Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Sabtu, 24 Julai 2010

Pengalaman harus kukutip walau dimana ku berada...

Mari kita mulakan ber-posting dengan perasaan gembira *walaupun hakikatnya tengah sedih terlampau waktu ni, takpe, berpura-pura untuk kebaikan memang perlu*  
Menyesal sedikit sebab buat post yang sebelum ni, rasanya tak perlu kot bercerita tentang perasaan sakit hati, pasal elaun tak masuk semua tu. Buat malu + hati bertambah sakit lagi ada... Photobucket huhuhu

Cerita terbaru, semalam baru je habis menjalani kursus Rancangan Perniagaan (RP) di Delta Hotel kat Shah Alam. 4 hari 3 malam kat sana. Hari pertama dan kedua sangat-sangat seronok. Sepanjang-panjang hari (dari pukul 7pagi - 2pagi) ketawa je memanjang. Tiada tangisan, tiada kelukaan, tiada kesakit hatian...Semuanya serba OKEY dan sempurna Photobucket ..Wahhh

Pertama-tama <- nape bila guna ayat ni rasanya sangat-sangat skema pada pembacaan dan pendengaran..tapi aku tak pedulik..hahaha..okeh sambung balik ayat..pertama-tama aku jumpa budak grup aku masa BTN bulan April hari tu! Kak Faezah dan Norman..haha. Lagi best Kak Faezah satu bilik dengan aku! Weeee Photobucket Sebenarnya yang satu BTN dengan aku yang pergi kursus ni ramai gak cuma tak kenal sangat dan keramaian diorang bukan satu grup dengan aku tapi satu grup dengan Kak Ida. 
Sampai KL Sentral, aku terserempak Kak Faezah.

" Haiiiiiiii" tiba-tiba dia menegur. 
" Eh haiii...tak sangka bertemu lagi kita.." hikhik...ayat ni memang skema tapi aku rasa dah jadi macam habit *bukan habitat ok* untuk aku menyebutnya. Erm..sebab dulu suka tengok iklan double mint gum. Kalau korang ingat lagilah iklan tu dalam tahun '98/'99 macam tu & model dia Muna, famous jugaklah Muna ni dulu sampai aku terikut-ikut dialog dia dalam iklan tu...hehe. Terus kitorang bersalam berpeluk-peluk gitu.
" Kenapa muka kau nampak tembam?"
" Ish akak ni..mana ada," ecece dan-dan nak menafikan. "...selendang ni kot yang buat muka nampak macam ni," aloh-aloh sweetnya ayat penafian..kesian selendang tu kena tuduh tak pasal-pasal..hihi

Sampai Plaza Sentral aku terus jumpa Kak Ida. Sian dia tunggu aku lama, biasalah orang perempuan kalau dah jumpa kawan yang dah lama tak jumpa mesti banyak punya celoteh dia. Lepas daftar semua kitorang pun bersiap-siap untuk tengok senarai nama mana satu bas yang kitorang kena naik. Tiba-tiba... (wah dah lama tak buat karangan sambung ayat tiba-tiba ni kan?)
" Akak..." Aku dengar suara lelaki memanggil dari belakang. Memang aku kenal suara tu tapi aku sangka dia panggil Kak Ida sebab si Thalib tu memang rapat dengan Kak Ida so aku buat dek je lah.
Sekali...
" Ya!" Aku tak pandang tapi bukan suara Thalib.
" Ya!" Aku mula rasa lain. Panggil aku ke? Mana ada orang panggil aku Ya or Yaya kat tempat-tempat macam tu melainkan orang-orang yang rapat jek.
" Ya Hilwa!" Sah! Mesti budak bukuwajah. Segera aku toleh. Terus mata TERfokus pada budak kacamata ala-ala korean style gitu rambut dia dengan baju kemeja. Cute lah jugak. Tapi automatik terkalih pada budak lelaki sebelah dia yang tengah melambai-lambaikan tangan kat aku... Hampeh~
" Kau ke?" Terus tersengih.
" Yela, punyalah payah aku panggil. Apalah..." Hahaha Norman rupanya. Manalah aku nak tahu, kalau tahu awal-awal dia panggil aku, lama dah aku pandang. Sempat pandang Rima kat sebelah Norman, senyum je dia. Tunang paling sporting kot si Rima tu, Norman gambar dengan mana-mana perempuan pun bukan dia kisah tapi oklah kot, sekurang-kurangnya tak CEMBURU BUTA.

Aku naik satu bas dengan Kak Faezah dan Norman. Eh, macam berjodoh pulak. Aku duduk dengan Kak Faezah dan Norman duduk belakang kitorang. Macam-macamlah borak sampai dapat berita tergempar Wanie nak quit...err bukan nak tapi dah quit join kursus. Ok, tinggalkan kisah Wanie. 

Kak Ida pulak naik bas lain. Kak Wan pun bas lain.

Sekali sampai-sampai tempat kursus + penginapan rasanya macam...'hotel ada bintang ke takde ni? Apesal siap ada orang ampai baju kat tingkap bagai'. Hahaha. Adehhh. Rupanya hotel tu memang tempat orang buat kursus jadi dia buat ala-ala ala kadar jelah. Tapi walaupun rupanya begitu, sekali dapat kunci bilik..hah! Macam rumah kau. Siap ada ruang tamu, tv, bilik air ada dua, bilik ada tiga. Yang tu bilik kitorang lah (aku, Kak Faezah, Kak Suzie & Mimie). Bilik 7 orang lagi budak perempuan, diorang ada 4 bilik, 2 bilik air dan ruang tamu diorang besar punyaaaa...

my hotel-mates -> Kak Suzie, aku, Mimie, Kak Faezah

Mula-mula kenal Kak Suzie aku sedikit tertanya-tanya..'boleh ke aku ngam dengan akak ni? Macam tak boleh jek' Tau kenapa soalan tu keluar? Mesti tak tau kan.. Sebab tengok gaya dia dan cara dia bercakap, bahasa melayu dia ada slanga orang putih u..macam 'i sound stupid when i speak in malay' *tiba2* Tapi end of the day kitorang dekat situ rupanya aku lebih rapat dengan Kak Suzie berbanding Kak Faezah. Macam tak percaya! Betul-betul diluar jangkaan Photobucket

Hari pertama sebilik dengan dia, malam dalam pukul 12 lebih kitorang habis kuliah dan dia cakap nak keluar jumpa kawan dia dan balik pukul 3 pagi dan time tu aku dan Mimie dah di alam mimpi, Kak Faezah pulak busy siapkan bisnes dia jadi memang takde masa nak berborak melainkan berborak dengan Mimie yang aku dan Kak Faezah baru jumpa. Pukul 12 balik bilik..pot pet pot pet sampai pukul 2 pagi dan tidur. Esoknya pukul 7 pagi dah keluar bilik konon-kononnya kena bersenam dia waktu pagi tapi sikit je orang yang turun, Kak Ida pun tak turun (aku dan Kak Ida terpisah dengan tingkat & bilik kuliah. Aku duduk tingkat 7 dan Kak Ida tingkat 9. Jadual kitorang sama tapi Kak Ida punya jadual lagi cepat. Kak wan pulak memang tak satu tempat kursus dengan kitorang ingatkan boleh jumpa Kak Wan rupanya dia dapat hotel lain yang agak jauh..huk3 tak jumpa dah pasni).

Jadi rapat sebab dahlah satu bilik, lepas tu 2x dapat satu kumpulan dengan dia. Dalam kumpulan, sebabkan aku sebilik dengan dia jadi memang kitorang banyak bercakap sampai dapat satu situasi latihan tu menyuruh kami memilih antara 4 calon suami yang masing-masing ada kelemahan, kena pilih salah satu. Yang tu serius seronok. Ada 3 perempuan dan 4 lelaki. Memang betul-betul fight la... Aku dengan Kak Suzie nak calon keempat sebab kalau ikut dunia realiti memang itulah suami idaman..Ecewah! Tapi budak lelaki pulak ada yang nak 

no 1 
situasinya : lelaki ni kaya, tapi anak emak & TERLALU ikut cakap mak..i hate! Bukan tak boleh ikut cakap mak, itulah yang sepatutnya kan..tapi kalau dah terlalu @ erti kata lain terlampau itu rasanya dah tak patutlah... -_-' 

no 2
situasinya : lelaki ni dah tua, pertengahan 50-an tp still berjiwa remaja & suka bersosial...eewww..rejected walaupun dia kaya tahap gaban, berpotensi untuk kena madu hempedu ok!

no3
situasinya : lelaki ni baik, kaya, romantik..akan tetapi sudah beristeri tiga dan mempunyai anak remaja..oh no...

no4
situasinya : lelaki ni cikgu di sekolah swasta mempunyai tanggungan yang besar sebab kena sara 8 orang adik-adik dia. Kelemahan sebab dia kaki pancing dan suka main futsal dengan kawan-kawan.

Kenapa aku pilih no 4? Cikgu sekolah tak semestinya tak boleh buat bisnes kan? Lagi-lagi dia muda, dia boleh kaya maaa. Lepas tu adalah bla..bla..bla nya..
Tapi Fuad tak mahu terima alasan aku. Dia nak no 1 jugak. Aku taknak sebab aku tak suka lelaki terlalu menurut kata mak sebab nanti dia akan lebih banyak menyakitkan hati isteri dia... Situasi realitinya berlaku depan mata, mana aku nak terima kan... Tapi Fuad cakap hati mak boleh diambil. Senang dia je bercakap. Geram betul! Ayie dengan Syafiq pulak nak no 3...biar cukup kuota 4..Hampeh~ Syafiq tu tahulah dah kahwin, macam-macamlah ayat peterporn dia yang keluar sampai Kak Suzie terblur-blur.
" Boleh tak awak semua jangan cakap ayat yang saya susah nak faham?" Serius aku rasa Kak Suzie orang yang selama ni bukan duduk dekat Malaysia. Kemungkinan kalau ada lelaki bergurau dengan dia dengan menggunakan ayat yang tak sepatutnya mesti dia akan layan sebab dia tak faham...Bukanlah nak cakap aku ni faham bab-bab tu tapi aku kalau ayat dah orang lelaki tuturkan boleh buat aku tak faham dan mereka sesama mereka gelak sakan sampai pecah perut, aku memang dah boleh agak ada something wrong kat pertuturan diorang yang mana rasanya seperti mahu ku hinggapkan pistol berpeluru pada kepala otak diorang yang dah hancur tu bertambah hancur. Oppss! Ok, aku tahu diorang bergurau so never mind.

Tapi Fuad still nak mencabar aku. Bila dia dah pilih no 1, aku cakap
" Ok, ambik jelah no 1 tu untuk buat presentation nanti"
" Eh, tak boleh lah macam tu... Macam ni, awak cakap betul-betul kenapa awak nak no 4. Kita buat pro kons dia." Kata Fuad. Dah pulak.. Aku taknak cakap. Malas nak bertekak lagipun rasanya yang keempat tu pilihan calon AKU bukan calon si perempuan dalam situasi tu...bhahahaha. Tapi dia desak jugak aku bercakap bagi idea, tak tahu kenapa dia macam nak sangat pendapat aku, seolah-olah pendapat aku tu penting giller. Huh!

Last-last end of discussion entah macam mana Fuad boleh cakap kat aku,
" Mak saya sporting" 
" Mak aku pun sporting" aku balas, sebenarnya nak je cakap 'ada aku kesah? Tak tanya pun' tapi kena jaga hati orang dahlah ramai orang kat keliling kitorang kang kalau keluar ayat tu, kena gelak pulak si Fuad tu sian lak dia..Huhu. Lagipun faham dia merujuk pada situasi no 1 tu sementelah dia pun anak bongsu..patutlah yo poyo mempertahankan lelaki anak mak, tu pun Ayie yang kantoikan. Aku dengan Kak Suzie iya-iya gelakkan dia.
" Anak emak...patutlah.."
" Eh memanglah saya anak mak tapi saya tak manja okey saya biasa-biasa jela" Hmmm...Fuad..Fuad..takde orang akan mengaku dia anak emak derrr.. Umur dah 28 tapi perangai..adeii..Walid aku pun anak bongsu, ummi bagitahu dia amat manja dengan arwah nenekku tapi takdelah sampai manja terlebih-lebih sebab arwah nenek i pun sporting u~ Tak suka masuk campur hal rumahtangga anak-anak.

Yang best kurus ni berbanding BTN sebab ahli kumpulan kitorang bertukar-tukar. Jadi dalam 26 orang peserta untuk team aku, hampir kesemuanya aku kenal. Na'em muka ada iras-iras Ouzil (pemain Germany), sori takde bergambar dengan budak lelaki, kalau ada pun satu kot tu pun ramai-ramai dan gambarnya takde kat aku. Feezy muka serius tapi masa nak buat presentation tak berkesempatan untuk satu grup dengan dia. Cuma sempat masa Puan Liz suruh kitorang beratur, dia bahagikan tiga kumpulan. Kumpulan kitorang ada 13 orang, lagi dua kumpulan ada 8 orang, dan 5 orang. Tugasannya dia panggil setiap kumpulan seorang wakil, kemudian dia bagi ayat untuk di hafal dan disebarkan. Ala main sampaikan mesej sebenarnya nak tengok ending tu mesej yang orang pertama sampaikan tu sampai tak kat orang terakhir. Dan syarat ketatnya, ayat tu tak boleh diulang pada orang yang sama. Kena cakap sekali je, dia dapat tangkap atau tak, dia tak boleh tanya lagi. Aku berdiri sebelah Ouzil (Na'em) dan masa Feezy sampaikan maklumat pada orang sebelah dia, dan orang sebelah tu sampaikan pada orang sebelah dia lagi sebelum sampai pada giliran Na'em, aku terfikir macam mana Na'em nak bisik kat aku? Errr...Photobucket Sampai giliran Na'em, aku warning kat dia jangan keluar loghat Terengganu sebab aku tak faham dan..okeh dia tak rapat kat aku, still ada gap dan aku masih boleh dengar mesej dia tapi aku dah ketawa terbahak-bahak masa tu. Pertama kali aku ketawa tak berhenti depan orang sampai aku nak bagitahu kat budak perempuan sebelah aku pun makan masa sebab aku tak boleh cakap ayat tu. Kelakar. Dia siap bagitahu dia dah tukar fakta ayat sebenar sebab dia tak dapat nak hafal ayat seterusnya. Tahu apa ayat yang diorang dapat? Yang ni aku bagi mana yang aku ingatlah sebab nak buat perbandingan dengan ayat yang Na'em dah reka sampai aku ketawa terbahak-bahak tu. Dahlah dia memang agak serius orangnya, susah woo nak tengok dia senyum sekali buat ayat sarkis.

' Seekor octopus bernama octopaul telah meramalkan kemenangan Piala Dunia FIFA 2010 dengan tepat. Apakah yang dimakan oleh sotong itu? Walaubagaimapun sotong itu lebih terkenal mengalahkan Paris Hilton dan Angelina Jolie...bla..bla..bla..

Maaf, ayat seterusnya aku tak ingat, ni pun ingat-ingat lupa je aku taip ni tapi ayat dia memang agak panjang dan kena sebut tiap-tiap patah perkataan jangan sampai tetinggal. Sampai kat Na'em, ayatnya dah jadi seperti ini;

' Seekor octopus bernama Paul telah meramalkan kemenangan piala dunia dengan tepat. Mungkinkah Malaysia juga akan memenangi perlawanan ini jika Paul dapat ramalkan dengan tepat untuk Malaysia?'

Ya ampun...ayat berangan giller nak mampus! Mana ada logik yang Malaysia tak masuk perlawanan alih-alih dengan ramalan paul terus menang. Gila nak putus urat perut aku ketawa.. Adei.. Lagi-lagi terbayang gambar yang Thoriq tag kat aku dalam bukuwajah tu. Aduhai..

Kemudian, macam BTN diorang tekankan semangat patriotisme sampai nampak unsur-unsur politik di situ. Aku tak minat politik, tak suka bercakap tentang politik, tak berapa suka dengan orang yang obses dengan politik. Kalau nak borak hal-hal politik, aku bukanlah orangnya... Macam dalam kursus ni tenaga pengajar ada jugak cakap pasal politik tapi aku suka sebab diorang bercakap sesuatu yang seimbang, tidak terlalu memenangkan satu-satu pihak. Dua-dua ada kelebihan dan kekurangan. Sikap yang mana baik kita ikut, yang tak baik, lemparkan jauh-jauh. I like~ Tu maknanya tak taksub, tak obses, dan tak menghasut. Ikut kitalah nak undi siapa kan? Walaupun selalu bergaduh dengan diorang yang bercakap  " Rasulullah s.a.w dulu pun berpolitik jugak" oh pleaseeee zaman politik Rasulullah totally different dengan zaman sekarang ni. Zaman Rasulullah pemimpin seperti Umar Al-Khattab sanggup meminggirkan kekayaan sendiri asalkan rakyat dia tak mati kelaparan. Zaman sekarang ni, ada anda-anda sekalian nampak situasi seperti itu? Takde kan... so tolonglah jangan nak gunakan ayat tu kat aku, berbulu telinga dengar. 

