Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Ahad, 7 Ogos 2011

7 Ramadhan

Betullah orang kata (atau Quran yang kata?) yang bulan ramadhan ni bulan yang mana doa dimakbulkan.
Aku perasan tahu yang setiap kali tibanya bulan puasa, terdetiklah apa pun dalam hati, mesti tak lama tu apa yang aku niatkan tu akan dapat. Alhamdulillah.
Cuma satu je yang belum dimakbulkan. Bakal suami idaman. Hahaha.
Ops! Terlebey sudaaa...


Baru seminggu ramadhan, banyak jugalah yang aku hajatkan dalam hati, tercapai.
Salah satunya? Sahur pagi tadi!


Bangun tidur tadi, aku pelik sebab suasananya agak suram.
Ya, suram sebab takde bunyi pinggan berlaga, takde dengar suara orang berbual.
Takde dengar bunyi televisyen dipasang. Aku jadi pelik.
Lepas bangun, basuh muka, gosok gigi semua, aku pun macam biasalah, menghadap sahur.
Eh, nasi Arab lah!!! 
Dan yang menghadapnya hanya Ipah, Nisa', Ummi (tukang tengok), dan aku.
Bertiga je menghadap sahur. Sayu sungguh!
Yang lain semua tidur terbongkang tak sedarkan diri.


Rupanya malam tadi, lepas aku, Ipah, dan Nisa' balik rumah (naik kereta dengan Abang Ameer dan Kakak),
diorang yang stay kat rumah Jaddah telah berfoya-foya bersama Cik Adi mencari restoran makanan Arab di sekitar Kuala Lumpur.... senyumanmu di pagi ini... Eh, ternyanyi.
Ok, tak nak bagi korang konfius, sebenarnya semalam kitorang berbuka di rumah Jaddah.
Makan nasi lauk asam pedas (Mak Lang masak) dan paprik (maksu masak).
Memang seronoklah berkumpul-kumpul macam tu. Saya suka! Hihihi.


Kitorang (seperti nama yang telah disebutkan di atas) balik awal sebab tumpang Kakak & her husband. Disebabkan Abang Ameer kerja pagi ni, kenalah balik awal.
Dan aku terkejut bila pukul 4pagi tadi, dengar orang ketuk tingkap bilik dan panggil nama aku.
Kenapa nama aku? Why? Why? Kenapa tak Ipah ke, Nisa' ke... Mengganggu ketenteraman gua nak tidur okeh.
Aku pun macam dengar tak dengar jugaklah. Dahla dengar suara dari tingkap bercampur pula dengan bunyi ringtone lagu Never Forget lagi kat sebelah aku. Serabutttt...
Rupanya abang aku daa yang kejut suruh buka pintu, pasal pintu telah diselak dari dalam.
Iya-iya je aku ingat diorang semua dah lama balik dan dah tidur. Rupanya balik lambat.
Nasib baik tak jadi apa-apa. Dahla grill pintu luar tu tak kunci. Haiyooo.


Maka, ketika sahur tadilah ummi buka hikayat kisah benar kenapa balik lambat dan macam mana boleh ada nasi Mandy (baca: Mandi) sebagai hidangan sahur.
Nak kata menyesal sebab ikut Kakak balik awal tu, takdelah juga sebab aku memang makan nasi dengan banyaknya malam tadi. Takut kalau join diorang tengah malam tadi, perut aku tak boleh terima pula.


cilok kat google
Hari tu baru je mengidam nak makan daging kambing, dan pagi ni Allah makbulkan! Alhamdulillah~ 
Jadi pagi ni, kitorang menikmati nasi Mandy bertemankan siaran Law kana bainana (Jika baginda ada bersama kita) di TV Alhijrah.
Yeahhh, rancangan televisyen yang paling aku suka nak tengok ketika sahur.
Cerita tentang sunnah Rasulullah.
Memang kalau tengok cerita ni, macam-macam perasaan ada.
Sayu, sedih, gembira, cinta. Ya, salah satu matlamat program ini pun untuk menyemai cinta terhadap Rasulullah. Betapa kita ni umat yang susah sekali nak amalkan amalan yang Rasulullah pernah ajarkan T__T
Tapi yang pagi jam 5.30 ni siaran ulangan. Kalau nak tengok yang tak ulangannya, jam 10 malam ni (Ahad). Hanya di TV Alhijrah. Segalanya bermula di sini. (Macam promoter la pulak.. hehe)


best wohh lagu tema dia. sedih je dengar... sob sob sob

p/s: aku teringin la nak join video kompilasi ni. macam best jek dapat join Matluthfi!
Awww...


Ikut via FB