Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Sabtu, 5 Mac 2011

Bilamana orang asing mengagungkan Melayu.

Peringatan: Entri kali ini menggunakan bahasa Melayu baku/skema.




Peringatan dengan gambar untuk entri kali ini macam patriotik gila saja kan? Hahahaha.
Tidaklah, aku cuma hendak praktiskan apa yang telah kita semua (orang Melayu) belajar dalam subjek Bahasa Malaysia! *kenapa tiba-tiba aku rasa macam aku bercakap dengan orang putih yang mahu belajar cakap Melayu ni? Aduhh. Macam Sabahan pun ada bah.. hahaha* abaikan... 

Sebenarnya sejak semalam aku menggodek-godek youtube.
Mencari nama Ben Bradshaw (pronouns; Bred-sha).
Kagum tengok kefasihan dia menggunakan bahasa Melayu.
Tengoklah, orang luar sendiri mengiktiraf bahasa Melayu tapi kenapa tidak kita?

Ke sana ke mari semua orang ingin bercakap bahasa Inggeris. Seolah-olah malu konon hendak bercakap Melayu.

Dan sedarilah, dalam kebanyakan kita ingin mendalami cara orang putih ber-rap tapi orang putih pula berlumba-lumba belajar cara orang Melayu berpantun.
Dalam kita mengejar untuk pandai ber-shuffle tapi mereka ini gigih belajar seni tarian zapin dan inang orang Melayu.

Tiba-tiba aku menjadi malu. 
Malu dengan kegigihan mereka yang belajar tentang budaya kita.
Malu dengan mereka yang berminat dengan bahasa kita.
Dan bertambah malu dengan anak bangsa yang bangga dengan budaya asing sehingga melupakan budaya sendiri.

Mereka memuji-muji kita.

"Bahasa Melayu bahasa yang mudah, yang mana jika ejaannya begitu maka begitulah sebutannya
bukan seperti bahasa Inggeris yang mana jika ejaannya begitu, sebutannya bukanlah begitu. Amat susah."

"Kami suka budaya Melayu kerana ianya penuh dengan kesenian yang sukar didapati di negara lain."

Ya, budaya Melayu ada pantun, ada syair, ada gurindam, ada seloka, ada inang, ada zapin, penuh dengan nilai-nilai kesopanan *aku la tu... hiks!* dan pelbagai lagi.
Negara lain tidak ada apa yang kita ada ini. 
Haruslah bangga okey!

Antara banyak-banyak video yang aku cari di laman youtube, dua ini adalah yang terbaik bagi aku...

p/s: sebelum 'play' mana-mana video dalam blog ni, sila klik 'pause' pada MP4 disebelah kanan supaya ianya tidak mengganggu penghayatan anda...






"Boleh bah kalau kau!" Hahahaha... Haihhh rindu Sabah~


p/s: A.D.A.M - Aku Darah Anak Malaysia! 

p.p/s: bukan nak kutuk anak Melayu yang belajar tentang budaya luar cuma janganlah sampai meminggirkan budaya sendiri sehingga mengagung-agungkan perkara yang tidak sepatutnya...

16 bicara tanpa suara:

BH berkata...

cmne nk komen ni???btol ke ni???

Fira hilwa berkata...

ye, mcm tula... hahah

Anak KL berkata...

Harap maklum, komen kali ini saya menggunakan 100% bahasa ibunda..

Aku bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh engkau, Siti Afirah. Bangsa lain tahu memartabatkan bahasa melayu tetapi semangat itu luntur dikalangan bangsanya sendiri.

Bagi aku, tidak salah menggunakan bahasa inggeris, kerana bahasa inggeris merupakan bahasa antarabangsa tetapi gunalah bila perlu sahaja. Sudah jadi budaya kita sekarang, bila marah sahaja, terus keluar 'omputih'..bajet orang akan respek ke??

teremosi di pagi hari pula..
betapa skemanya diriku ini bila menggunakan bahasa melayu penuh...

'PROUD TO BE MALAY'

Fira hilwa berkata...

uit, sape bg kebenaran ko taip nm penuh aku dlm ni nih? huhuhu

yup aku pn salute gak ngn pndpt ko...
btul... btul... btul... hehe

Anak KL berkata...

uii x le ke aku taip nama penuh ko..sebaik x masuk nama pak ko...

cik afirah, tolong den...ngantuk bebenor ni...mata da layu di tasek madu ni kak......den betui2 x larat ni....kalau ada chat room, senang la skit..ni x do.....

oppss lari tajuk..nanti hang kejaq balik noh..

Fira hilwa berkata...

ko lyn la video, video kt blog aku ni xleh tgk ke?
ko ni sstip r bab ngntuk2 ni, kan aku pn dh ngntuk gak... huuu

Anak KL berkata...

masalahnya auntie fira...x le masuk video apa2...youtube pun da kene block....tensen mak, nyah!!!!!

Fira hilwa berkata...

sian kau, nokkk... xdapek den nk nolong..

apa pun banggalah mnjadi warga Malaysia! yeahhh!!
*aku cbe kjar blk, xtaula dpt ke x..* haha
yg psti Liverpool mng mlm td... weee..

Anak KL berkata...

hahaah walaupun ak x suka liverfool ko tu...
tp sebab dia kalahkan MU, aku jd suka sebentar..

padan muka MUnyet

airina berkata...

yeah! Aku suka dengan entri yang bernas ni :D
Dan disebabkan tu juga aku menggunakan bahasa Melayu [tapi ada gak terselit English] dalam blog novel aku tu. Cuba untuk mengelak daripada penganiyaan kepada bahasa ibunda sendiri

Seperti Ain, aku juga tak boleh tengok youtube! Disekat! Tak suka! huhuhu5

edot berkata...

nice info! takkan Melayu hilang di dunia! Melayu Siber yg tahu mcm2.. :)

http://akuedot.blogspot.com

Fira hilwa berkata...

@airina hahah aku pun sama, bg aku if nk tulis blog biarla gn bhs penuh, xperlu kot nk shortform2 bgai. aku tulis pnuh cme untuk tiada = takde, kau orang = korang, dia orang = diorang, 2 sbb aku mls nk taip pjg2.. haha.. otak srh cpt mnaip so jd la cmtu tp xdela smpi shortform mcm kt komen ni, komen ni xdiambil kira... ekeke

@edot thx! yup, xkn melayu hilang di dunia! :)

Unknown berkata...

Hey,

Terima kasih kerana memasukkan video saya bersama dengan belacan dan paku. Bahasa Malaysia sangat berguna bagi sy. harap2 BM akan terus diajarkan dan dikuatkan di seluruh dunia... senang juga untuk belajar :)

Fira hilwa berkata...

@Ben hey,

terima kasih juga pada awak sebab sudi baca & komen entri ni..
semoga 1 hari nanti BM menjadi bahasa terpenting dunia.
thx a lot! ^__^ & teruskan usaha awak!

Tanpa Nama berkata...

hi

memoribeku berkata...

dasatla ben bg komen tu...

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB