Amboiii senang hati nampak diriku hari ni. Ececece...
Ok-lah, aku mengaku hari ni aku gembira.
Gembira sangat! Rasa macam nak menari sambil bernyanyi lagu riang pula. Eceh!
Perkara pertama yang buat aku gembira ialah kawan sekolah lama aku; Manisa - datang rumah.
Konon nak tempah baju untuk mak dia je.
Aku bajet dia datang sekejap jelah, sekadar nak hantar baju je kan...
Diorang datang dalam pukul 3 petang tadi.
"Eh, ni anak akak kau tu eh?" Tanya dia padahal depan-depan mata dia akak aku tengah duduk sambil pangku Uzair.
"A'ah, cucu sulung tu... kau jangan main-main. Hahah." Ya, cucu sulunglah selalunya yang paaaaling disayangi, dikasihi, termasuk kadang-kadang itulah juga mangsa buli kena gomol anyonyonyo (pinjam ayat sweet Fatin Liyana) sampai menangis sebab kerimasan terlampau.
Siap pandai pula tu dia dukung Aidid Uzair. Boleh jadi mak dah tu... *lupa pula nak cakap macam ni kat dia*.
Sekali dah borak, melaut sampai ke mana-mana topik entah.
Mak dia borak dengan ummi aku, aku pula borak dengan dia.
Tak henti-henti. Ada je cerita. Kih kih kih.
Tiba-tiba terasa kembali ke zaman sekolah dulu.
Hadoiii lah... macam-macam cerita. Cerita 6,7 tahun lepas semua terungkit.
Benda yang aku tak tahu semua dia cerita dan aku dengar jelah.
Bak kata mak dia, "kalau dah namanya perempuan, semua nak dikisahkan." He he he.
Padahal Manisa dengan mak dia tu baru je pertama kali jumpa mak aku.
Sebelum ni, adik-beradik aku yang lain pernahlah dia jumpa sebab adik dia kawan dengan adik aku juga.
Tapi biasalah, ummi tu kan ramah... Sekali jumpa orang pun dia dah boleh masuk sampai aku dengan kakak selalu pesan-pesan pada ummi jangan terlalu bersangka baik sangat dengan orang, takut ada diantaranya tu gunting dalam lipatan.
Tadi aku tengok ummi borak dengan mak Manisa bukan main lagi tapi nampaklah mak aku memang kalah dengan mak Manisa sebab mak Manisa tu double lebih ramah daripada ummi aku. Seronok je dengar mak dia borak cerita pasal keluarga semua. Teringat kat Cik Zah - ummi Angah, ramah macam tu lah :)
Lama juga berborak sampai nak masuk asar baru diorang balik.
Best woohh borak-borak cerita pasal kawan-kawan sekolah.
Cerita pasal kahwin.
Ya, siap kena syarah lagi kitorang berdua dengan mak Manisa.
" Orang tua ni kalau boleh nak tengok anak-anak kahwin sebelum tutup mata. Sekurang-kurangnya kalau dah nampak depan mata, lega sikit anak tu dah kahwin," bebel mak dia.
"Entah, kau ni Manisa.. sian mak kau." Balas aku.
"Ek eh, aku pula. Bukan mak aku cakap kat kau ke?" Hahaha selamba je kan orang tua berpesan kitorang main-main macam tu? Habis, takkan nak jawab esok lusa akan kahwin?
Calon pun tak nampak batang hidung.
Cuma yang paaaling aku takut dan selalu aku berdoa, aku takkan rampas hak orang.
Itulah janji aku pada diri aku. Cukuplah apa yang aku pernah nampak.
Dah rampas laki orang, buat hak pula. Lepas tu kucar-kacirkan hidup orang.
What the fuuu sungguhlah...
Yang keduanya, setelah beberapa bulan aku mengidam nak makan laksa yang dimasak oleh ummi/mak lang sebab laksa kedua-dua insan ni je yang terbaik bagi aku (bagi aku lah, bagi kau orang aku tak tahu. Gasak ah! Ini perut aku, bukan perut kau :P), akhirnya hari ini impian tu tercapai. Owhhh sungguh syahdunya rasa jiwa :')
Last laksa yang aku makan pun aku dapat makan sepinggan je sebab ummi buat sikit sangat (banyak sebenarnya tapi untuk orang yang hantu laksa macam aku, benda tu nampak sikit... ngee), jadi kononnya hari ini ialah hari pembalasan dendam! Yey yeahhh! *nada rock Bandi Amuk dah keluar dah*.
"Nanti kuah dia buat penuh satu periuk," pesan aku pada Mak Lang yang sedang perah isi ikan dalam periuk untuk buat kuah laksa.
"Yela. Kalau kuah cair jangan kompelin." Ujar Mak Lang. Kehkehkeh << si hantu laksa terkekeh-kekeh ketawa. Tak kelakar punnn -__-"
Laksa Utara ehsan google sebab tak sempat nak tangkap gambar, laksa dah habis dulu.. kahkahkah |
Maka nak dijadikan cerita, hari ini saja EMPAT mangkuk laksa berjaya aku habiskan.
Korang hado?
"Ish... ish... ish... tak boleh bawa pergi majlislah kau ni," tegur Ijah sepupuku yang hampeh.
"Tak, kat mana-mana majlis selalunya laksa dia tak sedap so aku memang tak jamah punyaa.. Don't worry." Ya, itulah dia pengakuan jujur dari aku. Betullah, aku lagi suka laksa yang ummi/mak lang yang buat, kalau selain tu, aku kurenggg sikit.
Sekali jelah aku pernah jumpa laksa yang sedap dijual kat luar (sedap sebab sama rasa dengan masakan dua insan ni), itu pun kat pasar malam area UKM, Bangi masa aku praktikal dulu. Sekarang tak jumpa dah walaupun Kakak, Ipah dan Nisa' cakap laksa kat pasar malam Jalan TAR tu pun sedap dan aku pernah makan 2x tapi takdelah
se-ummppph yang ummi/mak lang masak. Hmmm...
Nak tak nak kena menuntut resepi juga ni *niat yang tak berapa nak best*.
p/s: malam ni mesti mimpi laksa lagi sebab laksa dah habis dan ketika menaip entri ni pun perut aku masih penuh dengan laksa... thihihi.
Owhhh sebelum terlupa, Selamat Hari Bapa untuk my Walid!
Kaulah Hero ku... :)
p.p/s: drama Stanza Cinta yang episod pertamanya bermula jam 9 malam tadi di tv3, tak sama dengan cerita novel. Lari sikit. Kalau tahu, tak mahu aku baca novel dia yang skema itu, baik tengok drama je. Huhu.
9 bicara tanpa suara:
kenapa taruk gambar laksa tu? terliur tau tak. tak boleh jadi, esok mesti kena cari laksa.
selalu juga kena syarah pasal kahwin. haihhhhhh.
Muka Cantik Tak Guna Kalau Tak Kahwin
@Miss Y and Her World saja nak bagi orang terliur :D
sama rupanya nasib kita. huhu
sedapnye laksa tue.
;)
perghhh..mmg hantu laksa nie smpai 4mgkuk laksa hbis. haha!
sep sep! den pun kalau dapat laksa utara bermangkuk mangkuk boleh habiskan. nak-nak yg mama dengan makcik den yg duduk utara nun yg masak. perghh..
@fyna sgt sedap :D
@FariehanIbrahim [LBC] haha :)) tu la psl...
@Fara Frazzo uii sk laksa gak ke? yess! ada geng.. haha.
alahhh ko da wat entry pasal laksa , baru nak wat hampehh --" yee ko mkn banyakkk sgt aku mkn satu mangkok setengahhh jee yott :( elehh , aku nya yg ta abiss pon ko bedal abis kanhahahahah
@JUJAI eh, buat jela. aku bt cerita side aku, kau buatlah side kau. kutuk2 aku banyak-banyak ke.. kutuk boleh, reka cerita dilarang haaa... warning nih.. haha. a'ahla, aku mkn 4 mangkuk setengah sebab habiskan kau punya. bt2 lupa lak aku ni... kah3 :))
bengong , hahaaha , ta sedar diri KO MAKAN 4 MANGKOK stgh bapak ahh , aku pon nk mkn bnyk :( tapi pkir da mkn mcd tuh aku mkn sikit je hahahaha
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)