Aku takde mood pun sebenarnya nak update blog.
Tapi saja je... Bosan...
Nasib baik itu bukan masalah besar sebab tuan punya baju cakap, "it's ok!"
Kalau tidak, mahu meraung aku.
Nasib baik juga kain tu bukan dia beli dekat Bandung. Kalau tak...
mamposss!
Tadi ada orang call dan aku perasan sesuatu.
Teringat watak Wardah dalam novel Baju Melayu Hijau Serindit.
Wardah yang suka matikan talian selepas bercakap.
Err.. maksudnya macam ni, ada orang call korang/korang call orang tapi orang tu cakap, "ok, bye. Assalamualaikum" untuk habiskan bicara, cepat-cepat korang matikan talian.
Kononnya taknak orang tu matikan dulu.
Bak kata Syud dalam novel tu, orang jenis macam ni selalunya dia je nak menang. Hoh?! Aku macam tu ke?
Pak cik aku yang ajar aku macam tu. Dulu aku sakit hati gila bila aku bercakap dengan dia, kadang-kadang tak habis lagi bercakap dia dah matikan talian. Punyalah bengang. Lepas tu agaknya asyik bengang je, last-last macam kena badi pula sebab aku yang suka buat macam tu. Dah selalu sangat. Sampai orang tu call balik dan cakap, "heyy laju je putuskan talian, tak habis cakap lagilah."
Apakah?...
Ok, sebenarnya korang tak perlu pun baca entri ni, takde faedah apa pun. Saja je nak update.
Bosan ah bila tengah syok buat kerja tapi tahu-tahu je dah tersilap...
Hadoiii...
*tapi paaling bengang kalau tengah best buat kerja tiba-tiba ada orang kacau. Haa yang tu memang boleh buat aku hangin satu badan.*
Semangat! Datanglah padaku!
p/s: tengah sibuk-sibuk pun still gak nak baca novel Stanza Cinta. Novel tu dari tahun lepas aku beli. Tapi aku tak baca pun sebab ayat dia macam tak best, tahu-tahu je 19 Jun ni drama adaptasi daripada novel tu bakal ditayangkan di TV3. Huh?! So nak tak nak, kena baca lah juga...
3 bicara tanpa suara:
wah taylor ye ?:)
Dah baca??? Nanti kau buat review. Nak tengok ok ke tak ceritanya hehe2
Selamat mencari MOOD! :D
@EZAN IDMA a'ah tailor :D
@airina eh, ko blm bc ke? ok, nti akn di-review ;)
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)