Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Khamis, 23 Jun 2011

Maaf. Kemaafan. Memaafi.


Korang tahu tak macam mana aku boleh dapat topik-topik untuk aku tulis dalam blog ni?
Bergantung. Kadang-kadang masa tengah mandi dalam bilik air pun aku boleh terfikir,
time nak tidur pun boleh, time tengah pujuk-pujuk Uzair pun muncul juga idea yang kadang-kadang bernas dan kadang-kadang tak ni. Muehehe.


Jadi entah macam mana hari ni masa tengah gosok gigi tadi, aku terfikir pasal perkataan M-A-A-F ini.


Definisi maaf mengikut kamus hidup aku ialah apabila kita melakukan kesalahan pada seseorang individu atau kepada sesuatu organisasi (organisma pun boleh), tak kisahlah sama ada kesalahan itu besar atau kecil tapi kalau dah namanya kita ini yang lakukan kesalahan tu terlebih dahulu (cari pasallah senang cerita) kita di-WAJIB-kan 
untuk memohon kemaafan supaya kalau kau mati nanti nyawa kau takdelah liat nak keluar daripada jasad (OMA! Aku dah sebut pasal mati!)


Bagi orang macam aku ni, aku susah sikit nak lafaz perkataan maaf melainkan jika aku benar-benar bersalah, baru aku reti gunakan perkataan ni. Kalau aku tak salah tapi orang tunding-tunding jari, fitnah-fitnah dan tuduh-tuduh yang aku ni bersalah. Sori derr... gua tak layan.
Sampai bila-bila pun aku takkan minta maaf benda yang aku tak buat malah aku lagi suka berdoa (sebab doa orang-orang yang teraniaya selalunya dimakbulkan) hidup orang yang suka tunding jari, pemfitnah, penuduh dan yang suka cari pasal ni takkan aman sebab berperangai KEJI macam tu.
(Ek eh, tiba-tiba aku rasa aku ni jahat pulak! Kan lagi baik kalau orang buat jahat kat kau, kau buat baik kat orang. Biasalah, ego kena ada beb... kalau tak nanti senang je orang nak kencing kau... grr... dah selalu kena sampai dah tak larat untuk mengaku kalah T___T dan terbukti sunnah Nabi S.A.W yang satu ni susah benar aku nak ikut.. haila..)


Aku ni (adik-beradik kandung aku yang lain pun sama) jenis yang kalau orang tak cari pasal dengan aku, aku ok je. On je. Apadehal kan... Aku masih waras untuk nak cari pasal dengan orang.
Selalunya orang yang suka cari pasal secara tiba-tiba dengan orang ni dia ada sejenis penyakit jiwa.
Bila dah mula orang cari pasal dengan aku, ok, mula-mula aku sabar.
Tengok je sejauh mana dia boleh pergi.
Bila dah macam-macam hal yang dia buat, aku akan tegur tapi bergantung pada jenis orang jugalah.
Kalau orang tu jenis yang aku tegur pun memang tak faham bahasa, aku akan blah je.
Lepas tu tak payahlah gatal-gatal hidung tak mancung pipi tersorong-sorong cari aku konon rasa bersalah, konon aku ni yang salah faham dan sebagainya. Memang taklah aku nak layan.
Kalau aku buat macam tu (blah macam tu je) maknanya orang tu tak perlu nak minta maaf dekat aku, anggap je aku memang dah maafkan. Tapi kalau dia still 'jual' nama aku untuk tarik perhatian... hmm memang kau minta maaf dekat Tuhan lebih baik kottt. 
Tu pun aku dengar Tuhan takkan maafkan dosa manusia sesama manusia melainkan manusia yang dia dah buat salah tu maafkan dia. So paham-pahamlah maksud aku ni kan.


Memanglah kat dunia ni bermacam-macam jenis manusia kita akan jumpa.
Sebab itulah Allah suruh berta'aruf supaya saling kenal mengenali.
Yelah, kalau kau tak kenal dia, macam mana kau boleh tahu dia tu baik ke jahat, kan?
Macam mana kau boleh tahu dia tu betul-betul nak kawan dengan kau atau sekadar nak ambil kesempatan semata-mata, kan?

Aku sangat pelik dengan orang yang kerap sangat minta maaf ni mungkin kerana perangai aku bukan macam tu. Aku ni susah nak minta maaf tapi sekali aku minta maaf, itu tandanya aku akan cuba sedaya upaya untuk TIDAK MENGULANGI kesalahan yang sama pada masa akan datang.
Yang aku paling menyampah, bila buat salah kemudian minta maaf, bila dah maafkan, dia buat lagi dan lagi dan lagi kesalahan yang sama. Arghhh! Menjengkelkan ok!
Dan itulah bagi aku sejijik-jijik manusia sebab bagi dia perkataan maaf tu dah macam takde erti dalam kehidupan.
Simpati harus diberikan pada orang-orang yang macam tu.


Antara memaafkan dan memaafi.


Memaafkan itu maksudnya orang minta maaf pada kita, dan kita beri maaf pada orang.
Memaafi pula kita, kita yang minta maaf pada orang dan orang tu memaafkan kita. Saling memaafkan.


Antara dua maksud ini, aku lagi suka memaafi. Aku sendiri yang minta maaf dan aku akan pastikan orang tu betul-betul memaafkan aku, baru aku puas hati.
Baru rasa rahmat Allah berada di mana-mana. Betul. Tak percaya, kalau korang ada buat salah dekat orang, then korang minta maaf pada dia dan dia pun maafkan korang mesti hati korang berbunga-bunga je rasa. Besttt je hidup *sambil tarik nafas dan senyum*.


Tapi pernah je aku jumpa orang yang suka cari pasal dengan orang lain kemudian dengan angkuh berkata, " saya dah halalkan dah semua kesalahan dia pada saya" 
What the fuuu?? Apalah salahnya kalau cakap, "saya minta maaf kalau-kalau saya ada buat salah tapi saya dah maafkan dia." haaa kan lega orang yang dengar tu. Takdelah sia-sia je ayat what the fuuu tu kena setepek kat muka kau. Atoiii.


Dari situ je korang dah boleh nampak orang macam ni suka bawa kebaikan pada orang atau suka bawa 'penyakit' dalam hidup orang lain. Sebab seorang yang berhati mulia akan saling memaafi. Bukan dengan senang hati je meluahkan kata yang macam tu.
Kalau korang jumpa orang yang jenis macam tu, janganlah korang jadikan dia kawan.
Takut dengan korang-korang sekali dia 'makan'... Muahaha.


Jadi hari ini, kalau korang ada buat salah pada sesiapa dan korang rasa kesalahan tu korang takkan ulangi lagi dikemudian hari, silalah minta maaf.
Kot esok lusa Tuhan jemput kita, kan dah tak sempat nak minta maaf. (ok cakap pasal mati lagi)


Dan hari ni aku nak minta maaf pada semua orang yang pernah terasa dengan aku, yang jealous dengan aku (yang ni aku yakin ada.. kehkeh). Dan apa-apa ajelah yang memang aku tak terniat pun untuk buatkan kalian terasa hati. Kalau ada pun mungkin sebab kalian pun ada buat sesuatu yang benar-benar melukakan hati aku... Hoho. Pedendam rupanya aku ni. 


Allah Maha Mengetahui segala sesuatu...



6 bicara tanpa suara:

Fadzlin Basir berkata...

nice entry..susah betul nak ucap maaf kan>>??hihi

Fira hilwa berkata...

@LemonSusu Skyjuice :)jgn biasakn dri dgn ucapan ni sbb tkt 1ari nti bnd 2 dh xde mkna dh pd org len.. bhya tu..

Yatt S. berkata...

saya hanya minta maaf kalau rasa betul-betul buat salah je. bukan sebab nak ambil hati orang lain or whatever.

Berganti Hati

A.I berkata...

memang payah nak cakap maaf.
sory ok sikit.

tapi kdg2 depends ah kalo aku ada masalah dengan org yang bermasalah gak, aku cakap je la sorry. malas nak panjang2.


benda paling ssuah dalam dunia cakap maap kot.

Unknown berkata...

aku banyak dapt idea bila bersembang dengan orang lain.

Tanpa Nama berkata...

harus saling memaafi antara satu sama lain

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB