Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Jumaat, 22 April 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011


Jam dah pukul 2 pagi plus plus. Sepatutnya bukan waktu sesuai untuk update blog.
Tapi rasa macam mahu luahkan perasaan sekarang ni.

Ya! Luahkan perasaan kerana kedatangan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (KLIBF 11)!
Kalau berkaitan dengan novel, aku memang mudah diserang penyakit histeria.

Aku tak kisah kalau tak beli aksesori untuk bergaya, tak kisah untuk tidak membeli alat mekap, tak kisah juga kalau tak beli dress chantek chantek untuk dipakai ke mana saja tapi aku AMAT KISAH kalau aku tak dapat beli novel di Pesta Buku... Arghhh!
Aku boleh gila, okey!

Aku rasa ini memang sejenis penyakit!
Penyakit yang mula menyerang sejak 3 tahun lepas.
Seperti tiada ubat!

Kalau aku pergi sana, bajet selalu lari. Kadang mahu beli 1,2 novel sahaja tapi selalunya ter-beli sehingga 5 buah novel & above...
Lagi-lagi kalau novelis kegemaranku lahirkan 'anak baru' sehingga dua, tiga buah, mahu tak gila aku menggagau nak beli?

Sebenarnya aku hampir lupa minggu ni PBAKL bermula.
Aku sangka minggu depan.
Sehinggalah sebentar tadi aku buka blogdrive Kaksu, langsung terus ke laman sesawang Jemari Seni dan terus 'tertangkap' beberapa buah novel yang mencuri hati dan seperti tertera tag 'WAJIB BELI'!
Atoiii... payah betul la kalau wujud orang gila novel nih!

Duit dahlah macam air je.
Harap-harap tahun ni aku tak terlebih bajet.
Tak pun aku tak payah pergi, suruh adik-adik aku je yang belikan senarai novel yang aku mahu. (Siap buat senarai hokeh! -__-')
Kalau aku pergi, konfem punya boleh rabak mata nih! Hohoho

Untuk korang yang gila novel, selamat menyerang segala booth yang ada bermula jam 10 pagi ni, di PWTC hokeh! Kalau jumpa novelis terkenal, sampaikan salam aku pada mereka
*apa kau bajet mereka kenal kau?*



22 April - 1 Mei 2011
@ PWTC, KL


7 bicara tanpa suara:

memoribeku berkata...

ko memang orang gile..
gile novel... hehehehe...

Fira hilwa berkata...

@memoribeku ye, sy seorang gila! gilakan hadiffff jgk... haha

BicaraHati berkata...

wahhh..best tu dpt jejak kaki ke bookfair..hehehe...asal duit penuh poket..baru best membeli belah...pas beli terus belah...(tak sabar tu nk baca..wink3x)

airina berkata...

aku dah pergi semalam!
habis duit hahaha :P

Fira hilwa berkata...

@BicaraHati btul3... asal duit penuh poket. smpi blk 2 cek poket dh xde duit dh... bankrap! haha

@airina samala, rina. aku pergi ahad. jmpa farah ngn cik niza skali... borong novel xhengat... adeh.. hehe. nti kawen nk cri laki gle novel gak. br la leh hbskn duit dia je... hahaha :P

A'AZMI SHAHRI berkata...

SALAM. SAYA DAN SELURUH JAWATANKUASA PENGANJUR PBAKL 2011 INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN DI ATAS SOKONGAN TERHADAP PBAKL 2011.

IKHLAS
A'AZMI SHAHRI
PENGARAH
URUS SETIA TETAP MBKM
KEM. PELAJARAN

Fira hilwa berkata...

@A'AZMI SHAHRI Terima kasih juga pada pihak PBAKL :)

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB