Assalamualaikum ;)
Jumpa lg~ Heee.
Mulai hari ni dan hari-hari seterusnya memang aku ada masa kot untuk online seperti selalu sebab aku dah kembali ke rumahku. Hik3..Tapi takdelah nak update blog ni hari-hari. Takde masa...
Wokeh, mari kita berkisah tentang aku dan anjing. Bila tengok tajuk macam tu, teringat masa zaman Rasulullah dulu pasal kisah seorang pelacur dengan anjing. Haip, aku bukan pelacur yang ahli syurga tu...huhu
Kisahnya bermula hari Selasa (9 Mac 2010). Pagi tu macam biasalah nak pergi kursus. Turun dari tingkat empat apartment blok G tu, sampai bawah ternampak dua ekor anak anjing sedang bermain-main sesama mereka. Sungguh comel!~ Dah lama tak nampak anak anjing. Masa aku berjalan melintasi si kecil dua ekor tu pun, dua-dua buat tak kisah. Terus bermain hingga membuatkan aku tersenyum memandang.
Keesokan harinya aku tekad nak tangkap gambar anjing berdua. Tu pun kalau ada dua-dualah. Sampai-sampai je kat bawah, salah seekor anak anjing sedang bermain kotak rokok. Lagi seekor aku tak nampak pula. Masa dia gigit-gigit tula aku memulakan kerja wartawan tak rasmi aku. Haha. Dan inilah hasilnya.
anak anjing yang terpaku tengok aku tak teruskan langkah
Dua gambar je aku snap. Tu pun sebab lagi 1 gambar, blur. Bila aku mula melangkah je anak anjing ni terkejut dan mula berlari ke arah aku. Masa tu memang kaget tak ingat. Aku risau dia lari ke arah aku dan aku terpaksa samak. Rupanya dia lari terus menyusup bawah longkang yang tertutup. Tapi adalah bunyi terkejut dia. Sekali agaknya parents dia kot perasan anak dia diganggu terus dia menyalak kt aku. Wuaaaa...aku pun entah macam mana automatik ikut terjerit. Mungkin sebab terlalu terkejut. Aku pandang sekeliling. 'Fuh, nasib baik takde orang'. Dengan selamba dan control ayu nya aku teruskan langkah. Si ibu anjing yang menyalak aku biarkan. Kalau dia nak gigit aku pun takpelah. Aku redha...wahahaha. Tapi tak lama pun si ibu menyalak. Bila dia nampak aku bergerak pergi, dia diam.
Cerita di kawasan apartment tamat disini.
Aku teruskan perjalanan masuk kawasan Hospital Selayang untuk ke perhentian bas. Seperti biasa aku menunggu Kak Ida kat situ. Sementara tunggu Kak Ida dan suami datang menjemput, aku baca novel 'Diari Bonda'. Tiba-tiba muncul seekor anjing dewasa berwarna krim. Dia datang terus ke arah aku. Aku buat selamba jelah. Tapi bila dia cuba nak hidu sandal yang aku pakai, aku mula rasa tak best. Terus aku halau dia.
'Syuhhh...syuhhh.' Macam halau ayam pun ada juga...hahaha. Aku nampak anjing tu macam lain. Dia seperti nak menggesel pula kat aku. Elok aku tengah duduk, terus aku berdiri. Masih cuba menghalau seperti tadi. Aku ingat dia akan terus pergi, rupa-rupanya dia menyalak-nyalak kat sebelah aku. Berdesup jantung aku. Memang masa tu menggeletar dah kepala lutut. Orang yang berada dalam kereta yang lalu lalang pun semua pandang aku. Hampeh, bukan nak tolong. Ain cakap, mungkin diorang pun takut dengan anjing kot...hehe. Hmm agaknyalah. Agak lama juga dia menyalak-nyalak. Aku pandang dia tapi orang cakap jangan tenung mata dia, kalau tenung pun jangan berkelip kalau tak nanti dia terkam.Waaa seram! Aku menghadap dia yang tengah menyalak tapi mata aku tak pandang dia, pandang pada seorang lelaki yang jaraknya lebih kurang 50 meter daripada aku. Tapi malangnya lelaki tu hanya mampu memandang dari jauh je T_T..apalah...
Kadang-kadang bertentang juga mata dengan si anjing. Ada nampaklah mata dia macam kesian sangat. Aku pun dapat rasa dia takkan terkam atau gigit aku, cuma mungkin dia marah aku halau-halau dia macam tu. Binatang pun ada perasaan, kan...*tiba-tiba memahami hati si anjing pula* hihi..
Aku pun tak pasti berapa lama dia menyalak tapi memang agak lama. Sampi entah macam mana terkeluar dari mulut aku nama Qitmir, tak lama tu dia terus berlari. Serius aku rasa simpati pada anjing liar tersebut. Mungkin dia nak bermanja-manja itu yang bila dihalau dia memprotes marah. Cian dia~ ;(
Bila aku berkisah di tempat kursus. Semua buat muka takut.
" Fira tak nangis ke?" Tanya Kak Wani.
" Kalau akak, akak dah lari dah" Sampuk Kak Ida.
" Kalau saya, saya baling je batu..he he he" Ujar Kak Wan pula.
Maunya aku tak takut. Dengan menggeletar gitu aku call Kak Ida. Masa tu airmata dah bergenang dah takut anjing tu datang balik. Memang nak baling je apa yang aku sempat capai masa tu tapi aku sempat jugak fikir, kalau aku berkasar dengan dia, tak mustahil dia juga akan berkasar dengan aku. Lagipun dia tak menderam marah, dia cuma menyalak je. Mungkin ada sesuatu yang dia tegur cuma aku je yang tak faham bahasa dia...
3 bicara tanpa suara:
layan.. hehehe
hepi besday.. hepi besday...=p
BeMiE: layankan je...hihi
uNIqIKA: slh komen post la...pape pn, thanks ;)
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)