Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Ahad, 2 Mei 2010

Nak ke tak nak?






Assalamualaikum w.b.t

Lama dah tak update pasal diri sendiri. Asyik sibuk je nak bercerita pasal kem BTN hari tu sampai tak sempat nak update apa-apa pun -_-' 

Ni pun sebenarnya ada hal yang kena settle kan. Aduhhh kusut kepala. Zack dan Tika ada kat rumah ni. Beriya-iya pujuk suruh jugak pergi Sabah. Okeh, cerita pasal pergi Sabah ni, sebenarnya tiket kitorang dah beli dari bulan 5 tahun lepas lagi. Memang dapat harga kaw-kaw punya murah. Tiket pergi-balik. Serius ah memang rugi gila la kalau tak pergi. Jadi aku memang nak pergi. Cuma macam.... tulah, kita hanya merancang tapi DIA yang tentukan... Ni tengah fikir pasal baju untuk walimah akak aku nanti. Lepas tu pula pasal kursus PUNB ni lak. Entahlah. Kalau ikutkan memang mentor aku bagi je aku pergi. Cuma ada sebab yang aku risau, takut sesuatu yang tak diduga terjadi. Mana kita nak tahukan apa yang bakal jadi seterusnya. Risau pun ada. Keinginan nak pergi pun ada....


Nak jual tiket tu, memang tak boleh jual kat siapa-siapa dah sebab tu tiket promosi. Nak burn kan macam sayang je. Yela, peluang datang bukan selalu kan? Arghhh! Pape pun korang doakanlah yang baik-baik untuk aku. Fenin sudeyyyyy... Adios amigos.

Sabtu, 1 Mei 2010

Catatan Perjalanan Kem BTN - Hari Terakhir

Khamis, 8 April 2010
5.30 pagi
Bangun, mandi dan siap-siap pergi surau untuk tunaikan subuh yang terakhir di kem BTN Lipis (B). Sedih pula rasa. Walaupun 4 hari je kat sini, walaupun masa mula-mula datang sini dah rasa nak balik, tapi bila hari terakhir menjelma rasa macam dah seronok pula kat sini. Lepas subuh ada lagi tazkirah pagi oleh ustaz Zarawi. Tazkirah terakhir kata ustaz tu..huhu 

7.00 pagi
Balik bilik. Kemas apa yang patut.


8.30 pagi
Sarapan nasi lemak. Nyum2 :) Bergambar sakan.


9.30 pagi
Berkumpul kat dewan. Kak Syura bagi ucapan serba sedikit tentang program dan aktiviti yang dah kitorang lalui. Cakap pasal Abang Seman. Dia bagitahu sebenarnya Abang Seman tu ok, dia yang paksa Abang Seman provok-provok kitorang sebab nak tengok ego kitorang ni tahap mana. Bla.. Bla... Bla.. Dan terdetik ' oh, baik jugak Abang Seman tu ek.. Kak Syura la ni yang jahat' <- boleh pulak gitu...bhahaha


10.30 pagi
Makan lagi. Tapi masa aku sampai dewan makan, kuih dah habis. Uwaaa... Poyo jek melalak sebab tak dapat makan. Haha

11.45 pagi
Bertolak balik.
Nasib tak baik sikit sebab terpaksa duduk sebelah lelaki dalam bas. Tapi nasib baik hamba Allah bernama Roslan tu ok dan takde nak lebih-lebih. Fuhhh syukur... hehe. Ramah pulak dia berborak dengan aku dalam bas. Mengadu nasib pasal tempat kursus dia. Teruk gak dia kena. Sian jek. Masa kursus tu memang aku rasa macam tak nampak je dia nih, sekali boleh pulak kan duduk sebelah-sebelah.

2.15 petang
Tiba di Plaza Sentral. Say goodbye to everybody dan bergerak ke KL Sentral. Tak sedih dah pun masa tu sebab kursus RP akan datang ni insyaallah akan jumpa orang yang sama lagi...wee


4.30 petang
Elok je makan KFC, Abang Rusdi husband Kak Ida datang jemput. Kebetulan pula hari tu ada kempen 'Kami Prihatin' kat KL Sentral. Tahu siapa artis yang kitorang terserempak? 
Jeng jeng jeng


Azlan Typewriter dan Hans Isaac... wahhh..hehe



Cuma bila balik dari kem tu yang aku tak boleh lupa ayat Pak Rais masa dia bengang kitorang lambat masuk dewan. Salah seorang yang lewatnya, aku lah. Elok je aku lalu sebelah dia masa masuk pintu dewan, tiba-tiba dia yang tengah berdiri depan pintu terus menuju keluar dan menjerit, " Cepat sikit jalan tu! Tak payah nak mekap tebal-tebal, takde orang nak pandang pun!" Perghh...sentap beb! Walaupun aku tak pakai mekap tebal-tebal *memang tak reti mekap pun sebenarnya* tapi sebabkan dia tegur masa aku elok je lalu sebelah dia, jadi macam otomatik tersentap walaupun mungkin kata-kata tu bukan untuk aku. Sampai sekarang ni kalau aku tengok cermin je, mesti aku teringat kata-kata dia. Kecik ati den... Hohoho. Emo lak minah ni. bhahaha 

Apa-apa pun BTN tetap best! Rasa macam tak cukup hari lak. Sekejap sangat~


~ THE END ~







Ikut via FB