Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Jumaat, 5 Oktober 2012

Majlis Ulangtahun & Alumni RKSS


Hari ni nak cerita pasal aku ikut majlis Ulangtahun & Alumni Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS).
Biasalah, aku ni kan bajet retis. Semua cerita nak kisahkan kat blog. Hemo hemo. 
Aipp mana ada bajet retis lah, saja nak abadikan kenangan dalam ni, lepas tu takdela nanti peminat fanatik i tercongok setiap hari kat dalam blog ni semata-mata nak baca entri baru.. huh! Bajet Fatin Liyana, Hanis Zalikha & blogger etc tu je ke yang ada peminat fanatik? Aku pun adalah... Hew hew hew.

Sebelum aku merapu sejauh yang akal korang pun tak mampu nak jangkau, lebih baik aku mulakan cerita.

Kisahnya begini pada hari Khamis malam Jumaat (20 Sept) lepas Tika call aku tapi dah tak ingat sebab apa. Dan tiba-tiba dia tanya aku ada terima panggilan dari mana-mana tak? Pasal apa lagi kalau bukan pasal kursus jahit yang aku join beberapa bulan lalu tu (kisahnya ada aku coretkan di sini). Aku cakap ada tapi aku tak dengar, so erti kata lain memang aku tak jawablah panggilan tu. Tika pun sarankan aku call balik sebab dia cakap kitorang yang ikut kursus ni ada majlis apa benda yang Tika sendiri pun lupa.
Lepas call Tika, nak lagi kepastian aku call Syam & Syam pun dapat panggilan tu, dia kata ada dinner. Tarikh? Dorang tak ingat. 
Jadi, besoknya aku call nombor yang aku tak kenal tu untuk pertanyaan lanjut. Bukan pasal dinner tu yang buat aku nak pergi tapi aku rasa mesti ada something yang lebih penting kat majlis tu sebab ada kes sebelum puasa, pihak KPSB (yang taja kitorang) buat perjumpaan untuk semua peserta disebabkan hal yang sama (aku tak jawab panggilan telefon) maka aku tak dapat sertai perjumpaan tu. Rupanya masa raya tu Nur datang beraya kat rumah, dia yang bagitahu semua-semua tu. Terkilan sekejap sebab tak dapat hadir.

Maka besoknya (Jumaat) aku tunggu sampai jam 3 petang baru aku call balik nombor tu dan akhirnya dapatlah jawapan. Sebenarnya buka dinner pun. Dinner apa kalau majlisnya dari jam 11:30 pagi hingga 2 petang tu? Haha. Malu je aku called tanya pasal majlis dinner. Haisshh... Dan dia minta e-mail dan bagi e-mail jemputan kat aku. 





Dia sertakan sekali borang maklumbalas sama ada dapat hadir atau tidak. Sepatutnya maklumbalas tu di hantar hari Isnin tapi aku cek emel hari Selasa. Menggagaulah membalasnya pun. Nasib baik orang yang terima emel tu ramah, siap dah macam berchatting dah kitorang kat inbox e-mail tu. Macam-macam aku tanya kat dia. Hihi.

Jadi, Ahad 30 Sept 2012 jam 10:30 pagi aku, Aidz (driver), Ipah, Aqilah dan Adik bergerak ke Shah Alam. Yang lain-lain tu semua nak temankan Ipah ziarah kakak angkat kawan dia baru lepas bersalin, aku sorang jela yang ke Quality Hotel tu. Sob sob. Bawa DSLR, konon nanti ada orang tolong tangkapkan gambar rupanya tak punn.. huu..

Masa Aidz turunkan aku kat Plaza Perangsang tu, aku dah terpinga-pinga dah. Ingat kalau naik tangga terus jumpa laluan masuk, rupanya tak. Terpaksalah aku tawaf bangunan tu semata-mata nak cari pintu masuk, dengan DSLR bergayut kat leherku lagi. Macam wartawan tak bertauliah je rasa. Thihihi. Sampai depan pintu masuk, ada orang lelaki sambut. Aku tak dengar amende yang dia tanya, aku cuma angguk je kemudian dia tunjuk arah ke ballroom kat hujung sebelah kanan, elok je dia tunjuk, aku nampak Ija dengan tunang dia dok tengah tunggu aku kat situ. Leganya rasa! 

Kemudian sama-samalah aku dengan diorang berjalan ke sana. Dah ramai orang tengah berdaftar. Jumpa Nija! Lepas tu nampak Din. Masa aku tegur Din, ada makcik vogue pandang aku, "siapa ni, Din?" tanya aku. Kang kot aku cakap mak dia, entah-entah makcik dia. Aku dengar dia bawa kaum kerabat dia sekali. Untunglaaa...
" Mak aku." Lepas dia cakap macam tu, mak dia yang vogue tu hulur tangan nak bersalam dengan aku. Eh? Bukan sepatutnya orang muda ke yang hulur tangan dulu? Selalunya macam tu, ni terbalik pulak. Hehe.


Nija & Ija. Nama lebih kurang tu pasal masa belajar dulu bila panggil Ija, Nija sahut & sebaliknya. huhu
Lepas proses pendaftaran, aku dan Ija masuk dewan dan nampak pula Nur dengan mak & ayah dia. Elok je duduk bertiga kat meja yang boleh memuatkan 10 orang tetamu tu. Tersengih-sengih dia memandang, terus mempelawa aku, Ija dan Fan duduk sekali. Macam-macam borak. Tak lama tu, nampak Kak Yati, Puan Kamsiah (pemilik AJK), Kak Sal (my cikgu!), dan nampak Lily, As, Lia, Eila, Tun dan beberapa orang lagi yang aku tak ingat sangat nama mereka. Maaf. Huhu. 

Tiba-tiba nampak Kak Ikin kat bahagian depan, tanya sama ada tempat kitorang masih ada kosong mahupun tidak. Ada lagi dua tempat kosong. Sebab yang satu tu, ada seorang budak lelaki duduk (sebelah dengan ayah Nur) aku ingat dia sedara mara dengan Nur sebab ramah berborak dengan ayah Nur rupanya Nur pun tak kenal dan rupa-rupanya lagi si lelaki itu pun peserta juga tapi kitorang tak borak-borak pun. Entah bila dia mencelah pun kitorang tak perasan. Dan sebelah si peserta lelaki itulah ada lagi dua tempat kosong. 

Masa Kak Ikin berjalan ke arah kitorang tu, aku tanya dengan Nur, " yang pakai baju kelabu tu siapa pula?" 
Macam tak pernah tengok je. 
" Itu kan Kak Ina," balas Nur. 
Terpinga kejap. Jumpa je Kak Ina aku tegur dia nampak lain! Mungkin sebab bertudung. Masa kat kursus 3 bulan tu mana pernah nampak dia bertudung, tu yang nampak lain sangat. Nampak lagi berseri-seri. Dan mungkin juga sebab pembawakan budak. Mengandung anak ke-4. Masa aku taip entri ni, kandungan dia berusia 3 bulan.


with Nur

Kak Ikin & Kak Ina

Puan Kamsiah, Kak Sal & Kak Yati

with them!!

ex-classmate :')
Bila dah duduk ramai-ramai tu, semua nak bercakap. Haha. Macam-macam nak borak tapi sebab kedudukan tak semuanya duduk dekat-dekat, terpaksalah dok diam je.
Tak lama tu, Menteri Besar Selangor; Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim tiba diiringi Pengerusi KPSB; YM Raja Idris Raja Kamarudin dan VIP yang lain. Ayat aku ni dah macam emcee, kan? Bolehlah lepas ni mohon jadi emcee.. keh keh.. 
Dan majlis perasmian pun bermula. Maka keluarlah montaj pengenalan RKSS. Rupanya banyak juga bidang yang diperkenalkan under RKSS ini. Termasuk printing, penjagaan kanak-kanak (rasa macam lepas ni nak try ambil kursus ni lah, lagipun kursusnya sebulan je. Cambest!), kursus pengurusan & operasi halal, kursus perbankan dan kewangan Islam, Hah, sebab nampak kursus inilah dari jauh aku nampak seseorang yang aku macam kenal je tapi senyap jela sebab takut salah orang. Sebenarnya banyak lagilah kursus yang ditawarkan tapi yang pasti tempoh masa kursus jahitan yang paaaling lama. Tempoh 3 bulan (bukan 1 tahun ye seperti yang keluar dalam media cetak. hoho) sebab itulah kot hubungan kitorang lebih rapat berbanding hubungan diorang yang lain-lain. Aku tengok tak sekecoh kitorang pun, senyap je masing-masing (ke.. aku yang tak perasan? Entah. Tapi mamat yang duduk 1 meja dengan kitorang, yang bersebelahan dengan ayah Nur dan berdepan dengan aku tu memang macam takde kawan. Sorang dia je).

Dan yang rasa lebih retis bila diorang cakap muka aku ada dalam montaj tu! Hew hew hew. Tapi gambar apa, idok ler teman nampak sebab tempat aku terlindung dek tiang, nampak separuh-separuh je tapi nampaklah muka Tika, muka Syam. Glemer engkorang yang tak dapat hadir tu ye. Hehe.

Lepas tu MB dan Pengerusi memberi ucapan.


MB Selangor
Pengerusi KPSB
Aku ni macam biasalah, orang bagi ceramah ke, taklimat ke, mula-mula je aku khusyuk. Lepas-lepas tu mulalah mulut gatal nak bercakap. Maka berboraklah aku dengan Ija. Macam-macam cerita keluar, memang bercerita pasal hal peribadi dari A to Z lah baq hang... Lagipun lama gila kot tak jumpa dia. Last jumpa masa dia ada taklimat posting tu. Lepas tu senyap. Bizi jadi cikgu. Nasib baik aku kawan yang memahami. Ngeh ngeh. 
Lepas ucapan, majlis penyampaian sijil kepada penyedia latihan (pusat latihan). Haa masa ni lah telahan aku betul. Orang yang aku nampak tu orang yang muncul dalam pemikiran. Tahu siapa? Ustaz Zaharuddin! Tak sangka pula beliau salah seorang ahli penyedia latihan, mungkin bahagian perbankan dan kewangan Islam tu kot..
Dan kemudian serahan sijil kepada semua peserta yang datang. 

Then, dapat tahu dapat sumbangan mesin jahit! Perghh.. daebak! Masa mula-mula ikut kursus ni dulu mana pernah jangka nak dapat mesin jahit ke apa. Pernah gak masa ikut kursus tu kitorang tolong angkat mesin jahit mudah alih (portable) tu dari tingkat bawah masuk dalam kelas dan pernah juga aku berseloroh dengan Kak Sal tanya kot-kot tu mesin untuk kitorang tapi dia cakap bukan, itu mesin pihak AJK guna untuk ajar orang menjahit di luar.
Bila dia cakap macam tu, mulut aku jadi bentuk O je la.


senyum lebor memasing.. ngee
Lepas makan, kitorang bergambar ramai-ramai.
Elok je aku bangun dengan niat nak tangkap gambar As & the gang tiba-tiba je Kak Yati datang dekat aku.
" Awak Fira, kan?"  Tanya dia. Aku mula buat muka pelik dan mengangguk.
" Boleh ikut saya tak? Saya nak bagi awak tugas ni."
" Tugas apa?" Tanya aku sambil mengikut langkah dia. DSLR aku sangkut dekat leher. Kot dia nak minta tangkapkan gambar ke kan.. mana tahu?
" Awak kena pergi interview dengan pihak Harian Metro (HM)." Aku mula cuak. Nak cakap apa? Mana aku pernah kena interview bagai ni. Kalau interview biasa-biasa tu pernahlah. Kalau dengan wartawan ni kang aku salah cakap, jadi lain ni. Aigoo. Dan dia pun mula memberi isi-isi penting untuk aku cakapkan nanti tapi serius aku lupa sungguh apa yang Kak Yati cakap tu. Ini dah macam impromptu ni. Tapi bila masuk bilik interview tu aku dah mula rileks, lebih-lebih lagi orang pertama yang kena interview tu pun aku tengok coolio je. So takde sebab untuk aku menggelabah tapir kat situ. 

Bila tiba giliran aku, dia tanya pasal diri aku je. Takde pun tanya pasal tempat kursus ke apa tapi aku sendiri yang bagitahu, sampaikan dapat mesin pun aku bagitahu & kalau aku tak bagitahu dia memang tak tahu pasal tu, dah dia suruh aku cakap macam-macam sampai apa yang aku cakap aku lupa dan aku rasa aku banyak cakap ulang-ulang je. What the hacks? Haha. Belasah jek. Dah habis tu, aku tanya bila keluar paper? Dia cakap tak tahu lagi tapi dia minta no fon aku. Motif? Tak tahu. Tapi aku baik, jadi aku bagi jela. Keh keh keh. Lepas tu buat sesi fotografi dengan cameraman HM pulak. 2x aku tengok muka mamat cameraman tu sebab nampak macam muka aku kenal, rupanya orang lain. Tapi memang iras-iras. Hmm.. Entah gambar tu jadi macam mana, tidak pula aku kisah.

Masuk balik dalam ballroom, Kak Yati dan Puan Kamsiah tanya, apa soalan yang wartawan tu tanya? Aku cuma jawab aku lupa. Bila aku ingat balik situasi tu sekarang ni, aku rasa kalau aku kat tempat mereka yang bertanya tu mesti aku cakap, "asal kerek sangat minah ni?" huwaa tapi sesungguhnya aku betul-betul lupa apa yang wartawan tu tanya, mungkin sebab tak prepare jadi semuanya kalau nak ingat, kena balik rumah dulu baru boleh ingat balik. Itu pun dah balik, aku mampu ingat sikit-sikit je. Hoho. Jadi, abaikan pasal interview, dan teruskan bergambar!


Rasa macam nak nyanyi lagu 'happy family' - barney jek bila tengok gambar ni.
Bergambar punya gambar maka majlis pun tamat. Tamat dengan jayanya.
Balik tu, aku tercongok keseorangan di pintu hotel sambil memerhatikan gerimis mengundang. Menunggu si driver yang tidak kunjung tiba. Aku tak pasti berapa lama aku tunggu dekat situ tapi yang pasti memang lama, ada dalam 20 minit? Erm.. Ntah. Tapi memang lamalah. Sambil tunggu, sambil belek-belek gambar yang selamat bersemadi dalam Nikon DSLR itu tapi tak boleh tatap lama-lama kerana si gerimis mengundang itu kuat cemburu rupanya, maka aku terpaksa simpan kemas-kemas DSLR itu supaya tidak kebasahan dan menghadap jalan raya serta memandang Plaza Alam Sentral dengan penuh penghayatan. Perghh!

Setelah mereka semua menjemput Tuan Puteri Lilin ini, kami menuju ke Masjid Shah Alam untuk solat zohor. Rupanya majlis itu habis awal, tidak seperti yang dinyatakan di dalam borang. 
Ketika Puteri Lilin mahu berangkat pulang dari menunaikan solat zohor, elok pula terpandang dua orang jejaka kacak sedang duduk bersantai berdekatan dengan tempat simpanan sepatu si Puteri Lilin. Owh, menyesal tak ambil telefon bimbit dan berpura-pura bercakap di telefon seolah-olah orang di dalam talian seperti meminta alamat e-mail mahupun facebook, mana tahu si jejaka kacak sudi menyalin dan meng-add si Puteri Lilin ini? Itu pun salah satu usaha, kan? Kah kah kah. Imaginasi overdose! Sudah! Tidak perlu kau bercanda berdrama lagi dalam ini blog.

Balik tu, singgah Padang Jawa sebab mereka berempat ini sedang kelaparan. Aku juga yang kenyang walaupun makanan di hotel tak pernah pun menepati selera tekak aku yang agak kekampungan ini (melainkan kalau dihidangkan nasi Arab. Perghhh!). Ipah bawa kitorang pergi kedai Ayam Penyet yang popular di Shah Alam. Memang ramai gila orang. hampir setengah jam tunggu pesanan sampai. Nasib baik aku kenyang, jadi aku cool jela (ohoo ni nak cakap kalau lapar, memang kau jadi singalah kalau makanan tu sampai lambat??)

Lepas makan, singgah Fradoo ABC pulak. Ada orang mengidam nak makan ABC situ. Tapaw je semua, balik rumah baru makan ramai-ramai. Puas!

Dah itu je kisah pada hari Ahad 30 September 2012 yang lepas.

Isnin (1 Okt) tu Ipah wall to wall kat FB aku bagitahu yang kawan dia cakap muka aku keluar paper! Apakah besar gambar itu sampai si kawan Ipah itu boleh cam muka aku yang.. yang.. ah, malas nak cakap. Jadi aku telah memaksa Aidz untuk membeli paper pada PETANG itu. Kau gila? Petang-petang gitu kat kawasan rumah aku ni memang takdela wujud Harian Metro lagi. Ummi hantar donat ke rumah jiran dan jiran aku pun beritahu perkara yang sama. Agaknya memang besar sangat kot gambar sampai orang boleh cam muka aku ni. Desis aku di dalam hati.
Akhirnya Aidz balik dengan tangan kosong sebab paper habis. Huhuhu. 
Aku mesej Ipah dan paksa dia beli jugak. Perasaan masa tu takdelah rasa nak tatap sangat cuma aku nak tahu je kenyataan seperti apakah yang wartawan tu tulis? Adakah sama seperti yang aku cakap atau lain sikit atau gi mana?
Jadi petang tu dapatlah tatap. Blush-blush muka i~ Wartawan ni pun... sempat juga tu dia menokok tambah ayat tapi takpe, tetap kelihatan sweet dimata ku. Tambah ayat baik-baik takpe, kalau tambah ayat tak baik, buat naya je.. He he.


Patutlahh.. setepek muka ku dia letak. hmpphh


Ok, dah tamat cerita. Ada yang nak baca atau tidak, terpulang... Lalala...

Oh, aku dapat sumber bagitahu yang Janet Jackson telah masuk Islam [sumber]. Alhamdulillah... walaupun sebab nak kahwin je tapi mana tahu kalau lelaki tu @ famili dia mampu bimbing dia ke kan? Doakan yang baik-baik jela :) Teringat kisah Brother Shah Kirit yang peluk Islam pun sebab nak kahwin tapi akhirnya dia lebih hebat daripada kita yang dah sedia muslim, dah jadi pendakwah terkenal pun dia. See? So positif-positif kan minda anda..

0 bicara tanpa suara:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB