Alhamdulillah...
Ya, macam biasa.. Apabila umur mula meningkat, kita harus ucapkan rasa syukur kerana Allah masih
memanjangkan usia kita.
Selamat hari lahir, wahai diri yang makin tua ini.
Muka pun dah nampak tua.
Tapi takpe, jiwa masih muda, insyaallah... He he he..
Hari ini umur genap 25 tahun kalau ikut tahun Masihi.. Hu hu..
Perasaan? Entah, biasa saja kot.
Cuma rasa macam dunia ni telah berputar dengan ligat.
Sekejap aja umur dah bertambah.
Rasanya baru kelmarin *tipu la ni* aku mencoret tentang hari lahir yang ke 23.
Dan baru semalam *tipu lagi* aku mencoret tentang hari lahir yang ke 24.
Dan hari ni? Dah yang ke 25?? Cepatnyaaaaa....
Tu maknanya Tuhan nak kau sedar diri... rumah kata pergi, kubur kata mari... Sobsob..
Semoga Allah tak menimpakan bencana tsunami di Malaysia lagi, cukuplah yang dulu tu.
Tapi itulah, manusia ni tak pernah nak sedar akan kesilapan, bila dah terhantuk baru nak tengadah.
Nak buat macam mana.
Dan semoga Allah meningkatkan imanku yang sering turun naik dan kadang-kadang turun yang tak mahu naik-naik ni...
Dan menjadikan aku sesuci 'Afirah Al 'Abidah; seorang ahli sufi yang sedang berbahagia di syurga dan namanya diPINJAMkan oleh ummi dengan izin Allah kepadaku...
Semoga aku menjadi seperti dia
Ok, ada yang tanya apa maksud 143 day sebab bila diorang wish je mesti aku balas
"Hepi 143 day!"
Maka ramai yang terpinga-pinga.. apa tu?
Sebenarnya aku pun tak tahu.. hahaha..
Tapi masa aku tingkatan 5 dulu aku dengar radio Red.fm *perghh ingat kot radio apa :P*
DJ dia wish 143 day masa tarikh 14/3.
Dia cakap 143 day tu ala-ala macam hari kekasih lah konon cuma bezanya kita ucapkan pada orang yang kita sayang, " I LOVE YOU!"
Mana dapat 143 tu? Dari jumlah huruf pada perkataan I LOVE YOU tula.
I - 1 huruf, Love = 4 huruf, You = 3 huruf.
Maka terciptalah 143 pada hari 14hb 3.
Simbolik, kan???
I like~ he he he
Kalau korang tak paham abaikan, sebab aku pun paham gitu-gitu je... Ahaks!
Pertama kali dalam hidup. Korang hado??
Dah, berhenti cerita tentang ulang tahun.
Sekarang nak sambung cerita best pulak!!
Cewah! Semangat nih! Ha ha ha...
Selasa lepas Tika mesej aku ajak aku join program.
Program hape? Jadi fasilitator under penyeliaan abang kawan kitorang; Aisyah.
Pergghh kagum kot.. Abang dia Ustaz kat sekolah tapi dalam masa yang sama siap ada syarikat training motivator lagi... Kagum... kagum...
Tapi masa tu aku berbelah bahagi jugak nak join ke tak nak.
Pasal jadi fasi kena cakap depan orang.
Dulu berkeyakinan jugalah bercakap depan orang, tapi sebab dah lama tak merasai benda-benda macam tu, takut tergigil depan orang.. Keh keh keh
Malam Jumaat tu tidur UPM.
Biasa kalau dah jumpa Tika & Zack memang alamatnyabercerita sampai ke pagi.
Padahal cerita benda yang sama tapi perasaannya macam petama kali dengar cerita-cerita kenangan lalu tu.
Esok paginya berkumpul dekat kafe.
Masa tu lah berkenalan dengan budak-budak teater Zack; Khairul & Fateh.
Baru tahu rupanya kitorang kena bahagi dua kumpulan sebab ada dua sekolah untuk dikendalikan.
Tapi nasib baik kumpulan lagi satu tu Azam dengan Aisyah je yang masuk situ.
Yang kitorang-kitorang semua; aku, Tika, Zack, Azmi, Wani, Lin, Kama, Fateh & Khairul satu kumpulan... Yeayyyy!
Sebelum pergi tu memang Abang Bakh pesan macam-macamlah.
Sampai dup dap dup dap dah jantung den.
Sampai je SMK Dusun Nanding, abang Aisyah yang lagi sorang; Abang Nurul tengah berucap.
Memang bestlah abang dia yang ni.
Kelakar je. Sampai peserta semua tak kering gusi lah dengan dia.
Best je tengok. Sampai ter-berangan konon aku yang bercakap dan buat lawak kat depan tu.
Kah kah kah.
Sekali kena kenalkan diri depan-depan pun hampir longlai lutut aku... Ngaaa....
Dah cuba kawal perasaan supaya tak gementar tapi still jugak tak boleh nak kawal.
Nasib baik aku antara fasi perempuan yang terakhir kenalkan diri, kalau tak...
Dan masa tu dah kuranglah gigil... Keh keh keh.
Malam tu kitorang makan sedap-sedap, lamb chop ada, burung puyuh BBQ ada... korang ada?
Memang sedap r...
Malam tu tidur kat sekolah tulah, tidur kat dalam surau.
Hambek, semua penakut tidur siap berhimpit-himpit. Ha ha ha.
Ada yang tak bagi tutup lampu lagi.
Tengah sedap-sedap lena tiba-tiba pintu diketuk.
Aku sedar masa Zack dah nak bangun untuk buka pintu.
Aku bab-bab sekolah ni seram sikitlah, sebab sekolah kan banyak kisah mistik-mistik ni. Kihkih.
Kuno beno pemikiran.
Rupanya ada pelajar yang sakit, so dia minta ubat.
Pagi tu, aku, Lin & Wani jaga budak solat subuh.
Tika, Zack & Kama pula jaga budak-budak non-muslim dan yang uzur.
Azmi buat tazkirah, siap ada yang menangis tuuu...
Bila aku puji sikit mulalah buat gaya berlagak.. Hahaha.
Tapi memang best lah. Sporting aja semua.
Budak-budak sekolah pun sporting cuma ada sekali tu budak lelaki buat slek kat aku.
Betul-betul macam nak cari pasal.
Salah paham je kot sebab dia ingat aku pun student situ, tu yang bila aku tegur selamba je dia cakap;
"Kau siapa?" Wah wah wah...
Overall memang semua ok! Bestlah dapat kutip pengalaman tengok motivator kendali program.
Seronoklah!
Balik tu berhimpit-himpit dalam estima.
Memang kelakar.
Bising masing-masing. Si Khairul siap rakam situasi lagi, mentang-mentang dia duduk sebelah driver.
Sampai UPM, kitorang lepak kafe. Saja konon nak buat post-mortem.
Entah macam mana lepas habis makan semua, Fateh tanya aku ada tisu ke tak pasal aku duduk sebelah dia.
Aku cakaplah takde. Aku tanya dengan diorang-diorang yang lain semua cakap takde.
Sekali aku teringat ada sapu tangan yang aku belum guna kat dalam handbag.
Dengan rasa penuh keikhlasan aku pun bagilah dekat Fateh.
Hmmppph... terus kena bahan kot...
Malu gila masa tu.
Semua cakap romantiklah, sweet couple la.
Zack lah yang start mengusik dulu.
Yang Fateh pula siap tanya, "boleh bawa balik ke sapu tangan ni?" Erkh... sengal gila! Hahahaha...
Yang kelakar kat sapu tangan tu ada gambar dua ekor rabbit, si Fateh siap cakap,
"Ni awak, ni abang." Wakakaka... Nasib baik part tu aku tak dengar, yang dengar diorang yang lain ni.
Siap ulang cerita kat aku berapa kali sebab diorang cakap cara Fateh cakap tu sweet giller...
Aku nampak dia tunjuk gambar je pasal masa tu Azam ada buat sesuatu sampai aku cakap kat dia,
"Eeee mungux lah kau ni, Azam!"
Tapi memang gelak tak berhentilah masa tu.
Memang sengal-sengal lah diorang semua.
Sampai dah rasa panas muka aku ni sebab ketawa banyak sangat.
Dahlah ketawa masa berhimpit dalam estima tu tak hilang lagi, ni lagi tambah dengan kena bahan.
Aduyaiiii...
Tapi korang memang sporting & best!
4 bicara tanpa suara:
si muke merah...hahahha~
AsSalam, nie prog ABJZ yg baru2 nie ke??
Salam fira :))
Selamat menjadi tua :D
Ayat biasa-moga dimurahkan rezeki, bahagia di dunia akhirat hehe
May Allah bless!
@BH hahaha.. muka merahla sgt.. malu kot kne bhn... atoiii
@Fitria Joairi Salam, yg br ni ada ke? xtau plak, yg tau ms hjg thn lepas ada la... ni program lain :)
@airina thx, rina... ameen.. may Allah bless us always.. insyaallah ^__^
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)