" Jika kau berasa lelah dan tidak berdaya daripada usaha
yang dirasakan sia-sia,
Allah tahu betapa kuatnya engkau telah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama
dan hatimu masih terasa pedih,
Allah sudah menghitung airmata mu.
Jika kau fikir hidupmu seperti menunggu sesuatu
dan waktu seperti berlalu begitu sahaja,
Allah sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya
dan tidak tahu untuk berbuat apa lagi,
Allah punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal
dan kau berasa tertekan,
Allah dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
ketahuilah bahawa
Allah sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar
dan kau berasa ingin mengucap syukur,
Allah telah memberimu rahmatNya.
Ketika sesuatu yang indah terjadi
dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah sedang tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi
dan mimpi untuk digenapi,
Allah sudah membuka matamu
dan memanggilmu dengan namamu.
Ingatlah bahawa walau di mana pun kau berada
atau ke mana pun kau menghadap,
Allah subhanahu wa taala Maha Mengetahui dan Maha Mendengar "
Kita ini manusia yang lebih cintakan ciptaanNYA berbanding Pencipta ciptaan itu sendiri.
Kita mencintai kekasih hati lebih daripada mencintai DIA, mencintai harta lebih daripada mencintai DIA, dan lebih mencintai dunia yang sementara berbanding mencintai akhirat yang kekal abadi. Sadis!
"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia, tetapkanlah hati ini dengan agamaMu dan mengingatiMu. Ya Allah, bantulah diri ini yang lemah supaya selalu mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu dan memperbaiki amal ibadah kepadaMu.
Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya, di lidahku cahaya, di pendengaranku cahaya, di penglihatanku cahaya.
Jadikan di belakangku cahaya, di hadapanku cahaya, dari atasku cahaya, dan dari bawahku cahaya. Ya Allah berikan kepadaku cahaya...Ameen"
p/s: ketika aku menaip ini, Uzair baru tidur selepas menangis selama hampir 45 minit. Kembung perut. Kesian pula aku tengok. Kadang-kadang geram bila dia melalak-lalak gitu tapi sebenarnya sedih... sob sob sob.
4 bicara tanpa suara:
=) uzair anak akak ke?semoga sihat ye...
@al_hakim :) anak kepada kakak akak... alhamdulillah dia dah ok ;)
alhmdulillah. semoga uzair sihat2 selalu. (:
@cik azeya ameen... klu dia menangis, xlarat nk lyn tp kalau dia ketawa2 tu mmg sukaaa sgt nk gomol2 dia.. hehe
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)