Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Selasa, 4 September 2012

Ini bukan entri tentang DENDAM


Pertama sekali aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang hadir ke rumah terbuka keluarga ku yang diadakan pada Jumaat 31 Ogos bersamaan 13 Syawal yang lepas.
Seronok sangat tengok ramai yang datang memeriahkan majlis.
Kepada yang tak dijemput jangan kecil hati ye bukan sengaja tak nak jemput tapi bajet kecik je so jemput mana yang wajib je, yang sunat-sunat tu terpaksa dibuat-buat tak pandang walaupun teringat juga nak menjemput. Hi hi... Dan segala kekurangan pada ketika itu harap dimaafkan. Aku ni menjemput tahu nak melayannya ada failed sikit di situ. Huk huk.

Erm... malam Isnin lepas adalah terjadi sedikit perbalahan antara aku dengan si fulan. Susah jumpa manusia (lelaki terutamanya) yang apabila dia beri pendapat, dia aje yang nak menang, bila kita bagi pendapat dia menolak secara mentah-mentah. Salah dia kita tegur tapi salah kita sedaya upaya dia cari bukan untuk menegur tetapi dengan tujuan untuk membalas dendam (dia dah sakit hati dengan kata-kata kita, maka dia cari point untuk kita sakit hati pula dengan kata-kata dia. Takde point langsung!). Setiap kali berdepan dengan situasi begini aku selalu berdoa;

 "Ya Allah moga bakal suamiku bukan dikalangan mereka yang ini, bahkan lebih baik daripada mereka. Walaupun aku bukanlah dikalangan wanita solehah tetapi aku juga mahukan pemimpin yang terbaik hadir dalam kehidupanku... ameen.. ameen..." 

Makanya malam tu aku tak boleh tidur dan entah macam mana boleh pulak ternampak diari yang entah tahun bila tu. Aku ambil dan aku baca. Saja mengimbau kenangan lalu. Oh, diari tahun 2008!
Baca punya baca, rupanya banyak pula kisah sedih dalam tu membuatkan air mata mengalir. Bodohnya aku! Haha.. dah beberapa tahun berlalu baru terasa diri pada 2008 tu tersangatlah bodoh. Diperbodohkan oleh orang-orang yang aku percaya. Sakitkan bila kita letak kepercayaan kepada insan-insan tertentu kemudian insan-insan tu juga yang mengkhianati kepercayaan kita? Sanggup mempermain-mainkan apa yang telah kita beri. Tak hargai walau sekelumit! Serius sakit. Lelaki mahupun perempuan sama sahaja, takde beza. 

Selepas kes itu rasanya aku dah tak mampu untuk mempercayai sesiapa. Lagi-lagi pada tahun 2009 semua pembohongan itu terbongkar di depan mata sendiri. Terbungkam seketika. Dan ketika itu tak mampu lagi untuk memaafkan dan tak mampu juga untuk membenci. Naluri aku semuanya terbukti tepat. Ramalanku benar belaka bak kat Umbrella. Owhh tu pasal lagu tu menjadi lagu feveret sampai sekarang. Hahah.

Yang paling menyakitkan hati bila mereka menuduh aku tak setia pada janji. Bagi aku, aku tak perlu kotakan janji aku pada manusia macam tu sebab mereka sendiri yang lupa janji mereka pada aku...

Sekarang ni nak mendoakan mereka itu bahagia pun dah tak mampu. Bukan nak berdendam tapi... entahlah. Mungkin bila teringat mereka, makin sakit hati kot. Baik lupakan nama mereka terus agar aku mampu juga lupakan apa yang mereka dah lakukan padaku dlu. Huhu.. Dah tu kebetulan pula semua cerita detail aku boleh pulak tulis dalam diari tu. Memang bila baca makin sakitlah kat hati ni.




By the way, aku perasan kalau aku tulis kat blog atau status facebook pasal kes susah nak maafkan orang dan yang sama waktu dengannya, akan wujud seorang insan yang update status dia dengan tujuan mungkin untuk menegur aku, aku terima je tapi tolong jangan guna ayat seperti menghina dan satu je aku nak pesan kepada dia, jika kamu tak pernah berada di tempat orang-orang macam saya, kamu boleh bercakap apa saja. Kamu boleh menyuruh apa sahaja (perkara yang sukar untuk orang-orang yang pernah berada dalam situasi macam saya lakukan) tapi kamu takkan pernah mampu untuk memahaminya melainkan jika kamu sendiri pernah melaluinya. Atau erti kata lain; If you were in my shoes, you'd fall at the first step. Mungkin sebab tu Allah pun tak mahu kamu berada di tempat saya sebab Dia sendiri tahu tahap kemampuan hamba-hambaNya dan Dia pun tahu kamu dikalangan mereka yang tak mampu untuk menanggungnya.. :) Jadi berhentilah menilai orang. Cukup-cukuplah ye ;) *saya tahu kamu akan membaca penulisan ini*


Apa yang terjadi kepada insan-insan yang aku ceritakan tadi? Entah. Aku pun dah tak berminat untuk ambil tahu hal mereka lagi... Aku percaya pada karma; what u give, u get back, what goes around comes around. Maafkan boleh, lupakan? Fikirlah sendiri. Cuma harapnya jangan dilakukan perkara yang pernah dilakukan pada aku dilakukan pula kepada orang lain. Jangan. Takut nanti kalau balasan tu Allah tak bagi pada kau, anak cucu kau yang akan tanggung segala balasan.

Teringat satu kisah yang Ustaz Ghazali Ibrahim ceritakan dalam salah satu episod program Dikir Zikir yang mana kisahnya berbunyi begini.
Ada seorang nelayan, dia dengan hati gembira berjalan pulang setelah mendapat tangkapan berupa seekor ikan yang besar untuk diberi makan kepada ahli keluarganya yang sedang menunggu kepulang dia. Di pertengahan jalan, bertemulah dia dengan seorang hamba Allah yang mahukan hasil tangkapan itu. Apabila dia tak mahu beri, lelaki itu terus merampasnya dan membawa pulang. Maka nelayan itu pun merasa sakit hati dengan tindakan si lelaki. Dan berdoa semoga Allah membalas perbuatan si lelaki itu.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, tangan kanan lelaki itu mula sakit. Sakit misteri yang merebak, yang akhirnya terpaksa dipotong. Kemudian dia bertemu ulama dan bertanyakan pasal penyakitnya. Terus si ulama bertanya, "kau ada sakitkan hati sesiapa ke? Atau mengambil harta orang dengan cara yang tidak wajar?" Maka lelaki itu teringat kepada si nelayan. Terus dicarinya nelayan itu dan meminta maaf tapi ketika itu si nelayan dah lupa langsung tentang kejadian itu dan si nelayan itu pun memaafkan dia, akhirnya penyakit itu tak merebak lagi...

Bagi aku itulah karma. Kalau tuan punya badan tidak membalasnya, Allah ada untuk membalas setiap perbuatan. Jadi kita ni kalau nak buat sesuatu perkara yang tak baik tu, fikir-fikirkanlah masak-masak semoga satu hari nanti kita tidak ditimpa bala yang kita sendiri pun tak mampu untuk melaluinya... 

Tapi ada juga bala yang datang tu bukan balasan tetapi ujian Allah untuk tengok tahap keimanan kita dan kerana ujian itu juga, aku menjadi matang. Alhamdulillah matang tapi belum mampu memberi kepercayaan kepada orang-orang yang tidak dikenali secara dekat.

p/s: Selamat menempuh alam pertunangan kepada sahabat2ku yang dah bertunang secara terang2 dan secara sembunyi2. Hehe. Salah seorangnya ialah Hajar Mardhiah & pasangan. Moga pertunangan kalian kekal sampai ke jinjang pelamin seterusnya ke syurga. Ameen. Sama-sama mencari si 'dia' akhirnya kau yang jumpa dulu. Rezeki manusia tak siapa yang tahu kan? Wee... ;)

2 bicara tanpa suara:

Sayidah Nafisah Ruslan berkata...

saya pun selalu pk macam tu.. ape yang kau dah buat pasti kau akan dapat balik.. harap2 siapa yang terasa tu cepat2 lah minta maaf kan..

najihahfara berkata...

sy pernah alami situasi macam sis.
betul cakap sis. ape yg kite buat kite akan dapat balik..
Allah Maha Adil

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB