Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Khamis, 10 November 2011

30 Minit Ustaz Don | Solehah | Ustazah Pilihan

Mutakhir ini kita sering disajikan dengan bermacam-macam program keagamaan di kaca televisyen.
-tak nak guna ayat lagi skema ke, cik kak?
+saja je sekali sekala nak guna ayat karangan.. ngeh! :P

Antara tiga rancangan yang aku senaraikan tu, dua daripadanya memang aku suka nak tengok. Yang satu tu kerap tengok, yang kedua tu pula tengok tapi kadang-kadang skip jugalah, yang last one pula pernah tengok dua, tiga kali je dan rasa sangat memboringkan.

1. 30 Minit Ustaz Don


Oh motif rancangan ini bukan untuk menayang wajah pengacara yang agak kacak itu tapi rancangan ini merupakan rancangan bual bicara tentang Perkara Asas Fardhu Ain.
Apa yang korang tak faham tentang hukum tajwid, tentang mandi hadas, wudhu' & apa-apa ajelah perkara yang WAJIB untuk korang tahu, tonton je program ni.
Serius aku cakap, banyak juga yang aku lupa atau tak tahu, Ustaz Don terangkan balik. Sangat syiokkk ok! Kalau ada apa-apa soalan, tak sempat nak call pada rancangan siaran langsung selama 30 minit ni, bolehlah utarakannya pada fanpage 30 Minit Ustaz Don.

Yang best lagi, daripada TV, Ustaz Don bawa pula perbincangan tu dalam bukuwajah. Tapi kena pastikan korang bertanya tentang ilmu fardhu ain jela. Tak payahlah sampai kumpulan ajaran sesat pun korang dok tanya, tu dah pasal akidah dah tu, kena rujuk ustaz lain pulak la nohhh..

2. Solehah


Ini pula rancangan realiti TV untuk mencari pendakwah wanita.
Program kedua yang aku suka juga nak tengok. Tapi tengok skip-skip jugalah pasal waktu siarannya bertindih dengan rancangan lain.
Yang aku suka tentang rancangan ni sebab TIADA PENYINGKIRAN peserta. Yeahh! Yang tu yang aku suka tu. Iyalah, namanya pun nak cari pendakwah wanita, nak jadi pendakwah kena baaaanyak belajar. Kalau baru beberapa minggu dalam cabaran, tiba-tiba kena keluar, macam mana nak belajar? Macam mana nak tingkatkan pengetahuan dan teknik untuk berdakwah, kan?

Dan lagi aku suka sebab baju dorang! Ngee... Sri Munawwarah buat, memang meletup. Sangat suka dengan design pakaian dan tudung yang mereka kenakan. Cantik sangat! :D

3. Ustazah Pilihan

Rancangan ni sama temanya dengan rancangan Solehah. Kedua-duanya mencari pendakwah wanita. Adalah dalam beberapa kali juga aku tonton rancangan ni itu pun sebab aku kenal juga dengan salah seorang peserta. Kenal dalam alam maya je, tak pernah jumpa ponnn.. kuikui. 
Tapi aku rasa rancangan ni macam ada kekurangan pula. 
Mungkin kerana ada proses penyingkiran. Dan juri-juri dia pun aku lihat seperti bajet bagus sehingga ada sekali aku tengok, juri macam memalukan peserta. Untuk apa buat macam tu?
Kalau peserta salah jawab pun, tegurlah dengan cara berhemah, jangan kononnya macam nak push peserta hingga memalukan pulakkk.. Ramai kot penonton rancangan tu...
Solehah pun pernah juga aku tengok juri tanya lain, peserta jawab lain tapi juri relaks je, dengar je penerangan peserta sampai habis. Itu barulah profesional.


Tak dinafikan peserta-peserta UP memang semuanya berkelulusan tinggi.
Cara diorang bagi pendapat pun sangat mengagumkan.
Cuma mungkin rancangan tu tak sesuai dengan jiwa aku kottt.. hihi.


Kak Firuz jangan kecik hati haa.. saya tetap doakan kejayaan akak dalam UP ;)

Akhir kata, pendapat ini adalah pendapat aku sendiri, setiap orang ada pendapat tersendiri.
Kalau pendapat korang bertentangan dengan aku, it's ok sebab aku pun tak paksa untuk orang menerima bulat-bulat pendapat aku ni.

Yang pasti, ketiga-tiga rancangan ini mampu mendidik manusia menjadi lebih baik, insyaallah ;)


Wassalam...

4 bicara tanpa suara:

Salina Mat Isa berkata...

pernah tgok skali je UP n Solehah,tu pun ulangan je,sbb biase org lain nk tgk rncangan lain time tu..

cik missi berkata...

1st time tengok rancangan ustaz don rasa mcam dia cakap main2..terlalu santai.tapi bila fikir balik,pendekatan macam nilah yang remaja perlukan

Fira hilwa berkata...

@teratak hati rasanya solehah ada ulangan sabtu jam 11 pagi tak silap.

@cik missi kan? suka tengok cara dia yg santai dgn kata2 shortform spt wee wee, uk uk.. hahah. memang terbaik ;)

Jannah Firdausi berkata...

Salam, ust. don memang santai...

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB