Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Ahad, 7 Mac 2010

Salju Sakinah - Zaid Akhtar

Ni novel kedua yang aku nak komen dalam blog ni selepas VT. Pagi tadi aku menyudahkan bacaan.
Firstly, nak ucap tahniah pada penulis sebab berjaya meng'hidup'kan watak wanita. Ya, penulisnya seorang lelaki tetapi wataknya seorang perempuan. Amat-amat kagum. Kalau baca pun memang takde rasa penulisnya seorang lelaki. Lagipun rasanya lagi susah untuk mencipta watak perempuan. Nak kena memahami jiwa seorang perempuan, nak kena tahu bila perempuan tu harus beremosi ataupun tidak, susah woo sebab perempuan ni penuh dengan emosi, tapi novel ni berjaya menzahirkan semua elemen tu. Wah, amat mantap! 

Mula-mula tengok nama penulis terdetik dihati, ' macam pernah tengoklah nama ni..' Berkerut-kerut dahi aku memikir mana aku pernah nampak nama Zaid Akhtar ni <- yang pasti ejaan dia bukan Zahid..hehe. 

Aku kalau rasa-rasa macam pernah nampak atau pernah dengar, memang sampai ke sudah aku berfikir. Akhirnya, jawapannya aku temui dalam novel ni jugak. Rupa-rupanya cerita ni sebelum di-novelkan pernah tersiar di akhbar utusan dalam ruangan agama sedikit masa lalu. Memang ada jugak pernah terbaca siri tu beberapa kali cuma tak ikut sangatlah sebab bersambung-sambung.


" Jangan nama saja Sumayyah tapi lekas sangat mengalah." 
Kalimat keramat abah itu tak pernah tercicir dari benaknya. Sentiasa digenggam,
diusung ke mana-mana.
Tetapi kali ini dengan pukulan takdir seteruk ini
terasa dirinya lemah tak bemaya...


Sinopsis:

Cerita ni tentang sebuah kehidupan. Kehidupan insan bernama Sumayyah yang berumur 25tahun. Penuntut semester akhir di Universiti Yarmouk, Jordan. Bekas pemegang jawatan tertinggi bagi Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Yarmouk - PERMAYA (rasanya PERMAYA dengan PERMAI tu maksud yang sama kut...entahlah, kena tanya Hilal dan Faiq sebabnya ni cerita pasal Universiti diorang..huhu). Amat disenangi oleh rakan-rakan dan disegani oleh kaum lelaki kerana sikap dedikasi yang dimiliki.

Bermula dengan kekecewaannya terhadap Afnan, 7 tahun bercinta akhirnya putus apabila si jejaka idaman yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir sudah berjumpa dengan orang baru di tempat pengajiannya. Amat menyakitkan apabila dilukakan sebegitu. Dari situ, hatinya mula tawar dengan lelaki.
Ah, lelaki semuanya sama!
Hanya tahu berkata-kata; sengaja berlagak bagus
dihadapan wanita.
Bila baca, laaa sekejapnya kisah dia di Irbid. Yelah, dah last semester. Beberapa minggu sebelum pulang ke Malaysia, dia bertemu dengan Naufal. Lelaki yang menegurnya ketika gadis itu sedang menunggu coaster
(sejenis pengangkutan awam di Jordan) seorang diri di malam hari. Dan terbitlah rasa sakit hati di hati Sumayyah apabila teguran yang ikhlas dianggap seperti sengaja ingin menunjuk baik. Dahlah masa tu tengah bengang dengan Afnan, sekali kena bebel pula dengan kaum sejenis Afnan, lagilah panas dihati merebak.

Dan yang paling seronok bila baca novel ni, terasa macam aku juga berada di Irbid..Dengan suasana persekitaran yang diceritakan, dengan keadaan ukhuwah disana, betul-betul terasa sebahagian diri aku juga berada disana.

Apabila tiba di Malaysia, bermacam-macam jenis dugaan yang terpaksa diharungi. Terpaksa menguruskan perusahaan kerepek abah dengan bantuan Muazzam; lelaki kepercayaan si ayah. Muazzam sangat baik terhadap Sumayyah sekeluarga, amat prihatin orangnya. Walaupun muda dua tahun daripada Sumayyah tetapi amat matang. Kemudian kemunculan Luqman Hakim anak Ustazah Samihah yang mula menagih kasihnya, membuatkan dia tertekan apatah lagi salah seorang ahli keluarganya terlibat dengan ajaran sesat. Bila bab ajaran sesat tu yang aku gerun nak baca tu. Kerana terlalu taksub dengan 'guru' ajaran sesat yang digelar Tok Ayah, setiap teguran Sumayyah dan keluarga lain tidak dihiraukan. Semuanya Tok Ayah yang betul. Uish! Tak suka part nih, menakutkan! Hoho. Padahal sama ada kita sedari mahupun tidak, benda-benda macam ni sebenarnya wujud di sekeliling kita. Jadi berhati-hatilah selalu agar tidak terjebak.

Kemudian, ujian lain pula datang menimpa apabila ada yang menuduh dia cuba menggatal dengan suami orang. Alahai... Aku juga pernah kena tuduh begitu cuma bukan dengan laki org tapi dengan pakwe orang. Adeiii...macam aku ni hard up sangat je ngn bf dia. Padahal tak hingin pun waima dibagi percuma.Photobucket Kalau baik macam..tuttt...nak la gak kan.. heheh. *siapa tuttt? biarlah rahsia ;P*
Sebab pernah mengalami perkara yang sama walaupun tak serupa jadi aku mudah memahami situasi. Marah, bengang, sakit hati, rasa ingin meletuskan perang dingin, semuanya datang dalam jiwa dan penulis berjaya mengekspresikannya didalam novel ni. Sebab tu aku cakap susah sebenarnya nak menghayati watak perempuan ni, terutama apabila melibatkan perasaan. Kalau salah gaya penulisan, alamatnya novel ni nampak sedikit merepek. Tapi novel ni bukanlah begitu :)

Aku pun malas nak komen banyak-banyak. Cuma nak bagitahu, memang tak rugi pun korang miliki novel ni. Terutama yang memang meminati novel cinta islamik, novel ni memang sesuai untuk korang. Berbunga-bunga hati bila baca novel ni. Hehe. Lebih-lebih lagi akhirnya dia kahwin dengan lelaki yang dari mula cerita aku memang menyukai watak lelaki sebegitu..hik3. 
Paling suka dengan gelaran 'Sahibus Samahah', buatkan aku tersenyum lebar je...hik3Photobucket<- icon gedik teramat..haha

4 bicara tanpa suara:

Tanpa Nama berkata...

ehe..teringin nak baca novel ni.msti lagi berbunga2 ^_^

Fira hilwa berkata...

haha..
baca la. pandangan org lain2 ;)

Zaid Akhtar berkata...

salam sakinah.
terima kasih kerna sudi membaca dan mengulas SS.
:-)

Fira hilwa berkata...

@Zaid Akhtar: salam sakinah & ramadhan juga. tkjut sy en zaid view blog sy ni. terharu gitu :t: terima kasih utk novel yg mantap ini :e:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB