Judge. Nilai.
Betul bak kata pelakon Fathia, kita ini manusia biasa kadang-kadang kita TAK MAHU judge (nilai) orang tapi kadang-kadang kita ter-judge sebab manusia ni memang hidup tak lari dari kesilapan.
Macam akulah, dah banyak kali ajar hati, JANGAN JUDGE ORANG. JANGAN!
Tapi bila orang buat kesalahan yang hati kita tak nak redha dengan kesalahan tu kita jadi ter-judge orang tu. Kesalahan pertama masih boleh bersangka baik tapi bila dah diulang² 4, 5x rasa memang patut aku beri teguran.
Niat memang nak beri teguran je takde pun niat nak judge² ni sebab tahu yang Maha Menilai tu Allah sahaja, jadi bila kita beri teguran then orang tu cakap kita cuba nak judge dia memang rasa sedih laaa..tsk! T.T
Selalu bila aku tegur kesalahan orang (secara personal) aku akan nangis sebenonya (ngee) sebab rasa macam.. Ya Allah jahatnya aku! Kenapa aku boleh tegur orang dengan cara begitu?? Tapi hati aku ni haa yang rasa tak boleh nak pergi (cannot go) dengan kesalahan² yang orang tu buat, bukan nak cakap aku tak pernah buat silap, of course pernah! Aku bukan maksum!
Tapi jujur aku cakap aku sangat suka bila aku buat silap ada orang tegur aku secara personal tapi pastikan teguran tu memang sebab nak aku berubah jadi lebih baik la bukan tegur sebab saja² suka cari kesalahan. Itu hanat nama dia. Kakaka. Sebab bila kita menegur kesalahan seseorang itu sebenarnya sebab kita ambil berat tentang dia. Jadi bila orang tegur aku, aku akan rasa, hey, dia nak jumpa aku kat syurga lah! Maka hati pun akan rasa berbunga gituuu.. Wee
Kenapa tidak kita berfikiran sepositif itu, kan?
Tapi itulah, hakikatnya tak semua apa yang kita rasa, apa yang kita fikirkan itu juga yang orang akan rasa dan fikir. *sigh*
Maaf kepada yang terasa dengan teguran² aku. Aku tegur sebab aku nak jumpa kau di syurga nanti. Itu saja. Takde niat nak judge pun walaupun kau bersangka aku sejahat itu. Maaf sekali lagi, demi Allah memang takde niat nak judge sesiapa pun..
0 bicara tanpa suara:
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)