Dua hari kat sana memang seronok. Seronok sampai ketawa hingga tekak tak selesa, hampir muntah. Sampai Puan Liz bagi penerangan kenapa main bisik-bisik tu pun aku terpaksa skip sikit sebab tak tahan nak gelak lagi dan tekak dah rasa lain macam membuatkan aku terus berlari ke toilet...
Dua hari terakhir tekanan mula terasa. Pemilihan kumpulan memang ikut jenis perniagaan yang akan kitorang jalankan tapi yang banyak buat kerja ialah aku dan Kak Suzie <- ni kali kedua dan terakhir aku satu kumpulan dengan dia. Mana taknya, kitorang dah bagikan tugas aku 1 kumpulan dengan 2 orang lagi untuk buat separuh, Kak Suzie dan sorang lagi pulak buat separuh lagi. Tapi alih-alih 2 orang kumpulan aku tu entah mana-mana. Sorang masuk bilik dan...Photobucket dan lagi sorang pulak tergedik-gedik dengan kaum berlawanan jenis Photobucket. Serius bengang. Bengang tahap gaban korang tahu! Lepas tu apa yang aku penat-penat buat, dia tak rujuk pun. Alih-alih check power point dia hancussss..Entah apa-apa yang dia merapu. Yang si gedik tu pulak time nak present baru datang cari aku dan nak jalan mudah je. Serius rasa nak menangis dah masa tu. Sebab sakit hati teramat. Kak Suzie dah tergeleng-geleng kepala. Buat ayat untuk present dari pukul 9.30 malam sampai pukul 1.30 pagi. Esoknya sambung dari pukul 8.30 pagi sampai tengah hari tu pun aku rasa macam tak sempat nak makan sebab 2.30 kena present. Nak present apa kalau semuanya tak siap? Semuanya nak kena suap??? 
Alih-alih Kak Suzie paksa jugak aku makan tengah hari sekali dengan dia. Tengah ambil makanan tiba-tiba Adzman join sekali, ingatkan dia pun tak nak makan sebab grup dia paling lambat bangun, pukul 12 baru masuk bilik kuliah. Hamek kau!

" Hai Fira, muka tegang je? Stress ke? Relaks lah..tak payah stress sangat.. Cool je.." Rajin si Fuad tu menegur aku. Okeylah tak tipu ayat dia tu buat aku dan Kak Suzie tersenyum sikit.
" Stress lah..semua kerja aku nak buat, yang lain semua nak bersuap mana boleh.." Aku bengang pada si gedik yang suka menjual minyak. Time buat kerja, buat kerja betul-betul jangan nak menggatal menggoda orang sana sini...Pastu bila dah tak faham, aku jugak yang kena bagi penerangan tak ke menyusahkan aku namanya tu?

" Ala kau tengok budak baju biru tu, cool je..kena jadi macam tu lah," kata Fuad lagi. Aku mencari budak baju biru. Oh, Adzman rupanya. Dia buat muka macho.
" Dia bolehlah sebab dia pandai bercakap aku mana pandai.." dan aku terus berlalu. Yup, Adzman memang pandai bercakap dan aku suka tengok dia bercakap, confident dan suara dia pun sedap, nada dia tak terlalu lantang dan just nice lah <- ni ayat yang dia suka sebut..haha

" Better buat sendiri daripada buat dalam kumpulan yang macam ni!" rengus Kak Suzie pada aku waktu makan tu. Yup! Aku sokong! Sekurang-kurangnya kalau kita gagal dalam presentation, kita takkan sakit hati dengan kesilapan orang lain.

Masa present, aku kena jadi jurucakap. Tak tahu pulak diorang macam mana aku gugup giler bila berdiri depan pentas tu dengan bercakap guna mikrofonnya. Dah lama tak berada dalam situasi tu, jadi ianya amat menggerunkan. Semua nak aku cakap. Orang-orang yang aku dah bagi tugasan mana part yang diorang kena cakap pun, aku jugak yang kena cakapkan untuk diorang alasan...
" Saya gugup, dah menggigil-gigil tak boleh nak bercakap" ohh time mengorat orang tahu pulak nak buat ayat... 

Sekalik amek kau! Apa yang aku terangkan tak sama dengan kat p0wer p0int. Bila aku suruh si budak p0wer p0int tu terangkan apa yang dia buat, dia geleng-geleng tak mahu bercakap. Aii takkan kat pentas nak naikkan darah aku pulakkan hihi sebab aku serius tak faham apa yang dia buat! Tak sama pun.. Kak Suzie terpaksa ambil alih tu pun terblur-blur jugak.. Tapi aku rasa tenaga pengajar perasan, nasib baik dia ubah topik dengan menerangkan apa yang patut. Terima kasih Cik Anna...Photobucket 

Cik Anna

Lepas habis present & upacara penutup serta penyampaian sijil, kitorang naik tingkat 7 untuk makan petang dan kemudian boleh balik. Owhh Kak Suzie masih belum puas hati dengan apa yang berlaku padahal aku dah lupakan..Lupakan jugak yang aku ada bertekak dengan budak p0wer p0int pasal dia tiba-tiba tinggikan suara pada aku sedangkan aku tanya soalan dengan lemah lembut lagi saksama, hanya perlu jawab iya ataupun tidak tapi lain yang dia jawab. Benar-benar menyakitkan hati berkerjasama dengan orang LELAKI YANG PANAS BARAN! Menjengkelkan! Photobucket

Balik tu, dah sampai KL Sentral sementara tunggu bas Kak Ida sampai aku melepak kat situ. Melihat gelagat budak-budak yang sama-sama ikut kursus, yang sama-sama tunggu kawan. Sekali ternampak kelakuan yang tak patut. Budak team aku jugak. Lelaki dan perempuan, kenal masa program nilah. Yang perempuan duduk Terengganu, lelaki pulak dari Gombak. Oh budak Gombak, sori gua tak layan... Nampak masa diorang nak berpisah si perempuan cium tangan lelaki dan si lelaki ada bercakap sikit dengan si permpuan, nampak si perempuan menganggukkan kepala sedikit. Dan akhirnya aku nampak si lelaki mencium dahi si perempuan Photobucket What the??? Hey perempuan, kau baru kenal si jantan kenapa mudah serahkan macam tu? Tapi kalau kenal lama pun perkara tu tak patut berlaku melainkan kalau korang dah sah melalui proses ijab dan kabul... Gila sengal! Selama ni aku kutuk-kutuk manusia yang bersepah kat KL tu bila nampak diorang buat macam ni sekali team aku sendiri daa yang buat depan aku. Bila diorang perasan aku pandang, muka masing-masing malu-malu alah.. Eh, tak payah nak malu dengan aku sebab yang berhak menjatuhkan hukuman bukan aku tapi DIA yang SATU. Sengal betul~ 
Lepas bas Kak Ida sampai aku berjalan dengan Kak Ida sampai ada budak lelaki grup Kak Ida menegur.
" Kau kalau nak ngorat, ngorat dia ni, dia single lagi," kata Kak Ida sambil merujuk pada aku. Si lelaki memandang aku dan tersenyum aku buat muka tak bersalah Photobucket Maaf, aku datang program bukan untuk cari jodoh dan sekejapan peluang aku jumpa budak-budak lelaki grup Kak Ida kebanyakannya boleh aku katakan memang tengah desperate tengah cari jodoh. Menyeramkan!

Semuanya dah lepas dan semuanya ada pengajaran.. Banyak pengajarannya, nak aku tulis satu-satu memang esok aku tak gi kerja lah ni..haha. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak pada AKRAB Consultantsy; Dr Ahmid, En Anuwar dan isteri; Puan Liz serta Cik Ana sebab bagi penerangan yang amat baik dengan cara yang bersahaja dan pernuh humor. Memang terbaekkkk Photobucket


p/s: tidur semalam aku mimpi seorang bayi yang sangat comel..siap bagi susu botol kat dia lagi. Pertama kali mimpi bayi dapat pangku, dapat cium dan dapat bagikan susu selalunya mimpi bayi main agah-agah dan dukung je... Sangat best mimpi tu...rasa macam nak mimpi lagi yang pasti dalam mimpi tu bayi tu bukan anak aku tapi anak buah kawan aku yang dah lama aku tak jumpa dan tak rapat pun...Photobucket 

3 bicara tanpa suara:

tanpanama berkata...

panjangnyerr entri ni..haha
but nice..byk pngajaran..
krim slm kt ozil :b
lagu best! hehe

Fira hilwa berkata...

a'ah mmg panjang, gabungan cte 4ari, maunya xpnjg..
tp siapakah anda? did i noe u?
ozil? xjmp dia dh psni, kem slm sdri kt angin lalu jela eh...heheh
pminat maehr zain, ofcoz lagu kne best ^_^

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum
minta maaf ckp kalau sy tekan link di gmbr , die akn ke blog ni
http://ohbulan3rejab.blogspot.com jadi sesiape yg x tahu url terbaru cik die akan terkandas di tengah jalan
sy hanya mmberitahu cik, sekian

http://waleedahyaya.blogspot.com

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB