Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Khamis, 9 Februari 2012

Penjodoh Bilangan



Ni bukanlah entri pasal subjek Bahasa Melayu ya, adik-adik.
Ni entri pasal orang dewasa yang dah layak berkahwin (bak kata orang keliling padahal tuan punya diri masih rasa belum bersedia lagi. Pintu hatinya masih lagi tertutup buat masa ni).


Apabila sudah dua, tiga orang yang dikenenkan pada Zayna Shaheen dan dia terpaksa menolak, ramai yang tak setuju.
Ada yang cakap dia tolak tuah, konon nak lelaki baik tapi apabila diperkenalkan dengan lelaki baik-baik semuanya ditolak mentah-mentah. Sampai kadang-kadang dia sendiri naik tensi.
Ada masanya dalam solat pun dia menangis. Menangis kenangkan dosa, menangis kerana terpaksa menolak lelaki-lelaki yang baik itu pergi jauh dari hidup dia.


Memang kalau boleh dia mahu mencari jodohnya sendiri, pilihannya sendiri tapi apakan daya, dia sendiri pemalu yang amat. Malu untuk meluahkan perasaan, malu untuk terhegeh-hegeh, malu juga jika diajak bercinta dahulu sebelum berkahwin, dia tak suka berhadapan situasi begitu. Baginya, cukuplah dengan dosa yang ada. Setinggi gunung Everest itu, sebenarnya tinggi lagi dosanya kepada Allah. Tak perlu menambah dosa yang lain.


Cuma satu, jika ada orang yang ingin perkenalkan dia dengan seseorang yang dia tak kenal sekalipun... cukuplah, cukuplah bila dia mula mengenali lelaki itu, hatinya ada sedikit perasaan suka atau cinta kepada lelaki itu. Itu sudah memadai daripada memperkenalkan dia kepada ramai lelaki baik yang sudah tersedia dia kenali tetapi hatinya tiada untuk lelaki-lelaki itu, lagi parah.


Zayna Shaheen mengusap wajah. Penat menghadapi tekanan daripada orang keliling, sampai ada yang menuduh dia sekarang ini seperti terdesak mencari suami pun iya juga lebih-lebih lagi akhir-akhir ni post di bukuwajahnya asyik berkisar tentang calon suami... aduhaiiii... bukanlah itu tujuannya, tetapi lebih kepada memperingatkan diri dan orang yang membaca agar suatu hari nanti kalau Allah pertemukan mereka dengan seseorang, mereka tidak tersalah pilih dan mampu membuat pilihan dengan tepat. Insyaallah. Hanya itu niatnya... jikalau ada yang memahami, alangkah manisnyaa..


Mencari bayang jodoh sendiri itu memang payah. Harapannya, suatu hari nanti jika ditakdirkan dia akan berkahwin moga-moga perkahwinan itu terlaksana bukan disebabkan kerana tekanan mahupun kerana bosan hidup sendiri. No! Biarlah bila dia berkahwin kerana dirinya sendiri sudah bersedia dari mental dan fizikal untuk ke arah itu. Itu lebih baik. Insyaallah~ 


Oh, teringat dahulu dia pernah merasai menyukai seseorang kerana akhlaknya (dia seseorang yang lebih pentingkan akhlak daripada rupa). Perasaan itu hadir pada beberapa tahun lalu, itu pun ketika mengikuti kursus. Itulah perasaan terakhir yang hinggap dihati. Betapa terujanya dia dapat mengenali sang jejaka selama 3 hari itu (mengenali dari jauh sahaja).
Tapi apakan daya, si jejaka rupa-rupanya sudah menjadi milik orang lain. Sadis!


Moga Allah memberi jodoh yang terbaik untuk dia dan juga untukku... Ameen :)



0 bicara tanpa suara:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB