Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Jumaat, 26 Februari 2010

Alhamdulillah



Assalamualaikum...

Waaa sesungguh-sungguhnya aku amat-amat rindu untuk update blog ni.
Banyak kisah yang aku ingin kisahkan..Terlalu banyak sampai tak tau nak mula dari mana.
Sekarang ni pun dah tak boleh online macam selalu. Almaklum, dah duduk rumah sewa. Memang takde internet, jadi amat-amat sunyilah aku dari alam maya ni. huhu..sedih!

Perkembangan terkini, aku sekarang tinggal kat Selayang. Betul-betul belakang Hospital Selayang. Kalau nak pergi kerja memang kena lalu masuk dalam hospital tu pun. Macam biasa, aku pun tak naklah cakap aku ni baik sangat, jadi aku nak buat pengakuanlah yang mana kalau aku lalu dalam hospital tu aku memang suka cuci mata. Melihat-lihat keindahan ciptaan Tuhan. Sampai berselisih dengan mamat-mamat kacak pun aku tengok jugak (ciptaan Tuhan gak tu kan..hihi..opss tapi aku tengok gitu-gitu jela, dah orang tu pun pandang aku gak, siapa suruh).

Hmmm..betullah, tak semua yang manusia impikan tu akan jadi kenyataan.. Tapi macam aku, alhamdulillah..syukur sangat-sangat pada DIA kerana memberikan sesuatu yang menjadi impianku. 

1. Memiliki teman serumah yang baik hati. Lepas tu dapat lak rumah sewa yang lengkap serba serbi. Pergh.. Kepada Kak Zila (walaupun akak tak baca blog ni, saya nak wish jugak), thanks 4 everything u'v done to me selama hampir dua minggu saya menyewa satu rumah dengan akak. Akak memang baik, memang best! Saya tak pernah lagi jumpa atau dengar orang yang dapat teman serumah macam akak. Bila akak cuti (Kak Zila selalu cuti waktu hari aku kerja) atau masuk kerja syif pagi (7a.m-2p.m) ke, saya balik kerja tu (selalu aku sampai rumah dalam pukul 8p.m) mesti ada je makanan akak masak untuk bagi saya makan. Walaupun simple je tapi saya tetap hargainya...Sebab akak pun mesti penat kat tempat kerja layan pesakit bahagian kecemasan yang macam-macam ragam tu, kemudian masak lagi... Thanks a lot, kak. Moga ukhuwah yang terbina biar hingga ke hujung nyawa..Amiin

2. Dapat satu tempat kursus dengan my best friend for ever, Kak Aida a.k.a Kak Ida. Dulu pernah berangan nak 1kelas dengan dia, tak pun 1 tempat praktikal..*konon..padahal kalau dah tak satu kelas tu memang sah-sahlah tempat LI pun xsama..adess* Tak sangka lak angan-angan yang mustahil jadi kenyataan dulu bisa Allah makbulkan. Alhamdulillah...Jadinya sekarang ni Zack dekat selalu dengan Tika dan aku pula dengan Kak Ida. Memang mengagumkan! Padahal dulu dah dapat rasa dah macam susah je kami nak bersatu semula tapi kuasa Tuhan tak siapa yang tahu..Syukur..Syukur..

3. Dah masuk tempat kursus nun tercampak dekat Ampang sana (belakang Hospital Pantai jek..Macam dah jodoh lak aku dengan hospital ni. Menyewa dekat Hospital Selayang, kursus lak dekat sangatlah dengan Hospital Pantai Ampang..huhu..jangan jodoh dengan doktor sudah...hoho), berkenalan pulak dengan Kak Wan ambil kursus macam kitorang jugak, graduan Ijazah Sarjana Perakaunan, UIA. Anak baru dua orang. Alim akak ni. Lemah lembut je. Hari-hari dengan radio IKIM fm sampai kitorang nak tukar stesen radio lain pun macam tak sampai hati lak. Tapi syukur jugaklah aku dengan Kak Ida memang penggemar lagu-lagu nasyid, kalau x mesti busan jek..hehe. Cuma xsuka sebab IKIM fm banyak segmen bual bicara. *mataku mula melingas..kot-kot orang IKIM nampak ayat aku ni..agak-agak kena saman tak? Ampun Ustaz Zamri, jangan saman saya, saya cume meluahkan pendapat. hehu*

Jadi sekarang ni aku perlu dan harus menjadi manusia yang tahu diuntung. Dan selalu-selalulah ajar diriku ini untuk bersyukur pada Yang Esa atas segala kurniaanNYA..Harapanku agar aku dipertemukan dengan mereka yang ikhlas dan baik...Thanks Ya Allah. Alhamdulillah~ Moga ENGKAU terus memimpin dan menemaniku, hambaMU yang dhaif ini... T_T

0 bicara tanpa suara:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB