Dalam kepala otak aku ni ada macam-macam perkara yang sedang bermain-main, berlari-lari & mungkin juga sedang berjoget-joget sampai aku sendiri rasa nak gila. Huwaaarghh! Jangan jadi gila, please!
Bila otak tengah masuk air macam ni, kisah pasal ke Melaka tempoh hari pun aku dah lupa. Huhu.. tapi takpelah, nanti dah ingat & ada masa lapang, aku cerita k.
sumber: Hlovate |
Tapi... suasana dah tak sama sebab Tika dah takde.
Dulu, masa dia ada, aku selalu bersaing dengan dia untuk siapkan tugasan. Dialah jadi kaunter pertanyaan aku & mangsa untuk menyalahkan kalau ada kesilapan (eh, tapi rasanya aku tak pernah kot salahkan dia.. hihi). Jadi, bila kembali ke tempat yang sama tanpa orang yang menjadi tempat bergantung, aku rasa janggal. Rasa keseorangan walaupun Syam, Ija dan Nur masih ada dengan aku. Cumanya tugasan mereka tak sama denganku membuatkan aku betul-betul tak berapa semangat nak siapkan tugasan. Syukur juga ada Din. Dia sorang jelah yang sama dengan aku. Maka dia menjadi kaunter pertanyaan aku, dan dia juga menjadi tempat untuk aku marahkan kalau dia salah ajar. Hahaha... Sorry, Din!
Bila Syam ke ruang makan tu, aku yang konon-kononnya dah biasa sorang-sorang ni pula rupanya sedang belajar menipu diri sendiri... Dah lama takde perasaan macam ni, tiba-tiba perasaan tu datang buatkan ingatan aku kembali pulih yang mana rupanya tahun 2010 dulu pun aku pernah rasa macam ni ketika menetap di rumah sewa. Huhu. Perasaannya tak mampu untukku gambarkan. Tapi bak kata Ija, mungkin sebab aku rasa sangat sunyi, tu yang perasaan rindu tu datang mebuak-buak hingga mengalir airmata tu. Aduhaii... kalau orang baca status bukuwajah aku tu mesti ramai yang ingat aku baru putus cinta. Bukan putus cintalah! Tapi rindukan sahabat yang jauh di seberang laut sana! Huwaa!!
Tu yang awal-awal lagi aku dah warning Syam, aku cakap aku sebenarnya tak boleh tinggal sorang-sorang. Kalau sorang-sorang fikiran aku akan teringat perkara-perkara yang mampu mengalirkan airmata. Tak kisahlah tu airmata sedih ke, gembira ke, terharu ke, waima rindu sekalipun! Ianya akan tetap mengalir walau berkali-kali aku cuba menahannya dan cuba pura-pura bahagia. Bahagialah sangat bila dok sorang-sorang gitu kan... Ni balik rumah, perasaan stabil lah sikit sebab ada famili, ada Ujai yang mulut bising tu. Hehe.
Minggu depan & minggu seterusnya entah macam-mana. Malas untuk ku bayangkan. Doakan ajelah yang baik-baik untuk aku. Ada yang cadangkan supaya aku berhenti lepas buat baju Melayu. Tapi sangat sayang sebab tinggal lagi 1 bulan 13 hari je untuk tamatkan kursus ni. Sangat rugi kalau berhenti sekarang! Maka, harus jadi kental untuk beberapa minggu ni! Moga aku kuat! Chayok chayok! ^^
0 bicara tanpa suara:
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)