai tiba, kena tangkap tak?
5 bicara tanpa suara:
woww. t'pesona ;)
me too :x
join gak ker.. ganas2...
pak samad said pu kene pnggil ke balai polis sbb puisi ni... demokrasi katenye...
@memoribeku memang taklah kan... i xminat politik ;)) cuma ttarik je ngn sajak ni sbb slama ni kte mmg berada di negara demokrasi yg sgt angkuh x(
agak mengejutkan, bila, A. Samad Said pun terlibat dengan program ni
My latest entry : Bersihkah BERSIH?
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)