Pagi tadi teringin nak makan french fries. Homemade!
Masa nak potong kentang tu, tercari-cari juga pisau yang aku suka guna tu.
Tak jumpa.
Guna ajelah pisau yang ada.
Pisau yang tak best.
Habis kentang aku senget-benget... Grr.
Hilang sabar, terus aku campak pisau tu dalam singki
(sila bayangkan aku mencampak bukan melontar sebab mencampak itu lebih kejam bunyinya.. ngehngeh). Dahlah beberapa kali dia hampir mengena jariku.
Nak cari pasallah tu...
"Ummi, mana pisau yang hulu dia besi tu?"
"Ada kat atas meja tu."
Yes! Jumpa pisau kegemaran!
Dengan selamba dan steady-nya aku memotong kentang yang tinggal sikit je lagi tu.
Dan entah macam mana.
Zapp!
Ouchhh! Yeah... akhirnya terhiris jari sendiri oleh pisau kegemaran.
"Kah kah kah... padan muka. Itulah, kan dah kena tulah!" Berdekah-dekah pisau yang aku campak dalam singki mentertawakan aku yang hampir menangis.
"Tak guna punya pisau mata senget!" Tempelak aku pada pisau yang tersengih-sengih takde gigi dan bibir tu. Kalau ikutkan hati, mahu aje aku cincang-cincang dan bengkok-bengkokkan dia menjadi cangkuk kain baju. Ek eh, pisau lain yang makan jari kau, pisau lain yang kau hamburkan kemarahan eh.
Yelah, dah dia gelakkan aku, siapa suruh?!
Nak menangis sebab sakit.
Tapi rasanya sebab terkejut.
Tak sangka pisau kegemaran sanggup makan tuan... sob sob sob.
"Laa menangis? Sikit je tu. He he he." Ummi gelakkan aku. Sampai hati.
"Lain kali hati-hati. Pisau tu kan tajam..." Pesan ummi.
Terus pergi ruang depan. Kentang yang tinggal lagi 3 kali potong tu, aku tinggalkan diatas singki, di dapur.
Terus mengadu dekat Uzair.
"Aidid Uzair, tangan walidah kena pisau... Sakit... Tengok ni." Aku menunjuk ibu jari yang berdarah tu. Uzair yang baring dalam buaian terpinga-pinga pandang aku, kemudian dia gelak-gelak. Sama je macam ummi.
Cucu dan Jaddah memang sepesen. Hukhuk.
Uzair gelak |
Maka hari ni dengan rasminya aku menjadi minah saleh.
Makan guna sudu garfu. Perghh! Memang tak kenyanglah aku kalau tak dapat makan guna tangan.
Dan aku selalu lupa yang aku ni kidal.
Ya, panggilan kidal murtad lebih sesuai untuk aku.
Tangan kanan yang kena pisau, rasa macam tak boleh guna pula tangan kiri ni.
Makan suap guna sudu pun still tangan kanan yang berfungsi, tangan kiri tu aku buat ignore je.
Hahah... nak buat macam mana. Dari kecil di-paksa-ajar buat apa-apa WAJIB guna tangan kanan.
Termasuk makan guna sudu.
Tangan kiri guna untuk gunting kain, main, buat kerja berat, menulis dan yang sama waktu untuk penggunaan tangan kiri sahaja. Hohoho.
Sekian.
5 bicara tanpa suara:
laaa sikit jer tu...heeee
cerita pasal potong kentang jer rupanya. hehe
@Bigdaddyz itula psl... sedih sbb tkejut rsnya... hehe :P
@Ries Lee bknla... cte psl pisau. klu psl kentang msti bt tjuk kentang...kihkihkih ;))
nasib x putus.kalu putus x pasal2 nak kene cari kat half cut.hahha..
Entri terkini :sindrome BLACKBERRY
Watch my video song!!
uzair comel! hihi. seb baik kene sikit je. kalau kene semua jari, terus tale update blog tau. hee
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)