Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Jumaat, 24 Jun 2011

Jodoh.



Cerita tentang jodoh adalah cerita yang aku tak berapa nak gemar.
Tak tahu kenapa. Mungkin kerana pernah berharap tetapi harapan itu punah menjadi debu-debu yang berterbangan membuatkan aku tak suka bercakap tentang jodoh, tentang perkahwinan.
Yang peliknya, kalau ada saudara-mara, sahabat-handai yang melangsungkan perkahwinan, akulah orang yang paling teruja.
Sungguh! Aku gembira kerana mereka jumpa dengan seseorang yang memang ditakdirkan untuk mereka.
Sangat sweet~


Geledah bukuwajah, mencari kenalan-kenalan lama dan melihat mereka sudah berkahwin dengan orang yang aku pun kenal juga membuatkan perasaan teruja itu berganda. 
Sehingga tercetus ayat, "Ya Allah, tak sangkanya akhirnya dia ni akan kahwin dengan dia ni!" Ketawa senang. Ya, urusan jodoh memang bukan urusan kita.


Tadi, melayan saluran TV Alhijrah, muncul Sami Yusuf dikaca televisyen dengan lagu kegemaranku (eh, bukan semua lagu dia ke aku suka? hee); Al Muallim.
Terus terpacul di mulut.
" Ummi, nak kahwin dengan dia ni."
" Dia belum kahwin ke? Entah-entah dah ada anak satu" Balas Ummi. Serius.
" Erm.. belum kot..." Balas aku pula. Mata masing-masing tertacap pada skrin televisyen yang memaparkan Sami Yusuf bersama anak-anak kecil yang menjadi makmum dibelakangnya. Owhh sweet-nya babak tu!
" Kalau betul nak, nanti Ummi contact dia." Balas Ummi lagi dengan nada serius. 


Aku pandang Aidz (abang aku) yang duduk agak jauh dari kami, sedang menghadap laptop. 
Aidz buat muka pelik pandang aku yang tengah tersengih. Dia angkat kening tanda tak mengerti dengan sengihan aku.


" Kau dengar tak? Ummi cakap dia nak contact Sami Yusuf untuk aku!" 
Hahahaha. 
Ketawa aku, Aidz, Ummi dan Aqilah bersatu.


Doa yang sweet juga :)

6 bicara tanpa suara:

Unknown berkata...

hihi..aku suke bace n dgr psl jodoh tp tak suke ckp psl jdoh sbb belum berjodoh! hahaha.. :)

Jujai's Fabulous Cakes berkata...

cettt hahaha

Unknown berkata...

biar jer la tuhan yang tentukan.

Fira hilwa berkata...

tapi org ckp kne usaha juga.. hmm ntah 8-}

AL AZRUL berkata...

wlu pun sya still bleh dkatakan bru msuk alm 20-an, tpi bila mom dgn dad tnya psal jdoh, sya just mmpu snyum, tk thu nk ckap apa... ye lah, calon yg kita suka, kdg2 tk smstinya itu jdoh kita, kita tk thu,.. kita just mrncg, Allah yg tntukan... still mnuggu sang pteri trun dri langit ke, ape ke...haha

Fira hilwa berkata...

@AL AZRUL klu mcm tu baik ckp tunggu bidadari syurga je :P :D

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB