Tajuk itu ku ambil daripada blog ini.. cerita yang sama tapi berlainan watak dan situasi...
Pertama-tama aku mahu mengucapkan TAHNIAH kepada abangku kerana telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan hati. Ok fine.. ramai yang terkejut (atau tak puas hati mungkin... ahaks!) macam mana abangku yang pendiam, yang macam tiada kekasih, yang seperti tiada gadis mahu pandang untuk buat suami (ok, ayat bernanah) itu akhirnya berkahwin? Dengan gadis pilihan hati pula tu, cantik lagi tu... How? How?
ni bukan gambar ihsan google ye. erk hem! |
Ok, ok.. let's me explain one by one... Sebenarnya si gadis itu kawan baik aku. Really, really GOOD FRIEND. Alaa tengok header blog aku ni pun korang boleh tahu betapa closed nya kitorang ni.
TAPI...
ramai yang salah anggap menyangka akulah juru telangkai (match maker) mereka.
Tidak! Aku tak pernah pun berangan untuk kenenkan teman-temanku dengan mana-mana ahli keluargaku. Serius, tak pernah terlintas weh! Tapi itulah yang dinamakan TAKDIR... Entah macam mana si gadis terpikat dengan my abang. Dan diam-diam si abang pun ada pulak hati dengan si kawan baik ni.
Makanya aku yang baik ini menjadi telangkai secara TIDAK sengaja (so maknanya memang telangkai jugaklah kan..). Sebenarnya sampai sekarang aku masih kabur dengan kisah cinta diorang ni. Blur-blur gitu. Tapi yang pasti mereka jatuh chenta tu masa aku bawa si Tika ni ke rumah tahun 2004 dulu.. itu pun dia menumpang semalam di rumah dari JB sebab esoknya mahu bergerak ke Kedah pula. Well, you know tahun 2004, masa tu budak lagi kitorang ni. Hingusan lagi. Comot je, tak reti melaram pun.. itu yang curious juga apesal abang aku boleh pandang minah ni? Har har har...
Sejak 2004, my sister-in-law (rasa lain je gelar minah tu macam ni) rajin juga datang rumah. Almaklum, orang jauh di hujung Malaysia sana (Tawau, Sabah) kadang-kadang nak balik Sabah bukan orang senang pun jadi takkanlah kau nak jadi manusia kejam dengan tidak menjemput kawan baik kau sendiri menumpang beraya di rumah kau, kan? Mestilah bagi tumpang tapi syarat untuk menumpang di rumah aku ketat jugaklah. WAJIB pakai tudung kalau ada walid/adik-beradik lelaki aku dalam rumah! Walaupun dalam rumah je, aurat kena jaga beb... Tapi dalam bilik, bebas! Pakailah apa pun... Mih mih mih.. Walid aku dilarang salam. Salam Ummi je. And sebab tu masa lepas akad nikah hari tu Tika segan gila nak salam Walid, segan juga nak tukar ganti nama daripada pakcik kepada Walid, daripada Cik Zah kepada Ummi sampai tersasul-sasul minah tu bila berborak dengan Ummi.. Hahah.. Comel!
Betapa rapatnya kitorang, asal dia datang rumah je, ada je cerita yang kitorang kongsikan. Sampaikan perkara yang sepatutnya menjadi rahsia pun kitorang tetap tak pernah jadikan benda tu rahsia bila dah berdua. Cerita yang sama aku rasa ada dalam 1000 kali kot kitorang ulang-ulang. Tidur pun mesti dalam jam 3,4 pagi, penangan berborak punya pasal. Pernah juga beberapa kali tidur jam 8 pagi lepas tu bangun tidur matahari dah meninggi dan masing-masing dah macam orang mabuk. Pening semedang. Padan muka!
Berbalik kepada majlis, kitorang bertolak ke Sabah 19/12/2012, rombongan seramai 8 orang (keluarga aku 6 orang termasuk pengantin lelaki & dua orang kawan-kawan kitorang; Z & Ija) dan keluarga yang berada di KK seramai 12-15 orang. Rombongan dari KL sampai sana dah Isyak (Isyak kat sana jam 7:20 p.m) dan dari KK awal lagi dari kami, so dalam jam 8 lebih kitorang bergegas ke rumah pengantin untuk upacara bertunang. Bertunang ni pun sebenarnya tiada dalam senarai, last minit je, sebab niatnya memang nak ikut sunnah.
at LCCT, Sepang. |
on the air... |
Majlis bertunang |
Jadi malam tu aku pun tidur di rumah pengantin perempuan sementara keluargaku tidur di Kuhara Court (bilik hotel). Itu pun sebenarnya selain pengantin perempuan, aku dipaksa oleh Z & Ija untuk tidur sama-sama.
Tidurlah kami malam tu berempat di atas katil saiz Queen... Subuh tu bila aku terjaga aku terdengar suara sedu sedan. Rupanya makcik Tika yang menangis, dok berhimpit juga di atas katil sambil bercerita-cerita. Mengimbau kenangan silam. Ya, Tika dibesarkan oleh pakcik-pakcik & makcik-makcik dia.. Maka ramai sangat orang yang sayangkan dia... Siap makcik ipar dia buat lulur lagi untuk dia. Gila best! *jeles!* Pastu beranganlah kot nanti i akan beli lulur kocok tu & paksa adik-adik perempuanku melulurku jua sepertimana Kak Biah (Tika bahasakan pakcik & makcik dia dengan panggilan Abang & Kakak sahaja, sila jangan buat muka pelik) buat kat Tika. Miahaha...
Malam esoknya, 20/12/2012 tibalah saat yang ditunggu... petang tu dalam jam 6 petang, aku mula memakaikan inai untuk abangku. Dengan rupa serabai tuh. Gasak ah! Tiba-tiba je ada perasaan sayu yang datang menyelinap secara senyap-senyap. Entah kenapa... Nak kata sedih abang aku nak kahwin, eh pehal pulak? Entahla... Perasaan bercampur-baur. Airmata bila-bila je boleh menitik... Dalam hati berdoa agar majlis berjalan lancar. Lin dan Ija dok usap-usap belakang aku, suruh aku control jiwa... Yelah, selama Tika dengan abangku, adalah beberapa orang kawan lelaki (yang aku kenal juga) nak masuk line yang membuatkan sampai sekarang aku menyampah gila dengan kawan-kawan lelaki itu. Perosak hubungan orang! (walaupun hakikatnya tak sempat rosak pun...). Yelah, kau dah tahu dia dengan abang aku, yang kau sibuk nak kacau-kacau dia, nak tangkap feeling dengan dia kenapa? Macam takde perempuan lain. Grr! Dahlah ayat kalau bertanya tu macam nak doakan je hubungan abangku dan kawan baikku ini tak jadi. Jahat ok! Dan sebab perkara tu juga aku kurengg sikit dengan kawan lelaki ini (kawan ke??), kalau diorang komen-komen kat bukuwajah tu pun tak kuasa aku nak layan. Kadang-kadang mencebik-cebik je aku baca. Haihh... tak suka dengan orang jenis macam tu, tak kisahlah orang tu lelaki ke perempuan, tak perlu nak kacau hak orang lain (walaupun pada ketika itu belum menjadi hak yang sah tapi bila dah sedia maklum si fulan akan berkahwin dengan si fulan, janganlah jadi macam TERDESAK sangat kan sampai nak masuk line... cool sudahhh). Lepas pakaikan inai, aku bersiap. Lepas tu pakaikan sampin untuk abang aku. Masa tu rasa air mata dihujung-hujung je. Sabar... sabar... Jangan sedih-sedih... Abang aku nak berkahwin je, bukan nak berperang kat Gaza nun... Ilek ilek... Masa siapkan my abang, Ija (si pengantin baru yang baru 3minggu menjadi pengantin) banyak memberi tunjuk ajar, ajar cara nak pakaikan sampin, songkok yang kosong itu diminta diletakkan kerongsang besor. Nasib baik aku ada bawak kerongsang yang sesuwaiii, so terhiaslah sudah songkok abang aku tu.. Tq, Ija for the idea :)
ketika inai dipakaikan... |
masa tiba di rumah pengantin untuk majlis akad nikah. |
Pelamin yang cantekss |
Dalam banyak2 hantaran, i like this one beri beri much! |
Alhamdulillah... dengan 2x lafaz akhirnya abangku sah bergelar suami kepada B.B Atika Bt Yusof.. itu pun lafaz kali pertama lafaz tak habis sebab imam tu rentap tangan abang aku sampai abangku terkedu... Hihi dan imamnya sangat best. Kelakar je. Pesanan dia yang harus dipegang ialah "jadilah suami yang baik kerana suami yang baik akan menjadikan si isteri pun jadi baik, jangan jadi suami yang tak baik sebab isteri takkan ikut perangai suami yang tak baik..."
part yang buatkan airmataku ikut menetes.. huwaaa... tapi still control jiwakk |
keluarga pengantin perempuan |
alololo.... |
21/12/2012 pula majlis resepsi berlangsung di Dewan Tun Ahmad Shah, SM Teknik Tawau. Majlisnya malam jugak (minah ni memang stok-stok romantica de amour sungguhla.. semua nak malam jek... huhu) tapi petang tu kitorang (kawan-kawan & keluarga pengantin perempuan sebab ummi & walid gi dating kat floating, Semporna... weewit!) datang tolong-tolong apa yang patut. Memang best gakla... Ternganga tengok pelamin. Dahlah harga murah, gua bajet simple-simple jela pelaminnya, sekali tengok.. whoaaa...
Oh btw, bahasa Semenanjung dan Sabah berbeza ok! Duduk sana memang terikut-ikut jugaklah bahasa sana, nasib baik aku bercakap takde slang Indon.. haha... maybe sebab masa kenal Tika memang dah biasa dengar dia cakap Sabah. Nak dijadikan cerita, masa tengah tolong-tolong atur letak kerusi tu, si Heri (adik Tika) tanya aku,
"mau letak di mana ni?"
" letak je kat situ," balas aku.
" ha?" tanya dia balik. Lepas tu Kak Biah pulak balas dengan ulang balik bahasa aku. Hahah... rupanya Heri tak berapa nak tangkap apa yang aku cakap kemudian dia ketawa-ketawa je bila Kak Biah balas gitu. Jujurnya, aku sangat selesa dengan keluarga Tika, rasa macam saudara sendiri walaupun baru beberapa kali jumpa. Maybe sebab diorang sweet~ Diorang tak suka judge orang & tak melampau kalau aku cakap aku lebih rapat dengan diorang berbanding dengan sedara-mara aku sendiri... hew hew hew...
|
dengan my ummi & walid |
my family yang tak cukup korum :'( sobs! |
bestfirends on da stage! :) |
Tahniah buat kedua-dua mempelai, semoga bahagia menjadi milik kalian selama-lamanya... kalau ada yang cuba kacau rumahtangga kalian, beritahu gua, gua sekeh-sekeh, luku-luku kepala itu olang... Cukup-cukuplah keluarga kita diganggu oleh perempuan yang TAK TAHU MALU, bajet alim.. haktuihhh! Moga kalian tidak diganggu musibah perkara yang sama.. aameen.. untuk lelaki2 yang nak masuk line tu, i'm watching u haa.. don't play play with me!
Dan terimalah perpisahan sementara ini dengan redha (sorang dok Sarawak, sorang dok KL) anggap aje Allah sedang menguatkan kasih sayang antara kalian ;)
Moga cepat dapat baby! Rumah ni rindu suara baby lagi... hehe...
2 bicara tanpa suara:
Tahniah diucapkan.. moga tahun depan, beramai2 kita dapat anak buah lagi.. hehe
Tahniah...selamat pengantin baru aidz & tika... semoga bahgia dan berkekalan hingga akhir hayat sampai ke jannah... salam rindu dr eva,aman,ayish,adif&a-ail...
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)