birthday girls; 14 Mac 1986 + 14 Mac 2009
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memanjangkan usiaku..
Yup, tahun ni usiaku genap 24 tahun.
'Umur wajib kahwin' <- pendapat bagi sesetengah pihak dan sebab itulah daripada semalam (14 Mac 2010) hingga ke hari ini tak sudah-sudah orang berdoa semoga aku bertemu jodoh. Huhu.. Sabar je ;P
Dalam usia 24 tahun, meriah pula sambutan harijadi yang aku terima.
Semalam sambut birthday kat rumah, sekali dengan Ummu Khalilah; anak Cik Adi yang baru masuk usia setahun. Automatik kek yang sepatutnya satu bertambah lagi satu menjadi dua. Walhal dua-duanya kek Cik Adi belanja...hehe. Makanlah kitorang dua kek semalam. Yum yummy.. Aku yang agak kureng dengan kek ni, bila nampak kek blueberry, terus jadi berselera. Tu pun makan tak habis. Muak.
Siang tadi, kat tempat kerja Kak Wani dan Kak Ida keluar. Kata diorang nak pergi beli top-up. Aku pun memang malas nak ikut. Mengantuk~ Tak lama diorang balik tu Kak Ida bawa kek. Terpinga-pinga sekejap aku.
" Happy birthday, Fira!"
" Terharunya..." Tiba-tiba Kak Yana bersuara. Aku sangka dia sengaja mengajuk tapi tak sangka dia benar-benar terharu. Ada cerita disebaliknya membuatkan aku terfikir betapa beruntungnya manusia bernama aku ini...
Sampai Kak Lin (akak tempat aku kerja), siap tanya lagi.
" Birthday Fira ke kek tadi tu? Sedap..manis..semanis orangnya." Senyum. " Ulangtahun ke berapa? Sweet seventeen?" Hahaha..meletus ketawa kitorang... Aduhh..Sweet seventeenku dah lama berlalu. Bila orang sebut je perkataan sweet, teringat nama Hilwa ;) Sampai je Kak Lin di bendul pintu untuk turun ke tingkat bawah, sempat dia mengusik. " Dah boleh kahwin dah lepas ni..." Aku hanya mampu tersengih.
kawan-kawan kursus; thanks to Kak Wani (tudung putih), Kak Ida (yg menyuap), Kak Wan (tudung pink) & Kak Yana (free hair) ;)
Kak Ida & Kak Yana
Ulangtahun dan kahwin
Huh, ayat yang aku tak berapa gemar. Entahlah. Mungkin sebab belum bersedia untuk memikirkan soal perkahwinan atau mungkin belum bersedia untuk menuju ke arahnya jadi aku mudah bosan apabila orang bergurau dengan hal-hal seperti itu. Sementelah aku masih belum punya sesiapa <- ayat macam nak promot diri pun ada jugak. hahaha..Uiks, jangan salah faham. Bukan nak promot diri cuma memang tak suka pun hal-hal melibatkan 'dua hati, 1 jiwa ni'..huhu ayat tak boleh blah.
Bila cerita bab kahwin, teringat peristiwa bulan Jun tahun lepas ketika majlis pertunangan kakak sulungku berlangsung.
" Hah, lepas ni giliran awak pulak!" Tegur salah seorang saudara maraku yang hadir. Aku menggeleng sambil tersenyum. Sedangkan dalam hati menjerit 'tak mahu!'
" Eh, mana boleh geleng-geleng gitu. Anak dara mesti kena kahwin..." Wajahku mula memerah. Bukan malu tapi benar-benar aku tak suka ayat tu. " Dah ada calon?" Dia bertanya. Aku geleng. Dia usap-usap belakangku. " Tak apa, nanti-nanti adalah tu...Kalau takde, biar makcik carikan ye. Muka comel-comel takde orang pandang, mustahillah kan?" ayat dia seperti sangat-sangat kasihan pada diriku yang tak berpunya. Tidak sedarkah wahai makcik, yang aku sedang berbahagia dengan ke-single-an ku? Dan aku tak faham apa motif si ibu itu seperti bersimpati benar padaku. Aduhaiii...Lagipun apa ada pada rupa? Tua nanti berkedut jugak, kerepot jugak. Tak payahlah nak bercakap tentang rupa comel ke, ayu ke, anggun ke, hensem ke, apa ke. Aku tak perlu pujian serupa itu. Suka orang kerana rupa..heh, lingkup~
" Dalam keturunan kita tak ada yang jadi andartu," aku mula rimas. Ayat-ayat yang keluar daripada mulutnya umpama memaksa aku untuk berkahwin. Tak keterlaluan untuk aku mengatakan yang dia seperti sedang menentukan jodoh untuk aku. Tak sedarkah yang jodoh, maut ditangan Tuhan? Kenapa seolah-olah dia pula yang hendak menentukan sama ada aku akan berkahwin atau tidak, aku akan bertemu jodohku atau tidak?
Perbualan itu membuatkan aku termenung panjang. 'Keturunan kita tak ada yang jadi andartu' ayat ini seumpama ayat puaka yang amat celaka dan menghantui pemikiran. Sampai sekarang aku masih terngiang-ngiangkan ayat ini. Kadang-kadang aku rasa ramai yang fikir perkahwinan ni sesuatu yang mudah. Kahwin, ada suami/isteri, kemudian mempunyai anak dan terus hidup bahagia. Siapa yang ajar susur galur perkahwinan begitu & semudah itu? Orang yang belum berkahwin bolehlah membayangkan keindahan itu sebab belum merasai lagi pahit maungnya. Nak kena hadapi lagi pasangan yang curang. Yang suka bercerita tentang keaiban pasangan pada kawan-kawan. Aku pernah jumpalah manusia-manusia macam ni. Nampak je baik tapi... Sebab tu kalau cakap bab kahwin mesti kena fikir panjang. Jangan cepat sangat ambil jalan mudah. Macam-macam beb kena fikir. Yang paling penting kewangan mesti kukuh. Setakat kau nak kahwin sebab cinta kau pada si dia, tak payahlah. Setakat cinta, tak mampunya nak beli makan pakai anak bini kau. Setakat cinta, tak mampunya kau nak bayar duit hospital beribu-ribu kala isteri kau nak bersalin nanti. Setakat cinta semata, belum tentu rumah tangga kau akan bahagia selamanya. Cinta manusia umpama laut. Sekali air bah, sekali pantai berubah.
Kalau bercinta pulak, setakat bercinta bagai nak rak, alih-alih putus, buang masa je, buat apa? Baik tak payah, sekurang-kurangnya dosa yang ada ni tak bertambah-tambah dengan dosa yang sengaja kita cari...
Alamak, dah buka cerita bab kahwin cintan lak...ekeke.. Kang ada pulak blog aku keluar berita kerana ada unsur-unsur hasutan..Hahaha. Ni pendapat aku jelah. Kenapa aku malas nak fikir pasal kahwin, kenapa aku tak kisah pun kalau tak kahwin, tu semua ada sebabnya. Tapi untuk yang tak setuju dengan pendapat aku, teruskanlah apa yang baik pada kalian. Takde siapa nak halangnya... Aku pun tak menghasut cuma nak tegaskan ini adalah pendapat peribadi. Tapi, aku tak tolak perkahwinan. Andai ada jodoh dengan jejaka pilihan hati, Insyaallah. Cuma bukan sekarang.
Apa-apa pun, selamat harilahir, wahai diri. sem0ga menjadi wanita yang lebih tabah, kuat & mampu tersenyum dlm mengharungi liku-liku kehidupan. Sanah hilwa ;) Dan cukuplah Allah bagiku...Insyaallah~ Ameen..
2 bicara tanpa suara:
" Dalam keturunan kita tak ada yang jadi andartu,"
Ni mmg ayat takde tapis2 langsung!
gila la... aku yg hanya baca ni dah sakit hati!
BTW, happy belated birthday ya! ;D
thx, rina...
huhu..aku bkn pe, bila org ckp cmtu risau je 1 hari nti klu aku kawen bkn sbb dh ready nk kawen tp sbb terpaksa je. mintak simpang r kn...
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)