Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Ahad, 28 Februari 2010

VT oleh Hilal Asyraf

" Enta (kamu) adalah manusia dari zaman lampau
yang masih hidup sehingga hari ini.
Enta masih ada harapan yang tidak mereka pegang,
enta masih punya kekuatan yang tidak mereka punya,
kenapa enta hendak mengalah?" - Hussam


Bismillahirrahmanirrahim...
Wah! 1st time mulakan posting dgn bismillah, selalunya 'assalamualaikum' & yang sama waktu dengannya. Yela, nak komen novel seseorang yg aku kenal (aku je kenal dia sikit, dia xkenal aku pun..hehe). Sementelah, kenalan dia lak; Faiq Zaini baru je jadi follower aku, kot-kot jadi mata-mata pada Hilal Asyraf..risau nih! Hahaha... Dah-dah, merepek lak pagi-pagi buta ni.


Sebenarnya & jujurnya novel VT ni aku tak beli. Tapi dipinjamkan oleh Abang Rusdi (suami Kak Ida) pada aku. Elok je dia tahu aku penggemar novel sama seperti dia, terus aja dia syor kan novel ni pada aku.


" Novel ni takde cerita pasal perempuan, semua lelaki." Aku angguk je. Sememangnya aku dah tahu. Awal-awal kemunculan novel ni, memang seolah-olah menjadi satu fonemena dalam dunia penulisan. Selepas Fatimah Syarha, nama Hilal Asyraf pula disebut-sebut sebagai penulis novel Islamik. Mula-mula novel Islamik yang aku baca tentunya novel Ayat-ayat Cinta oleh Habiburrahman El-Shirazy, diikuti Pudarnya Pesona Cleopatra oleh penulis yang sama. Di Atas Mihrab Cinta juga antara koleksi cerpen yang aku suka. Sebabnya? Nama heroin dia adalah nama aku sendiri; Afirah. Semestinya aku bangga dengan watak itu ;P
Afirah dan Zahid...jadi aku sedang mencari 'Zahid' ku...ekekeke. Tak boleh blah~


* Weh, Fira. Kau ni nak komen pasal novel VT atau pasal dunia penulisan ni? Adeiiii....
* Sambil menyelam minum air la...ngeh2


Persoalannya, kenapa aku tak beli novel ni walaupun aku tahu novel ni berunsur dakwah dan aku sememangnya suka novel yg begitu? Senang je, sebab takde cerita pasal perempuan. Serius, aku tak boleh bayangkan macam mana jalan cerita novel ni. Lagipun aku kurang yakin pada penulis baru. Karya Habiburrahman (sekarang ni ada 5buah koleksi) dan Fatimah Syarha pun aku baca apabila ramai kenalan (mostly kenalan alam siber) yang memuji jalan cerita menarik. Jadi, aku tak teragak-agak untuk beli dan baca.
Novel VT ni pula, Abang Rusdi beri komen. Semua pujian yang positif. Lagi pula dia dulu sekolah asrama dan kisah dalam VT ni pun banyak berkisar pada dunia asrama, tu yang dia suka tu.


Hari pertama aku dapat novel ni masa hari Selasa lepas tak silap aku, dapat-dapat je terus baca. Menarik! Tu lah tanggapan pertama aku pada novel ni. Dan setelah beberapa tahun aku tak buat perkara pelik, novel ni mengembalikan perangai lama aku tu; bawa aje ke mana-mana. Nak tidur aku bawa, siap letak sebelah bantal, nak makan aku bawa (makan sambil baca, perkara yang aku tak suka tengok orang lain lakukannya tapi aku sendiri terjangkit penyakit tu...hoho..Parah!). Paling ketara penyakit gila baca novel merebak adalah pada Khamis lalu. Tunggu bas aku baca novel ni, orang keliling semua pandang aku buat tak nampak. Naik bas aku baca novel, sampai bas dah sampai kat tempat kak Ida & kak Ida dah duduk pada seat sebelah aku pun aku still baca novel ni, xlayan pun kak Ida borak.

" Akak rampas jugak novel ni karang," tegur kak Ida apabila aku acuh xacuh je dengar dia bercerita. Tapi aku teruskan pembacaan, lama-lama kak Ida bosan nak borak dengan aku lagi. *Akak, marah suami akak sebab bagi kita pinjam novel ni =p*

Dalam LRT pun aku sempat lagi baca. Masa rehat pun aku teruskan baca. Masa nak tunggu KTM komuter pun aku sempat baca sampai aku perasan ada sorang dua yang duduk berdekatan aku tertoleh-toleh pada novel yang aku baca. Mana taknya, bila sampai part yang kelakar, sengihan aku mula melebar. Tak peduli pun orang nk cakap apa, tak peduli pun orang nak fikir apa...Hehehe. Betullah, macam dah kena virus. Sampai aku rasa novel ni tak patut dibuat novel, rasanya lebih sesuai dibuat komik. Aku khusyuk baca sebab nak membayangkan situasi dan posisi yang ada dalam novel tu. Almaklum, orang tak pernah main bola tampar. Bila sebut digging, jumping serve & spin, semua tu buatkan aku terbayang permainan bola keranjang, bukannya bola tampar...Hahahaha. Paling penting aku bayangkan anime Slam Dunk..wahaha..Adeiii.


Jadi yang dapat aku komenkan pasal novel ni, jalan cerita dia memang menarik. Buatkan aku ubah pemikiran aku bahawa cerita tanpa jantina berlawanan tak menarik menjadi sebaliknya.


Yang kuat kadangkala boleh digegarkan dengan taktik yang biasa
kerana mereka sering dengan cara yang luar biasa
sehingga terlupa dengan taktik yang sangat biasa
Sinopsis:
Ceritanya berkisar tentang seorang Ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Hussam ingin mengubah akhlak pemain bola tampar MATRI (sebuah sekolah agama rakyat yang terletak di Perlis merangkap sekolah penulis sendiri). Baca punya baca novel ni, aku perasan ada sedikit persamaan dengan komik/drama Jepun; GTO = Great Teacher Onizuka/Guru Terampil Onizuka. Persamaannya satu, pengorbanan seorang guru untuk membimbing anak-anak muridnya yang rosak akhlak cuma GTO takde mesej dakwah. *Nama pun Jepun, memangla~ atoiii kau ni, Fira... Heheh.
Pasukan bola tampar MATRI pernah gah pada 10 tahun lalu (memandangkan novel ni diterbitkan pada tahun 2009, jadinya tahun ni masuk 11tahun la. Eh, boleh ek tukar tahun camtu? Boleh je..Belasah..ihik2) tapi malangnya pada 5tahun selepas itu (thn ni 6thn la..haha..), MATRI hanya mampu meraih naib johan atas satu insiden. Insiden apa? Baca sendiri, ok. Dan musuh ketat mereka (musuh dalam permainan) adalah SSNP yang selama 5tahun tu dengan bongkak, bangga, riak, takbur, sombong (pe lagi nak sama waktukan dgn ayat-ayat ni ek? huhu), telah mengalahkan semua pihak lawan dengan mata 25-0. Waaa..hebat tak? Hebat tak? Tapi siapa lagi hebat? Allah! (tiba-tiba terselit lak dialog kisah Haiwan Teladan..ngeh2. Tengah-tengah malam ni dah mula ting tong la..esok xsempat dah nak buka blog T_T).
Kemudian wujudlah watak Asyraf, pemain paling senior antara pemain-pemain yang lain dan paling panas baran. Dan kehidupan dia dibayangi jurulatih kesayangannya, Faiz Abdul Aziz (sedap nama ni. Ada rasa macam perisa vanilla ;p). Bila part ni ada sikit sedihlah.. Bila orang yang kita sanjung dah takde depan mata, hanya kenangan je yang tinggal mesti sedih...sedih....dan nangissss..wuuuwuuu. Ok, kesat hingus please...
Macam-macam taktik dan teknik yang Hussam ajar. Hussam ni pun kira misteri juga. Ajar mereka main bola tampar seolah-olah macam pro je main tapi sebenarnya anak-anak buah dia tak pernah nampak pun dia tunjuk skill, datang pun secara tiba-tiba. Matlamat dia cuma untuk menebus kekalahan MATRI, mencalarkan rekod baik SSNP dan yang paling utama tunjukkan Islam dalam sukan kerana Islam itu bukan hanya di masjid tapi ada di mana-mana termasuk di gelanggang sukan. Siapa yang minat bersukan mesti teruja dengan ayat ni. Aku suka kerja jadi kena selalu pesan pada diri; kerja juga satu ibadah ;)

Overall cerita ni memang best. Bila baca, semua perasaan ada. Paling banyak yang bertandang dalam diri aku masa baca novel ni, ialah perasaan teruja! Teruja bila MATRI buat taktik yg menjadi (aku cuma imagine kan ikut kemampuan daya imaginasi aku je sebab tak berapa tahu pasal bola tampar ni..hehe). Bila MATRI dapat mata, aku pulak yang overdose suka...Kerek ah minah ni~ Over, u~ Hahaha.
Tahniah jugak buat Hilal Asyraf sebab mampu mengolah penulisan cara bermain dengan baik. Tu jela yang aku boleh ceritakan. Nak tahu lebih lanjut belilah. Nanti Pesta Buku nanti mesti ada jual kt booth GISB punya (siap promot lagi ;P)
Oh, hampir lupa. Ada aku buat status kat bukuwajah (facebook) yang aku ada tak puas hati pasal novel ni. Tak puas hati sikit dengan ending dia. Sikit je yang aku xpuas hati tu, sebab aku rasa penulis perlu tunjukkan di akhir cerita bahawa Asyraf tahu apa yang dia patut tahu tentang keadaan Faiz..tu saja. Jadi nampak macam jalan cerita macam xhabis walaupun memang dah habis...hoho.

Oklah, dah selesai mengomen. Aku mahu tidur. Jam dah pukul 4 pagi. Lepas ni tak tahu bila kita akan jumpa lagi, wahai blog...Ada lagi 3 novel tebal yang harus aku baca. Kalau rajin nanti akanku komen lagi, tu pun kalau sempat dan kalau ada mood..

Untuk anda semua yang baca @ terbaca blog ni secara sengaja mahupun tidak, aku ingin ucapkan terima kasih dan salam perkenalan... uhibbukumfillah ;D

2 bicara tanpa suara:

saye chenta wana berkata...

hehe rajen ko bc novel tebal2.kalo aku kompem muntah nak abis 1 novel.dh bc novel "Baju pengantin mak andam"?

Fira hilwa berkata...

bc time busan~
b0san la kt cni...dh la xde tenet. huhu. jd nk hilangkan bosan, aku bc la novel dgn pnuh pghayatan..haha

blm bc tp aritu ada aku bc rina komen kt blog dia, mcm not bad la cte dia.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB