As-suqut 'alamatur redha -> diam tandanya redha~
Selalu kan dengar ayat tu? Diam tanda setuju. Diam tanda mengiyakan. Selalunya, perempuanlah yang kena tempias ayat ni. Kesian kat kaum aku..huhu
Tapi bagi aku, sebenarnya taklah. Tak semua perempuan macam tu. Contohnya aku. Diam adakalanya tanda protes. Bahaya sebenarnya diam perempuan ni. Jadi untuk lelaki diluar sana, janganlah cepat sangat bersangka macam tu; diam tanda menerima.
Aku kalau marah pun, aku akan diam. Diam dan muka nampak memerah yang kemudiannya orang lain menyangka aku mengiyakan dan mula malu-malu. Aduhhhh. Betapa bengangnya apabila disangka begitu
Tapi jujurnya aku cakap, jika kita kena marah dan bila ingin membela diri kemudian diarahkan untuk diam kerana tak layak untuk bersuara, ianya amat-amatlah menyakitkan hati. Mesti korang pun sakit hati kan? Kan? *tiba-tiba rasa sakit hati tu datang..warghh*
Cuma bila dah bersuara tu janganlah pula sampai berbalah, berpada-pada sudah. Aiyak, tiba-tiba terasa susah jugak jadi perempuan ni. Kena jadi penurut kata selalunya walaupun dalam hati memprotes marah, memprotes ingin bersuara tetapi bimbang pihak lagi satu terasa hati, bimbang juga takut tersalah perkataan dan akhirnya terpaksa juga diam dalam terpaksa
0 bicara tanpa suara:
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)